You are on page 1of 7

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN AKUATIK MAJLIS

SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH SELANGOR

1. Undang-Undang permainan
Kejohanan ini dijalankan mengikut Undang-undang Antarabangsa (FINA)
Peraturan-peraturan AM MSSM dan MSSS.

2. Jenis Pertandingan
2.1 Kejohanan berpasukan 18 tahun ke bawah bagi permainan Polo Air.
2.2 Kejohanan perseorangan bagi terjun.
2.3 Kejohanan perseorangan dan berpasukan antara sekolah bagi Renang
mengikut Kumpulan Umur MSSS seperti berikut:-

2.3.1 Kumpulan umur 18 tahun ke bawah


2.3.2 Kumpulan umur 15 tahun ke bawah
2.3.3 Kumpulan umur 12 tahun ke bawah
2.3.4 Kumpulan umur 10 tahun ke bawah

ACARA LELAKI PEREMPUAN


18 15 12 10 18 15 12 10
GAYA BEBAS
50 METER X X X X X X X X
100 METER X X X X X X X X
200 METER X X X X X X
400 METER TERBUKA TERBUKA
800 METER TERBUKA
1500 METER TERBUKA
GAYA LENTANG
50 METER X X X X X X X X
100 METER X X X X X X
200 METER X X X X
GAYA DADA
50 METER X X X X X X X X
100 METER X X X X X X
200 METER X X X X
GAYA KUPU-KUPU
50 METER X X X X X X X X
100 METER X X X X X X
200 METER X X X X
RAMPAIAN
PERSEORANGAN
200 METER X X X X X X
400 METER TERBUKA TERBUKA
RAMPAIAN
BERGANTI-GANTI

1
4 X 50 METER X X X X
4 X 100 METER X X X X
GAYA BEBAS
BERGANTI-GANTI
4 X 50 METER X X X X
4 X 100 METER X X X X
JUMLAH 15 15 12 7 15 15 12 7

JUMLAH ACARA : 104 (98 acara mengikut kumpulan umur dan 6 acara terbuka)

3. Pendaftaran Pemain dan Pembentukan Pasukan

3.1 Renang
3.1.1 Tiap-tiap daerah/sekolah dibenarkan mendaftar 2 (dua) orang
perenang sahaja bagi satu acara termasuk acara terbuka.
3.1.2 Tiap-tiap daerah/sekolah dibenarkan mendaftar 1 (satu) pasukan
sahaja bagi setiap acara berganti-ganti.
3.1.3 Seorang peserta dibenarkan mengambil bahagian dalam seberapa
banyak acara yang disukai.
3.2 Terjun
3.2.1 Tiap-tiap daerah/sekolah dibenarkan mendaftar 2 (dua) orang
peserta sahaja untuk setiap cara.
3.3 Polo Air
3.3.1 Setiap pasukan dibenarkan mendaftar tidak lebih daripada 13
orang pemain.

4. Sistem Pertandingan

4.1 Sila rujuk Undang-undang FINA dan Peraturan AM (8) MSSM untuk Polo
Air.

4.2 Susunan acara Renang, Terjun dan Polo Air hendaklah mengikut
susunan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Teknik, Renang MSSS.

4.2.1 Semua acara renang dijalankan secara “timefinals”


Permulaan akan menggunakan “one start rule”
4.2.2 Peserta yang menarik diri dari mana-mana acara yang didaftarkan
akan dibatalkan penyertaannya untuk semua acara berikutnya
sepanjang kejohanan. (Kecuali terdapat surat pengesahan doktor).
4.2.3 Tidak ada pertukaran dan penarikan diri (scratching) dibenarkan
selepas mesyuarat Pengurus Pasukan.

4.3 Terjun- Cara Pilihan


4.3.1 Untuk kumpulan umur 12,15, dan 18 tahun ke bawah lelaki dan
perempuan

2
4.3.2 PAPAN ANJAL SATU (1) METER
4.3.2.1 Untuk acara perempuan Papan Anjal 1 meter
pertandingan meliputi 5 terjunan iaitu setiap satunya
daripada kumpulan yang berlainan tanpa mengira had
darjah kesukaran.
4.3.2.2 Untuk acara lelaki Papan Anjal 1 meter pertandingan
meliputi 6 terjunan tanpa mengambil kira had darjah
kesukaran iaitu terdiri daripada 5 terjunan dan setiap
satu daripada kumpulan yang berlainan dan terjunan
yang ke 6 boleh dipilih daripada sebarang kumpulan.

4.3.3 PAPAN ANJAL TIGA (3) METER


4.3.3.1 Untuk acara perempuan Papan Anjal 3 meter
pertandingan meliputi 5 terjunan iaitu setiap satunya
daripada kumpulan yang berlainan tanpa mengambil
kira had darjah kesukaran.
4.3.3.2 Untuk acara lelaki Papan Anjal 3 meter pertandingan
meliputi 6 terjunan tanpa mengambil kira had darjah
kesukaran dan setiap satu daripada kumpulan yang
berlainan dan terjunan yang ke 6 boleh dipilih
daripada sebarang kumpulan.
4.4 Acara Renang dan Terjun : Acara-acara yang disertai sekurang-
kurangnya tiga (3) peserta dari tiga (3) buah sekolah akan dijalankan oleh
pihak pengelola.
4.5 Acara Polo Air : Pertandingan Polo Air akan dijalankan jika terdapat
sekurang-kurangnya tiga (3) pasukan yang mengambil bahagian.
4.6 Penggantian : Sebarang penggantian tidak dibenarkan selepas tarikh
tutup penyertaan dalam Pertandingan Renang dan Terjun kecuali peserta-
peserta yang terpilih mewakili negara boleh diganti dengan peserta-
peserta lain yang telah didaftarkan.
4.7 Acara terbuka : Peserta-Peserta dari kumpulan umur 12 tahun ke bawah
tidak dibenarkan menyertai acara-acara terbuka.

5 Cara Membuat Keputusan


5.1 Sila rujuk Undang-undang FINA untuk Terjun.
5.2 Renang
5.2.1 Cara untuk memutuskan Johan Individu bagi setiap kumpulan umur
adalah seperti berikut:
a.
TEMPAT MATA
Pertama 12
Kedua 8
Ketiga 4
Keempat 2
Kelima 1

3
b. Tambahan 4 mata akan diberikan kepada setiap perenang
yang memecahkan rekod.
c. Mata yang diperolehi dalam acara terbuka tidak dikira untuk
memutuskan Johan Individu.

5.2.2 Cara untuk memutuskan perenang lelaki dan perempuan yang


cemerlang adalah seperti berikut:
5.2.2.1 Perenang yang memecahkan rekod terbanyak.
5.2.2.2 Perenang yang memecahkan rekod yang paling lama
(lama sekali), jika dua atau lebih perenang
memecahkan jumlah rekod yang sama.

5.3 Johan sekolah (Menengah dan Rendah)


5.3.1 Pasukan sekolah yang mendapat pingat emas terbanyak akan
menjadi Johan Sekolah. Jika pungutan pingat emas seri, pasukan
yang mendapat lebih pingat perak akan menjadi Johan dan
seterusnya pingat gangsa.
5.4 Polo Air
5.4.1 Dijalankan mengikut sistem liga
5.4.2 Menang - 2 mata
Seri - 1 mata
Kalah - 0 mata
5.4.3 Jika terdapat lebih dari satu pasukan mempunyai mata yang sama,
pemenang akan ditentukan mengikut keutamaan seperti berikut:
5.4.3.1 Pasukan yang mendapat jumlah perbezaan gol yang
lebih akan dikira sebagai pemenang.
5.4.3.2 Jika seri, pasukan yang mendapat lebih jaringan gol
akan dikira sebagai pemenang.
5.4.3.3 Jika seri, pasukan yang pernah mengalahkan
lawannya dikira sebagai pemenang.
5.4.3.4 Jika seri, balingan penalti akan dijalankan.
5.4.3.5 Jika seri, bilangan penalti secara ‘sudden death’ akan
dijalankan.
5.4.4 Sistem balingan penalti
5.4.4.1 Setiap pasukan akan mengambil 5 balingan secara
berselang-seli mengikut Undang-undang FINA.
5.4.4.2 Jika seri, balingan akan diambil oleh pemain-pemain
yang belum lagi melakukan balingan dan akan
dijalankan secara ‘sudden death’
5.4.4.3 Pengadi akan menentukan gol yang akan digunakan
untuk balingan penalti.
5.4.4.4 Undian akan dibuat untuk menentukan pasukan yang
akan mula melakukan balingan.
5.4.4.5 Hanya seorang sahaja pegawai pasukan yang
dibenarkan bertindak sebagai jurulatih dan berada di

4
tepi kolam semasa pertandingan sedang
berlangsung.

6. Pakaian
Sila rujuk Undang-undang FINA

7. Gelanggang, Kolam dan Alatan


Sila rujuk Undang-undang FINA

8. Kelewatan

Renang dan Terjun


Tiap-tiap peserta hendaklah melapor diri kepada Penyelia Peserta
sekurang-kurangnya sepuluh (10) minit sebelum acaranya bermula. Jika
tidak penyertaannya dalam acara tersebut akan dibatalkan.

Polo Air
Pasukan yang lewat lebih daripada 10 minit akan dikira kalah dan
pasukan lawan akan diberi kemenangan percuma dengan jaringan 5–0.

9. Bantahan

Bantahan bertulis yang ditandatangani oleh seorang pengurus pasukan


hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Pengelola atau wakilnya tidak
lewat daripada tiga puluh (30) minit selepas keputusan rasmi diumumkan dan
disertakan bayaran sebanyak RM200.00 (RINGGIT MALAYSA DUA RATUS).
Wang tersebut tidak akan dikembalikan jika bantahan tersebut ditolak.

10. Juri Rayuan


Sila rujuk Peraturan AM (12) MSSS.

11. Lembaga Tatatertib


Sila rujuk Peraturan AM (13) MSSS

12. Perkara-perkara yang tidak dinyatakan

Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan AM MSSS dan


Peraturan Kejohanan Renang akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola
Kejohanan dan keputusan adalah muktamad.

Jawatankuasa Pengelola tidak bertanggungjawab di atas kehilangan barang


barang atau harta benda kepunyaan pegawai atau peserta di dalam kawasan
kejohanan dan sebarang kemalangan, kecederaan atau kematian semasa
kejohanan berlangsung. Walau bagaimanapun, persediaan akan dibuat bagi
mengelakkan berlakunya kejadian-kejadian seperti di atas.

5
KEJOHANAN AKUATIK MSS SELANGOR

PERATURAN UMUM

1. Pendaftaran Lewat

Peserta perlu mendaftar bila acara dipanggil dan bukan pada masa acara
tersebut dijalankan. Pendaftaran lewat tidak akan dilayan.

2. Pembatalan Acara

Peserta yang telah mengesahkan persetujuan mengambil bahagian dalam


sesuatu acara tidak dibenarkan menarik diri. Sebarang pembatalan acara mesti
diiringi dengan surat tunjuk sebab. Surat sakit doktor mesti dihantar untuk acara
pada hari berikutnya.

3. Pengurus Pasukan

Sebarang urusan hendaklah dijalankan menerusi pengurus pasukan sekolah


tersebut. Jurulatih dan ibubapa diminta bekerjasama dan mendapatkan bantuan
pengurus pasukan untuk membuat sebarang rayuan, bantahan atau aduan.

4. Sekolah Swasta / Sekolah Agensi Kerajaaan Lain

Sekolah swasta / sekolah agensi kerajaan lain yang dibenarkan bermaksud


sekolah yang diluluskan pendaftarannya oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
dan bergabung serta membayar yuran penuh dengan MSSM Negeri.

5. Pelajar Tingkatan Enam (Peraturan 5, Hanya 1L dan 1P Tingkatan Enam)

Pelajar Tingkatan Enam Bawah layak menyertai dengan syarat pelajar ini
mengemukakan salinan surat tawaran rasmi kemasukan ke Tingkatan 6 Bawah
yang telah disahkan oleh Pengetua/Penolong Kanan sekolah berkenaan.

Pelajar Tingkatan 6 Atas boleh bertanding dengan didaftarkan dalam peringkat


umur 18 tahun dengan syarat mengemukakan salinan surat tawaran rasmi
kemasukan ke Tingkatan 6 Bawah serta salinan keputusan peperiksaan akhir
Tingkatan 6 Bawah yang disahkan oleh Pengetua/Penolong Kanan sekolah
berkenaan.

6. Sekolah Sukan Malaysia dan Akademi Permainan Kebangsaan

Pelajar yang sedang belajar di Sekolah Sukan Malaysia

6
Peraturan Terbaru

7. Please note the change of rules from FINA with effect from January 2010 for the
swimsuits for men and women.

The criteria for allowable swimsuits at swimming competition, under Rule 102.9,
is as follows :-

7.1 Swimsuits for men may not extend above the navel or below the knee and
for women may not cover the neck or extend past the shoulders or below
the knee.

7.2 No zippers or other fastening devices are allowed except for a waist tie on a
brief or jammer; and

7.3 Suits must be of textile material and must not be made of any rubberized type
of material such as polyurethane or neoprene.

7.4 No additional items, like arm bands or leg bands shall be regarded as part of
a swimsuit.

You might also like