You are on page 1of 6

Penyalahgunaan Dadah dalam Sukan

Apakah isu-isu yang melibatkan dadah dan sukan?


Penggunaan drug untuk meningkatkan tahap keupayaan sukan bukan sahaja
menyebabkan kesan sampingan yang buruk tetapi boleh membawa maut kepada ahli-ahli
sukan tahun demi tahun.
Dalam tahun 1967, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa telah bersetuju untuk
mengharamkan atau menghadkan penggunaan sesetengah bahan atau kaedah yang boleh
meningkatkan tahap keupayaan atlit.
Atlit berisiko disingkirkan dari menyertai pertandingan sekiranya didapati positif
mengambil dadah terlarang melalui ujian secara rambang. Mereka juga akan merana akibat
kesan drug samada secara jangka pendek dan panjang.

Apakah maksud Drug?

Drug adalah merupakan sesuatu bahan (selain daripada makanan) yang apabila diambil,
akan menyebabkan perubahan dalam badan. Jika perubahan itu memberi manfaat kepada
badan, drug ini disebut sebagai ubat. Sekiranya perubahan ini membawa keburukan kepada
badan, ianya disebut sebagai racun.

Apakah 'doping'?

'Doping' adalah penggunaan bahan atau kaedah yang diharamkan untuk meningkatkan
prestasi sukan oleh atlit.

'Doping' secara tidak sengaja berlaku apabila atlit mengambil ubat untuk merawat sesuatu
penyakit dan tanpa disedari ubat berkenaan mengandungi bahan yang dilarang.

Atlit-atlit tertakluk kepada polisi melarang 'doping' dan bertanggungjawab untuk menyemak
status bahan-bahan dan ubat-ubatan yang diambil.

1/6

Penyalahgunaan Dadah dalam Sukan

Kenapa sesetengah bahan dan kaedah diharamkan?

Alasan diharamkan melibatkan beberapa isu:


Kesihatan - Banyak bahan boleh menyebabkan kesan yang tidak baik terhadap
kesihatan jika tidak digunakan dengan betul.
Etika - Di dalam sesetengah keadaan bahan-bahan dan kaedah-kaedah yang
diharamkan boleh meningkatkan tahap keupayaan atlit melebihi tahap biasa.
Undang-Undang - Sesetengah drug adalah haram dan dengan itu penggunaannya
adalah dilarang dalam sukan.

Apakah polisi penyalahgunaan drug dalam sukan di Malaysia?

Strategi yang diambil bertujuan untuk :


-

Pencegahan
Pembasmian :
Salah laku dan penyalahgunaan dadah
Sikap dan kebiasaan yang cenderung ke arah doping

Memantau :
Ujian doping di luar pertandingan
Parameter latihan dan tahap keupayaan

Langkah berjaga-jaga

Sebelum mengambil sebarang ubat, atlit perlu mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor,
pegawai sukan bertauliah dan pegawai pusat doping, jika ingin menyertai acara sukan di
peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Ini adalah kerana terdapat banyak ubat yang boleh
membawa kesan terhadap tahap keupayaan atlit. (Senarai komprehensif bahan yang dilarang
boleh didapati daripada 'Prohibited List International Standard' pada tahun 2005 atau dengan

2/6

Penyalahgunaan Dadah dalam Sukan

melayari www.wada-ama.org .

Bahan-bahan dan kaedah-kaedah yang dilarang

Senarai bahan-bahan dan kaedah doping yang dilarang. Penggunaannya merupakan satu
penipuan.

Jenis dan deskripsi


Kesan-kesan sampingan
Agen Anabolik
Steroid anabolik androgenik adalah merupakan hormon sintetik testosteron.
Agen ini sering didapati dari pasaran gelap/haram di gimnasium dan kelab kecergasan kerana
Contoh:
Danazol (digunakan untuk mengurangkan bengkak di bahagian dada bagi lelaki)
Clenbuterol (agonis beta-2 yang digunakan meningkatkan tumbesaran haiwan).

Botak
Jerawat
Penambahan bulu di muka dan badan
Kerosakan hati
Bagi lelaki ciri-ciri perempuan lebih terserlah dan sebaliknya.
Perubahan 'mood'
Potensi untuk menyebabkan mandul
Kebanyakan steroid anabolik perlu disuntik, oleh itu pengguna terdedah kepada bahaya perko
Jenis larangan: Semasa atau di luar pertandingan

Agonis Beta-2
Agonis beta-2 sering didapati pada ubat-ubatan asma
Hanya Salbutamol, Salmeterol dan Terbutaline dalam bentuk sedutan dibenarkan untuk rawa
Tangan mengeletar
Pening
Berdebar-debar

3/6

Penyalahgunaan Dadah dalam Sukan

Jenis larangan: Semasa atau di luar pertandingan

Agen yang mempunyai aktiviti anti-estrogen


Agen ini digunakan secara haram, untuk mencegah kesan sampingan yang disebabkan oleh
Contoh:
Tamoksifen (digunakan dalam rawatan kanser payudara dan kemandulan)
Clomifen (untuk kemandulan)

Muka merah dan panas


Perut tidak selesa
Bengkak

Jenis larangan: Semasa atau di luar pertandingan

Diuretik dan agen 'samaran'


Agen samaran berpotensi melindung kehadiran bahan terlarang di dalam air kencing atau sam
Atlit selalunya menggunakan ubat diuretik untuk mengurangkan berat badan atau menyingkir
Contoh diuretik (ubat yang digunakan untuk menyingkirkan cecair badan) ialah furosemida da
Contoh pengembang plasma adalah dekstran dan albumin
Dahaga
Penyahhidrat

Jenis larangan: Semasa atau di luar pertandingan

Analog peptid dan hormon glikoprotin


Hormon ini bertindak dengan merangsang pertumbuhan, mempengaruhi kelakuan, mengubah
Bahan kimia yang mempunyai struktur yang sama dengan hormon ini (atau analog) akan mem
Bahan-bahan yang terkandung dalam kumpulan ini adalah eritropoietin (EPO), hormon tumbe

Hormon tumbesaran digunakan untuk meningkatkan saiz dan kekuatan otot. Kesan sampinga
Akromegali - pembesaran tangan, kaki dan muka.
Masalah otot dan sendi menyebabkan kesukaran menjalankan latihan

4/6

Penyalahgunaan Dadah dalam Sukan

Diabetis (kencing manis)


Eritropoietin merangsang pembentukan sel darah merah
Ini akan menyebabkan peningkatan kelikatan darah dan boleh menyebabkan masalah pered

Ubat perangsang
Kumpulan ini termasuklah
Amfetamin
Kafein (dalam kuantiti yang banyak).
beberapa kandungan aktif ramuan ubat selesema dan ubat demam seperti pseudoephedrin.

Kesan sampingan termasuk


Meningkatkan kadar denyutan jantung
Menjejas kebolehan badan untuk mengawal suhu badan.

Jenis larangan: Semasa atau di luar pertandingan

Analgesik Narkotik.
Ini merupakan penahan sakit yang kuat dan kebanyakannya mengandungi bahan yang terlara
Atlit cenderung menggunakan ubat-ubat sedemikian untuk menahan sakit daripada latihan int
Contoh: kodein dan morfin.
Narkotik mempunyai potensi ketagihan.

Jenis larangan: Semasa atau di luar pertandingan

Kaedah-kaedah yang dilarang


-

Menambahkan pertukaran oksigen

5/6

Penyalahgunaan Dadah dalam Sukan

Doping darah dan penggunaan produk-produk sintetik yang boleh meningkatkan


pengambilan dan penghantaran oksigen keseluruh tubuh.
Manipulasi Fizikal dan Bahan Kimia
Mengubah, atau cubaan mengubah dengan menggunakan bahan-bahan atau
kaedah-kaedah yang mengubah ciri-ciri sampel untuk ujian doping.
-

Doping Genetik
Penggunaan gen dan/atau sel-sel bagi tujuan meningkatkan prestasi.

Semakan akhir
Penulis
Penyemak

:
:

20 April 2012
Dr. Nour Hanah bt. Othman
Nur Azibahwati bt. Aziz

6/6

You might also like