You are on page 1of 7

Kata Kerja

Kata Kerja Aktif Kata Kerja Tak


Transitif Transitif

Kata Kerja aktif Kata Kerja Aktif


tak transitif Transitif
tanpa pelengkap Berpelengkap

Kata Kerja

Kata yang digunakan untuk menyatakan sesuatu perbuatan.

KATA KERJA TRANSITIF


 Kata kerja transitif ialah kata kerja yang memerlukan objek
sebagai penyambut

Contoh ayat :
Kakak suka menonton drama.

Emak sedang menjahit baju.


KATA KERJA TAK TRANSITIF
 Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan
objek atau penyambut.

Ayat contoh :
Ayah sedang rehat.

Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap.


 Kata kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap ialah kata kerja yang
boleh berdiri sendiri tanpa objek atau penyambut.

Contoh ayat : Mereka berdua asyik berbual.

Contoh ayat : Mereka berdua asyik berbual di dalam bilik.

Kata kerja tak transitif berpelengkap.

 Kata kerja tak transitif berpelengkap ialah kata kerja yang mesti
diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat.

1.Kehidupannya  menjadi semakin miskin. ( kata adjektif )

2.Mereka sekeluarga tinggal di Johor.(frasa sendi nama )

3.Pengemis itu tidur berselimutkan surat khabar. (kata nama )


 Perbezaan di antara pelengkap dengan objek atau penyambut
ialah pelengkap hadir selepas kata kerja tak transitif untuk
menyempurnakan maksud ayat manakala objek atau penyambut hanya
hadir selepas kata kerja transitif dan boleh dipasifkan.
 Unsur-unsur yang menjadi pelengkap ialah kata adjektif, frasa
sendi nama dan kata nama.

Contoh ayat:

Kata Kerja Transitif


- Kata Kerja Transitif ialah kata kerja yang memerlukan objek selepasnya dalam
ayat aktif. 
- Kata kerja jenis ini menggunakan imbuhan meN-, mempeR-, meN-....-kan,
meN-...-i,mempeR-...-kan, dan mempeR-...-i.

Contoh ayat kata kerja transitif :


1) Nelayan menangkap ikan.
2) Orang itu memperbesar rumahnya.
3) Ibu menidurkan adik.
4) Pekerja itu sedang membaiki atap rumah Siva.
5) Pelajar-pelajar mempersembahkan hasil kerja mereka.
Kata Kerja Tak Transitif

- Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek atau
penyambut selepasnya.
- Kebanyakan kata kerja jenis ini adalah dalam bentuk kata tunggal , atau
menerima awalan ber- dan ter-.

Contoh ayat kata kerja tak transitif :


1) Adik sedang tidur.
2) Dia belum mandi.
3) Bayi itu bercakap.
4) Orang itu masih berdiri.
5) Meja itu segi empat.

KATA KERJA ( TRANSITIF & TAK TRANSITIF )


July 09, 2017
Kata kerja ialah kata yang digunakan untuk menerangkan sesuatu perbuatan atau
keadaan melakukan sesuatu oleh manusia, haiwan atau benda.

Kata kerja terditi daripada :


 Kata kerja transitif
 Kata kerja tak transitif

KATA KERJA TRANSITIF


 Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti diikuti oleh objek yang
terdiri daripada frasa nama sebagai predikat dalam ayat.

Contoh ayat :
Kakak suka menonton drama.
(Kata kerja “menonton mesti disertai dengan objek, iaitu “drama” supaya maksud
ayat ini lengkap)
Emak sedang menjahit baju.
(Kata kerja “menjahit” mesti disertai dengan objek iaitu “ baju” supaya maksud
ayat ini lengkap)
 Terdapat beberapa bentuk kata kerja transitif, iaitu:

Bentuk Kata Kerja Contoh Contoh ayat


Transitif
Kata kerja berawalan Terlanggar, termakan, Ibu termakan coklat adik.
ter- terpijak
Kata kerja berawalan Mencuci, menendang, Adik menendang bola di
meN- memandu padang.
Kata kerja berapitan Menaiki,mendekati, Amir menaiki bas ke
meN…-i sekolah.
Kata kerja berapitan Mengemaskan, Profesor Ali
meN…._kan memasukkan mengemukakan idea yang
bernas.
Kata kerja berawalan Memperbuat, Buruh-buruh itu sedang
memper- memperlebar memperlebarkan jalan
raya.
Kata kerja berapitan Memperbaiki, Dia mempelajari bahasa
memper-….-i mempelajari asing.
Kata kerja berapitan Memperkanalkan, Dia cuba mempertemukan
memper-….-kan mempertemukan ibu dan anak yang sudah
lama terpisah itu.

KATA KERJA TAK TRANSITIF


 Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang sempurna maknanya dengan
tidak memerlukan objek.

Ayat contoh :
Ayah sedang rehat.
(kata kerja “rehat” jelas menunjukkan perbuatan ayah tidak memerlukan objek
sebagai pelengkapnya)
 Terdapat beberapa bentuk kata kerja :

Bentuk kata kerja Tak Contoh Contoh ayat


transitif
Kata kerja tanpa imbuhan Duduk, mandi ,tidur Dia asyik mandi dari tadi.
Kata kerja berawalan Berjalan, bersenam Adik berjalan menuju ke
beR- kantin.
Kata kerja berawalan Menyanyi, menangis Lili menyanyi sambil
meN- menari.
Kata kerja berawalan Tersenyum, termenung Wei Mun termenung
teR- memikirkan nasib diri.
Kata kerja berapitan Bersalaman, berpelukan Mereka berpelukan
ber-….-an sebaik saja bertemu.

Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap.


 Kata kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap ialah kata kerja yang boleh
berdiri sendiri tanpa objek atau penyambut.

Contoh ayat : Mereka berdua asyik berbual.


Kata kerja tak transitif ini boleh diikuti oleh unsur keterangan yang berfungsi
memberi maklumat tambahan.
Contoh ayat : Mereka berdua asyik berbual di dalam bilik.

Kata kerja tak transitif berpelengkap.

 Kata kerja tak transitif berpelangkap ialah kata kerja yang mesti diikuti
oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat.
 Perbezaan di antara pelengkap dengan objek atau penyambut ialah pelengkap
hadir selepas kata kerja tak transitif untuk menyempurnakan maksud ayat manakala
objek atau penyambut hanya hadir selepas kata kerja transitif dan boleh dipasifkan.
 Unsur-unsur yang menjadi pelengkap ialah kata adjektif, frasa sendi nama
dan kata nama.

Contoh ayat:
Kehidupannya  menjadi semakin miskin. ( kata adjektif )
Mereka sekeluarga tinggal di Johor.(frasa sendi nama )
Pengemis itu tidur berselimutkan surat khabar. (kata nama )

- Objek terdiri daripada kata nama, frasa nama atau klausa nama. 
- Tanpa objek, ayat yang terhasil tidak lengkap.
- Salah satu cara untuk kita mengetahui sesuatu kata kerja itu transitif atau
tidak adalah melalui imbuhan yang digunakan dengannya.

You might also like