You are on page 1of 26

Oleh; Hamdan bin Hj. Ahmad Pensyarah Jabatan Pengajian Melayu, Institut Perguruan Darulaman, 06000 Jitra, Kedah.

Tel: 013-2236960

Unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap.

KLAUSA FRASA PERKATAAN


AYAT KLAUSA FRASA PERKATAAN Anak anak anak anak orang orang orang orang itu itu itu itu sedang sedang sedang sedang tidur. tidur tidur. tidur.

Bentuk bebas yang terkecil yang membawa maksud bahawa perkataan boleh berdiri sendiri dan binaannya tidak boleh dibahagi atau dipisahkan kepada bentuk tatabahasa yang lebih kecil lagi.

Contoh : Baju, orang, negeri, mana, dia, itu


Terdapat empat golongan kata dalam bahasa Melayu: kata nama kata kerja kata adjektif Kata tugas

Meng-, -kan, ter-, -lah, dan sebagainya bukan perkataan, dikenali sebagai morfem terikat.

Unit yang terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih.

seekor

anak

burung

merpati

frasa frasa frasa

FRASA
FRASA NAMA

FRASA SENDI NAMA

4 JENIS

FRASA KERJA

FRASA ADJEKTIF

Unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat,yang menjadi konstituen kepada ayat.

Klausa Bebas
- klausa yang boleh berdiri sendiri dan boleh bersifat sebagai ayat yang lengkap apabila diucapkan dengan intonasi yang sempurna. Cth: kamu pandai.

Klausa Tak Bebas


- klausa yang tidak boleh berdiri sendiri Cth: Kamu pandai kerana kamu rajin belajar. Dalam ayat ini kerana kamu rajin belajar adalah klausa tak bebas

Ayat yang mengandungi satu klausa sahaja, iaitu yang mempunyai satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat

Subjek 1. Ayah Ali 2. Dia

Predikat peguam. sangat letih.

Perbezaan antara ayat tunggal dengan ayat dasar.


Semua ayat dasar terdiri daripada ayat penyata, manakala ayat-ayat tunggal boleh terdiri daripada jenis-jenis lain seperti ayat tanya, ayat perintah, ayat seruan, dan sebagainya.

Persamaan antara ayat tunggal dengan ayat dasar.

Kedua-duanya mengandungi satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat. Kedua-duanya sama kalau terdiri daripada ayat penyata.

SUSUNAN AYAT
1.Susunan biasa iaitu kedudukan konstituen subjeknya di hadapan konstituen predikat.
2.Susunan songsang iaitu konstituen predikat dipindahkan ke hadapan subjek. (proses pendepanan atau penjudulan). Terbahagi kepada dua iaitu

i) Pendepanan seluruh predikat . ii) Pendepanan sebahagian predikat.

Ayat Susunan Biasa

Contoh. i) Seorang guru telah memenangi hadiah itu. ii) Pemandangan di kawasan itu sunguh cantik. iii) Projek itu selesai juga akhirnya.

Ayat Susunan songsang


A. Pendepanan Seluruh predikat.

Contoh : i) Baik sungguh perangainya. ( Perangainya baik sungguh) Berjaya juga akhirnya pendaki itu. (Pendaki itu berjaya juga akhirnya.) Ada juga pada kata penegas.(-kah,-tah dan lah) Dialah bapa saya. ( Bapa saya dialah.)

ii)

iii)

B. Pendepanan Sebahagian daripada predikat Terdiri daripada 3 jenis iaitu pendepanan frasa kerja, pendepanan frasa adjektif dan pendepanan frasa sendi nama. 1. Pendepanan frasa kerja

a) Pendepanan kata kerja sahaja. Contoh, Berkejar-kejaran kanak-kanak itu di padang. b) Pendepanan kata kerja dengan objek. Contoh, Menanam jagung Pak Abu tahun ini. c) Pendepanan kata bantu dengan kata kerja. Contoh Masih bermain budak-budak itu.

2.Pendepanan Kata Adjektif


i) Pendepanan kata adjektif sahaja. Contoh Sakit dia pada masa itu. Lesu badannya sepanjang masa. ii) Pendepanan kata bantu dengan kata adjektif. Contoh Sudah tentu pandai anak pendeta itu. Sedang sakit tenat pesakit itu.
(hlm 460-461)

3. Pendepanan Frasa Sendi Nama.


a) Frasa sendi nama sebagai predikat. Contoh i) Untuk ibu barang-barang itu. (Barang-barang itu untuk ibu) ii) Daripada Ali surat itu. (Surat itu daripada Ali)

b)

Frasa sendi nama sebagai keterangan dalam predikat. Contoh i) Pada janji saya berpegang. (Saya berpegang pada janji) ii) Ke dalam kota pejuang-pejuang itu merempuh. (Pejuang-pejuang itu merempuh ke dalam kota.)

RAGAM AYAT
1. Ayat Aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Terbahagi kepada dua iaitu.
a) Ayat aktif transitif. b) Ayat aktif tak transitif.

(hlm. 462-463)

A. Ayat aktif: Ayat aktif transitif : contoh ayat

1.

Guru besar memanggil saya.( subjek/kata kerja/objek)


Anaknya membawakan saya secawan kopi. (subjek/kata kerja / objek tepat/objek sipi) Anaknya membawa secawan kopi untuk saya. (subjek/kata kerja/ objek/ frasa sendi nama) Keputusan itu sungguh memeranjatkan ibu bapanya. ( objek boleh digugurkan)

2.

3.

4.

B. Ayat Aktif : Ayat Aktif Tak transitif (tiada objek sebagai penyambut) ada dua jenis iaitu 1. Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang boleh digugurkan.
Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang tidak boleh digugurkan.

2.

Ayat aktif: Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang boleh digugurkan (frasa keterangan sebagai pilihan)
Contoh, 1. Kanak-kanak sedang mandi. ( Kanak-kanak sedang mandi di kolam itu.)
2. Dia menangis. ( Dia menangis sepanjang hari.)

Ayat aktif: Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang tidak boleh digugurkan. Contoh,
1. 2. 3. Dia berada di Kuala Lumpur. Bas itu menuju ke utara. Kenderaan menghala ke timur.

Ayat pasif : Ayat pasif terbahagi kepada tiga jenis iaitu 1. 2.


3.

Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif. Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kata ganti nama diri kedua. Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja.

1.

Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif. di, ter, ber dan kean

1. 2.
3. 4.

Sampah-sarap dibakar oleh ayah pagi tadi. Tembok itu terlanggar oleh lori pada bahagian bawahnya. Mereka kehujanan sepanjang hari. Baju itu berjahit dengan benang sutera.

2. Ayat pasif: Ayat pasif dengan kata ganti nama diri orang pertama dan kedua. Kerja itu sudah saya selesaikan semalam. Buku itu akan kubaca secepat mungkin. Persetujuan beliau belum anda peroleh.
Ada juga ayat pasif songsang Contoh i) Saya tendang bola itu.

3. Ayat pasif: Ayat pasif dengan kata bantu pasif

kena

Contoh: i) Pencuri itu kena tangkap oleh polis. ii) Dia kena tipu oleh pemuda itu.

Sekian Terima Kasih

You might also like