You are on page 1of 11

Dhurriswary Manikkam Kavithrra Wasudaven Rozanna Felix Jipony Siti Nurimah Binti Yunus Suhailah Binti Osman

S-SURVEY (Tinjau)
Pelajar membaca secara pantas untuk mendapatkan gambaran awal tentang isi bacaan mengikut pemahamannya sendiri. Pelajar bebas dalam erti kata menanggap apa yang dibaca. Pelajar hanya memfokuskan/menumpukan bahan/teks kepada tajuk umum/besar, subtajuk, gambar, simbol, ilustrasi, grafik, pemenggalan teks. Teknik bacaan yang sesuai ialah teknik skimming dan scanning.

Q-QUESTION (penyoalan/pertayaan)
Pelajar menyenaraikan beberapa isi soalan (intipati) yang terkandung dalam teks. Soalan berdasarkan apa yang ingin diketahui oleh pelajar tentang topik/isu dalam teks. Soalan juga berupa penyenaraian siri soalan yang berkaitan dengan tugasan yang diberi. Soalan juga berupa panduan kepada jawapan yang sebenar. Dalam masa yang sama pelajar sendiri mencari jawapan peramalan jawapan yang paling relavan.

R-READ (Baca)
Pelajar dikehendaki membaca secara serius dan memberi tumpuan kepada teks yang dibaca. Dalam masa yang sama pelajar cuba mencari jawapan kepada soalan yang disenaraikan tadi. Dalam masa yang sama juga, pelajar boleh menyenaraikan soalan tambahan. Sepanjang masa membaca, pelajar boleh menaakul maklumat yang terdapat dalam petikan teks/bahan bacaan. Di samping itu pelajar boleh bertukar-tukar fikiran dengan sama ada menerima atau menolak konsep maklumat yang dibaca. Hal ini beerti pelajar tidak semestinya menerima semua maklumat yang terdapat dalam teks.

R-RECITE (Imbas kembali)


Setelah pelajar membaca keseluruhan teks/bahan, pada peringkat ini pelajar dikehendaki mengingat kembali semua/sebahagian maklumat yang terdapat dalam teks. Pelajar menyenaraikan maklumat yang berkaitan dengan soalan atau tugasan. Seterusnya pelajar dapatlah menjawab semua soalan tugasan berdasarkan maklumat dalam teks. Di samping itu pelajar juga boleh memberikan jawapan kepada soalan asal sebelum merujuk jawapan yang terdapat teks. Pelajar boleh membandingkan ketepatan jawapan mereka.

R-REVIEW (Baca semula)


Pada peringkat ini, pelajar dikehendaki membaca semula soalan dan jawapan yang ditulis/dicatat. Peringkat ini adalah untuk pengesahan kepada jawapan yang ada pada peringkat recit (imbas kembali) di atas. Pastikan bahagian tertentu sudah dijawab berdasarkan fakta dan maklumat dalam teks. Pelajar jangan tertinggal maklumat atau fakta dalam tugasan pada peringkat question/pertanyaan. Melalui proses teknik SQ3R, pelajar memperoleh maklumat yang tepat, cepat, dan dapat menyelesaikaan tugasan secara berkesan.

TEKNIK MEMBACA "KWLH"

Teknik KWLH ialah teknik pengajaran yang baik bagi membantu pelajar untuk mengaktifkan pembelajaran. Ia merupakan aktiviti akronim yang di bina oleh Donna Ogle (1986) yang bertindak sebagai model untuk teknik pembacaan yang aktif. Proses membaca dengan teknik KWLH, pelajar boleh mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan apa yang dibaca. Ini bermaksud pelajar berdasarkan pengetahuan sedia ada, mengimput pengetahuan baharu selepas proses pembacaannya. Dalam proses pembelajaran, pengetahuan sedia ada (PSA) amat penting untuk meningkatkan keupayaan pemahaman, pengetahuan dan maklumat bahan/teks yang dibaca. Daripada teknik ini, pelajar dapat menentukan apa yang diperoleh daripada pembacaannya dan seterusnya menentukan apakah sumber bahan yang perlu dibaca lagi.

KWLH bermaksud:
1. K (know) Apa yang sudah diketahui (sebelum membaca) catat pengetahuan sedia tentang tajuk atau topik bahan bacaan. 2. W (what) Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca) catat apa yang ingin diketahui tentang tajuk atau topik bahan bacan. 3. L (learned) Apa yang telah diketahui (selepas membaca) catat isi penting daripada tajuk atau topik yang dibaca. 4. H (how) Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan (untuk bacaan seterusnya) catat bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan selepas membaca teks/tajuk tersebut.

Apakah tujuan teknik KWLH diterapkan dalam pengajaran?


Tujuannya ialah: Pelajar dapat mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan bahan atau teks yang beri untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar sendiri dapat menentukan apa yang diperoleh daripada bahan atau teks yang sediakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar dapat menentukan maklumat tambahan yang perlu dicari daripada sumber lain, selain sumber yang telah sediakan. Pelajar dapat mengetahui apa yang diperoleh daripada bahan yang sedang berikan (semasa).

Jadual di bawah sebagai contoh penerapan proses membaca menggunakan teknik KWLH

You might also like