You are on page 1of 1

Perakaunan Pengurusan Stategik

Hafizah Mohamad GA00437

Perakaunan pengurusan strategik (SMA) ialah penggunaan

data kos untuk

membangunkan dan mengenal pasti strategi yang lebih baik yang akan menghasilkan kelebihan daya saing yang berterusan. Ia merangkumi kepada strategi perniagaan. Perakaunan pengurusan strategik juga membantu pengurus dalam mewujudkan strategi persaingan baru, menilai strategi yang telah sedia ada, membuat perbanding dengan pesaing dan memantau serta menilai kemajuan ke arah strategi tertentu. Akauntan pengurusan mesti memahami sifat strategi organisasi mereka kerana ini harus mempengaruhi reka bentuk dan operasi sistem pengurusan perakaunan. SMA terdiri daripada komponen-komponen seperti analisis terperinci kos untuk membuat keputusan strategik mengenai produk, pelanggan dan pembekal,dan bagi pengurusan kos, analisis struktur kos pesaing dan pengukuran prestasi strategik berorientasikan sistem pembangunan. Menurut Porter di dalam sumber kelebihan daya saing, terdapat tiga kedudukan strategik yang mungkin membawa kepada kejayaan perniagaan ialah kepimpinan kos, perbezaan keluaran atau perkhidmatan dan pasaran khusus (fokus). Strategi kompetitif Porter, strategi kos rendah iaitu objektif untuk menyediakan nilai yang sama atau lebih baik pada kos yang lebih rendah berbanding melakukan pesaing. Kedua, strategi pembezaan adalah usaha untuk meningkatkan nilai pelanggan dengan meningkatkan apa yang direlisasikan kehendak pelanggan. Ketiga, fokus (Pasaran khusus) ialah firma itu mampu untuk berkhidmat dengan sasaran strategik yang sempit adalah lebih berkesan atau cekap daripada pesaing yang bersaing lebih meluas. Pendapat Robin Cooper (46 Cooper 1994 & 47 Cooper ET AL 1197) menyatakan bahawa ideologi konfrantasi telah dikenalpasti sebagai alat yang baik untuk menangani situasi pasaran hari ini. Manakala Strategi Laut Biru ialah ia suatu revolusi dalam strategi perniagaan dan insentif global bagi menggabungkan kretiviti dan inovasi di dalam perancangan perniagaan dan operasi bagi menguasai pasaran yang tidak terbatas.

You might also like