You are on page 1of 2

5.

3 Potensi Perniagaan

5.3.1 Berdasarkan kepada analisa dan kajian pasaran yang dibuat, perniagaan
ini mempunyai potensi yang cukup besar untuk berkembang di sekitar 8
% hingga 15 % setahun. Walaupun perniagaan masih di peringkat awal,
namun perkembangannya begitu memberangsangkan dan mempunyai
potensi cukup besar untuk berkembang di masa hadapan kerana Ani Sup
Utara telah dikenali hampir di seluruh Malaysia.

5.3.2 Usaha berterusan yang dijalankan oleh pihak syarikat kini semakin
mendapat tempat di hati pelanggan kerana kualiti makanan dan
perkhidmatan yang ditawarkan sentiasa berada pada tahap yang amat
baik. Lokasi kedai yang terletak di tepi jalan utama di antara Kepala Batas
dan Tasek Gelugor merupakan laluan yang cukup strategik dan memberi
kelebihan kepada Ani Sup Utara untuk berkembang kerana pelanggan
dapat mengunjunginya dengan mudah. Selain itu, kedudukannya yang
berada di laluan menuju ke Lebuhraya Utara Selatan juga memberikan
impak yang cukup baik untuk perniagaan itu berkembang.

5.3.3 Walaupun keadaan ekonomi tidak begitu baik kebelakangan ini, namun
pembangunan di bandar Kepala Batas di mana terdapat banyak taman-
taman perumahan baru telah dibina, seperti Bandar Putra Bertam, Taman
Bertam Indah dan Taman Bertam Perdana. Tambahan pula, Bandar
Kepala Batas juga adalah merupakan MINI PUTRAJAYA di mana
terdapat banyak kompleks-kompleks kerajaan yang merupakan satu faktor
penyumbang kepada peningkatan saiz pasaran yang dimiliki oleh Ani Sup
Utara. Selain itu, di sini terdapat beberapa institusi pendidikan seperti
Maktab Rendah Sains Mara, Sek. Men. Sains Kepala Batas, Institut
Latihan Perindustrian dan Kolej Sains Perubatan Alliance. Adalah
dijangkakan pertumbuhan ekonomi Bandar Kepala Batas akan terus
berkembang dengan wujudnya Taman Perindustrian , USM dan UiTM
dalam tempah 3 tahun hingga 5 tahun yang akan datang.

5.3.4 Industri makanan kurang terjejas walaupun keadaan ekonomi tidak begitu
baik kerana makanan merupakan keperluan asas kepada manusia. Keadaan
ini akan memberi kelebihan kepada pihak syarikat untuk menempatkan
diri di dalam pasaran dan seterusnya memenangi hati pelanggan kerana
majoriti penduduk bandar ini dan kawasan sekitarnya adalah bumiputera.

5.3.5 Melalui pertambahan modal pusingan yang lebih besar, pihak syarikat
amat berharap akan dapat menjana modal tersebut untuk memberikan
perkhidmatan , suasana restoran yang lebih selesa dan menyediakan
pelbagai kemudahan untuk pelanggan.

5.4.6 Melalui jalinan tawaran perkhidmatan dan produk yang pelbagai ini, Ani
Sup Utara mampu memenuhi keperluan dan kehendak pelanggannya di
masa hadapan. Ia juga turut mampu menjadi pembekal utama makanan
berasaskan sup di kawasan tersebut.

You might also like