You are on page 1of 17

UNDANG

ACARA
BALAPAN
Lari pecut
Lari berganti-ganti
Lari berpagar
Lari pecut
1.    Blok permulaan hendaklah tegar dan diperbuat tanpa spring yang boleh membantu pelari.

2.    Sebelum permulaan, pelari hendaklah memanaskan badan terlebih dahulu.

3.    Semasa berada di garisan permulaan, pelari tidak dibenarkan menyentuh garisan permulaan atau kawasan di depan garisan ini
dengan tangan atau kaki.

4.    Apabila memulakan larian dengan cara gaya dekam, kedua-dua tanah hendaklah menyentuh tanah.

5.    Pelumba yang memulakan larian sebelum tembakan pistol pelepas oleh pegawai pelepas dikira batal.

6.    Pelari hanya dibenarkan melakukan permulaan yang batal sekali sahaja. Jika dia melakukan kesalahan kali kedua, dia akan
dibatalkan terus.

7.    Pelari hendaklah berlari dalam lorong sendiri dari awal hingga akhir.

8.    Peserta yang terlebih dahulu mencecah torsonya pada pita penamat dikira pemenang.
Lari BERGANTI-
GANTI

Garisan-garisan setebal 5sm hendaklah dibuat merentasi balapan bagi


menandakan jarak peringkat larian dan menentukan garisan pembahagi.
• Setiap zon sambut hendaklah sepanjang 20m dengan garisan pembahagi
ditengah-tengahnya.
• Garisan tengah zon sambut pertama 4 x 400m ( atau zon sambut kedua 4 x
200m) sama dengan garisan permulaan 800m.
• Zon sambut kedua dan terakhir 4 x 400m ialah garisan 10m di kedua-dua
belah garisan permulaan/penamat
• Lari berganti-ganti 4 x 100m dan kalau boleh 4 x 200m hendaklah dijalankan
dalam lorong sepenuhnya.
• Dalam 4 x 100m dan 4 x 200m, pelari-pelari kecuali pelari pertama sesuatu pasukan itu boleh
memulakan lariannya tidak melebihi 10m keluar daripada zon sambutnya. Satu tanda yang
jelas akan diletakkan pada setiap lorong bagi menandakan had luar zon.
• Bagi 4 X 400m, pelari pertama berlari dalam lorong sendiri; pelari kedua berlari 100m dalam
lorong sendiri sehingga ke garisan memotong masuk lorong pertama (cut in line) selepas itu
masuk ke lorong pertama.Pelari ketiga dan keempat akan menerima baton mengikut susunan
kedudukan di selekoh 200m. Peraturan ini dikuatkuasakan jika terdapat lebih daripada 4
pasukan.
• Baton hendaklah diserahkan di dalam zon sambut. Kedudukan baton yang menjadi penentu
bukan kedudukan tubuh, kaki atau tangan peserta.
• Peserta tidak boleh menghalang atau mengganggu peserta lain.
• Komposisi dan susunan larian peserta-peserta dalam pasukan hendaklah diisytiharkan secara
rasmi sejam sebelum masa panggilan pertama pusingan pertama. Setelah pertandingan
bermula hanya dua peserta boleh digantikan.
Lari BERPAGAR
• Mestilah terdapat 10 pagar dalam setiap lorong.
• Pelari hendaklah berlari dalam lorong masing-masing
• Pembatalan boleh dikenakan kepada seseorang pelari dalam
keadaan berikut: 

•   -     Mengheret kaki di bawah palang pagar


• -          Melompat pagar di lorong lain
• -          Menjatuhkan pagar dengan tangan atau kaki secara
sengaja
Lari BERPAGAR Jarak Antara
Garisan
Jarak Antara
Pagar Akhir
TINGGI Permulaan Jarak Dengan Garisan
PAGAR Dengan Pagar Antara Penamat
ACARA Pertama Pagar

100 m wanita 0.84 meter 13 meter 8.5 meter 10.5 meter

110 m lelaki 1.076 meter 13.72 meter 9.14 meter 14.02 meter

400 m wanita 0.76 meter 45 meter 36 meter 40 meter

400 m lelaki 0.91 meter 45 meter 35 meter 40 meter


Undang-undang acara padang
● Lompat jauh
● Lompat tinggi
● Lontar peluru
Lompat jauh
i. Setiap peserta hanya dibenarkan melakukan tiga atau enam lompatan sahaja berdasarkan
keputusan yang telah dibuat. Biasanya, jika bilangan peserta yang ramai, hanya tiga lompatan perlu di
buat.
ii. Lompatan yang terbaik iaitu lompatan yang paling jauh akan dikira sebagai pencapaian terbaik
dan pemenang.
iii. Peserta perlu membuat lompatan pada papan pelepas yang disediakan dan peserta tidak
dibenarkan membuat lonjakan sebelum kaki sampai ke papan pelepasan.
iv. Lompatan dikira batak jika peserta melakukan perkara-perkara seperti berikut;· Memijak
atau menyentuh kawasan hadapan papan pelepasan melepasi tanda yang dibenarkan.· Semasa mendarat,
seluruh badan peserta berada di luar kawasan mendarat.
v. Jarak larian untuk membuat lompatan tidak dihadkan dan kebiasaannya jarak yang digunakan
adalah antara 15 hingga 40 meter.
vi. Jarak lompatan diukur dari kesan atau tanda yang terdapat di kawasan mendarat. Ukuran
dilakukan antara dari hujung papan pelepasan dengan hujung kawasan mendarat iaitu pada sudut tegak
daripada tempat paling hampir yang disentuh oleh peserta.
vii. Penggunaan sebarang alat bantuan tambahan dalah dilarang.
viii. Sekurang-kurangnya tiga orang pegawai atau pengadil diperlukan untuk mengawasi lompatan
iaitu mengawasi papan pelepasan, tempat mendarat dan sebagai pencatat.
LOMPAT TINGGI
1. Giliran peserta-peserta membuat percubaan akan dijalankan dengan undian.
2. Sebelum pertandingan bermula, hakim-hakim akan mengumumkan kepada peserta-peserta ketinggian
lompatan permulaan dan juga ketinggian yang akan dinaikkan setiap kali berakhirnya satu-satu pusingan sehingga hanya
seorang pemenang sahaja yang tinggal, atau terdapat keadaan seri bagi tempat pertama.Melainkan seorang peserta sahaja
yang tinggal.
a) Palang tidak boleh dinaikan kurang daripada 2 CM, bagi setiap pusingan.
b) Penambahan bagi kenaikkan palang tidak boleh dibenarkan.Di dalam pertandingan bercampur yang dikelolakan
dibawah peraturan 12.1 (a), (b) dan (c).
c) Setiap ketinggian yang ditambah adalah 3 CM, sehingga tamat pertandingan.
3. Peserta mestilah melonjak dengan sebelah kaki.
4. Sebaik sahaja pertandingan dimulakan, para peserta tidak dibenarkan menggunakan landas lari ataupun
kawasan melonjak untuk latihan.
5. Seorang peserta gagal jika:
a) Setelah melompat, palang tidak berada di atas cagak-cagak pengalasnya kerana kaki peserta tersebut ketika melompat
b) Menyentuh bumi terrmasuk kawasan mendarat di belakang kedua-dua tiang tersebut dengan sebrang bahagian badannya
tanpa melompat melepasi palang tersebut. Walau bagaimanapun jika ketika melompat peserta itu menyentuh kawasan
mendarat dengan kakinya dan pada hemat hakim, tidaklah menjadi satu sebab untuk dianggap sebagai gagal.
6. Seorang peserta boleh mula melompat setinggi mana yang disukainya keatas ketinggian permulaan dan boleh
melompat sesuka hatinya di paras-paras tinggi yang berikutnya. Tiga kali kegagalan berturut-turut tidak kira dimana sahaja
kegagalan itu berlaku, akan menyingkirkan peserta tersebut dari membuat lompatan lagi, melainkan dalam keadaan seri di
tempat pertama. Tujuan peraturan ini adalah untuk membolehkan seseorang peserta bertindak menolak giliran melompat
kedua dan ketiga pada ketinggian tertentu ( setelah gagal lompatan pertama atau kedua ) masih boleh melompat pada
ketinggian berikut. Jika seseorang peserta tidak melompat di sesuatu ketinggian, ianya tidak lagi boleh melompat pada
ketinggian itu, melainkan jika terdapat seri.
7. Sebatang penguku ketinggian yang baru hendaklah dibuat sebelum para peerta melompat pada ketinggian tersebut.
Di dalam hal pemecahan rekod-rekod, hakim-hakim mestilah memeriksa ukuran ketinggian palang yang diletakkan pada
ketinggian rekod mestilah mengukur sekali sebelum percubaan pemecahan rekod seterusnya sekiranya palang itu
disentuhi.NOTA: Hakim-hakim hendaklah memastikan sebelum memulakan pertandingan bahawa muka depan dan bawah
kayu palang dapat dikenali dan kayu palang itu hendaklah sentiasa diletakkan dengan muka yang sama ke atas dan ke
hadapan.
8. Walaupun sesudah semua peserta gagal, kecuali seorang masih melompat, maka ia tidak layak lagi meneruskan
pertandingan. Ketinggian seterusnya adalah ditetapkan oleh peserta-peserta tersebut setelah berbincang dengan hakim atau
referi berkenaan.NOTA. Ini tidak termasuk acara-acara bercampuran.
Lompatan yang terbaik dari semua lompatan diambil dalam keadaan seri untuk tempat pertama.
10. Lompatan yang terbaik dari semua lompatan bagi tiap-tiap peserta akan dikira termasuk lompatan yang diambil
dalam keadaan seri untuk tempat pertama.Landas Lari Dan Kawasan Melompat
11. Jarak minimum bagi landas lari ialah 15 cm, kecuali di dalam pertandingan. Pertandingan di bawah peraturan 12.1 (a),
(b) dan (c) di mana jarak minimumnya ialah 20 m. Di mana keadaan mengizinkan jarak minimum landas hendaklah
berukuran25 m.
12. Curam keseluruhan maksimum landasan dan kawasan melompat tidak boleh melebihi 1 250 ke arah bahagian tengah
palang.
13. Landasan di tapak tempat melonjak hendaklah rata. Jika tikar digunakan semua. Rujukan dalam peraturan mengenai
rata balapan atau kawasan melompat hendaklah rata dengan permukaan tikar.
14. Penanda. – seseorang peserta boleh menggunakan satu atau dua penanda ( yang disahkan atau disediakan oleh Pihak
Jawatankuasa Pengelola ) bagi membantu di dalam larian dan lompatannya. Sekiranya penanda seperti itu tidak disahkan,
peserta itu boleh menggunakan pita pelekat tetapi bukan kapur atau sebarang bahan seperti itu, ataupun sebarang benda yang
boleh meninggalkan kesan yang kekal.
LONTAR PELURU
1.   Giliran peserta-peserta membuat percubaan akan dijalankan dengan undian.
2.   Di mana lebih daripada lapan orang peserta mengambil bahagian, tiap-tiap peserta dibenarkan membuat tiga percubaan dan lapan orang
peserta yang terbaik di antara kesemuanya akan dibenarkan pula untuk membuat tiga percubaan tambahan. Jika berlaku seri di tempat yang
kelapan, ia tidak diputuskan. tetapi pesenta-peserta yang seri itu akan dibenarkan lagi membuat tiga percubaan tambahan bersama dengan
peserta yang layak tadi. Sekiranya terdapat hanya 8 peserta atau kurang daripada 8 peserta bertanding, setiap peserta dibenarkan 6
percubaan sahaja.
[Nota: Maksud seri di sini ialah peserta-peserta mencapai aras yang sama oleh sebab itu peraturan 146[3] tidak akan dikenakan]
3.  Di tempat pertandingan, setiap peserta, jika boleh, diberi dua percubaan sahaja untuk latihan. Percubaan latihan ini dijalankan cara undi
dan peserta-peserta dipanggil nama-nama mereka dan diawasi oleh hakim.
4.  Apabila pertandingan dimulakan, peserta-peserta tidak dibenar meggunakan alat-alat itu untuk tujuan berlatih atau menggunakan
bulatan dalam sektor untuk Iatihan, dengan atau menggunakan bulatan dalam sekotor untuk latihan, dengan atau tanpa alat-alat akan
meninggalakan kesan.
5. Lontaran hendaklah dibuat dan dalam bulatan. Seseorang peserta mestilah memulakan lontarannya dengan keadaan diam tidak bergerak.
Seseorang peserta dibenarkan menyentuh bahagian dalam relang dan papan.
6.  Peserta mestilah memulakan lontarannya dan pendirian yang tetap (keadaan tidak bergerak) dalam bulatan. Peluru mestilah dilontar
melalui atas bahu dengan sebelah tangan sahaja. Semasa peserta membuat pemulaan lontaran dalam bulatan, peluru mestilah menyentuh atau
rapat dengan dagu dan tangan tidak boleh dijatuhkan ke bawah daripada tempat lontaran. Peluru tidak boleh dibawa kebelakang dan paras
garisan bahu.
7.  (a) Tiada sebarang alatan, seperti ikatan, dua atau Iebih jari yang boleh membantu peserta bila rnernbuat lontaran, akan dibenarkan.
Penggunaan pita ditangan tidak dibenarkan kecuali untuk membalut luka.
(b)  Sarung tangan tidak boleh digunakan.
(c)  Untuk mendapat cengkaman yang baik, peserta-peserta dibenarkan menggunakan bahan yang sesuai di bahagian tangan sahaja.
(d)  Untuk menyelamatkan tulang belakang dan kecederaan, peserta peserta dibenarkan memakai tali pinggang kulit atau bahan-bahan sejenis
itu.
(e)  Peserta-peserta tidak dibenarkan menyembur sebarang bahan sama ada di dalam bulatan atau kesutnya.
Lontarannya dikira batal dan tidak dikira jika seorang peserta, sesudah memasuki bulatan dan memulakan lontarannya, tersentuh dengan
mana-­mana bahagian sebarang anggotan badannya ke tanah, di luar bulatan atau bahagian atas hujung bulatan atau dengan tidak senonoh
melepaskan peluru pada ketika membuat percubaan.
9.  Semasa percubaan, seseorang peserta itu dengan tidak melanggar peraturan-peraturan di atas, boleh menghentikan sesuatu percubaan
setelah memulakannya, meletakkan alatnya di dalam atau di luar bulatan dan boleh meninggalkan bulatan (semasa meninggalkan bulatan ia
mestilah keluar dengan mengikut peraturan diberi di bawah) sebelum kembali semula untuk memulakan percubaan yang baru.
10.       Untuk lontaran yang sah, keseluruhan peluru hendaktah jatuh di datam kawasan di antara dua sisi sebelah dalarn garisan 50mm lebar.
11.       Pengukuran bagi tiap-tiap lontaran mestilah dilakukan terus-menerus daripada tanda yang hampir sekali yang dibuat oleh jatuhan
peluru kebahagian dalam relung bulatan melalui satu garisan dan tanda yang dibuat oleh peluru kepada pusat bulatan.
12.       Peserta tidak boleh meninggalkan bulatan sebelum peluru meyentuh tanah. Ia mestitah tinggalkan bulatan dari separuh bulatan
belakang yang akan ditandakan dengan garisan lurus putih yang dilukis dari luar melalui bahagian tengah bulatan dan berakhir di
luanya. (Lihat para 17)
13.       Setelah selesai sesuatu Iontaran, peluru itu mestilah dibawa batik ketempat pemulaan atau bulatan dan tidak secara dibaling.
14.       Lontaran yang terbaik dari semua lontarannya bagi tiap-tiap peserta, termasuk lontaran yang diambil untuk menyelesaikan seri untuk
tempat pertama akan dikira.
15. Dipertandingan di bawah peraturan 12.1(a), (b) dan (c) hanya alat-alat yang disediakan oleh pihak Pengelola sahaja boleh digunakan,
dan sebarang pengubahan kepada alat-alat tersebut tidak akan dibenarkan ketika pertandingan dijalankan. Tiada sesiapa pun di antara peserta
akan dibenarkan membawa masuk alat-alatnya dalam gelanggang. Di pertandingan di antara dua atau lebih, para peserta boleh menggunakan
alat-alat sendiri, dengan syarat alat-alat ini diperiksa dan ditanda dengan tanda lulus oleh Pihak Jawatankuasa Pengelola terlebih dahulu
sebelum pertandingan dijalankan dan alat-­alat itu boleh digunakan oleh semua yang rnengambil bahagian.
16. Untuk menentukan jarak lontaran yang dibuat peserta, jarak perlu diukur sebaik selepas sesuatu lontaran, iaitu daripada tempat
peluru mendarat hingga ke bahagian tengah bulatan lontaran. Bagaimanapun, bacaan jarak hanya dikira setakat bahagian dalam
papan penanda pada bulatan tersebut. Peserta yang mencapai jarak paling jauh menerusi lontaran yang sah dikira pemenang.
17. Undang-undang sukan olahraga yang merangkumi acara lontar peluru menetapkan iaitu setiap atlit yang mengambil bahagian
dalam sesuatu pertandingan hendaklah berpakaian yang sesuai dan tidak menjolok mata bagi peserta wanita. Begitu juga dengan
kasut yang sesuai mengikut keselesaan peserta dan tidak pula mengganggunya ketika melakukan lontaran.

You might also like