You are on page 1of 21

TADAAAAAAA....

PROJEK WEEKEND SAYA DI SINI...


^_^

credit kepada tuan punya resipi....


CORNER CAFE
tapi rai translatekan kepada bahasa melayu yaa...
terima kasih sebab share resipi yang marvellous ni...
 and rai minta izin tepek dekat sini tau...
untuk disharekan kepada semua =)
dan untuk resipi kastard..
rai google jumpa satu resipi yang mudah..
credit kepada HONEY myresipi.com

ok jom tengok bahan2...

Untuk memudahkan rai divide kepada 2 Bahan okies..

BAHAN A:
 
4 biji kuning telur
mcm atas ni ada cm pusat telur tu kan..yang tu jangan lupa buang ea...
sebab nak elakkan bau hanyir telur tu...

 30gm gula Castor


 40ml susu segar
40ml minyak jagung
rai tambah sedikit esen vanilla
(satukan bahan2 nie)

 55 gm tepung cake(rai guna tepung gandum je)


20 gm tepung kastard(rai guna bird custard)
1 sudu teh baking powder
*satukan bahan2 ni dan ayat 3 kali

Cara2 membuat bahan A:


 1. Satukan gula dan kuning telur dan kacau dengan menggunakan
whisk sahaja...

 2. Bila dah kacau tu dia akan jadi putih sedikit macamni...
 3. Kemudian masukkan minyak jagung, susu dan esen vanilla tadi.

 4. Masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung yang dah


diayak tadi...
5. Kacau sikit just bagi sebati sahaja.. Ketepikan sekejap..

ok..
kemudian Jom kita sediakan Bahan B ....

Bahan B:
 80gm gula castor
1/4 sudu kecil garam

 4 biji putih telur(pastikan takde benda asing macam minyak atau


air..kalau tak takkan jadi)

Cara membuat bahan B:


 1. Pukul putih telur dengan menggunakan mixer(high speed)
sampai ia kembang dan berbuih.
 2. Bila dah nampak dia kembang dan berbuih...
masukan sedikit demi sedikit gula castor tu....

 3. Sambung pukul lagi sehingga dia kembang

4. Sampai dapat soft peak "bertanduk" mcm ni..


tak perlu tanduk bercabang2 yea.. hahaha..

Ok sekarang kita nak satukan bahan A dan bahan B tadi...


 1. Ambil sedikit bahagian B(adunan putih telur tadi)... campurkan
dalam bahan A(adunan kuning telur+ tepung)

 2. Jangan gunakan mixer... hanya pakai senduk atau spatula


dengan teknik kaup balik...
masuk sedikit demi sedikit,kaup balik sampai semua adunan
habis..
ada sebab tak guna mixer.. nanti cupccake anda tak gebu dan akan
padat so hilang la struktur dia nanti..
 3. Oklah kalau dah sebati camni...

4. Masukkan dalam bekas cupcake paras 3/4...


Bakar 15-20 min suhu 170 celsius....
(rai cadangkan guna bekas cupcake empat segi atau soufle cup yang
lebih kukuh)
Ok bila dah masak.. sejukkan pada suhu bilik...
Jangan sedih kalau mula2 dia gebu beria2 tapi lepas masak dia
akan terbenam sket and mengecut..
memang struktur dia macamni...

Sementara tunggu cupcake kita sejuk...


jom kita buat cream custard

Bahan2 Cream Custard:

1 sudu besar tepung gandum


1 sudu besar tepung jagung/tepung kastard
4 sudu besar gula
200ml susu segar
1 bji telur + sedikit esen vanilla(sebab saya suka vanilla.haha)
1 sudu besar mentega

Cara2 membuatnya:
 1.Masukkan tepung,tepung jagung dan gula ke dalam periuk
 2. Masukkan 1-3 sudu besar susu. kacau rata jangan ada yang
berketul2...

 3.Masukkan telur dan esen vanilla... kacau rata


 5. Masukkan baki susu dan kacau sebati

6. Masak di atas api sederhana


7. Kena sentiasa kacau dengan whisk ea....
tak boleh tinggal atau biarkan...sentiasa kena kacau

8. Kacau sehinga ia pekat dan berkilat... dah boleh dah angkat..


sejukkan sedikit biar sampai leh rasa cm suam2...

ok kita dah boleh piping kastard nie ke dalam cupcake...


jangan biar sampai kastard mengeras....
guna dia masa suam2..

Masukkan kastard yang suam2 tadi ke dalam piping bag...


jangan masukkan kastard masa dia ngah panas2 tu okies..

 Rai guna nozel jenis nie.. sebab takde pilihan.ahhahaa...


 haaaa cucuk saja dalam2 then INJECT dia!
ahhahaha...
buleh juga ea cupcake pun nak inject...ahahhaa...
INJECT sama dia yaaa doc...

haaa.. mengiurkan tak sampai nampak cream castard tu


terkeluar.haha
Pastu nak bagi effect dia cantik and and ada imej hokkaido cupcake
tu...
tabur dengan icing sugar dekat atas dia....

Then pipingla sket bentuk Rossette atas cupcake tu....


Nak naikkan seri dia.. rai bubuh buah raspberry and blueberry...

 Inilah rupa dalam dia


 Nampak tak kastard dia...
huwaaa tatau dah nak cakap camana...
JEMPUT MAKAN!!!!

selamat mencuba kawan2....

You might also like