You are on page 1of 58

Lompat Bergalah

Mohd. Izzat Izzuddin bin Sofian


DEFINISI:

Lompat bergalah adalah salah satu acara


sukan yang menggunakan galah yang
panjang dan fleksibel (dimana galah pada
hari ini kebiasaannya diperbuat daripada
gentian kaca atau gentian karbon) sebagai
salah satu alat untuk melompat melepasi
bar.
SEJARAH
 Suatu masa dahulu galah digunakan secara praktikal
untuk melepasi halangan semulajadi di kawasan yang
berbecak seperti di wilayah Friesland di Netherland,
sepanjang Sungai Utara, kawasan berpaya di
Cambridgeshire , Huntingdonshire, Lincolnshire dan
Norfolk.
 Dalam usaha untuk menyeberangi kawasan ini tanpa
basah disamping mengelakkankan penggunaan jambatan
(untuk menyingkatkan masa), sebatang galah yang
panjang disimpan di setiap rumah dan digunakan untuk
 Di Friesland, dimana lompat tinggi disebut sebagai 'fierljeppen’,
ia telah menjadi salah satu aktiviti kebudayaan masyarakat
setempat sebagai pertandingan tahunan.
 Pertandingan galah moden dimulakan sekitar tahun 1850 di
German, apabila ia ditambah sebagai salah satu latihan gimnastik
oleh Johann C.F. Gutsmuths dan Frederich L.Jahn.
 Teknik lompat bergalah moden pula dibangunkan di Amerika
Syarikat sekitar penghujung kurun ke 19.
 Mula dipertandingkan di Sukan Olimpik sejak 1896( Athen,
Greece) bagi lelaki dan tahun 2000(Sydney, Australia) bagi
wanita.
 Pada mulanya, galah yang digunakan diperbuat
daripada bahan yang keras seperti buluh atau besi
aluminium.
 Kemudiannya, galah fleksibel yang diperbuat dari
gentian kaca atau gentian karbon yang membolehkan
pelompat melepasi tahap ketinggian yang baru
diperkenalkan.
 Walaubagaimanapun, kemahiran teknikal masih
dititikberatkan dan objektif lompat galah adalah
untuk melepasi palang bar yang diletakkan diantara
dua tiang yang didirikan tanpa menjatuhkan bar itu.
Lompat bergalah pada tahun 1890- Kevin Mayer dari Perancis
an di Akademi Tentera Laut Amerika mengambil bahagian dalam acara
Syarikat lompat galah di Rio de Janeiro pada
18 Ogos 2016
KAWASAN DAN
PERALATAN
BAGI ACARA
LOMPAT GALAH
Kawasan
mendarat
Lorong
Kawasan
larian
Kotak
Lompat penahan
galah
Galah

Tiang dan
Peralatan
palang
Penyokon
g tiang
1) Galah
 Peralatan asas dalam lompat bergalah.
 Peserta boleh menyediakan galah sendiri atau menggunakan
galah yang disediakan oleh penganjur untuk mengambil
bahagian dalam satu satu pertandingan.
 Terdapat dalam pelbagai ukuran, iaitu antara 3.05 meter
hingga 5.18 meter.
 Perbezaan dalam ukuran ini bergantung kepada peringkat
umur, jenis kejohanan dan kesesuaian peserta yang
mengambil bahagian.
 Bagi mereka yang baru menceburkan diri dalam acara ini,
dinasihatkan supaya menggunakan galah yang panjangnya hampir
sama dengan ketinggiannya, manakala mereka yang sudah
berpengalaman lebih gemar menggunakan galah yang lebih
panjang daripada ketinggian mereka.
 Galah untuk lompat bergalah boleh diperbuat daripada sebarang
bahan atau campuran bahan yang sesuai, asalkan permukaannya
licin.
 Galah boleh dibaluti oleh bahan yang sesuai tidak lebih daripada
dua lapisan pita pelekat yang sama tebalnya.
2) KAWASAN mendarat

 Terdiri daripada lapisan tebal yang lembut dan berspring


atau mudah melantun. Ini boleh diperbuat daripada
getah tilam, span atau sabut yang lembut.

 Saiz hendaklah tidak kurang daripada lima meter


panjang dan lima meter lebar dan tebalnya pula
bergantung kepada keadaan.
 Tetapi saiz kawasan hendaklah sesuai dengan jenis
pertandingan dan peringkat peserta yang bertanding.

 Tempat mendarat ini dipasangkan di bahagian belakang


kedua-dua tiang lompat bergalah bermula betul-betul pada
tiang tersebut.

 Saiz kawasan berspring ini adalah memadai untuk peserta


mendarat, walaupun ada juga terjadi iaitu peserta
mendarat terkeluar dari kawasan ini.
 Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini, di
sekitar kawasan bertilam ini hendaklah bebas daripada
sebarang gangguan atau halangan yang boleh
menghalang peserta daripada mendarat dengan
selamat walaupun terkeluar dari kawasan bertilam itu.
3) Lorong larian

 Berukuran lebih kurang 40 meter panjang dan 1.22


meter lebar. Lorong ini juga hendaklah bebas daripada
sebarang halangan atau gangguan, terutama apabila
peserta lompat bergalah terpaksa berlari untuk membuat
lompatan.
4) Kotak penahan
 Di bahagian hadapan kedua-dua tiang, dengan
kedudukan di tengah-tengah antara dua tiang ini
terdapat sebuah kotak bersalutkan kepingan logam yang
digunakan oleh peserta untuk memulakan lonjakan
dalam lompatannya.
 Kotak ini panjangnya satu meter dan lebar pada
bahagian hadapan 60 cm. Kotak ini menirus ke
bahagian hujung, iaitu di bahagian paling hampir dengan
tiang dengan ukuran 15 cm lebar.
 Bahagian dasar berbentuk curam daripada aras tanah dan
jauh dari bahagian hadapan kotak pada kedalaman 20 cm
yang disambungkan pada papan penampan.
 Dibentuk supaya sisinya mencuram ke dalam dan
bersambung dengan papan penampan pada sudut L20 darjah.
 Bahagian dasarnya harus sebaris dengan sekeping logam
yang dalamnya 2.5 cm dan panjang 80 cm daripada bahagian
hadapan kotak penahan.
 Digunakan oleh peserta untuk menampan galah agar
membolehkannya membuat lonjakan untuk melompat.
5) Tiang dan palang

 Dua batang' tiang boleh diperbuat daripada sebarang


bahan yang sesuai asalkan dapat berdiri tegak.
 Jarak di antara dua tiang ini hendaklah sekurang-
kurangnya 4.3 meter dan tidak lebih daripada 4.37
meter.
 Ketinggian tiang pula tidak ditentukan, tetapi biasanya
lebih kurang tujuh meter.
 Bagaimanapun, dalam kejohanan atau perjumpaan
olahraga peringkat dunia, ketinggian tiang adalah
mengikut ketinggian lompatan yang dibuat peserta,
yakni tiang ini boleh ditinggikan atau direndahkan.
 Sebatang palang yang panjangnya mengikut jarak
kedua-dua tiang diletakkan pada kedua-dua tiang
mengikut ketinggian iompatan.
 Bagaimanapun, mengikut peraturan IAAF, palang ini
hendaklah antara 4.48 meter hingga 4.52 meter.
 Berat maksimum palang ini ialah 2.25 kilogram. Palang
ini hendaklah diperbuat sama ada daripada kayu, keluli
ataupun bahan lain yang sesuai dan berbentuk sama
ada segitiga atau bulat.
 Bahagian palang yang diletakkan pada penyokong yang
dipasangkan pada tiang, hendaklah licin dan tidak
dibaluti oleh bahan yang boleh menghalang daripada
terjatuh ketika disentuh peserta.
TEKNIK- TEKNIK
LOMPAT
BERGALAH
1. Memegang
galah dan
menyediakan
diri

2.Membuat
6. Mendarat di
larian sambil
tempat yang
membawa
disediakan.
galah

5. Melepasi
3. Menampan
palang serta
galah ke dalam
melepaskan
kotak berlepas
galah di udara

4. Membuat
lonjakan
daripada kotak
pelepas
1. Memegang galah dan menyediakan diri

Bagi peserta yang membuat lonjakan pada


kaki kiri, hendaklah membawa galah pada
sebelah kanan dengan lengan kiri separuh
bengkok.
Manakala tangan kanan memegang sambil
mencengkam pada galah lebih kurang 60 cm
hingga 70 cm lebih tinggi, dengan tangan
sedikit menolak keluar’ Untuk mendapatkan
pegangan yang kemas dan baik.
Cara memegang galah ialah peserta hendaklah
menegakkan galah sambil berdiri di
belakangnya.
Sebelum memulakan larian, peserta hendaklah
bersedia dengan pegangan galah serta berdiri
sedia sambil perhatian dan tumpuan diberikan
kepada acara ini.
2. Membuat larian sambil membawa galah

Dari segi jarak dan teknik, larian dalam acara


lompat bergalah ini adalah hampir serupa dengan
larian yang dilakukan untuk acara lompat jauh.
Peserta boleh membawa galah pada sebelah kiri
atau kanan, iaitu mengikut keselesaan.
Aturan membawa galah adalah dengan
meletakkan aras hujung hadapan galah lebih
tinggi daripada kepala peserta dan mengekalkan
pegangan tangan atas di bawah pinggang, serta
menolak ke bawah.
Kedua-dua tangan hendaklah dibengkokkan
pada siku.
Semasa berlari, tumpuan pandangan peserta
hendaklah pada kotak pelepas kerana peserta
akan mencacakkan galah di situ untuk melonjak.
Bagi memudahkan larian, peserta boleh
membuat check-mark untuk mendapatkan titik
sebenar dalam memulakan larian.
Peserta yang menggunakan tangan kanan akan
memulakan larian pada kaki kiri dan peserta kiri
pula akan memulakan larian dengan kaki kanan.
3. Menampan galah ke dalam kotak berlepas

Perkara yang akan dilakukan seterusnya ialah


menjunamkan galah di kotak penahan.
Biasanya apabila peserta berada tiga langkah dari
kotak penahan, dia akan membenamkan galah ke
kotak tersebut. ( tidak semestinya, boleh mengikut
keselesaan )
Apabila peserta memulakan larian untuk
menampankan galah di kotak penahan, masalah
yang sering timbul ialah kordinasi antara satu
perlakuan dengan yang lain.
Bagi mengelakkan masalah ini, peserta
hendaklah berlari pantas, sambil memastikan
galah dapat ditampankan pada kotak mengikut
langkah yang dikehendaki.
Cara menampan ialah dengan mengarahkan
bahagian penghujung galah menjunam
menghala ke kotak penahan atau kotak
penampan.
4. Membuat lonjakan
Untuk memastikan dapat membuat lonjakan dengan
betul dan berkesan, peserta hendaklah memastikan
perkara-perkara berikut:

Kepantasan larian terutama ketika melakukan


lonjakan.
Ketinggian pegangan pada galah.
Arah pergerakan semasa membuat lonjakan.
Sama ada peserta memegang dengan kuat
pada galah yakni daripada tangan hadapan
semasa peringkat membuat lonjakan.
Pergerakan peserta yang berbeza- beza ketika
menggabungkan kepantasan larian dengan
detik menjunamkan galah ke dalam kotak
penahan.
Peserta akan melakukan lonjakan betul-betul di bawah
tangan atas yang mengawal galah. Tindakan peserta
membengkokkan galah amat bergantung pada larian. Berikut
adalah antara perkara-perkara yang harus dilakukan apabila
proses membengkokkan galah dilakukan:

Semasa menampan galah, peserta hendaklah


melakukannya dengan segera.
Semasa menampan juga, peserta hendaklah
meletakkan lengan pada kedudukan yang
betul. Lengan atas tidak seharusnya terlalu
rigid, sebaliknya harus bersedia menerima
tekanan ketika membuat lonjakan.
Semasa melonjak, peserta hendaklah
mendapatkan postur yang betul.
Semasa melonjak, peserta harus fikirkan
lonjakan sebagai pergerakan melantun ke atas
dan ke hadapan.
Semasa melonjak jugu, peserta hendaklah
meletakkan paha yang bebas dalam kedudukan
yang betul.
Menampan, melonjak, melompat
5. Melepasi Palang dan Melepaskan
Galah
Pergerakan melepasi palang dan pada waktu
yang sama melepaskan galah merupakan
tindakan penting dan utama dalam lompat
bergalah.
Jika peserta dapat melepasi palang dan
melepaskan galah dengan sempurna tanpa
menjatuhkan palang, bermakna lompatan
yang dibuat adalah berjaya.
Pada waktu ini galah berada dalam kedudukan
hampir menegak, manakala peserta pula berada
pada kedudukan berdiri dengan tangan
memegang galah.
Ini bermakna peserta bersedia untuk memulakan
pergerakan menolak dan melepasi palang.
Peserta hendaklah memulakan dengan tangan
kiri dahulu dan diikuti tangan kanan. Semasa
melepasi palang, peserta melepasinya menerusi
perutnya dan dengan menundukkan kepala.
JACK -
KNIFE

Dua cara
melepasi palang

FLY - AWAY
Cara Jack-Knife
Peserta melonjakkan kedua-dua belah
kakinya ke atas sambil menolakkan
badannya melepasi palang, selalunya
secara ‘paksaan’
Hal ini akan menyebabkan kedudukan
keseluruhan badannya menegak dengan
kaki ke atas.
Cara Fly-Away
Peserta melakukan pergerakan badannya
bersama galah dan melepaskan dengan
sebaik sahaja dirinya melepasi palang.
Pergerakan peserta dalam kaedah ini
adalah lebih pantas, dan kedudukan
badannya melepasi palang pada
kedudukan hampir mendatar
6. Mendarat di tempat yang disediakan.

Setelah berjaya melepasi palang dengan


selesa, peserta kini hanya bersedia untuk
membuat pendaratan yang merupakan
pergerakan akhir seseorang peserta lompat
bergalah.
Biasanya peserta akan mendarat pada
bahagian belakangnya yang diikuti pula oleh
putaran badan kehadapan.
Selepas mendarat dengan baik, peserta
hendaklah bangun daripada tempat
pendaratannya dengan bahagian belakangnya
dan bukan daripada bahagian hadapannya.
Ansur maju kemahiran lombol bergalah
 Terdapat beberapa latihan ansur maju dalam kemahiran
lombol bergalah. Latihan-latihan tersebut adalah latihan
lonjakan yang merangkumi latihan melangkah dan
mendorong,latihan melonjak,latihan melonjak dan
berpusing,serta latihan melonjak dengan jarak dan
ketinggian.
 Latihan lonjakan boleh dilakukan di kawasan mendarat
lompat jauh.Latihan ini bertujuan untuk memberi
keyakinan kepada atlet dan melonjak dengan bantuan
galah tanpa melakukan larian landas.
a) Melangkah dan mendorong
Tegakkan galah di hadapan badan.
Tangan dominan lurus ke atas pegang galah.
Tangan bukan dominan pegang galah di bawah
tangan dominan (atas kepala).
Letak hujung bawah galah 15 cm di hadapan kaki.
Langkah setapak ke belakang, rapatkan kedua-dua
kaki.
Kekalkan pegangan galah.
Langkah dan angkat lutut ke atas dan ayun kaki
ke hadapan.
b) Melonjak
Langkah kaki ke hadapan.
Ayun sebelah kaki ke hadapan dan angkat
lutut ke atas.
Lakukan lonjakan ke hadapan.
Bergayut pada galah.
Naikkan kedua-dua belah kaki ke atas.
Mendarat dengan kedua-dua belah kaki.
Galah berada di sisi badan.
c) Melonjak dan berpusing
Langkah kaki ke hadapan.
Ayun kaki sebelah ke hadapan.
Angkut lutut ke atas.
Lakukan lonjakkan ke hadapan.
Bergayut pada galah.
Naikkan kedua-dua belah kaki ke atas.
Pusingkan badan.
Mendarat dengan kedua-dua belah kaki
menghadap landas lari.
Kekalkan pegangan galah.
Video Lompat bergalah

https://youtu.be/HYC4ljr0psY

https://youtu.be/pTsgUftZlmE
SEKIAN
TERIMA
KASIH !!!!

You might also like