You are on page 1of 3

4.

0 PESERTA KURSUS INDUKSI SISTEM SARAAN MALAYSIA (KISSM)

4.1. Tawaran Kursus dan Masa Berkursus

KISSM hanya ditawarkan kepada guru-guru pelatih yang mengikuti latihan


perguruan di Institut Pendidikan Guru Malaysia melalui program-program berikut:

4.1.1. Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM) sepenuh masa pada


penghujung semester 6

4.1.2. Kursus Diploma Perguruan Malaysia Mod Kursus Dalam Cuti (KDC) pada
penghujung peringkat 5

4.1.3. Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) pada penghujung Semester 2

4.1.4. Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) Mod Latihan Perguruan


Berasaskan Sekolah (LPBS) pada penghujung Semester 3

4.1.5. Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) Mod Latihan Perguruan


Berasaskan Sekolah (LPBS) j-QAF pada penghujung Semester 3

4.1.6. Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (B.Ed) pada penghujung


Semester 8

4.2. Kelayakan Menjadi Peserta Kursus

KISSM ditawarkan kepada semua guru pelatih Kursus Diploma Perguruan


Malaysia (KDPM), Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) dan Program Ijazah
Sarjana Muda Pendidikan (B.Ed) yang telah berdaftar dengan IPGM serta
memenuhi syarat-syarat berikut:

4.2.1. Calon-calon tajaan Bahagian Pendidikan Guru KPM sahaja

4.2.2. Lulus Peperiksaan Akhir KDPM/ KPLI / B.Ed

4.2.3. Melengkapkan praktikum

4.2.4. Calon-calon yang sedang menunggu keputusan peperiksaan akhir boleh


mengikuti kursus ini, tetapi keputusan KISSM akan ditangguh sehingga
keputusan rasmi peperiksaan perguruan diumumkan Bahagian
Pendidikan Guru.
4.2.5. Calon-calon yang gagal dalam peperiksaan akhir dan / atau praktikum
hendaklah mengikuti KISSM di Jabatan Pelajaran Negeri setelah lulus
peperiksaan akhir dan praktikum masing-masing.

(Rujuk Pekeliling daripada Bahagian Pembangunan Organisasi dan Perkhidmatan KP (PP)


0047/832/2 Jld. 10(56) bertarikh 20 Ok 1998).

4.3. Penyemakan Daftar Calon Yang Layak Mengikuti Kursus Induksi Sistem
Saraan Malaysia (KISSM)

Pengelola perlu menyemak senarai nama calon yang layak untuk mengikuti
Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) dengan Unit Peperiksaan
IPGM. Pengelola KISSM perlu membuat semakan teliti terhadap Nama Calon
(seperti dalam K/P) dan Nombor Kad Pengenalan terkini dengan tepat.

2008181050001

2008 18 105 0001

Tahun Kod KPLI Nombor


IPDA kemasukan Calon
Jan 2008

(Contoh Angka Giliran Calon KPLI Ambilan Jan. 2008 dari IPDA)

2008181320001

2008 18 132 0001

Tahun Kod KPLI j-QAF Nombor


IPDA kemasukan Calon
Jan 2008
(Contoh Angka Giliran Calon KPLI j-QAF Ambilan Jan. 2008 dari IPDA)

You might also like