You are on page 1of 5

Teori Perkembangan Montesori

MODEL MONTESSORI  (1870-1952)

Model Montessori dipelopori oleh Maria Montessori. Beliau dilahirkan di Chiaravalle,


Itali pada tahun 1870. Pada tahun 1896, beliau telah menamatkan pengajiannya dalam
bidang perubatan sekali gus telah menjadikan beliau seorang doktor wanita pertama di
Itali. Maria Montessori terkenal kerana penglibatan beliau dalam pendidikan kanak-
kanak. Beliau juga dicalonkan untuk anugerah “Nobel Peace Prize” sebanyak 3 kali iaitu
pada tahun 1949, 1950 dan 1951. Walaupun beliau sudah meninggal dunia,
perjuangannya masih diteruskan lagi melalui “Association Montessori Internationale
(AMI)” di Amsterdam, Netherlands sehingga kini. Maria Montessori amat mementingkan
perkembangan kanak- kanak diperingkat awal lagi.
Menurut Montessori, kanak- kanak akan menunjukkan minat kepada sesuatu aktiviti
pembelajaran apabila mereka cukup matang dan bersedia mempelajarinya. Montessori
telah mengemukakan beberapa konsep asas dalam pembentukan kurikulum kanak- kanak
pada peringkat awal. Antaranya konsep yang dikemukakan oleh Montessori adalah
seperti berikut:
Penggunaan sensori-deria
Menurut Montessori, minda kanak- kanak mudah menyerap sesuatu maklumat yang
diterima melalui deria mereka, sebelum mereka bersedia untuk diajarkan konsep tersebut.
Pernyataan Montessori ini telah disokong oleh Pensyarah Psikologi  Perkembangan Dan
Pendidikan Awal Kanak-kanak Institut Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia,  Mastura Badriz (2002) dalam Zul Azri (2009), iaitu beliau melihat pendidikan
sebagai satu proses yang berkembang serentak dengan perkembangan seorang kanak-
kanak yang belajar melalui persekitaran dan mengaplikasikannya dalam konteks
kehidupan sehariannya sebagai persediaan untuk kehidupan dimasa hadapan.
Dalam erti kata lain, segala apa yang dilihat dan didengari oleh seorang kanak-kanak
dari persekitarannya merupakan satu pendidikan tidak formal kepadanya.

Penerokaan kepada persekitaran


Montessori dalam pendapat beliau turut menyatakan bahawa persekitaran yang
menggalakkan perkembangan kanak- kanak adalah persekitaran yang lengkap dengan
pelbagai bahan yang akan menyokong pembentukkan konsep dan pengetahuan kanak-
kanak apabila mereka memerlukannya. Di samping itu, dalam ertikata lain pendidikan
bagi seseorang kanak-kanak adalah merangkumi segala aktiviti dan pengalaman
pembelajaran yang telah disediakan oleh orang dewasa, aktiviti yang difikirkan oleh
kanak-kanak itu sendiri dan juga bahasa atau teknik komunikasi yang diamalkan oleh
mereka dalam kehidupan seharian. Walaubagaimanapun, pendidikan juga boleh menjadi
sesuatu yang tersembunyi dan tidak dirancang di mana kanak-kanak belajar tanpa
disedari.
Pendapat Montessori ini sekali lagi disokong oleh Mastura Badriz (2002) dalam Zul
Azri (2009), iaitu beliau berpendapat, masa atau perhatian yang diberikan terhadap
sesuatu aktiviti oleh penjaga kanak- kanak, mungkin akan menyebabkan kanak- kanak
tersebut merasakan perkara itu adalah lebih berfaedah walaupun hakikatnya adalah
sebaliknya.

Belajar melalui aktiviti bermain


Bagi kanak-kanak yang sedang membesar, bermain adalah satu keperluan. Melalui
bermain kanak-kanak dapat belajar pelbagai perkara dan keadaan ini dikenali sebagai
pembelajaran tidak formal. Menurut pendapat Montessori, apabila seseorang kanak-
kanak itu bermain, secara tidak langsung mereka dapat belajar dan mengalami sesuatu
pengalaman yang baru apabila melalui proses pembelajaran yang menarik dan
bermakna. Keadaan ini membuktikan bahawa bermain merupakan satu proses belajar
secara semula jadi dan juga spontan. Melalui aktiviti bermain, secara tidak langsung ibu
bapa turut membenarkan kanak-kanak melakukan aktiviti yang kreatif.
Ummu Abdullah (2009), turut menyatakan pandapat yang hampir sama dengan
pendapat Montessori iaitu menurut beliau, setiap kanak- kanak yang membina
pengalaman baru dan berinteraksi dengan persekitaran mereka akan membina beberapa
sambungan pada otak kanak- kanak tersebut. Pernyataan ini menunjukkan bahawa
melalui aktiviti bermain, otak kanak- kanak akan turut berkembang dan secara tidak
langsung turut melatih kanak- kanak tersebut untuk menjadi lebih kreatif.

Tempoh sensitif
Montessori menyatakan bahawa kanak- kanak yang berusia enam tahun dan ke bawah
mempunyai minda yang mudah menyerap jika dibandingkan dengan kanak- kanak yang
berumur enam tahun dan ke atas. Tempoh masa ini dikenali sebagai tempoh masa
sensitif, iaitu merupakan tempoh masa yang sangat sesuai untuk mereka belajar dan
memahaminya. Pada tahap ini, kanak- kanak perlu dipupuk minat untuk belajar dan
pembelajaran ini akan berjaya jika mereka dibimbing untuk meneroka kepada bahan dan
juga persekitaran yang tepat. Tempoh sensitif adalah tempoh yang paling sesuai untuk
kanak- kanak menguasai sesuatu kemahiran. Tempoh tersebut dapat dikesan apabila
kanak- kanak menunjukkan kesediaan dan minat bagi mempelajari sesuatu kemahiran
dengan sentiasa menanya soalan dan sentiasa tertarik bagi memerhati dan menyentuh
sesuatu bahan pengajaran.
Selain daripada itu, Montessori (1870- 1952) dalam Azizah Lebai Nordin (2002),
turut menyatakan bahawa beliau percaya dalam tempoh masa sensitif, kanak- kanak cepat
mempelajari beberapa tingkahlaku dengan lebih berkesan berbanding dengan tempoh
masa biasa. Ahli pendidik awal kanak- kanak menamakan masa sensitif ini sebagai
kesediaan (readiness). Selain daripada model- model kurikulum Maria Montessori yang
telah dibincangkan, terdapat juga teori yang dikemukakan oleh Maria Montessori iaitu
teori interaksi.

TEORI INTERAKSI
Menurut Montessori, pengalaman belajar yang tidak formal dapat dihasilkan bukan
sahaja dari interaksi dengan guru tetapi juga dengan sesama rakannya. Interaksi antara
rakan sebaya ini juga dapat menghasilkan teladan moral dan sosial kepada diri kanak-
kanak tersebut. Selain itu, teori interaksi ini juga dapat membantu pertukaran informasi
sehingga menjadi sumber yang penting bagi pembelajaran tidak formal kanak- kanak.
 Jean Piaget (1896-1980) dalam Nuriman (2009), turut mempunyai pendapat yang
hampir sama dengan Montessori iaitu bagi beliau, kanak- kanak belajar melalui interaksi
dengan orang lain atau pun masyarakat. Semakin ramai orang yang kanak- kanak tersebut
berinteraksi, semakin banyak ilmu yang akan dipelajarinya.

You might also like