You are on page 1of 13

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HDPS3303

PERANCANGAN DAN PENGAJARAN KOGNITIF

NAMA : WOO QIN QIAN

NOMBOR MATRIK : 940607125572001

NO KAD PENGENALAN : 940607-12-5572

NOMBOR TELEFON : 010-932 8258

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM CAWANGAN TAWAU

JANUARI 2019

1
ISI KANDUNGAN

NO. ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

BAHAGIAN A

1.0 PENGENALAN 3

2.0 TEORI KOGNITIF PIAGET 4

3.0 TEORI KOGNITIF PIAGET DAN AKTIVITI BERMAIN PASIR 6

4.0 KESIMPULAN 7

BAHAGIAN B

1.0 BELAJAR MELALUI BERMAIN 8

RUJUKAN 12

2
BAHAGIAN A

1.0 PENGENALAN

Awal kanak-kanak ialah istilah yang merujuk kepada tempoh masa kanak-kanak dari lepas
lahir hingga ke umur lapan tahun. Mengikut The National Association for The Education of
Young Children (NAEYC, 2011) atau Pertubuhan Kebangsaan bagi Pendidikan Kanak-
Kanak Muda, Pendidikan awal kanak-kanak (early childhood education) merujuk kepada
segala program pendidikan yang memberi layanan, asuhan dan bimbingan kepada kanak-
kanak sejak lahir hingga ke umur lapan tahun. Pendidikan Awal Kanak-kanak di Malaysia
merujuk kepada programprogram yang disediakan untuk kanak-kanak yang berumur sejak
lahir sehingga lapan tahun termasuk jagaan di taman asuhan atau taman didikan, prasekolah
atau sekolah rendah. Program seumpama itu dikendalikan oleh pelbagai institusi yang
berbeza-beza.

Morrison (2011), mentakrifkan pendidikan awal kanak-kanak sebagai program yang


menyediakan perkhidmatan kepada kanak-kanak dari usia sejak lahir hingga ke usia lapan
tahun samada program secara separuh atau sepenuh masa di pusat, rumah, institusi, tadika
dan sekolah rendah. Pendidikan Awal Kanak-kanak pada masa kini, memberi penekanan
kepada kepelbagaian kanak-kanak, amalan bersesuaian perkembangan, perhatian kepada
kanak-kanak berkeperluan khas di samping keperluan memenuhi standard pencapaian seperti
yang digariskan oleh NAEYC.

Terdapat pelbagai falsafah dan pandangan dari tokoh-tokoh bagi mengendalikan proses
pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak pada peringkat awal. Abdullah Nashih Ulwan
(1996) dalam penulisannya yang terkenal iaitu Tarbiyatu’l-Aulad fi’l-Islam (Pedoman
Pendidikan Anak dalam Islam) menjelaskan tangungjawab terbesar bagi para pendidik terdiri
daripada tujuh iaitu tanggungjawab Pendidikan Iman, tanggungjawab Pendidikan
Akhlak(Moral), tanggungjawab Pendidikan Fizik, tanggungjawab Pendidikan Intelektual,
tanggungjawab Pendidikan Psikologi, tanggungjawab Pendidikan Sosial dan tanggungjawab
Pendidikan Seksual.

Menurut Abdullah Nashih Ulwan (1996) lagi, ibu bapa dan pendidik bertanggungjawab
mencorakkan kehidupan anak dengan memberikan pendidikan yang sempurna dan
sewajarnya. Ibu bapa juga merupakan teladan kepada anak-anak. Apa yang dilakukan oleh

3
ibu bapa, bakal menjadi ikutan mereka dalam proses pembentukan tingkah laku dan
keperibadian diri.

Terdapat dua bahagian dalam tugasan ini. Bahagian A akan membincangkan tentang teori
kognitif piaget serta kaitannya dengan aktiviti bermain pasir. Manakala Bahagian B pula
membincangkan tentang belajar melalui bermain.

2.0 TEORI KOGNITIF PIAGET

Salah satu aspek penting dalam pertumbuhan dan perkembangan manusia ialah aspek
perkembangan kognitif. Perkembangan kognitif ialah perkembangan yang dialami oleh otak
dari aspek pemikiran manusia dan ia dapat dilihat melalui perubahan dalam tingkahlaku dan
percakapan. Aspek perkembangan kognitif merupakan tumpuan utama dalam kajian dan
perbincangan ahli psikologi pendidikan. Antara ahli psikologi yang dikaitkan dengan
perkembangan kognitif ialah Jean Piaget, Vygotsky, Gardner dan Sternberg.

Piaget merupakan seorang ahli biologi yang cukup terlatih. Beliau berasal dari Switzerland
dan telah menggunakan model biologi untuk menghuraikan perkembangan kognitif manusia.
Pada pandangan Piaget, minda boleh berkembang, berubah dan dapat mengadaptasi masalah
yang berlaku apabila berinteraksi dengan persekitaran. Piaget dan ahli psikologi kognitif
sering kala dikenal sebagai ahli struktur disebabkan mereka mementingkan struktur
pemikiran manusia (Gardner, 1973).

Di usia remajanya beliau berminat dalam bidang biologi dan epistemologi iaitu suatu bidang
ilmu dalam bidang falsafah yang banyak membicarakan tentang perkembangan dan perolehan
pengetahuan manusia. Latar belakang beliau ini memberikan banyak sumbangan kepada
bidang psikologi yang mula diceburi oleh Piaget setelah beliau bekerja dengan Binet untuk
membentuk ujian kecerdasan mental. Semasa bekerja dengan Binet, Piaget tidak berminat
untuk melihat hasil jawapan betul yang diberikan oleh kanak-kanak, tetapi beliau lebih
berminat untuk melihat pola-pola yang ditunjukkan oleh kanak-kanak apabila mereka
memberikan sumbangan pengetahuan bagaimana proses pembentukan pemikiran
berkembang di kalangan kanak-kanak.

Piaget mengatakan tiap-tiap kanak-kanak mempunyai corak perkembangan mereka yang


bersendirian. Dengan sebab itu, kanak-kanak yang di dalam sesuatu darjah itu bukan sahaja
berlainan peringkat kebolehan mereka tetapi juga berlainan kecepatan perkembangan kognitif
mereka. Piaget berpendapat bahawa perkembangan kognitif itu berlaku dengan berperingkat-

4
peringkat dan peringkat yang lebih awal adalah mustahak bagi perkembangan peringkat-
peringkat yang berikutnya kerana peringkat-peringkat yang lebih awal itu menjadi asas bagi
perkembangkan yang berikutnya.

Piaget menjelaskan tiga cara kanak-kanak mengetahui sesuatu. Pertama, melalui interaksi
sosial iaitu belajar sesuatu perkara daripada orang lain. Bahasa, tingkah laku yang sesuai
dengan budaya dan idea keagamaan adalah contoh-contoh pengetahuan yang diperolehi
dengan cara sedemikian. Kedua, melalui pengetahuan fizikal iaitu pengetahuan fizikal
tentang sesuatu benda. Pengetahuan ini diperolehi melalui penerokaan dunia fizikal dan
belajar berkenaan bulatan dan segi empat sama,keras dan lembut, panas dan sejuk. Konsep-
konsep ini tidak dapat dipelajari tanpa pengalaman dengan persekitaran. Ketiga, melalui
logical-matematik yang meliputi konsep nombor, klasifikasi, masa, hubungan ruang dan
keabadian.

Teori perkembangan kognitif Piaget adalah salah satu teori yang menjelaskan bagaimana
kanak-kanak beradaptasi dan menginterpretasikan objek dan kejadian-kejadian di sekitarnya.
Bagaimana kanak-kanak mempelajari ciri-ciri dan fungsi dari objek-objek seperti mainan,
perabot, makanan serta objek-objek sosial seperti diri sendiri, orang tua dan kawan-kawan.

Pada pandangan Piaget (1952), kemampuan atau perkembangan kognitif adalah hasil dari
hubungan perkembangan otak dan pengalaman-pengalaman yang membantu individu untuk
beradaptasi dengan lingkungannya. Piaget (1964) berpendapat bahawa manusia secara
genetiknya sama dan mempunyai pengalaman yang hampir sama. Mereka bersungguh-
sungguh memperlihatkan keseragaman dalam perkembangan kognitif mereka.

Oleh itu, tumbesaran kanak-kanak berkembang mengikut empat tahap perkembangan kognitif
yang akan terjadi sehingga kanak-kanak sampai remaja iaitu sensori motor (0-2 tahun), pra-
operasi (2-7 tahun), operasi konkrit (7-12 tahun) dan operasi formal (12 tahun ke atas).

Dalam teori perkembangan kognitif Piaget, masa remaja adalah tahap transisi dari
penggunaan berfikir konkrit secara operasional kepada berfikir formal secara operasional.
Remaja mulai menyedari batas-batas fikiran mereka. Mereka berusaha dengan konsep-konsep
yang jauh dari pengalaman mereka sendiri. Inhelder dan Piaget (1978) mengakui bahawa
perubahan otak pada puberty mungkin diperlukan untuk kemajuan kognitif remaja.

5
3.0 TEORI KOGNITIF PIAGET DAN AKTIVITI BERMAIN PASIR

Bradway dan McCoard (1997) mendefinisikan sandplay sebagai sejenis pemikiran imaginatif
yang aktif, tetapi imej yang digunakan semasa bermain pasir adalah konkrit dan maujud.
Kuasa terapi bermain pasir akan dapat diperhati keberkesanannya hasil gabungan antara
pasir, air, miniator dan kebebasan kanak-kanak membentuk sandplay dalam keadaan yang
selamat, bersama dengan ahli terapi yang dipercayai.

Menurut Dale dan Wagner (2003) (dalam Campbell,2004) dan Zhou (2009), bermain pasir
merupakan satu teknik psikoterapeutik yang membolehkan kanak-kanak menyusun miniator
dalam dulang pasir untuk menghasilkan satu “dunia pasir” berkaitan dengan pelbagai dimensi
sosial kanak-kanak. Bermain pasir merupakan salah satu jenis terapi bermain dan aktiviti
berasaskan aktiviti bermain inilah yang menyebabkan ia amat popular untuk digunakan
dalam konteks sekolah (Campbell, 2004).

Antara kebaikan penggunaan terapi bermain pasir termasuklah mengurangkan percakapan


yang sering digunakan oleh kanak-kanak sebagai salah satu cara helah bela diri (Carey,
2008). Zhou (2009) juga menyokong penggunaan terapi bermain pasir untuk mengatasi
masalah sosial dan emosi kanak-kanak kerana terapi bermain pasir adalah lebih generik dan
dapat dipelbagaikan cara penyampaiannya secara berkesan berasaskan pelbagai perspektif
teoritikal seperti menggunakan pasir, patung, dulang pasir dan sebagainya. Menurut Peridah
(2009) pula, penggunaan pendekatan bermain pasir memudahkan proses penerokaan terhadap
kanak-kanak, khususnya melibatkan masalah pergaulan sosial dan faktor keluarga.

Menurut Chiam (2010) pula, antara keistimewaan utama penggunaan terapi bermain pasir
termasuklah unsur simbolik, penggunaan deria secara maksimum, pengurangan mekanisme
helah bela diri, pembentukan jambatan bagi menghubungkan zon bawah sedar dengan zon
sedar serta dari bukan lisan kepada lisan. Kajian Chiam juga menunjukkan bahawa murid
dapat membuat penerokaan dengan lebih mudah, menunjukkan perubahan dari segi nilai dan
sikap, serta memberi kesan yang positif kepada aspek pendidik itu sendiri. Forsyth (2011)
mempercayai bahawa terdapat beberapa ciri ketika mengendalikan terapi terapeutik bermain
pasir ini, iaitu “inclusion, presence, commitment to dialogue, and dialogue is lived” (ms 46-
47). Pendek kata, sandplay akan menyebabkan seseorang bersikap terbuka dan berpeluang
untuk menerang semula apa yang telah dilalui, sama ada secara verbal atau non-verbal
(Cunningham, 2014).

6
Pendekatan kognitif menekankan pada proses mental dalaman. Maklumat yang diterima
diproses melalui pemilihan, perbandingan, dan penyatuan dengan maklumat lain yang sedia
ada dalam ingatan. Penyatuan maklumat ini kemudian akan diubah dan disusun semula. Hasil
pemikiran bergantung pada proses mental dalaman tersebut. Ahli-ahli psikologi kognitif
menekankan bahawa kita bukanlah penerima rangsangan-rangsangan yang pasif. Beginila
kaitan antara aktiviti bermain pasir dengan teori yang di perkenalkan oleh Piaget ini. Hasil
sentuhan pada pasir itu akan merangsang kemahiran kognitif dengan menghantar maklumat
yang diperlukan ke dalam ingatan.

4.0 KESIMPULAN

Perkembangan adalah aspek perubahan yang dialami individu dan bersifat kualitatif tetapi
jelas berubah melalui peredaran masa. Perubahan tingkah laku berlaku dalam keadaan yang
berterusan dan menerusi peringkat-peringkat kematangan tertentu. Peringkat-peringkat
perkembangan membawa perubahan yang menuju ke arah tertentu serta dijangkakan.
Perkembangan dipengaruhi oleh baka dan persekitaran. Baka menentukan had perkembangan
manakala persekitaran akan membantu individu mencapai tahap perkembangan yang
maksimum.

Perkembangan satu bahagian saling berhubung dengan bahagian yang lain iaitu wujud
pertalian nyata kematangan jasmani dan kematangan mental. Corak perkembangan berbeza-
beza di mana semua kanak-kanak mencapai titik perkembangan yang sama pada umur yang
sama. Perkembangan berlaku mengikut peringkat iaitu peringkat belum lahir, bayi, kanak-
kanak, remaja, dewasa dan seterusnya.

7
BAHAGIAN B

1.0 BELAJAR MELALUI BERMAIN

Pengenalan

Main atau bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai sebarang aktiviti yang
memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan apakah
hasil aktiviti itu. Dengan lain perkataan, kanak-kanak bermain bukan kerana ingin akan
sesuatu atau mencapai tujuan tertentu.

Bermain dianggap sebagai satu pekerjaan bagi kanak-kanak, tetapi bukanlah pekerjaan yang
memerlukan hasil akhiran atau tujuan tertentu. Bermain juga bukanlah satu aktiviti yang
dipaksa malah merupakan keinginan semulajadi kanak-kanak (Kraus, 1990). Lazimnya
apabila sesuatu tugasan itu dianggap mudah, tugasan tersebut sering dirujuk sebagai mainan
kanak-kanak memandangkan tidak wujudnya komplikasi dan merupakan nilai yang paling
berharga buat perkembangan kanak-kanak.

Carr, dalam teori nya menyatakan, main adalah penting kepada kanak-kanak kerana main
menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan pendapat masing-masing
(Kraus, 1990). Mengikut Carr, main merupakan pengalaman katartik, memberi peluang
kepada kanak-kanak untuk meluahkan emosi yang negatif. Sebagai contoh kanak-kanak yang
berusia empat tahun yang baru sahaja mendapat adik baru akan mengalami pengalaman
negatif seperti penolakan kasih sayang dan perasaan permusuhan terhadap adik tersebut.
Untuk perihal ini, main dikatakan dapat menyuarakan perasaan kecewa tersebut.

Menurut Caplan dan Caplan 1973, main sebagai penentu penting bagi perkembagan kekuatan
sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi, perkembangan sosial dan intelek di samping dapat
memperkembangkan kekuatan fizikal, koordinasi dan ketangkasan seseorang murid. Dari
aspek psikoanalisis, mengikut Freud pula, main memberi peluang kepada kanak-kanak untuk
memperolehi perasaan dapat mengawal keadaan yang dikatakan dapat membantu kanak-
kanak untuk berurusan dengan realiti sebenar (Kraua, 1990).

Almy (1984, Fagen) menyatakan kanak-kanak bermain dengan di arah oleh diri mereka
sendiri tanpa mengambilkira tujuan bermain. Semasa bermain, mereka, bebas dari segala
peraturan. Melalui permainan, kanak-kanak mendapat tingkah laku yang baru. Kanak-kanak
melibatkan diri dalam permainan secara aktif. Apa yang dikemukakan oleh Almy bersesuaian

8
dengan pandangan Rubin, Fein, dan Vendenberg (1983). Permainan juga dapat memberi
pengalaman tentang keadilan, peraturan-peraturan dan kesamaan serta memperkuatkan
kebolehan berfikir dalam pelbagai cara.

Di antara permainan lazim yang dimainkan dalam bilik darjah teka-teki, teka silang kata, kad-
kad nombor, kad-kad bergambar, catur dan sebagainya. Selain itu bermain adalah satu bentuk
kesenian kanak-kanak. Ia merupakan saluran untuk melahirkan perasaan dan punca untuk
mendapatkan kegembiraan dan keseronokan.

Kepentingan Belajar Melalui Bermain

Menurut, Mariana & Siti Hawa (2009), dalam kehidupan sosial kanak kanak, bermain
merupakan salah satu pencetus kepada pertumbuhan perkembangan kanak kanak terutamanya
kemahiran sosial dan emosi. Hal ini terbukti bahawa apabila kanak kanak bermain dengan
rakan mereka, ini dapat membantu kanak kanak untuk menyesuaikan diri dengan orang lain.
Dengan cara bermain juga ianya dapat memberikan pengalaman yang berguna kepada kanak
kanak bagi meningkatkan kemahiran sosial dan mereka juga boleh belajar mengawal diri
apabila bergaul dengan rakan mereka. Tambahan pula, Mariana & Siti Hawa (2009)
menjelaskan, aktiviti bermain juga dapat menyumbang kepada peningkatan perkembangan
bahasa kanak kanak dengan cara pengunaan isyarat bahasa ketika bermain.

Samuelsson dan Carlsson (2008) dalam artikal, Jaslinah (2012), mereka menjelaskan sistem
pendidikan awal kanak kanak sepatutnya mengabungkan aktiviti pembelajaran dan aktivit
bermain. Bagi kanak kanak, aktiviti bermain merupakan rutin harian untuk mereka untuk
mengenal dan belajar erti kehidupan. Mereka menghabiskan masa dengan cara bermain
bersama rakan sebaya dan membina keperibadian diri semasa bermain. Ini dapat dijelaskan,
pengajaran dan pembelajaran bahasa dengan cara bermain dapat meningkatkan kemahiran
bahasa dan literasi dapat dipupuk apabila kanak kanak bermain dengan rakan mereka. Belajar
melalui permainan merupakan salah satu proses yang pembelajaran yang melibatkan kesan
positif sama ada gembira, seronok, bersuka ria serta gelak ketawa sesama mereka.

Sehubungan dengan itu, aktiviti bermain dapat meningkatkan kemahiran bahasa kanak kanak
dari masa ke sesama yang lain. Sebagai contoh, Cristie dan Roskos (2009) berpendapat
kebanyakan kanak kanak mampu mengenal pasti perkataan yang digunakan oleh mereka
ketika bermain. Sebagai contoh, kanak kanak lebih gemar mengunakan perkataan yang santai
ketika bermain, mereka lebih peka sekiranya pembelajaran diadakan secara santai tanpa

9
memberikan tekanan kepada mereka. Justeru itu, belajar melalui bermain merupakan
pendekatan terdekat dalam pembelajaran di peringkat awal kanak kanak prasekolah.

Selain itu, perkara ini boleh dibuktikan dengan kajian oleh Hamzah Dadu (1994),
Kementerian Pendidikan Malaysia dalam buku panduan aktiviti prasekolah telah
mengelompokkan aktiviti aktiviti permainan kepada beberapa kategori iaitu berstruktur,
fizikal, kreatif, kumpulan, imaginative dan bebas. Bagi memastikan alat pembelajaran dengan
cara bermain akan lebih berkesan, guru seharusnya memantau proses pembelajaran kanak
kanak serta memberikan pemantaun yang sewajarnya bagi menghasilkan mutu pembelajaran
yang optimum kepada kanak kanak. Guru merupakan role model dan berperanan penting
dalam proses pembelajaran kanak kanak terutama sewaktu memberikan bimbingan dan
dorongan ketika proses pembelajaran.

Permainan biasanya melibatkan aktiviti fizikal yang berhubung rapat dengan perkembangan kanak-
kanak dari aspek motor kasar dan motor halus serta kesedaran tentang badan mereka. Kanak-kanak
berasa seronok dan gembira sewaktu aktif menggunakan bahagian-bahagian anggota badan mereka
untuk bersenam. Ini membolehkan kanak-kanak meningkatkan kemahiran yang membolehkan mereka
berasa lebih selamat, lebih yakin, dan boleh berdikari. Dalam masyarakat di mana kanak-kanak
menghadapi tekanan, keyakinan dan sikap bersaing untuk berjaya dalam segala bidang amat
diperlukan (Berk, 1995; Fromberg, 2002; Holmes & Geiger, 2002; Mccune& Zanes,2001: Murata &
Maeda, 2002; Santrock, 2003).

Kajian telah menunjukkan perhubungan yang positif antara main dan pembelajaran kanak-
kanak ( Kumar & Harizuka,1998: Lieberman, 1977) Mereka telah mengenalpasti kemajuan
dalam penumpuan, kemahiran kesediaan, dan sikap ( McCune & Zanes, 2001: Smilansky &
Shefatya, 1990); kreativiri dan pemikiran divergent (Dansky, 1980 ; Holmes & Geiger,
2002); pengambilan perspektif (perspective-taking) ( Burns & Brainerd,1979); memori (
Jensen, 1999, 2000; Gardner,1993).

Jelas menunjukkan bahawa proses pembelajaran yang melibatkan operasi mental mengikut
teori pembelajaran kognitif seperti Gagne, Ausubel dan Bruner ada kepentingannya di dalam
aktiviti bermain. Terdapat banyak lagi kepentingan main contohnya dalam perkembangan
bahasa. Apapun jika main setakat untuk digunakan sebagai alat bermain dan bukan alat
pembelajaran tidak akan meninggalkan kesan positif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran kanak-kanak. Guru harus memainkan peranan yang penting dalam memberi

10
panduan yang sepatutnya agar melalui bermain boleh menghasilkan pembelajaran optima
kepada kanak-kanak.

Faedah Bermain Dalam Perkembangan Kanak-Kanak

Meningkatkan Kemahiran Sosial

Melalui bermain, kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran sosial. Kanak-kanak dapat


bergaul dengan rakan-rakan sekeliling dan seterusnya belajar untuk bekerjasama melalui
permainan. Sepanjang proses sosialisasi, kanak-kanak mempelajari tradisi, kepercayaan,
nilai, dan adat yang dipegang oleh kumpulan sosial mereka. Mereka juga mempelajari
peraturan -peraturan sosial yang diamalkan oleh sesuatu kumpulan sosial. Proses sosialisasi
ini pula ditentukan pula oleh konteks budaya. Tingkah laku sosial yang sesuai bagi sesuatu
budaya mungkin dianggap tidak sesuai bagi budaya lain. Namun demikian, terdapat banyak
tingkah laku sosial yang bersifat universal dan merentasi pelbagai kumpulan etnik dan
budaya. Kajian (Rubin & Howe 1986; Creasey, Jarvis, & Berk, 1998) menunjukkan bahawa
bermain dengan individu lain memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menyesuaikan
perlakuan mereka dengan orang lain dan memberikan pendapat mereka sendiri.

Meningkatkan Kemahiran Komunikasi

Bermain sangat penting dalam memupuk interaksi kanak-kanak dengan rakan-rakan mereka,
guru-guru dan orang-orang di sekeliling mereka termasuklah dengan ibu bapa. Mereka akan
dapat mengenali dan mengetahui bahawa emosi seseorang mungkin berbeza mengikut situasi
tertentu dan tahu bagaimana cara untuk mengawal emosi tersebut. Lev Vygotsky percaya
bahawa bermain boleh menggalakkan perkembangan bahasa seseorang kanak-kanak. Melalui
bermain memberi peluang kanak-kanak membina hubungan dan belajar bagaimana mereka
berinteraksi dan menghormati kanak-kanak lain. Seperti mana yang diketahui, pengalaman
langsung kanak-kanak amat mempengaruhi perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak.
Pengalaman langsung yang paling asas ialah bermain. Alam kanak-kanak tidak dapat
dipisahkan daripada bermain. Kanak-kanak belajar melalui proses bermain. Pembelajaran
yang berlaku adalah secara holistik. pelbagai perkara dapat dipelajari oleh kanak-kanak
melalui satu jenis permainan yang direka sendiri ataupun dikongsi bersama. Sering kali
kanak-kanak mereka cipta permainan sendiri termasuk peraturan bermain, penggiliran, alatan
dan sebagainya.

Kanak-Kanak Dapat Mengawal Emosi Dengan Baik

11
Bermain juga dapat meningkatkan keyakinan dan keberanian diri kanak-kanak supaya tidak
malu untuk bersosial dengan orang lain. Kanak-kanak perlu mengutamakan kesihatan dan
keselamatan mereka semasa bermain. Pendedahan kepada permainan dalaman (indoor game)
dan permainan luaran (outdoor game) perlu diterapkan agar mereka sentiasa diberi peluang
untuk menyertai dan menunjukkan bakat yang terpendam. Melalu bermain, kemahiran
psikomotor dapat dibina dan ia juga dapat meningkatkan kemahiran motor halus dan
koordinasi mata-tangan serta dapat mengeluarkan perasaan takut dan bimbang kepada
peringkat sedar (Noriati et. al., 2009).

Kesimpulan

Teknik mengajar secara bermain antara teknik jarang – jarang digunakan oleh kebanyakan
guru ketika proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Ini adalah disebabkan
kebanyakan guru lebih suka mengunakan kaedah berpusatkan guru kerana kawalan kelas
lebih mudah dilaksanakan. Namun tidak memikirkan kesan kepada murid – murid yang
mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran ketika itu. Hal ini telah menyumbangkan
masalah kepada murid sekaligus mengangu proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang
berlangsung antaranya murid mengantuk, hilang tumpuan dan mengangu rakan di sebelah.’

Teknik bermain antara teknik yang sesuai dan perlu selalu dipraktikkan oleh guru di dalam
bilik darjah kerana murid – murid yang sedang mengalami proses perkembangan dari segi
perkembangan fizikal ,kognitif dan afektif. Selain itu, kebanyakan murid – murid ini melalui
pembelajaran dalam kehidupan seharian dengan bermain. Oleh itu , keprihatian guru dalam
memilih teknik mengajar akan memberi kesan yang besar kepada murid yang mengikuti
proses pembelajaran yang dilakukan.
(2893 patah perkataan)

RUJUKAN

Barclay, S. M., Jeffres M. N., & Bhakta, R. (2011). Educational card games to teach
pharmacotherapeutics in an advanced pharmacy practice experience. Am J Pharm
Educ, 75, 1-7.

Cordova, D. I., & Lepper, M. R. (1996). Intrinsic motivation and the process of
learning: beneficial effects of contextualization, personalization, and choice.
Journal of Educational Psychology, 88, 715-730.

12
Garris, R., & Ahlers, R. (2002). A research and practice model. Simul Gaming, 33, 441–467.

Hassan, R., & Poopak, M. (2012). The effect of card games and computer games on learning
of chemistry concepts. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 31, 597-601.

Jaijairam, P. (2012). Engaging accounting students: how to teach principles of accounting in


creative and exciting ways. American Journal of Business Education, 5(1), 75-78.

Lu C.C., & Zakaria E. (2015). Effect of game-based learning activities on children’s


positive learning and prosocial behaviours. Jurnal Pendidikan Malaysia, 40(2), 159-
165.

Moncada, S. M., & Moncada T. P. (2014). Gamification of learning in accounting education.


Journal of Higher Education Theory and Practice, 14(3), 9-19.

Oyen, A., & Bebko, J. (1996). The effects of computer games and lesson context on
children’s mnemonics strategies. Journal of Experimental Child Psychology, 62, 173-
189.

Purnamasari, V., & Advensia, A. (2014). Factor influencing of usage accounting game:
study of learning by game and theory acceptance model. International Journal of
Business, Economics and Law, 5(1), 18-27.

Salman, Z. (2001). The effect of games on mental development of elementary school


children. Unpublished dissertation, Tarbiat Modares University, Tehran, Iran.

13

You might also like

  • Hbec4103 2
    Hbec4103 2
    Document18 pages
    Hbec4103 2
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    No ratings yet
  • Hbec4103 2
    Hbec4103 2
    Document18 pages
    Hbec4103 2
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    No ratings yet
  • Hbec4103 2
    Hbec4103 2
    Document18 pages
    Hbec4103 2
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    No ratings yet
  • Hbec4103 2
    Hbec4103 2
    Document18 pages
    Hbec4103 2
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    No ratings yet
  • 1 - Hbec2203
    1 - Hbec2203
    Document14 pages
    1 - Hbec2203
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    No ratings yet
  • CBCT2203
    CBCT2203
    Document2 pages
    CBCT2203
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    No ratings yet
  • Tisas
    Tisas
    Document11 pages
    Tisas
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    No ratings yet
  • 1 - Hbec2203
    1 - Hbec2203
    Document14 pages
    1 - Hbec2203
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    No ratings yet
  • Hbec 2203
    Hbec 2203
    Document5 pages
    Hbec 2203
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    No ratings yet
  • Titas - 2
    Titas - 2
    Document3 pages
    Titas - 2
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    No ratings yet
  • Keselamatan Dan Kesihatan
    Keselamatan Dan Kesihatan
    Document6 pages
    Keselamatan Dan Kesihatan
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    100% (1)
  • Hbec 2203
    Hbec 2203
    Document5 pages
    Hbec 2203
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    No ratings yet
  • Awal Sains Untuk Kanak-Kanak 1
    Awal Sains Untuk Kanak-Kanak 1
    Document14 pages
    Awal Sains Untuk Kanak-Kanak 1
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    No ratings yet
  • Awal Sains Untuk Kanak-Kanak 1
    Awal Sains Untuk Kanak-Kanak 1
    Document14 pages
    Awal Sains Untuk Kanak-Kanak 1
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    No ratings yet
  • Keselamatan Dan Kesihatan
    Keselamatan Dan Kesihatan
    Document6 pages
    Keselamatan Dan Kesihatan
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    100% (1)
  • Occupational and Health
    Occupational and Health
    Document3 pages
    Occupational and Health
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    100% (1)
  • Hbec 2803
    Hbec 2803
    Document14 pages
    Hbec 2803
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    100% (2)
  • Titas
    Titas
    Document6 pages
    Titas
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    No ratings yet
  • Hdps
    Hdps
    Document7 pages
    Hdps
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    100% (1)
  • Abps2103 Cross Cultural Psychology
    Abps2103 Cross Cultural Psychology
    Document12 pages
    Abps2103 Cross Cultural Psychology
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    No ratings yet
  • Abps2103 Cross Cultural Psychology
    Abps2103 Cross Cultural Psychology
    Document12 pages
    Abps2103 Cross Cultural Psychology
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    No ratings yet
  • Penyelesaian Masalah
    Penyelesaian Masalah
    Document12 pages
    Penyelesaian Masalah
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    100% (1)
  • Abps2103 Cross Cultural Psychology
    Abps2103 Cross Cultural Psychology
    Document12 pages
    Abps2103 Cross Cultural Psychology
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    No ratings yet
  • Hdps 3203
    Hdps 3203
    Document7 pages
    Hdps 3203
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    No ratings yet
  • Hbec 2803
    Hbec 2803
    Document14 pages
    Hbec 2803
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    100% (2)
  • HDPS3203 Yong Poh Yen
    HDPS3203 Yong Poh Yen
    Document16 pages
    HDPS3203 Yong Poh Yen
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    No ratings yet
  • Hdps
    Hdps
    Document7 pages
    Hdps
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    100% (1)
  • Awal Sains Untuk Kanak-Kanak 1
    Awal Sains Untuk Kanak-Kanak 1
    Document14 pages
    Awal Sains Untuk Kanak-Kanak 1
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    100% (1)
  • Awal Sains Untuk Kanak-Kanak 1
    Awal Sains Untuk Kanak-Kanak 1
    Document14 pages
    Awal Sains Untuk Kanak-Kanak 1
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    100% (1)