You are on page 1of 20

TAJUK 7:

TEKNIK-TEKNIK MEMBACA

NordinTahir
IPG Kampus Ipoh

TEKNIK-TEKNIK MEMBACA
Teknik membaca SQ3R
Teknik membaca KWLH

Teknik Directed Reading (DR-TA)

Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.

i. Teknik Membaca SQ3R


Teknik ini digunakan pada tahap pelajar berpencapian baik

dan mahir membaca.


Tujuan menggunakan teknik ini untuk menguji pemahaman
pelajar berdasarkan bahan atau teks yang dibaca untuk
menyelesaikan tugasan.
SQ3R bacaan secara kritis yang dipelopori Robinson
(1941).

Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.

S-SURVEY (Tinjau)
Pelajar membaca secara pantas untuk mendapatkan

gambaran awal tentang isi bacaan mengikut


pemahamannya sendiri.
Pelajar bebas dalam erti kata menanggap apa yang
dibaca.
Pelajar hanya memfokuskan/menumpukan bahan/teks
kepada tajuk umum/besar, sub-tajuk, gambar, simbol,
ilustrasi, grafik, pemenggalan teks.
Teknik bacaan yang sesuai ialah teknik skimming dan
scanning.
4

Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.

Q-QUESTION (Penyoalan / Pertanyaan)


Pelajar menyenaraikan beberapa isi soalan (intipati)
yang terkandung dalam teks.
Soalan berdasarkan apa yang ingin diketahui oleh
pelajar tentang topik/isu dalam teks.
Soalan juga berupa penyenaraian siri soalan yang
berkaitan dengan tugasan yang diberi.
Soalan juga berupa panduan kepada jawapan yang
sebenar.
Dalam masa yang sama pelajar sendiri mencari
jawapan peramalan jawapan yang paling relavan.
5

Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.

R1-READ (Baca)
Pelajar dikehendaki membaca secara serius dan memberi

tumpuan kepada teks yang dibaca.


Dalam masa yang sama pelajar cuba mencari jawapan
kepada soalan yang disenaraikan tadi.
Dalam masa yang sama juga, pelajar boleh menyenaraikan
soalan tambahan.
Sepanjang masa membaca, pelajar boleh menaakul
maklumat yang terdapat dalam petikan teks/bahan bacaan.
Di samping itu pelajar boleh bertukar-tukar fikiran dengan
sama ada menerima atau menolak konsep maklumat yang
dibaca.
Hal ini bererti pelajar tidak semestinya menerima semua
maklumat
yang terdapat dalam teks.
Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.

R2-RECITE (Imbas Kembali)


Setelah pelajar membaca keseluruhan teks/bahan, pada

peringkat ini pelajar dikehendaki mengingat kembali


semua/sebahagian maklumat yang terdapat dalam teks.
Pelajar menyenaraikan maklumat yang berkaitan dengan
soalan atau tugasan.
Seterusnya pelajar dapatlah menjawab semua soalan
tugasan berdasarkan maklumat dalam teks.
Di samping itu pelajar juga boleh memberikan jawapan
kepada soalan asal sebelum merujuk jawapan yang
terdapat teks.
Pelajar boleh membandingkan ketepatan jawapan mereka.
Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.

R3- REVIEW (Baca Semula)


Pada peringkat ini, pelajar dikehendaki membaca semula

soalan dan jawapan yang ditulis/dicatat.


Peringkat ini adalah untuk pengesahan kepada jawapan
yang ada pada peringkat recit (imbas kembali) di atas.
Pastikan bahagian tertentu sudah dijawab berdasarkan
fakta dan maklumat dalam teks.
Pelajar jangan tertinggal maklumat atau fakta dalam
tugasan pada peringkat question / pertanyaan.
Melalui proses teknik SQ3R, pelajar memperoleh maklumat
yang tepat, cepat, dan dapat menyelesaikaan tugasan
secara berkesan.
Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.

ii. Teknik Membaca KWLH


Proses membaca dengan teknik KWLH, pelajar boleh

mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan apa yang


dibaca.
Ini bermaksud pelajar berdasarkan pengetahuan sedia
ada, mengimput pengetahuan baharu selepas proses
pembacaannya.
Dalam proses pembelajaran, pengetahuan sedia ada
(PSA) amat penting untuk meningkatkan keupayaan
pemahaman, pengetahuan dan maklumat bahan / teks
yang dibaca.
Daripada teknik ini, pelajar dapat menentukan apa yang
diperoleh daripada pembacaannya dan seterusnya
menentukan
apakah sumber bahan yang perlu dibaca lagi.
Noin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.

K W L H Bermaksud:
(know) Apa yang sudah diketahui (sebelum
membaca)- catat pengetahuan sedia tentang tajuk atau
topik bahan bacaan.
W (what) Apa yang hendak diketahui (sebelum
membaca) catat apa yang ingin diketahui tentang tajuk
atau topik bahan bacan.
L (learned) Apa yang telah diketahui (selepas membaca)
catat isi penting daripada tajuk atau topik yang dibaca.
H (how) Bagaimana untuk mendapat maklumat
tambahan (untuk bacaan seterusnya) catat bagaimana
untuk mendapat maklumat tambahan selepas membaca
teks/tajuk tersebut.
K

10

Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.

Tujuan Teknik KWLH Diterapkan Dalam Pengajaran


Pelajar dapat mengaitkan pengetahuan sedia ada
dengan bahan atau teks yang beri untuk proses
pengajaran dan pembelajaran.
ii. Pelajar sendiri dapat menentukan apa yang diperoleh
daripada bahan atau teks yang sediakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
iii. Pelajar dapat menentukan maklumat tambahan yang
perlu dicari daripada sumber lain, selain sumber yang
telah sediakan.
iv. Pelajar dapat mengetahui apa yang diperoleh daripada
bahan yang sedang berikan (semasa).
i.

11

Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.

Contoh Teknik KWLH

12

Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.

iii. Teknik Directed Reading (DR-TA)


( Aktiviti Membaca Berfikir Terarah)
Teknik DR-TA, diperkenalkan oleh Russel Stauffer,

(1969/1975).
Menurut beliau teknik ini membolehkan pelajar
membina satu set tujuan apabila mereka membaca
bahan bacaan (teks, imej, simbol, grafik), lalu
memproses idea dan menguji jawapan dengan
mengambil bahagian dalam pusingan membaca.
Mereka boleh meramal dan mengesahkan sari pati / isi
maklumat yang dibaca.

13

Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.

Pendekatan Yang Digunakan Ialah Dengan Cara


Guru Membimbing Pelajar:
Menggerakkan pemikiran pelajar: Apakah pendapat
anda (pelajar) tentang petikan/tajuk/buku teks yang
dibaca...:
ii. Menggerakkan pemikiran (mencabar idea) pelajar:
Mengapakah anda (pelajar) berpendapat begitu ...
iii. Mengumpulkan
bukti:
pelajar
dikehendaki
membuktikan hujah atau idea mereka berdasarkan
pemahaman mereka.
i.

14

Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.

Tujuan Teknik DR-TA:


Memberi peluang kepada pelajar untuk membaca bahan
bacaan/teks secara kritis dan reflektif.
ii. Menghala-tujukan
tujuan
pelajar
membaca
bahan
bacaan/teks.
iii. Mengaktifkan pandangan dan fikiran pelajar tentang topik yang
akan dibaca.
iv. Meminta pelajar mengenal pasti, mengasimilasasi maklumat,
dan memaham bahaan bacaan/teks yang dibaca.
v. Guru mengkaji bahan bacaan berdasarkan tujuan membaca.
vi. Guru membuat penilaian terhadap bahan bacaan yang dibaca
oleh pelajar.
vii. Guru dan pelajar boleh membuat rumusan, pertimbangan,
penilaian, dan membuat keputusan terhadap bahan yang
dibaca.
Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.
i.

15

Fasa I ialah hasilan / produk DR-TA iaitu peluasan


dan pemurnian pendapat dan pemikiran murid.

Langkah-langkah dalam Fasa 1:


Langkah 1: Memperkenalkan teks yang akan dibaca.
i. Guru menggalakkan pelajar membuat ramalan
teks/hipotesis
tentang
judul
cerita,
melalui
perbincangan kelas.
ii. Guru membuat pengesahan tentang ramalan
pelajar. Ramalan yang tidak tepat disanggah.
iii. Mencatat segala ramalan.

16

Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.

Soalan Guru:
Pada pendapat anda, apakah isi kandungan cerita
yang telah ditunjukkan, atau
ii. Pada pendapat anda, apakah maksud gambar yang
dipaparkan/tayangkan.
iii. Mengapa
anda
berpendapat
sedemikian?
Jelaskan/tafsirkan.
iv. Pada pendapat anda mengapakah perkara itu
terjadi?
v. Anda sudah meramal. Yang manakah pada
pendapat anda ramalan yang paling baik / benar.
Hujahkah / berikan sebab.
i.

17

Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.

Penggunaan Teknik DR-TA secara Individu

Selepas pembacaan, pelajar berkongsi hasil dengan

membuat poster, laporan, berdrama, dan menjalankan


aktiviti yang sesuai.
Pelajar menyimpan rekod cerita yang dibaca, aktiviti
selepas pembacaan, dan kecekapan-kecekapan yang
diperoleh
untuk
melihat
perkembangan
dan
pencapaian.

18

Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.

Kelebihan Teknik DR-TA


Teknik ini mempunyai beberapa kelebihan dalam pelaksanaan

pengajaran bacaan dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah.


i.
Tugas guru sebagai pemudah cara/fasiltator semasa soal
jawab, bukan penilai.
ii. Ketika situasi bacaan, berlangsung pelajar membaca sambil
berfikir. Oleh itu, teknik ini menggalakkan supaya pelajar sedar
tentang proses membaca dan membuat ramalan.
iii. Pelajar memperoleh konsep membaca, strategi metakognitif
dan dapat berkomunikasi makna.
iv. Menggalakkan pelajar menggunakan klu konteks untuk
memahami makna dalam frasa atau perkataan.
v. DR-TA suatu teknik yang melibatkan semua pelajar mencapai
satu pencapaian yang dikehendaki.
19

Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.

RUJUKAN
1. Ramlan Bin Hamzah, Lily Mastura Binti Harun, Phd.(2008).Kemahiran Belajar untuk
Kursus Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PPISMP). Kumpulan Budiman Sdn.
Bhd.
3. Khalid Mohamad Noor. (2005). Belajar Teknik Belajar. Bentong : PTS Publication Sdn.
Bhd.

4. Noran Fauziah Yaacob dan Ahmad Mahzan Ayub. (1993). Guru Dan Perguruan. Kuala
Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

20

Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.

You might also like