You are on page 1of 32

Jonathan Greygory Mohamad Hairy Said Mohd Hafizul Rakmadin Rohayu Bacho Siti Zulaiha Kasby

SQ3R PQRST KWLH

DRTA

RADAR

tatacerita

Bimbingan menjangka

Teater pembaca

Lingkaran soalan

SQ3R
SQ3R ialah teknik membaca kritis yang memerlukan seseorang mempersoal kesesuaian maklumat yang terdapat dalam suatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu diselesaikan.
SQ3R adalah singkatan bagi; S (survey) Tinjau Q (question) Soal/tanya R (read) Baca R (recite) Imbas kembali atau nyatakan secara lisan R (review) Baca semula

(s)- Survey
Survey (tinjau) ialah langkah membaca untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang apa yang terkandung dalam bahan yang dibaca. Ini dilakukan dengan meneliti tajuk besar, tajuk-tajuk kecil, gambar-gambar atau ilustrasi, lakaran grafik, membaca perenggan pengenalan, dan perenggan terakhir di bahagian-bahagian buku atau teks. Di sini juga pelajar sebenarnya menggunakan teknik membaca pantas iaitu skimming dan scanning.

(Q) Question
Question (soal atau tanya) ialah langkah yang memerlukan pelajar menyenaraikan satu siri soalan mengenai teks tersebut setelah mendapati teks tersebut berkaitan dengan keperluan tugasannya.

Soalan-soalan tersebut menunjukkan keinginan pembaca tentang maklumat yang ingin diperoleh dari bahan tersebut, dan menjadi garis panduan semasa membaca kelak.
Pelajar akan cuba mencari jawapan kepada soalansoalan tersebut.

(R) Read
Read (baca) ialah peringkat pelajar sebenarnya membaca bahan atau teks tersebut secara aktif serta mencuba mendapat segala jawapan kepada soalansoalan yang telah disenaraikannya sebelum ini. Ketika membaca, pelajar mungkin juga akan menyenaraikan soalan-soalan tambahan, berdasarkan perkembangan kefahaman dan keinginannya sepanjang melakukan pembacaan. Pelajar mungkin juga mempersoal pendapat atau maklumat yang terdapat yang ditemuinya.

(R) Recite
Recite (imbas kembali) ialah peringkat yang ketiga. Setelah selesai membaca, pelajar cuba mengingat kembali apa yang telah dibaca dan meneliti segala yang telah diperoleh. Pemilihan maklumat yang sesuai dilakukan dalam konteks tugasannya. Pelajar juga boleh cuba menjawab soalan-soalan yang disenaraikan sebelumnya tanpa merujuk kepada nota atau bahan yang telah dibaca.

(R) Review
Review (baca semula) merupakan peringkat terakhir. Pelajar membaca bahagian-bahagian buku atau teks secara berpilih untuk mengesahkan jawapanjawapan kepada soalan yang dibuatnya di langkah ketiga. Pelajar juga memastikan tiada fakta penting yang tertingga.

Membolehkan pelajar membaca secara kritis.

Meninjau perkara-perkara yang telah diketahui tentang bahan tersebut untuk dikaitkan dengan pengetahuan dan pengalaman pelajar. Menarik minat pelajar untuk membaca perkaraperkara yang hendak diketahui.
Mengenal pasti perkara-perkara yang telah dipelajari dan perkara-perkara tambahan yang belum diketahui lagi .

KWLH
KWLH adalah singkatan bagi yang berikut:

K (know) - Apa yang telah diketahui (sebelum membaca) W (want) - Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca) L (learned) - Apa yang telah diketahui (selepas membaca) H (how) - Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan yang berkaitan (untuk membaca seterusnya)

Melalui teknik membaca kritis, pembaca disarankan mengingat dahulu apa yang telah diketahui, membayang atau menentukan apa yang ingin diketahui, melakukan pembacaan (bahan yang telah dipilih), mengetahui apa yang telah diperoleh dari pembacaan yang baru dilakukan dan menentukan apa lagi yang perlu diperoleh (sekiranya perlu membuat pembacaan seterusnya). Teknik pembacaan akan membolehkan pelajar mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan apa yang dibaca, menentukan apa yang telah diperoleh dari pembacaannya, dan menentukan apa lagi bahan yang perlu dibaca sekiranya ingin mendapat maklumat tambahan. Dalam konteks pengajaran, pelajar dibiasakan menggunakan borang menggunakan teknik KWLH.

K- know (apa yang sudah diketahui)

W- want (apa yang hendak diketahui)

L- learned (apa H- how (apa lagi yang telah maklumat dipelajari/diketahui tambahan yang diperlukan) Pelajar dikehendaki mencatat isi penting yang diperoleh daripada bacaan yang dibaca berdasarkan tajuk/teks yang diberi. Pelajar menjawab soalan yang dibina sendiri Pelajar dikehendaki mencatat bagaimana, bila dan dimana untuk mendapatkan maklumat yang belum lengkap berdasarkan teks/bahan yang diberi. Pelajar boleh membuat cadangan untuk merujuk sumber lain

Pelajar dikehendaki mencatat perkara/maklumat yang sudah diketahui berdasarkan tajuk/perkara yang hendak dibincangkan

Pelajar dikehendaki mencatat perkara/maklumat yang ingin diketahui dengan lebih lanjut berdasarkan tajuk/perkara yang dibaca. Catatan berdasarkan soalan

i. Pelajar dapat mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan bahan atau teks yang beri untuk proses pengajaran dan pembelajaran. ii. Pelajar sendiri dapat menentukan apa yang diperoleh daripada bahan atau teks yang sediakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. iii. Pelajar dapat menentukan maklumat tambahan yang perlu dicari daripada sumber lain, selain sumber yang telah sediakan. iv. Pelajar dapat mengetahui apa yang diperoleh daripada bahan yang sedang berikan (semasa).

RADAR adalah singkatan bagi yang berikut: R (Read) Membaca A (Analogize) Menganalogi D(Discuss) Berbincang A( Apply) Mengaplikasi R(Review/Research) Menyemak/ Menyelidik Teknik Radar direka oleh Martin pada tahun 1983. Teknik ini membolehkan pelajar menghubungkaitkan apa yang diketahui dengan perkara yang baru.

Lima langkah RADAR ialah:


R Pelajar dikehendaki membaca petikan serta mendapatkan maklumat yang dikehendaki. Pelajar juga boleh mendapat maklumat daripada teks yang diberi serta membandingkan dengan maklumat lain. A Pelajar menerangkan bagaimana konsep , barang, idea, tempat berhubungkait dan mempunyai persamaan. D Pelajar menyenaraikan persamaan yang terdapat pada barang, idea atau tempat. Guru membantu pelajar membuat perbandingan serta menentukan persamaan yang penting tentang konsep, barang, idea atau tempat.

A Bincang secara mendalam tentang dua perkara yang dibandingkan.


R Membuat penyelidikan lanjutan tentang apa yang dibincangkan atau merumus semula apa yang telah dibincangkan. RADAR berfungsi untuk mengesan pengetahuan baru dan mengaitkannya dengan pengetahuan yang telah diketahui. Melalui kaedah ini pelajar berpeluang untuk membandingkan konsep yang akan dipelajari dengan pengalaman atau pengetahuan sedia ada pada diri mereka sendiri.

Teknik DR-TA, diperkenalkan oleh Russel Stauffer, (1969/1975).

Menurut beliau teknik ini membolehkan pelajar membina satu set tujuan apabila mereka membaca bahan bacaan (teks, imej, simbol, grafik), lalu memproses idea dan menguji jawapan dengan mengambil bahagian dalam pusingan membaca.
Mereka boleh meramal dan mengesahkan sari pati / isi maklumat yang dibaca.

i. Menggerakkan pemikiran pelajar: Apakah pendapat anda (pelajar) tentang petikan/tajuk/buku teks yang dibaca...: ii. Menggerakkan pemikiran (mencabar idea) pelajar: Mengapakah anda (pelajar) berpendapat begitu ... iii. Mengumpulkan bukti: pelajar dikehendaki membuktikan hujah atau idea mereka berdasarkan pemahaman mereka.

i. Memberi peluang kepada pelajar untuk membaca bahan bacaan/teks secara kritis dan reflektif. ii. Menghala-tujukan tujuan pelajar membaca bahan bacaan/teks. iii. Mengaktifkan pandangan dan fikiran pelajar tentang topik yang akan dibaca. iv. Meminta pelajar mengenal pasti, mengasimilasasi maklumat, dan memaham bahaan bacaan/teks yang dibaca.

v. Guru mengkaji bahan bacaan berdasarkan tujuan membaca. vi. Guru membuat penilaian terhadap bahan bacaan yang dibaca oleh pelajar. vii. Guru dan pelajar boleh membuat rumusan, pertimbangan, penilaian, dan membuat keputusan terhadap bahan yang dibaca. Nordin Tahir, JI

Sistem PQRST adalah satu teknik membaca yang diperkenalkan oleh Thomas, Ellen Lamar, Robinson, H. Alan dalam buku mereka yang bertajuk improving reading in every class Berikut adalah 5 langkah yang menjadi tunjang teknik membaca PQRST: Preview (tinjau) tinjau tajuk-tajuk pada keseluruhan atau bab tertentu dengan memberi perhatian kepada tajuk-tajuk besar dan kecil padanya. Tujuan utama proses meninjau adalah untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang isi-isi penting pada buku atau babbab pada buku itu.

Question (soal) -Soal diri dengan menjadikan tajuk besar dan kecil dalam bab itu sebagai soalannya. Dengan adanya soalan itu semasa anda membaca, tumpuan fikiran anda akan lebih fokus kepada mencari jawapan atau jawapan-jawapan tentang soalan yang tertumpu pada fikiran ketika membaca Read (baca) - Sambil membaca bahan bacaan, tumpukan perhatian untuk mendapatkan jawapan bagi soalan yang telah ditimbulkan. Dengan demikian, anda dapat membantu proses pemahaman serta ingatan terhadap idea-idea utama bahan yang dibaca

Self-recitation (mengimbas kendiri) - Mengimbas kendiri ialah satu proses dimana anda mengingati fakta-fakta utama bab atau bahan yang telah dibaca. Tujuan utamanya ialah mengingat semula apa yang telah dibaca iaitu menggabungkan semua proses secara serentak Test (uji) - Uji diri setelah habis membaca keseluruhan bab. Fikirkan berapa banyakkah idea-idea daripada bab yang baru dibaca dapat diingati. Pada peringkat inilah anda harus mula menyimpan apa yang telah dipelajari ke dalam ingatan jangka panjang.

Teknik yang melibatkan sekumpulan pelajar menghayati dan membaca skrip cerita denganmenggunakan sebutan, nada dan intonasi yang betul bagi menggambarkan sesuatu ceritayang dipersembahkan. Namun seorang pelajar akan membaca cerita dengan lancar dannada serta intonasi yang betul. Juga melakukan gerak aksi yang sesuai dengan isi atau suasana cerita. Penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka palingdiutamakan bagi membantu pelajar-penonton memahami dan menghayati cerita tersebut.

a) Memilih cerita yang sesuai dengan kebolehan b) Plot diperbanyakkan untuk dibahagi kepada pelakonpelakon c) Pelakon memahami watak supaya dapat membaca dan beraksi mengikut dialog d) Pembaca dapat membaca dengan baik, nada dan intonasi yang sesuai e) Pelakon berbincang untuk mencari penyelarasan semasa persembahan f) Guru membimbing pelakon menjayakan lakonan g) Pelakon melakonkan watak mengikut skrip yang dibaca h) Pelajar-pelajar lain diberi tugas tertentu.

Bimbingan menjangka adalah bimbingan yang diberi oleh guru khususnya untuk membantu murid membaca dan memahami. Hj Ismail Hj. Zakaria, Salmah Othman, Elly Chong, 1992:86), mengistilahkan bimbingan menjangka sebagai aktiviti membaca terarah. Aktiviti bimbingan menjangka digunakan untuk membimbing murid membaca dan memahami petikan, rencana dan karya sastera.
Aktiviti ini juga sesuai untuk mengajar bacaan dan kefahaman kepada kumpulan kecil atau keseluruhan kelas. Terdapat lima langkah yang perlu diikuti oleh guru dan murid ketika menjalankan aktiviti bimbingan membaca.

Guru perlu melakukan tinjauan terhadap pengetahuan dan pengalaman sedia ada murid berkaitan petikan yang akan dibaca. Sekiranya pengetahuan dan pengalaman murid kurang mencukupi maka, guru perlu menjalankan beberapa aktiviti awal, iaitu (i) membaca petikan sepintas lalu, (ii) menyampaikan isi utama petikan kepada murid, (iii) menyenaraikan perkataan dan konsep baharu dan menghuraikan maknanya dan (iv) menggunakan gambar, foto, tayangan slaid atau filem sebagai pengukuhan pengetahuan dan pengalaman murid tentang isi petikan.

Sebelum pembacaan yang sebenarnya dijalankan, guru menjelaskan kepada murid tentang tujuan pembacaan itu.

Penyataan tujuan pembacaan dapat ditunjukkan melalui empat aktiviti, iaitu (i) mendapatkan isi-isi utama petikan, (ii) memberi makna perkataan tertentu mengikut konteks, (iii) mengemukakan pendapat tentang kesesuaian tajuk (iv) menghuraikan gerak balas afektif terhadap petikan.

Guru menentukan had masa untuk murid membaca petikan khususnya berdasarkan pembacaan senyap.
Pembacaan kuat pula dijalankan hanya untuk interpretasi terhadap sesuatu persoalan atau penghayatan keindahan bahasa dalam petikan. Teknik pengajaran bacaan kuat tidak digalakkan untuk pengajaran dan pembelajaran dalam peringkat ini.

Perbincangan isi petikan dijalankan secara bersoal jawab seperti yang dijalankan ketika aktiviti mengenal pasti tujuan pembacaan. Perbincangan juga boleh dijalankan berdasarkan pengalaman baharu yang dialami oleh murid. Perbincangan boleh dijalankan di peringkat kelas dan dijalankan oleh guru dengan melibatkan murid secara aktif. Guru boleh berperanan sebagai penasihat dan pemudah cara jika perbincangan dijalankan dalam kumpulan kecil.

Langkah ini merupakan aktiviti pengayaan yang boleh dijalankan berdasarkan aktiviti dalam keempat-empat langkah sebelum ini. Aktiviti pengayaan boleh dijalankan dalam kelas atau sebagai kerja rumah berdasarkan tiga kaedah, iaitu (i) melakukan ilustrasi peristiwa dalam petikan (ii) menulis cerita berdasarkan tema yang sama (iii) melakukan bacaan luas tentang tajuk yang dibaca.

You might also like