You are on page 1of 6

Keluk pengalaman menunjukkan alat penting dalam memahami pilihan

strategik dalam isu pengeluaran.

 Antara matriks portfolio perniagaan yang paling biasa merupakan matriks

BCG, GE dan ADL.

 Satu lagi cara alternatif bagi menilai kompetitif organisasi berbanding firma

lain dalam industri ialah dengan menggunakan matriks profil kompetitif.

 SPACE adalah satu lagi alat strategik untuk mengukur posisi kompetitif bagi

organisasi dan potensi pilihan yang boleh dipertimbangkan dalam situasi

sedemikian.

 Haruslah disedari bahawa alat ini hanya memberikan garis panduan untuk

pengurus strategik menganalisis posisi kompetitif organisasi.

Keluk pengalaman

Matriks Arthur D. Little (ADL)

Matriks Boston Consulting Group

(BCG)

Matriks General Electric (GE)

Matriks portfolio perniagaan

Matriks profil kompetitif

(CPM ă competitive profile matrix)

Tindakan dan Penilaian Posisi

Strategik (SPACE ă Strategic Position

Action and Evaluation)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

 PENGENALAN

Setelah analisis strategik dilakukan, peringkat seterusnya adalah untuk

menentukan strategi apakah yang akan dipilih daripada rangkaian potensi

strategi, pada kedua-dua peringkat korporat dan perniagaan dalam organisasi.


Ini boleh menjadi tugas yang mencabar kerana pilihan strategik boleh menjadi

terhad dan pilihan strategi yang sedia ada untuk dipilih boleh jadi sukar. Walau

bagaimanapun, untuk memudahkan proses penentuan pilihan strategik apakah

yang tersedia, adalah dicadangkan agar kita melihat dari dua perspektif, satu

ialah peringkat korporat dan satu lagi ialah peringkat perniagaan. Dalam

keadaan ini, kita mengandaikan juga bahawa organisasi tidak menggunakan

model portfolio kompetitif kerana model itu mungkin tidak relevan kepada

organisasi. Model portfolio kompetitif adalah relevan kepada organisasi dengan

produk atau portfolio pelbagai dan juga lebih spesifik untuk strategi peringkat

perniagaan berbanding strategi peringkat korporat yang merupakan strategi

yang menjadi perhatian kepada organisasi secara menyeluruh. Strategi peringkat

perniagaan merupakan pelan tindakan yang dicadangkan untuk perniagaan,

aktiviti atau portfolio khusus bagi organisasi.

Topik

 Alternatif

Strategik

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menggariskan bagaimana strategi korporat dan perniagaan dijana;

2. Membezakan strategi perniagaan yang berbeza; dan

3. Membincangkan kepentingan melaksanakan strategi sesuai untuk

organisasi tersebut.

HASIL PEMBELAJARAN

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 9 ALTERNATIF STRATEGIK  129

Contohnya, strategi perniagaan bagi bahagian atau unit perniagaan makanan


dalam Nestle Malaysia boleh jadi strategi kos rendah tetapi strategi korporat

menyeluruh boleh jadi pertumbuhan atau pengembangan. Dua jenis strategi ini

adalah berbeza, namun konsisten atau logikal untuk dilaksanakan oleh Nestle

dalam usaha untuk mengekalkan keberuntungan dan kelebihan daya saingnya.

MENJANA ALTERNATIF STRATEGIK

Dalam menjana alternatif strategik, terdapat dua perspektif yang perlu

dipertimbangkan ă strategik peringkat korporat dan strategi peringkat perniagaan.

STRATEGI KORPORAT

Tahukah anda apakah maksud strategi korporat?

Strategi korporat meliputi pelan tindakan meluas dan menyeluruh organisasi

yang boleh membantu organisasi untuk mencapai matlamat dan objektif yang

telah ditetapkan. Dalam menentukan strategik korporat, pengurus strategik

perlu membuat keputusan sama ada untuk menambah, mengekalkan atau

mengurangkan aktiviti perniagaan menyeluruh. Keputusan sedemikian adalah

sangat penting sebelum sebarang pilihan strategik boleh dibuat atau dipilih.

Menurut David (2003), terdapat sekurang-kurangnya empat jenis strategi

korporat. Strategi tersebut merupakan strategi integrasi, strategi intensif, strategi

pempelbagaian dan strategi pertahanan.

9.2.1 Strategi Integrasi

Strategi integrasi boleh didefinisikan seperti yang berikut:

Strategi integrasi merupakan aktiviti yang terlibat dalam kawalan operasi ke

hadapan, mendatar atau ke belakang bagi organisasi yang bersaing. Ia

dikenali sebagai strategi integrasi menegak.

Strategi korporat adalah pelan tindakan yang berpotensi yang boleh

menentukan orientasi atau keupayaan organisasi untuk mengurus

perniagaan dalam pelbagai persekitaran dengan set keupayaan strategik

yang biasa.

9.2

9.1
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

 TOPIK 9 ALTERNATIF STRATEGIK

130

Terdapat tiga jenis strategi integrasi iaitu integrasi ke hadapan, ke belakang dan

integrasi mendatar.

(a) Integrasi ke Hadapan

Mari kita lihat apakah yang dimaksudkan dengan integrasi ke hadapan.

Sebagai contoh, Proton sebagai pemilik dan pengawal bagi ahli pengedar

kereta Proton boleh meningkatkan kawalan ke atas pengedar, Edaran

Otomobil Nasional (EON), dengan menambah syernya dalam EON.

Dengan cara itu, Proton akan memperoleh lebih kuasa dalam perniagaan

EON.

Strategi ini harus diguna pakai apabila organisasi merasakan bahawa

pengedar tidak boleh dipercayai atau meletakkan harga tinggi untuk

mendapatkan untung yang lebih atau mahu memiliki lebih kawalan ke atas

perniagaan mereka, atau apabila prospek integrasi masa depan akan

memberikan kelebihan strategik kepada organisasi dalam jangka panjang.

Ini hanya boleh dilakukan jika organisasi memiliki modal kewangan dan

insan untuk melakukan tindakan tersebut.

(b) Integrasi ke Belakang

Integrasi ke belakang membawa maksud seperti yang berikut:

Sebagai contoh, Proton boleh mempunyai integrasi ke belakang, jika ia

membeli syer dalam jumlah yang besar dari salah satu pembekalnya

seperti Goodyear Tyres. Dengan berbuat demikian, Proton boleh memiliki

lebih hak dalam bekalan tayar oleh Goodyear Tyres untuk memasang

kereta Proton.

Strategi ini boleh dipertimbangkan semula jika pembekal kelihatan tidak


boleh dipercayai atau mahal, jumlah pembekal adalah terhad dan prospek

masa depan dalam industri adalah bagus atau disukai. Strategi ini juga

harus dipertimbangkan untuk mengekalkan harga sumber yang stabil, dan

organisasi memiliki modal kewangan dan insan untuk melaksanakan

integrasi tersebut. Strategi ini juga harus dipertimbangkan apabila bahan

Integrasi ke belakang bermaksud organisasi memperoleh kawalan atau

pemilikan bagi bekalan organisasi.

Integrasi ke hadapan bermaksud organisasi memperoleh kawalan atau

milikan ke atas pengedar atau peruncit.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 9 ALTERNATIF STRATEGIK  131

mentah dikira sebagai komponen penting dalam produk akhir bagi

organisasi.

(c) Integrasi Mendatar

Bagaimanakah pula dengan integrasi mendatar? Berikut adalah definisi

terma tersebut:

Sebagai contoh, pengedar untuk BMW di Malaysia merupakan Cartrade

and Auto Bavaria. Kemudian, jika Cartrade mengambil alih untuk menjadi

wakil pengedar dari Auto Bavaria Malaysia untuk mendapatkan lebih

kawalan atas hak pengedaran kereta BMW Malaysia, ini dikenali sebagai

integrasi mendatar. Contoh lain merupakan integrasi bagi perkhidmatan

talian mudah alih Celcom (019) dan Telekom (013) di Malaysia.

Strategi ini harus dipertimbangkan apabila organisasi boleh memperoleh

ciri untuk memonopoli dan memiliki kelebihan strategik. Ini adalah satu

strategi penting apabila organisasi beroperasi dalam pasaran yang

berkembang atau meningkat, dan ekonomi skala boleh diperoleh dengan

operasi yang besar. Akhir sekali, strategi ini memerlukan sumber modal
kewangan dan insan di pihak pembeli syarikat pesaing.

9.2.2 Strategi Intensif

Strategi intensif membawa maksud seperti yang berikut:

Terdapat tiga jenis strategi intensif iaitu penembusan pasaran, pembangunan

pasaran dan pembangunan produk.

Strategi Intensif merujuk kepada strategi yang memerlukan usaha intensif di

pihak organisasi untuk memperbaiki posisi kompetitif dalam industri.

Integrasi mendatar bermaksud organisasi mahukan pemilikan dan

kawalan ke atas organisasi pesaing dalam industri.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

You might also like