You are on page 1of 3

TADIKA HIKMAH YPJ

TASKA HIKMAH YPJ

Tadika Hikmah YPJ telah ditubuhkan pada penghujung tahun 1998 hasil cetusan idea daripada Kerajaan Negeri Johor dan kerjasama jitu dari semua tenaga kerja Syarikat Kumpulan Pendidikan YPJ Sdn. Bhd. Dalam tempoh tahun pertama beroperasi, THYPJ telah mempunyai 4 cawangan iaitu 3 buah di sekitar Johor Bahru dan sebuah lagi di Parit Bunga, Ledang dengan jumlah pelajar seramai 238 orang. Daripada jumlah tersebut, seramai 119 orang pelajar telah berjaya menamatkan persekolahan mereka di Majlis Konvokesyen kali pertama pada 20 November 1999.

THYPJ terus berkembang dengan membuka sebuah lagi cawangan di Taman Tampoi Utama pada 2001, di Taman Kota Jaya, Kota Tinggi pada Januari 2003 dan di Parit Ibrahim, Pontian pada tahun 2004. Seterusnya, pada tahun yang sama THYPJ telah menambahkan lagi perkhidmatannya bagi penjagaan kanak-kanak dari usia 2 bulan hingga 12 tahun dengan menubuhkan Taska Hikmah YPJ di cawangan Taman Tampoi Utama. Manakala Program Pembangunan Usahawan Tadika Hikmah YPJ telah diperkenalkan kepada para usahawan bumiputera yang berminat dengan pendidikan awal kanak-kanak ini bermula sejak tahun 2008 dengan tambahan tiga buah cawangan di Johor Bahru iaitu di Taman Kota Masai, Bandar Baru Kangkar Pulai dan Taman Pulai Indah.

Visi TADIKA HIKMAH YPJ Menjadi sebuah institusi pendidikan prasekolah yang berteraskan Islam, dinamik, unggul dan mempunyai kurikulum yang seimbang serta berdaya maju.

Misi TADIKA HIKMAH YPJ Menyediakan sebuah institusi pendidikan prasekolah yang unggul di setiap daerah di Negeri Johor dengan sistem pendidikan yang cemerlang bagi melahirkan generasi Islam yang berilmu dan berakhlak terpuji.

TADIKA HIKMAH YPJ

TASKA HIKMAH YPJ

Objektif TADIKA HIKMAH YPJ Melahirkan kanak-kanak yang pintar dan berketrampilan serta mampu mengurus diri, membaca, menulis dan mengira sebelum menceburi alam persekolahan sebenar dengan pendedahan awal mengenai asas 3M.

Menghasilkan kurikulum mantap dan sentiasa relevan dengan arus perkembangan teknologi pendidikan prasekolah yang boleh diterima oleh semua lapisan masyarakat dan akhirnya menjadi model dan contoh kepada organisasi lain.

Mewujudkan Tadika dan Taska Hikmah YPJ di setiap daerah di Negeri Johor yang mampu memberikan kemudahan pendidikan prasekolah serba lengkap dan pusat asuhan kanak-kanak dengan kemudahan penjagaan yang berpengalaman serta terlatih.

Menyuburkan emosi kanak-kanak kepada alam pembelajaran serta mendedahkan diri kanakkanak kepada menerima asuhan dan didikan dari para ibubapa, guru dan masyarakat umum.

Melahirkan masyarakat yang beriman, berkemahiran, berilmu, bekerjasama, menghargai hak dan kebolehan orang lain, hormat-menghormati dan berakhlak terpuji. Motto TADIKA HIKMAH YPJ Akademik Cemerlang, Sahsiah Terpuji

TADIKA HIKMAH YPJ

TASKA HIKMAH YPJ

Cawangan BAHAGIAN PEMBANGUNAN TADIKA HIKMAH YPJ (IBUPEJABAT) Aras 4, Wisma YPJ Holdings, No.5, Jalan Seri Perkasa 1/3 Taman Tampoi Utama, 81200 Johor Bahru, Johor Tel : 07-241 8405 Faks : 07-241 6257

TADIKA HIKMAH YPJ (TAMPOI UTAMA) - SRJ/2327 No.4 & 6, Jalan Seri Perkasa 1/7, Taman Tampoi Utama, 81200 Johor Bahru, Johor Tel : 07-241 5471 TADIKA HIKMAH YPJ (LARKIN JAYA) - SRJ/1131 Jalan Tani, Kg Aman, Larkin Jaya, 80350 Johor Bahru, Johor Tel : 07-238 8312

TADIKA HIKMAH YPJ (SAUJANA) - SRJ/1075 G-04, Aras Bwh Bgnan Sri Panglima B, Pangsapuri Bukit Saujana, 80100 Johor Bahru, Johor Tel : 07-222 6734 TADIKA HIKMAH YPJ (KOTA TINGGI) - SRJ/1821 No.195, Jalan Langsat, Taman Kota Jaya, 81900 Kota Tinggi, Johor Tel : 07-882 6844

TADIKA HIKMAH YPJ (LEDANG) - SRJ/1319 KM 4, Parit Bunga, 84000 Ledang, Johor Tel : 06-953 2071 TASKA HIKMAH YPJ (TAMPOI UTAMA) No.8, Jalan Seri Perkasa 1/7, Taman Tampoi Utama, 81200 Johor Bahru, Johor Tel : 07-241 5471

You might also like