You are on page 1of 24

PEMARKAHAN

FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA


JABATAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

KAC3023 - EARLY CHILDHOOD CURRICULUM

SEMESTER 1 SESI 2015/2016

TAJUK TUGASAN:

LAPORAN KURIKULUM MONTESSORI (DI DALAM MALAYSIA)


DAN PERBANDINGAN DENGAN
KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK)

DISEDIAKAN OLEH:
NAMA NO. MATRIK
NAZLIZA BINTI MOHAMAD NAWI D20122062068
NURAINI BINTI AB RAHMAN D20132065347
MOHD AZLY BIN CHE HAHSIM D20132065339
MUHAMAD HASHIM BIN YAKOB D20132065385
MUHAMAD NASARUDIN BIN CHE AZID D20122062083
MUHAMMAD HAZIQ BIN MOHD SHARIF D20122062046
WAN ARIEF NIZAMUDDIN BIN WAN KHARUDDIN D20122062084

KUMPULAN A

1
DISEDIAKAN UNTUK:
DR. ZAHARAH BINTI OSMAN
ISI KANDUNGAN

Tajuk Halaman

1.0 PENDAHULUAN 3

2.0 LATAR BELAKANG KURIKULUM MONTESSORI 4


2.1 Sejarah Model Montessori 4
2.2 Logo Montessori
2.3 Visi dan Misi Mantessori

3.0 KAEDAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN MONTESSORI 7


3.1 Kaedah Pendidikan Montessori 8
3.1.1 Persekitaran Pusat Prasekolah 8
3.1.2 Kanak-kanak 9
3.1.3 Guru 9
3.1.4 Bahan 9
3.1.5 Kurikulum 9

4.0 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN 10


KURIKULUM MONTESSORI DI MALAYSIA
4.1 Dasar Kerajaan Membenarkan Penggunaan Kurikulum dari Luar 10
4.2 Kesedaran Ibu Bapa dan Masyarakat di Malaysia 10
4.3 Bukti Keberkesanan Model Montessori di Malaysia Melalui Kajian 11

5.0 BAHAN-BAHAN MONTESSORI 12


5.1 Permainan Bahan Montessori yang Digunakan Semasa Pameran 13

6.0 TADIKA DI MALAYSIA YANG MENGGUNAKAN 14


KURIKULUM MONTESSORI DI MALAYSIA

7.0 PERBANDINGAN ANTARA MODEL KURIKULUM MONTESSORI 17


DAN KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK)
7.1 Kandungan Kurikulum 17
7.2 Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran 17
7.3 Penekanan Pembelajaran 18
7.4 Standard Pengajaran dan Pembelajaran (Peranan Guru) 18
7.5 Akautabiliti Guru 19
7.6 Pengurusan Bahan 19
7.7 Jadual Waktu Harian 20
7.7.1 Contoh Rancangan Harian yang Terdapat dalam 20
Program Montessori

2
7.7.2 Contoh Rancangan Harian yang Terdapat dalam KSKP 20

8.0 KESIMPULAN 21

LAMPIRAN
Strategi Pemasaran Tadika
1.0 PENDAHULUAN

Kursus Kurikulum Awal Kanak-kanak (KAC3023) merupakan kursus major dalam program
Pendidikan Awal Kanak-kanak yang mendedahkan pelajar kepada teori, model dan kajian
berkaitan dengan kurikulum program pendidikan awal kanak-kanak. Pelbagai model kurikulum
dibincangkan dan dibandingkan seperti Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)
dengan Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-kanak dari luar negara.

Bagi tugasan berkumpulan, setiap pelajar kursus (KAC3023) dibahagikan kepada 6


kumpulan untuk melaksanakan tugasan berkaitan dengan pameran mengenai Model Kurikulum
Pendidikan Awal Kanak-kanak yang dijalankan di dalam Malaysia dan di luar negara. 6
kumpulan yang diwujudkan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian A merupakan
Model Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-kanak yang dijalankan di dalam Malaysia,
manakala kumpulan-kumpulan pada bahagian B pula merupakan Model Kurikulum Pendidikan
Awal Kanak-kanak yang dijalankan di luar negara iaitu Singapura, Indonesia, dan Filipina.
Bahagian A terbahagi kepada 3 kumpulan dan bahagian B juga terbahagi kepada 3 kumpulan.

Selain itu, satu program besar mengenai pameran kurikulum awal kanak-kanak telah
dilaksanakan dengan bantuan penubuhan suatu jawatankuasa. Perbincangan bersama-sama
dengan setiap ahli jawatankuasa telah menghasilkan persetujuan memberi tajuk pameran iaitu
“Hari Pameran Kanak-kanak”. Melalui hasil mesyuarat bersama ahli-ahli jawatankuasa, juga
semuanya bersetuju dan bersepakat untuk menlaksanakan program “Hari Pameran
Kanakkanak” seperti pada tarikh yang sudah berlangsung iaitu 29 Oktober 2015 bersamaan
dengan hari khamis. Masanya pada pukul 8.00 pagi hingga 2.00 petang.

Berdasarkan kenyataan di atas, kumpulan kami telah memilih Model Kurikulum


Montessori yang sedang giat dijalankan di dalam Malaysia. Dalam pameran yang lepas,
kumpulan kami telah mempamerkan kaedah pengajaran dan pembelajaran, Bahan Bantu
Mengajar (BBM), Alat Bantu Mengajar (ABM), dan aktiviti-aktiviti sepenuhnya berkaitan

3
Model Kurikukulum Montessori. Kumpulan kami juga menyediakan laporan ilmiah setelah
program “Hari Pameran Kanak-kanak” selesai dilaksanakan. Sebagai memahami lebih
terperinci mengenai Model Kurikulum Montessori, topik-topik seterusnya membincangkan
sejarah, logo, visi, misi dan lain-lain yang berkaitan Montessori.

2.0 LATAR BELAKANG KURIKULUM MONTESSORI

2.1 Sejarah Model Montessori

Model pendidikan Montessori ini diasaskan oleh Maria Montessori (1870-1952) yang
merupakan seorang tokoh pendidikan di Rome, beliau mempunyai pengalaman mengenai
pendidikan kanak-kanak yang terancat akal (Standing, 1962). Pada tahun 1899, beliau terlibat
dengan penubuhan sekolah kanak-kanak cacat di Rome. Di sekolah ini beliau menghabiskan
masa selama 2 tahun bersama rakan-rakanya bagi melatih guru-guru dalam kaedah pemerhatian
dan pendidikan kanak-kanak terencat akal (Standing, 1962). Di samping itu, beliau
menghabiskan masa dengan kanak-kanak dengan membuat pemerhatian dan ujikaji dengan
menggunakan pelbagai bahan dan kaedah serta menggunakan semua idea yang diperolehinya
melalui kajian tersebut.

Sumbangannya terhadap kanak-kanak menjadikan Maria Montessori seorang tokoh


yang terkenal lebih-lebih lagi kerana beliau seorang doktor. Melalui kaedah pembelajaran yang
di perkenalkan oleh beliau kepada kanak-kanak cacat, beliau mula menerapkan kaedah ini
kepada kanak-kanak biasa (Lee Gutek, 2004). Beliau yakin bahawa kaedah yang digunakan ini
boleh mendatangkan hasil pencapaian yang lebih baik kepada kanak-kanak istimewa dan boleh
memperbaiki kanak-kanak normal.

Mengikut kajian yang dilaksanakan oleh Montessori kita dapat melihat semua
kanakkanak yang berusia 3 hingga 6 tahun mempunyai ciri-ciri yang universal dalam kehidupan
mereka. Ciri-Ciri berikut adalah yang pertama “Semua kanak-kanak mudah untuk menerima
sesuatu pembelajaran”. Kedua ialah, “Semua kanak-kanak melalui peringkat umur yang
sensitif”. Ketiga ialah, “Semua kanak-kanak ingin belajar”. Keempat ialah, “Semua kanakkanak
belajar melalui bermain dan bekerja”. Kelima ialah, “Semua kanak-kanak melalui berbagai
peringkat perkembangan” dan akhir sekali, “Semua kanak-kanak ingin berdikari” (Malone &
Came, 2007).

4
Matlamat program ini adalah sebagai satu pembentukan individu yang menekankan
intelektual secara umum terhadap sesuatu subjek. Disamping itu juga, pengurusan bahan
dengan mengunakan bahan yang konkrit yang dibina khusus untuk mengajar. Antara
prinsipprinsip terpenting Montessori adalah melalui pendekatan individu, kepentingan tugas
kehidupan yang sebenar dan kurikulum berteraskan urutan-urutan sesuatu aktiviti tertentu.
Selain itu, model yang mengunakan tiga bentuk kurikulum iaitu menekankan aktiviti amali
dalam sesi pembelajaran dan pengajaran, mengunakan peralatan sensorial untuk membantu
perkembangan dan seterusnya melibatkan konseptual dan juga peralatan akedemik untuk
memudahkan pengajaran dapat disampaikan dengan berkesan kepada kanak-kanak (Lee Gutek,
2004).

Pada penerbitan hasil kajian jurnal di Amerika Syarikat, menunjukkan bahawa


kanakkanak Montessori telah menjadi bertambah baik dari segi tingkah laku dan kemahiran
akademik di Montessori Children berbanding kumpulan kawalan dari sistem aliran utama.
Kaedah Montessori dalam pendidikan yang dihasilkannya dari pengalaman ini telah
dipraktikkan dengan jayanya terhadap kanak-kanak dan sangat terkenal di kebanyakkan tempat
di serata dunia. Kaedah pendidikan beliau telah dipraktikkan serta mendapat galakan dan
sokongan di serata dunia.

Negara Malaysia juga menggunakan model Montessori. Pusat perkembangan


kanakkanak yang melaksanakan model Montessori iaitu pusat perkembangan bebas adalah
“First Step” yang ditubuhkan di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur pada tahun 1992 dan
dipindahkan ke Bandar Utama, Petaling Jaya pada tahun 2008. Pusat “First Step” merupakan
antara pencetus terawal yang melaksanakan model pendidikan Montessori di Malaysia (First
Step, 2008).

2.2 Logo Montessori

5
PENERANGAN MAKSUD LOGO MONTESSORI
PERKARA PENERANGAN
Rama-rama dan Kasut Melambangkan pembelajaran melalui alam sekitar flora dan
fauna.

Kasut Melambangkan penerokaan yang mengamalkan


keselamatan diri dalam melakukan sesuatu aktiviti dan
sesuatu perkara.

Kanak-kanak Melambangkan pembelajaran dengan semangat setia


kawan, menerapkan nilai murni seperti tolak ansur,
bertanggujawab dan lain-lain.

Kayu Melambangkan kekuatan silibus yang diterapkan dan


dirangka melalui konsep montessori.

Hijau Melambangkan keindahan dan kedamaian dalam bilik


darjah mahupun di luar bilik darjah.

Kuning Melambangkan kegembiraan, penuh semangat dan riang


dalam melakukan sesuatu perkara.

2.3 Visi dan Misi Montessori

Montessori mempunyai visi untuk mendukung dan membimbing kanak-kanak menjadi individu
yang cerdas dalam menghadapi era globalisasi.

6
VISI

 PRE-SCHOOL MONTESSORI menyediakan lingkungan pembelajaran Montessori,


mencerdaskan anak dengan mendorong cara pembelajaran yang tersendiri untuk
mempersiapkan kanak-kanak menjadi warganegara yang bertanggungjawab dan
produktif.
 PRE-SCHOOL MONTESSORI menyediakan lingkungan pembelajaran Montessori,
kepada semua kanak-kanak berumur dalam lingkungan 3-6 tahun untuk
mengembangkan disiplin diri dengan bebas belajar dan berkarya secara
bertanggungjawab dan mencapai potensi maksimum sebagai pelajar, profesional, dan
anggota masyarakat.
MISI

 PRE-SCHOOL MONTESSORI mempunyai misi yang tersendiri seperti:


• Menyediakan prasarana dan lingkungan pembelajaran yang aman dan kondusif.
• Memberikan pendidikan yang bermutu dan kesempatan pembelajaran pada anak.
• Menitikberatkan nilai-nilai murni dalam kalangan kanak-kanak tersebut.
• Mendukung pertumbuhan akademi dan emosional anak sehingga anak terus berjaya.

3.0 KAEDAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN MONTESSORI

Zaidatul menyatakan Profesor Puan Sri Dr. Rohaty Mohd Majzub dari Universiti Kebangsaan
Malaysia menjelaskan pembelajaran di tadika yang menggunakan kurikulum Montessori lebih
fleksibel dan anjal berbanding tadika biasa kerana kanak-kanak diberi peluang untuk meneroka
sesuatu dengan sepenuhnya tanpa bergantung kepada jadual waktu dan peraturan tadika.
Kaedah pembelajaran dalam pendidikan Montessori ini lebih mendedahkan kanak-kanak
kepada persekitaran yang menyeronokkan dengan bantuan alat-alat autentik dan natural.
Pendekatan kaedah pembelajaran mereka lebih kepada konsep kemahiran hidup.

Profesor Puan Sri Dr. Rohaty Mohd Majzub dalam Zaidatul mendapati unsur dan
elemen yang digunakan dalam model Montessori mengadungi kelas pelbagai umur dan bahan
pengajaran yang khusus serta tiada gred atau markah. Elemen yang diterapkan dalam
pembelajaran ini juga adalah belajar secara individu atau kumpulan kecil untuk membolehkan

7
kanak-kanak lebih berdikari dalam melakukan sesuatu aktiviti yang disediakan. Persekitaran
pembelajaran yang selamat, menarik dan mempunyai kebebasan untuk melakukan sebarang
aktiviti juga merupakan unsur pembelajaran yang terdapat dalam pembelajaran ini yang
membolehkan kanak-kanak menggunakan deria mereka dengan cekap dan sesuai dengan
persekitaran yang telah disediakan. Montessori menekankan kepada:

1. Kaedah yang sesuai dengan masalah pembelajaran kanak-kanak. Bahan bantu

mengajar yang disediakan mempunyai sifat-sifat khas supaya kanak-kanak boleh


menggunakan deria mereka sepenuhnya.
2. Lebih menekankan kepada ‘Sensory teaching and learning’. Kaedah ini lebih

tertumpu kepada latihan daya penglihatan, pendengaran, dan sentuhan yang

bermatlamat agar kanak-kanak mendapat pengalaman dan latihan deria yang


cekap.
3. Tingkah laku kanak-kanak merupakan satu usaha untuk mempelajari mengenai

persekitaran dengan menggunakan tangan mereka. ‘The part to intellectual


development is through the hand’ merupakan tema penting dalam kaedah

montessori.

Sumber: http://www.ukm.my/monline/pendidikan-montessori-
dan-pengaplikasiannya-kepada-pendidikan-awal-
kanak-kanak

3.1 Kaedah Pendidikan Montessori

8
3.1.1 Persekitaran Pusat Prasekolah

Suasana persekitaran pendidikan Montessori mempunyai kawasan yang luas untuk kanakkanak
bergerak dengan bebas serta dilengkapi dengan taman permainan dan juga kebun bunga untuk
mewujudkan suasana yang menyeronokkan.

Peralatan asas seperti kerusi, meja, almari, sinki basuh tangan, papan hitam dan pelbagai
lagi bersesuaian dengan umur kanak-kanak sebagai memudahkan mereka menggunakan
kemudahan tersebut di samping dapat mengelak daripada berlaku kecederaan sewaktu proses
pembelajaran. Falsafah Montessori adalah berdasarkan logik, teratur, sistematik dan indah.

3.1.2 Kanak-kanak

Berdasarkan kepada aktiviti individu. Kanak-kanak pelbagai umur melibatkan diri dalam
aktiviti-aktivtiti yang berbentuk individual. Kanak-kanak bebas memilih mana-mana projek
yang mereka sukai.

Aktiviti biasanya dilakukan di atas tikar atau di atas meja. Kanak-kanak mengikut arahan
kendiri bekerja bersendirian atau berdua-duaan. Kanak-kanak yang lebih muda mempelajari
aktiviti tertentu dengan cara memerhati dan meniru rakan-rakan yang lebih tua.

3.1.3 Guru

Kawalan orang dewasa sangat minimum. Guru memerhati kanak-kanak dari jauh dan hanya
melibatkan diri sewaktu membuat demonstrasi kepada kanak-kanak tentang bagaimana
menggunakan alat-alat atau bahan yang baru. Guru-guru tidak memuji kanak-kanak kerana
matlamat aktiviti ialah untuk mendapat “self rewarding”, motivasi intristik.

3.1.4 Bahan

9
Mempunyai ciri-ciri khusus iaitu bahayanya didaktik iaitu dibentuk untuk mengajar pelajaran
tertentu. Berbentuk (self correcting). Mereka akan mendapat maklumat balik setelah berjaya
atau tidak dalam menyempurnakan tugas berdasarkan bahan tersebut. Bahan dibina daripada
mudah kepada yang lebih susah dan bahan-bahan dibina dengan cermat seperti bahan-bahan
semulajadi contohnya kayu yang digilap.

3.1.5 Kurikulum

Terdapat beberapa set aktiviti yang dijalankan di antaranya ialah:

1. Aktiviti yang berkaitan dengan kehidupan harian


Aktiviti seharian yang bukan sahaja boleh dilakukan di sekolah malah di mana sahaja.
Contohnya, membasuh baju, melipat pakaian. Ia lebih kepada kemahiran.

2. Aktiviti yang berkaitan dengan penggunaan deria


Aktiviti yang menggunakan deria yang ada iaitu deria rasa, sentuh, lihat, dengar dan
sebagainya. Kemahiran untuk memudahkan pelajar merasa sesuatu dengan
menggunakan deria yang ada.

3. Aktiviti yang bercorak akademik


Lebih kepada pengajaran akademik seperti pengajaran abjad, nombor dan sebagainya.

4.0 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN KURIKULUM


MONTESSORI DI MALAYSIA

4.1 Dasar Kerajaan Membenarkan Penggunaan Kurikulum dari Luar

Menurut Sufean Husssin et al. (2005), terdapat banyak prasekolah atau tadika-tadika di
Malaysia yang beroperasi tanpa menggunakan sistem yang digunakan oleh Prasekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia khususnya Prasekolah Montessori atau tadika-tadika yang
menggunakan sepenuhnya Model Kurikulum Montessori. Hal ini demikian kerana
perkembangan dasar kerajaan sendiri dan idea-idea baru yang diperkenalkan dalam bidang
pendidikan menjadi dasar perubahan terhadap pembentukan kurikulum yang telah sedia ada.
10
4.2 Kesedaran Ibu Bapa dan Masyarakat di Malaysia

Menurut Sufean et al. (2005), tadika-tadika Montessori tidak kurang penting di Malaysia
memandangkan ibu bapa kini lebih cenderung mendaftar anak-anak mereka ke pengajian
pendidikan awal tersebut. Mereka menginginkan anak-anak mereka mendapat peluang
pembelajaran dalam suasana yang menyeronokan di samping memupuk disiplin dalam
kehidupan. Terdapat juga tadika-tadika Montessori yang menggunakan Kurikulum Prasekolah
Kebangsaan sebagai rujukan bagi membantu proses perkembangan kanak-kanak secara
menyeluruh.

Tinjauan Sufean et al. (2005) di salah sebuah tadika yang menggunakan Model
Kurikulum Montessori di Subang Jaya, mendapati pendekatan yang digunakan berdasarkan
kepada falsafah Montessori seperti insan yang kreatif, kanak-kanak mempunyai bakat dalam
setiap pelajaran, memastikan perkembangan kanak-kanak ditingkatkan secara holistik,
kanakkanak boleh melakukan penemuan yang unik dan kanak-kanak boleh mencapai potensi
yang optimum di dalam peringkat perkembangan mereka.

4.3 Bukti Keberkesanan Model Montessori di Malaysia Melalui Kajian

Aisha (2007), dalam artikelnya yang bertajuk “Kaedah Montessori Ransang Kanak-kanak”,
menyatakan bahawa Montessori menyedari tentang hukum semula jadi bahawa kanak-kanak
yang diberi ransangan persekitaran dengan spontan akan mengubah kelakuan mereka. Kelakuan
yang biasa diubah daripada individu yang tidak memberi perhatian dan tidak menentu
kelakuaannya menjadi individu yang mempunyai disiplin diri bersandarkan pada realiti dan
hidup secara harmoni dengan masyarakat.

Aisha (2007), tertarik dengan kaedah Montessori yang membiarkan pertumbuhan dan
perkembangan kanak-kanak berkembang secara sendiri berdasarkan dua prinsip iaitu kreativiti
spontan dan perkembangan menyeluruh. Kreativiti spontan merujuk kepada inisiatif kreatif
semulajadi manusia khasnya kanak-kanak tanpa diberitahu apa dan bila aktiviti-aktiviti tersebut
perlu dilakukan. Sebagai contoh, kanak-kanak selalu melakukan aktiviti dalam situasi yang
sama seperti menaiki tangga dan mereka tidak akan berhenti selagi tidak puas. Selain itu,
kanakkanak seronok mengendalikan objek konkrit dalam kehidupan seharian seperti memakai

11
butang baju, menuang air dalam cawan dan membuka pintu. Aktiviti-aktiviti rutin seperti ini
membolehkan kanak-kanak membina kemahiran hidup lebih praktikal iaitu kemahiran asas
yang diperlukan untuk menjaga diri sendiri.

Aisha (2007), mendapati bahawa tadika yang menggunakan Model Kurikulum


Montessori tidak mengutamakan abjad atau huruf kepada kanak-kanak. Pembelajaran tertumpu
kepada isyarat mereka iaitu boleh membaca dan mengira dengan tepat dalam jangka masa
pendek. Kanak-kanak juga gemar kepada bahan dan kegiatan melatih deria. Dengan cara
melihat, menyentuh, mendengar, menghidu dan merasa sesuatu, kanak-kanak belajar
membezakan dan merumus ciri dan bilangan sesuatu benda.

5.0 BAHAN-BAHAN MONTESSORI

Bahan-bahan yang digunakan dalam Model Montessori mempunyai ciri-ciri khusus iaitu
bahannya didaktik iaitu dibentuk untuk mengajar pelajaran tertentu (berbentuk self correcting).
Kanak-kanak akan mendapat maklumat balik sama ada berjaya atau tidak dalam
menyempurnakan sesuatu tugas berdasarkan bahan tersebut. Bahan dibina daripada mudah
kepada yang lebih susah dan dihasilkan dengan cermat seperti bahan-bahan semulajadi.
Misalnya, kayu yang divarnish seperti berikut:

Pink Tower Red Rods Brown Stairs

12
Cylinder Block Smelling Jar

Rajah 5.1: Contoh bahan-bahan Montessori berasaskan kayu.

5.1 Permainan Bahan Montessori yang Digunakan Semasa Pameran

Semasa pameran Model Kurikulum Montessori yang telah dijalankan pada 29 Oktober 2015,
kumpulan kami telah menyediakan beberapa permainan Montessori kepada kanak-kanak yang
hadir pada hari tersebut. Antara aktiviti atau permainan berdasarkan Model Kurikulum
Montessori yang dijalankan ialah:

a) Aktiviti Kehidupan Harian (Daily Living)

i) Mengikat tali kasut

13
ii) Aktiviti Bermain Bahan Deria Montessori (Sensorial Material)

6.0 TADIKA DI MALAYSIA YANG MENGGUNAKAN KURIKULUM


MONTESSORI DI MALAYSIA

Di Malaysia terdapat beberapa buah tadika yang menggunakan Kurikulum Montessori dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran. Graf 6.1 di bawah menunjukkan negeri-negeri di Malaysia
yang menggunakan Kurikulum Montessori. Negeri Melaka mencatat 3 buah tadika, Selangor
49 buah tadika, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berjumlah 40 buah tadika, Johor Bharu
iaitu 6 buah tadika dan yang akhir sekali Pulau Pinang yang mempunyai 8 buah tadika.

Graf Menunjukkan Jumlah Tadika Yang


Menggunakan Kurikulum Montessori Di
Malaysia
50
40
30
20
10
0

14
Graf 6.1: Jumlah Tadika di Malaysia yang Menggunakan Kurikulum Montessori dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Awal Kanak-kanak.

Berdasarkan Graf 1 yang telah dinyatakan di atas, antara nama tadika yang
menggunakan kurikulum Montessori mengikut negeri adalah seperti berikut:

a) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

1) Blue Daisies (By Taska Alam Manja)


P-03-02, Bayu Walk, Mont' Kiara Bayu,
Kuala Lumpur , 50480,
Wilayah Persekutuan, Malaysia.
2) BrainBuilder

23A, Jln SS15/2A


Subang Jaya, 47500, Selangor, Malaysia.

3) British Montessori Preparatory School

39, Jalan 15/1, Taman TAR near ISKL


Ampang, 68000, Kuala Lumpur, Malaysia

b) Melaka

1) Little Beetle Montessori


4575-C Jalan Penghulu Abbas, Bukit Baru
Melaka, 75150, Melaka, Malaysia

2) Tadika Premier Montessori Bruang Heights


No.121, Bruang Heights, Melaka, 75150,
Melaka, Malaysia.

3) Tadika Premier Montessori Klebang Besar

15
4669C, Taman Union, Klebang Besar,
Klebang Besar, 75200 ,Melaka, Malaysia.

c) Pulau Pinang

1) Dalat International School Tanjung Bunga, Penang, 11200, Penang, Malaysia.

2) D'MONTE Childcare & Development Centre


54, Persiaran Bukit Kecil 2, Taman Sri Nibong
Bayan Lepas, 11900, Penang, Malaysia.
3) Kids Seahome Montessori
6, Tingkat Laut, Tanjung Bungah, 11200, Penang,
Malaysia.

d) Johor

1) Clover Learning Centre


39, Jalan Tasek, Taman Tasek
Johor Bahru, 80200, Johor,
Malaysia

2) KINDYSTAR - Tadika Bintang Utama


No. 354, Jalan Pelangi 1, Taman Pelangi 3,
Tangkak, 84900 Johor.

3) Tadika Pelangi Montessori Pre School


Jalan Dedap 26, Johor Bahru, 81100,
Johor, Malaysia

e) Selangor

16
1) Active Talk Training Centre
31-1, Jalan Mahogani 5, Bandar Botanic
Klang, 41200, Selangor, Malaysia.

2) Choo Choo Train Baby & Child Care Centre


No. 52A, Jalan Sepah Puteri 5/12, Section 5,
Kota Damansara, Petaling Jaya, 47810, Selangor, Malaysia.

3) Early Learners Furniture Solutions


60 Jln 2/24, Puchong Utama, Puchong
Puchong, 47100, Selangor Darul Ehsan , Malaysia.
7.0 PERBANDINGAN ANTARA MODEL KURIKULUM MONTESSORI
DAN
KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK)

7.1 Kandungan Kurikulum

Kurikulum Penerangan
Montessori • Menekankan aktiviti amali atau kehidupan harian.
• Aktiviti menggunakan peralatan sensorial untuk membantu
perkembangan deria kanak-kanak.
• Melibatkan konseptual atau peralatan akademik.
KSPK • Berasaskan Standard
i. Standard Kandungan:
Penyataan spesifik tentang perkara yang kanak-kanak patut
ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh merangkumi
aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. ii. Standard
Pembelajaran:
Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran
dan pencapaiaan yang boleh diukur bagi setiap standard
kandungan.
• Benbentuk Modular
Kandungan diorganisasikan dan seterusnya disampaikan dalam
bentuk bahagian atau unit yang dinamakan modul. Modul yang
dimaksudkan ialah modul teras asas dan modul bertema.

7.2 Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran

Kurikulum Penerangan

17
Montessori • Pendekatan secara individu atau kumpulan kecil.
• Penekanan “Sensory Teaching and Learning” (latihan daya
penglihatan, pendengaran dan sentuhan) supaya kanak-kanak
mendapat pengalaman dan latihan menggunakan deria dengan
cekap.
• Tingkah laku kanak-kanak menjadi dasar kerana merupakan satu
usaha untuk mempelajari mengenai persekitaran dengan
menggunakan tangan mereka.
• Persekitaran yang lengkap dengan pelbagai bahan bagi menyokong
pembentukan konsep dan pengetahuan kanak-kanak apabila kanak-
kanak memerlukannya.
KSPK Penggunaan pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang
tidak terhad kepada murid seperti:
i. Hands-on learning
ii. Pembelajaran melalui bermain.
iii. Inkuiri penemuan. iv. Pembelajarn berasaskan projek.
v. Pembelajaran luar bilik darjah. vi.
Pembelajaran secara kontekstual.

vii. Pembelajaran secara kontruktivisme.


viii. Pembelajaran masteri.
Mengambil kira kepelbagaiaan kecerdasan kanak-kanak.
Kanak-kanak membina pengetahuan sendiri, pengajaran tidak
dijalankan secara “Spoon Feeding”.
Kanak-kanak diberi peluang untuk berfikir dan menyelesaikan
masalah.
Perbezaan individu dibenarkan.
Kanak-kanak belajar mengikut kadar sendiri.
Guru mengajar dengan mangaitkan dengan pengalaman seharian
kanak-kanak.

7.3 Penekanan Pembelajaran

Kurikulum Penerangan
Montessori Mengikut kesesuaian masalah pembelajaran kanak-kanak.
Mengadungi kelas kanak-kanak pelbagai umur.
KSPK • Merangkumi perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal,
kognitif, sahsiah dan persediaan ke sekolah rendah serta
pendedahan kemahiran 4M (membaca, menulis, mengira,
menaakul).
• Berfokus pada kanak-kanak berumur 4-6 tahun.

18
7.4 Standard Pengajaran dan Pembelajaran (Peranan Guru)

Kurikulum Penerangan
Montessori • Guru membuat pemerhatian dari jarak jauh semasa aktiviti.
• Guru sebagai penunjuk cara atau membuat demonstrasi.
• Guru perlu menyediakan persekitaran yang lengkap bagi
membantu kanak-kanak belajar secara bebas.
• Guru hanya menunjuk ajar cara yang “betul” bagaimana
menggunakan bahan-bahan selepas kanak-kanak memilih aktiviti
pembelajarannya secara bebas dan sukarela.
KSPK • Guru perlu membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran
berdasarkan keperluan kurikulum dan keperluan kanak-kanak.
• Guru perlu menggunakan pendekatan yang bersesuaian dengan
tahap perkembangan kanak-kanak (developmentally appropriate)
agar pembelajaran berkesan dan membawa makna kepada
kanakkanak.
• Guru menjalankan penaksiran secara berterusan menggunakan
pelbagai kaedah.
• Guru mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dalam
bilik prasekolah.

7.5 Akautabiliti Guru

Kurikulum Penerangan
Montessori • Peranan guru hanya membantu kanak-kanak, bukan memaksa
ataupun menentu arah pembelajaran mereka.
• Guru tidak perlu mengajar kanak-kanak secara formal. Guru hanya
menunjuk ajar dan membimbing mereka dalam pemilihan bahan
dan aktiviti.
KSPK • Guru memastikan semua kanak-kanak melepasi piawai standard
yang ditetapkan
• Guru mengatasi masalah kanak-kanak keciciran.
• Skema dan piawai pengukuran.
• Penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukur dengan
jelas.
• Guru mengenal pasti strategi penambahbaikan (Assessment for
Learning).
• Pelaksanaan penaksiran berasaskan sekolah.

7.6 Pengurusan Bahan

Kurikulum Penerangan

19
Montessori • Menggunakan peralatan konkrit. Dibina khusus untuk mengajar.
• Alatan mengajar yang disediakan mempunyai sifat-sifat khas agar
kanak-kanak dapat menggunakan deria mereka.
• Alatan berbentuk Self Correcting iaitu kanak-kanak akan mendapat
maklumat balik setelah berjaya atau tidak dalam menyempurnakan
tugas berdasarkan alatan tersebut.
KSPK • Rujukan Dokumen Standard:
i. Standard kandungan
ii. Standard pembelajaran
• Penggunaan Modul Pengajaran:
Panduan untuk guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.
• Penggunaan Modul Pembelajaran:
Bahan pembelajaran untuk kanak-kanak.

7.7 Jadual Waktu Harian

7.7.1 Contoh Rancangan Harian yang Terdapat dalam Program Montessori

Kelas bermula dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang.


Masa Aktiviti
9.00 pagi – 10.00 pagi • Kanak-kanak tiba dan guru menyambut
kedatangan mereka.
• Periksa kebersihan kanak-kanak.
• Latihan kehidupan harian; Membantu rakan lain.
• Memakai dan menanggal apron.
• Memeriksa keadaan bilik agar teratur.
• Bahasa, Perbualan: Kanak-kanak menceritakan
peristiwa yang mereka alami pada hari semalam.
• Latihan agama.
10.00 pagi – 11.00 pagi • Latihan intelektual.
• Rehat.
• Latihan penggunaan deria.
11.00 pagi – 11.30 pagi Gimnastik: Pergerakan anggota badan.

20
11.30 pagi – 12.00 tengah hari Makan tengahari: Doa pendek.
12.00 tengahari – 1.00 petang Permainan bebas.
1.00 petang – 2.00 petang Permainan terarah.
2.00 petang – 3.00 petang Kerja tangan.
3.00 petang – 4.00 petang • Gimnastik: Berkumpulan
• Latihan: Perkembangan sifat sayang.
• Lawatan, sayangi pokok dan binatang.

7.7.2 Contoh Rancangan Harian yang Terdapat dalam KSKP

Kelas bermula dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Masa mengikut peruntukan peratus (%).

Modul % Peruntukan Masa


Teras Bahasa Bahasa Melayu
Asas Bahasa Inggeris Fleksibel (Awal tahun: 35%,
Bahas Cina/Bahasa Akhir tahun: 25%)
Tamil
Matematik
Aktiviti Luar
Pendidikan Islam/ Moral
Bertema Modul Bersepadu Fleksibel (Awal tahun: 35%,
Akhir tahun: 45%)
Aktiviti Rutin Dan Perbualan Pagi (baca doa, 30%
makan, refleksi)

8.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulan, pendidikan awal kanak-kanak merupakan perkara yang perlu diberi
perhatian. Pendidikan awal iaitu pada peringkat awal kanak-kanak merupakan persediaan
kanak-kanak sebelum mereka melangkah ke pendidikan formal iaitu peringkat sekolah.
Kanakkanak perlu didedahkan dengan pengajaran dan pembelajaran yang bermakna agar
mereka dapat membina kekuatan, keyakinan dan hidup bersosialasi.

Melalui Model Kurikulum Montessori, kami dapati banyak faedah yang diperolehi oleh
kanak-kanak iaitu dalam membantu perkembangan kognitif, fizikal, sosial dan emosi mereka.
Aktiviti-aktiviti yang direka khas untuk kanak-kanak di dalam kelas dapat membantu mereka

21
memperkembang, menyusun, meluas dan menghalusi persepsi deria dari segi penglihatan,
pendengaran bau dan rasa. Model Montessori juga mewujudkan suasana pembelajaran yang
lebih teratur dan lebih menyeronokkan serta dapat melatih kanak-kanak agar lebih berdikari,
bertanggugjawab dan fokus dalam melakukan setiap tugasan mereka. Oleh itu,

Dalam memastikan perkembangan kanak-kanak mencapai tahap optimum melalui


Model Kurikulum Montessori, guru-guru berperanan penting dalam memastikan kanak-kanak
berada dalam keadaan lebih bersedia dan sentiasa memerhati tingkah laku mereka ketika
menjalankan sesuatu aktiviti bagi menilai kebolehan mereka. Suasana persekitaran dan
kemudahan pembelajaran yang disediakan yang berkesan dan efektif dapat melahir kanakkanak
yang lebih positif dan berkeyakinan tinggi. Secara keseluruhannya, pendidikan Montessori
sangat efektif dalam membentuk pendidikan awal kanak-kanak yang lebih berkualiti.

RUJUKAN

___________. ( ). Model Montessori. Diperoleh semula daripada


http://www.scribd.com/doc/24902467/Model-Montessori#scribd

___________. ( ). Model-model kurikulum prasekolah. Diperoleh semula daripada


http://www.scribd.com/doc/93552179/MODEL-MODEL-
KURIKULUMPRASEKOLAH#scribd

Aisha. (2007). Kaedah montessori ransang kanak-kanak. Diperolehi semula daripada


http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0301&pub=Utusan_Malaysia

Bahagian Pembangunan Kurikulum. ( ). Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan


(KSPK) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Diperoleh semula daripada
http://documents.tips/documents/kurikulum-standard-prasekolah-
kebangsaan55893107099f7.html

Bahagian Pembangunan Kurikulum. ( ). Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.


Diperoleh semula daripada
http://documents.tips/education/kurikulum-standard-prasekolah-
kebangsaan5586387abf0e2.html

First Step. (2008). Curriculum of First Step. Diperolehi semula daripada


http://www.firststepsmalaysia.com/?page_id=50http://www.firststepsmalaysia.com/?p
age_id=410

Lee Gutek, G. (2004). The Montessori Method. USA: Rowman & Littlefield Publishers, Inc.

22
Malone, M. L., & Camp, C. J. (2007). Montessori-based dementia programming: Providing
tools for engagement. Dementia, 2007, 6: 150.

Sufean Husssin, Shahril @ Charil Marzuki, Ahmad Zabidi Abdul Razak & Habib Md. Som,
Alina Ranee. (2005). Pentadbiran dalam pembangunan pendidikan. Bentong Pahang: PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.

Standing, E. M. (1962). Maria Montessori. New York: New American Library.

Zaidatul Ameera Zakaria. ( ). Pendidikan Montessori dan pengaplikasiannya kepada


pendidikan awal kanak-kanak. Mention Online. Diperoleh semula daripada
http://www.ukm.my/monline/pendidikan-montessori-dan-pengaplikasiannya-
kepadapendidikan-awal-kanak-kanak.html

LAMPIRAN

Strategi Pemasaran Tadika

23
Banner yang digunakan oleh Tadika Montessori Elit bagi
menyampaikan maklumat kepada orang ramai khususnya ibu bapa.

24

You might also like