You are on page 1of 3

CARA MENINGKATKAN KESAHAN

Kesahan sesuatu ujian merujuk kepada sejauh mana ujian berkenaan dapat
mengumpul maklumat berkaitan bidang yang ditetapkan. Dengan perkataan lain, sesuatu
ujian itu dikatakan sah, sekiranya ujian berkenaan boleh mengukur sesuatu yang
sebenarnya hendak diukur atau sepatutnya diukur.

Menurut Youngman & Eggleston (1982) serta Sax & Newton (1997) kesahan
bermaksud kebolehan ujian mengukur apa yang sepatutnya diukur. Kesahan merujuk
kepada kesesuaian dan kekuatan interpretasi markah ujian dan lain-lain keputusan penilaian
dengan merujuk kepada kegunaan tertentu alat ukur tersebut. Menurut Fraenkel & Wallen
(1996) kesahan boleh dibuktikan melalui beberapa kaedah seperti kesahan isi (content
validity), kesahan telahan (predictive validity), kesahan serentak (concurrent validity) dan
kesahan gagasan (construct validity).

Meningkatkan Kesahan Dalam Ujian


a) Cara yang baik untuk meningkatkan dan memastikan kesahan sesuatu ujian ialah
dengan menyediakan blue print, atau rancangan persediaan yang dinamakan Jadual
Spesifikasi Ujian (JSU). JSU ini dapat memastikan kesahan isi ujian yang akan disediakan.
Di mana dalam JSU guru hendaklah menetapkan tajuk-tajuk yang hendak diuji, peringkat
objektif mengikut Taksonomi Bloom atau Taksonomi yang seumpamanya, bilangan soalan
bagi tiap-tiap satu objektif dan tajuk.
    Penentuan objektif pelajaran ataupun aras-aras kemahiran bergantung kepada
mata pelajaran, tajuk-tajuk yang diuji serta peringkat kebolehan murid- murid yang
menduduki ujian itu. Ini bermakna guru perlu meneliti dan memahami isi kandungan tiap-tiap
tajuk dalam sukatan pelajaran. Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, kami telah
membina satu JSU soalan peperiksaan mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 5 sebelum
membina set soalan berdasarkan JSU tersebut.

b)  Cara yang ideal bagi meningkatkan kesahan ialah mencari korelasi di antara ujian
yang diberi sebelum calon-calon itu melalui pengalaman yang berkenaan dengan perlakuan
yang di dalam konteks kriteria pada akhir pengalaman itu. Kesahan ujian itu boleh diterima
jikalau didapati calon yang tinggi markah dalam ujian itu mencapai prestasi yang
dikehendaki di dalam kriteria itu, dan calon yang rendah markahnya tidak menunjukkan
prestasi di dalam kriteria itu.
CARA MENINGKATKAN KEBOLEHPERCAYAAN

Lazimnya, adalah sangat sukar bagi guru untuk membentuk satu ujian yang
mempunyai ciri kebolehpercayaan yang tinggi. Ini adalah kerana pencapaian murid dalam
situasi yang berlainan akan dipengaruhi oleh faktor-faktor berlainan seperti bilangan soalan,
emosi dan kesihatan calon, keadaan persekitaran dan cara memeriksa. Oleh itu untuk
meninggikan ciri kebolehpercayaan dalam sesuatu ujian, guru harus mengurangkan segala
punca perubahan faktor-faktor tersebut.

Faktor pertama ialah keadaan tempat murid-murid itu mengambil ujian. Keadaan
yang tidak selesa menyebabkan murid-muird tidak dapat menjawab seperti yang selalu
ditunjukkan. Jika bilik itu bising dan panas umpamanya, murid tidak akan dapat menjawab
soalan dengan sebaik-sebaiknya. Jika murid itu tidak sihat ketika mengambil ujian, maka
jawapannya juga tidak sebaik yang dapat ditunjukkannya semasa dia di dalam keadaan
sihat. Oleh itu, guru haruslah memastikan yang keadaan tempat murid itu semasa
mengambil ujian adalah baik.

Faktor kedua ialah kejelasan yang terdapat pada arahan dan item-item ujian itu.
Arahan dan item-item yang kurang jelas boleh menimbulkan interpretasi yang berlainan
dariapada murid-murid. Oleh itu semasa menyediakan ujian ataupun penilaian, guru
seharusnya memastikan yang arahan dan item-item, sama ada dalam bentuk kenyataan,
gambar dan lain-lain lagi itu jelas.

Faktor ketiga berkait dengan panjangnya ujian ataupun penilaian itu. Ujian yang
banyak itemnya itu selalunya lebih stabil oleh kerana guru berpeluang menyoalnya
beberapa kali. Sebaliknya, ujian yang banyak item itu memakan masa yang panjang. Murid
yang rendah umurnya sudah tentu tidak dapat memberi tumpuan yang dikehendaki. Kita
sedia maklum bahawa tempoh masa yang dapat ditumpukan oleh murid terhadap sesuatu
itu berbeza. Walau bagaimanapun, murid di peringkat sekolah rendah mempunyai tumpuan
yang terhad. Mereka cepat jemu dan dengan itu tidak akan dapat menjawab soalan-soalan
yang dikemukakan. Bagi mengelakkan perkara ini daripada berlaku, guru seharusnya
menyediakan ujian yang tidak terlalu memakan masa yang panjang. Guru juga boleh
memenggalkan ujian guru untuk diberikan beberapa kali.
Faktor keempat ialah, pemeriksaan dan pemarkahan. Ujian objektif tidak
menimbulkan masalah. Tetapi ujian ataupun penilaian yang berkaitan dengan sikap, nilai
dan juga amali sukar diperiksa dan diberikan markah secara objektif. Masalah ini sering
berlaku di dalam ujian-ujian terbuka yang guru lakukan. Di dalam pemerhatian juga, guru
dapati yang pemarkahan sukar diberi dengan tepat. Bagi mengelakkan perkara-perkara ini,
guru harus menyediakan satu skim pemeriksaan dan pemarkahan yang jelas dan kita patuhi
pada skim ini apabila membuat pemeriksaan dan pemarkahan.

Faktor kelima dalam meninggikan ciri kebolehpercayaan dalam sesuatu ujian


ataupun penilaian ialah dengan memberikan bilangan soalan yang berpatutan. Biasanya
semakin bertambah bilangan soalan, maka semakin tepat pencapaian murid itu kerana
bilangan soalan ditambah akan dapat mengurangkan peluang untuk murid meneka.

You might also like