You are on page 1of 3

Monday, March 28, 2011

http://cgpauzi.blogspot.com/2011/03/peristiwa-waad-yang-membawa-kepada.html
PERISTIWA WAAD YANG MEMBAWA KEPADA KONSEP DAULAT DAN DERHAKA DALAM
SULALATUS SALATIN
http://cdn.apture.com/media/imgs/search_tooltip/LM-base.png
http://cdn.apture.com/media/imgs/search_tooltip/LM-text-gloss.png
http://cdn.apture.com/media/imgs/search_tooltip/LM-logo-icon.png

Konsep waad dalam teks Sulalatus Salatin adalah menjurus kepada:
1. Perkaitan konsep daulat dan derhaka
2. Akibat yang berlaku kesan daripada perlanggaran waad itu
3. Pengajaran hasil daripada perjanjian yang telah dibuat sebagai renungan.
Perkataan waad menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga halaman 1540 telah menyatakan maksud iaitu
janji. Manakala perkataan janji menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga halaman 518 dapat ditakrifkan
sebagai pernyataan kesediaan untuk berbuat atau memberi sesuatu. Jadi dalam petikan ini jelas
bahawa sesuatu perjanjian yang telah diatur dan ditetapkan dan dipersetujui dengan rela hati oleh
kedua-dua pihak terlebih dahulu antara kedua-dua belah pihak.
Dalam petikan ini dapat dilihat bahawa perjanjian telah dibuat antara Demang Lebar Daun dengan
Seri Teri Buana. Permulaan kepada waad ini yang merujuk kepada petikan iaitu merupakan
perjanjian yang dilakukan oleh Seri Teri Buana (mewakili golongan pemerintah atau raja) dan
Demang Lebar Daun (mewakili golongan diperintah atau rakyat). Punca berlakunya waad ini adalah
disebabkan oleh permintaan Seri Teri Buana yang berkehendakkan anak perempuan Demang Lebar
Daun untuk dijadikan isteri. Oleh sebab itu Demang Lebar Daun terpaksa membuat perjanjian dengan
Seri Teri Buana sebelum dia bersetuju bermenantukan Seri Teri Buana memandangkan kedua-dua
pihak berlainan darjat dan keturunan.

Sebelum permintaan Seri Teri Buana untuk mengahwini anak perempuan Demang Lebar Daun,
baginda telah berkahwin dengan wanita kebanyakan tetapi terjadi peristiwa pelik apabila wanita-
wanita itu mendapat penyakit misteri. Oleh yang demikian Seri Teri Buana bertindak menghalau
wanita-wanita itu keluar dari istana. Tindakan baginda telah memberi aib kepada wanita itu. Oleh
yang demikian Demang Lebar Daun terpaksa membuat perjanjian dengan Seri Teri Buana bagi
mengelakkan anaknya diperlakukan seperti isteri-isteri baginda yang sebelumnya di samping dapat
menjaga maruah diri anak perempuannya. Dengan demikian Demang Lebar Daun telah meminta Seri
Teri Buana supaya mengekalkan anak perempuanya di dalam istana dengan tidak dihalau keluar.
Menurut Demang Lebar Daun dia sanggup membiarkan anaknya menjadi hamba suruhan samada di
dapur atau di dalam kawasan istana yang lain daripada membiarkan anak perempuannya dihalau
keluar daripada istana.

Keadaan ini disebabkan Demang Lebar Daun juga perlu menjaga maruah dirinya sebagai ayah serta
maruah ahli keluarganya yang lain. Hal ini bertetapan dengan peranannya sebagai orang yang
dihormati dalam kelompok kehidupan masyarakat iaitu di luar kawasan istana yang dapat difahami
daripada petikan bahawa dia merupakan suara utama yang mewakili hamba rakyat.
Selain itu hak untuk menjaga maruah diri juga turut dituntut dalam hukum syarak Agama Islam yang
mengesa umatnya menjaga maruah diri kerana maruah merupakan senjata diri utama bagi
perlambangan hidup seseorang yang baik. Hal ini bermakna tidak mempunyai hak untuk sesiapapun
samada mempunyai kuasa atau sebaliknya bertindak melakukan sesuatu perbuatan kepada
seseorang yang lain yang boleh menjatuhkan maruah diri orang itu walaupun orang itu lebih rendah
status kehidupan.

Walaupun Seri Teri Buana merupakan seorang raja, baginda tidak mempunyai hak untuk
menjatuhkan hukuman iaitu dengan bertindak menghalau isteri-isteri baginda yang berpenyakit
misteri keluar daripada istana. Hal ini menyebabkan perkara itu bukan sahaja boleh menjatuhkan
maruah diri perempuan itu tetapi ia turut memberi keaibban kepada ahli keluarganya juga.
Disebabkan keadaan itu juga perempuan yang dihalau itu dan ahli keluarganya akan dipandang
serong oleh masyarakat sekeliling. Kesan daripada keadaan itu perempuan dan keluarganya akan
hidup dalam tekanan akibat cemuhan masyarakat sekeliling.

Oleh yang demikian dapat difahami dengan jelas bahawa tindakan Demang Lebar Daun adalah untuk
menyedarkan Seri Teri Buana untuk menjadi seorang raja yang baik. Hal ini dapat dilihat apabila Seri
Teri Buana perlu bijak sebagai seorang raja perlu menunjukkan sifat yang baik kepada masyarakat.
Perlakuan sifat ini perlu seimbang dengan keperibadian dirinya sebagai seorang raja yang amat di
hormati dalam masyarakat.

Daripada perjanjian yang dibuat oleh Demang Lebar Daun menyebabkan timbulnya konsep daulat
dan derhaka. Konsep daulat dan derhaka ini telah menampakkan perbezaan golongan pemerintah
iaitu raja dan golongan yang diperintah iaitu rakyat. Kupasan mengenai konsep daulat dan derhaka
dapat dilihat apabila perkataan daulat menurut kamus dewan edisi ketiga halaman 276 telah
membawa maksud bahagia dan kebahagian.

Selain itu daulat juga membawa pengertian kekuasaan yang tertinggi yang dimiliki oleh seorang
pemerintah atau raja yang mempunyai hak menjalankan pemerintahan yang tersendiri dalam
kerajaannya dan ia diakui oleh perlembagaan. Oleh yang demikian golongan raja yang berdaulat
perlu disembah dan dijunjung oleh golongan rakyat yang menduduki negara yang diperintah oleh raja
tersebut. Manakala perkataan derhaka menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga halaman 296 membawa
maksud tidak taat atau khianat. Derhaka boleh diperlakukan kepada negara,raja,dan manusia.
Perlakuan derhaka ini dapat dilihat dilakukan antara manusia dengan Allah dan manusia sesama
manusia.

Manusia dikatakan derhaka kepada Allah apabila mengingkari perintah-Nya manakala manusia yang
menderhaka sesama manusia dapat dilihat apabila golongan rakyat telah mengingkari perintah raja
dengan tidak menumpahkan kesetiaan dan ketaatan kepada raja. Walaupun begitu Seri Teri Buana
turut membuat permintaan dengan Demang Lebar Daun supaya rakyat jelata tidak menderhaka
kapada raja yang diberi mandat memerintah negeri itu. Hal ini dapat dilihat rakyat perlu membiarkan
raja yang tidak baik keluar untuk mencari negeri lain untuk didiami.

Dengan demikian pengekalan konsep daulat dan derhaka dapat dilakukan apabila diperlihatkan
jurang taraf antara golongan raja dan rakyat. Melalui petikan klasik ini juga ada mengandungi
kandungan isi perjanjian diantara golongan raja dan rakyat. Ini dapat dilihat apabila bagi golongan
yang memerintah iaitu raja perlu melakukan perbuatan yang baik dan beradab sopan yang
melambangkan ketertinggian budi pekerti sebagai ikutan kepada golongan rakyat. Oleh yang
demikian keadaan ini membawa makna raja atau golongan pemerintah sama sekali tidak boleh
melakukan kezaliman kepada rakyat kerana ia boleh mendatangkan malu dan keaiban kepada rakyat
yang dizalimi.
Membuat kezaliman terhadap orang lain juga boleh mendatangkan kemurkaan daripada Allah dan
perbuatan itu amat ditegah oleh syarak. Bagi golongan yang diperintah iaitu rakyat perlu
menumpahkan ketaatan dan kesetiaan pemerintah walhal raja itu telah mendatangkan kecelakaan
kepada rakyat. Jika perkara itu terjadi rakyat sama sekali tidak boleh menderhakai raja dan
melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan kecederaan kepada raja.

Jika raja telah melakukan kezaliman kepada rakyat maka raja itu perlu mengundurkan diri daripada
menjadi pemerintah dalam negeri itu. Pengunduran raja amat penting bagimengelakkan berlakunya
kekecohan dan peperangan dalam negeri itu. Di samping itu pengunduran raja juga dapat memberi
peluang kepada pemerintah yang lain dengan mempunyai keperibadian yang tinggi untuk menjadi
pemerintah yang baik kepada rakyat dalam sesebuah negeri itu.

Hasil daripada perjanjian yang dibuat, persetujuan telah dicapai oleh Demang Lebar Daun dan Seri
Teri Buana. Walaupun begitu Demang Lebar Daun turut menyatakan bahawa isi kandungan
perjanjian tidak boleh dilanggar oleh kedua-dua pihak. Keadaan ini telah dinyatakan oleh Demang
Lebar Daun iaitu keturunan golongan raja tidak boleh melanggar isi kandungan perjanjian kerana jika
perubahan dilakukan oleh raja maka akan terjadi golongan yang diperintah iaitu rakyat akan turut
berubah laku.

Jika keadaan itu terjadi kedua-dua pihak merupakan golongan yang akan dipersalahkan. Oleh yang
demikian samada golongan raja atau rakyat perlu sentiasa berwaspada bagi mengekalkan keamanan
dan keharmonian dalam kehidupan. Dengan itu persetujuan telah dicapai oleh kedua-dua pihak.
Keadaan ini menampakkan lagi pengukuhan konsep daulat dan derhaka dalam peraturan kehidupan
manusia.

Selain itu peraturan perjanjian turut melambangkan bahawa masyarakat Melayu amat kaya dengan
persefahaman dan sikap bermusyawarah dalam kehidupan. Ia juga melambangkan bahawa
persepakatan membawa kepada keberkatan. Walaupun demikian melalui petikan ini turut
menyatakan akibat-akibat yang akan berlaku apabila adanya golongan pemerintah iaitu raja dan
golongan diperintah iaitu rakyat yang melanggar isi kandungan perjanjian yang telah dipersetujui
bersama.

Perkataan lain yang dispesifikkan berkaitan pelanggaaran perjanjian adalah tulah. Menurut Kamus
Dewan edisi ketiga, halaman 1481 mendefinisikan kata tulah dapat dimaksudkan sebagai
kemalangan yang menimpa kerana melanggar larangan. Keadaan ini disebabkan penderhakaan
yang dilakukan yang boleh meruntuhkan kerajaan dalam sesebuah pemerintahan manakala bagi
rakyat pula boleh menyebabkan kesengsaraan dalam kehidupan. Di dalam petikan karya ini turut
menyenaraikan akibat yang akan terjadi samada golongan raja atau pemerintah dan golongan rakyat
melakukan pelanggaran kepada isi kandungan waad.

Hal ini dapat digambarkan jika rakyat melakukan penderhakaan kepada raja maka Allah akan
membalikkan rumah penderhaka bumbungan ke bawah manakala tiang rumah ke atas. Manakala
bagi raja yang zalim akan dibinasakan negerinya. Keadaan ini menunjukkan bahawa konsep daulat
dan derhaka dalam masyarakat Melayu bukan perkara remeh tetapi merupakan sesuatu yang perlu
dipatuhi dan diikuti oleh raja dan rakyat.

Sebagai rumusan tentang keseluruhan perbincangan ini, konsep waad telah dapat membentuk
peraturan kehidupan samada kepada golongan pemerintah iaitu raja dan juga kepada golongan yang
diperintah iaitu rakyat.

You might also like