You are on page 1of 26

ACARA

LARI

BERGANTI-GANTI

PENGENALAN
Lari berganti ganti merupakan acara berpasukan dalam olahraga. Ia terdiri daripada acara
wanita dan lelaki. Kali pertama ia diadakan pada akhir abad ke 19 di Amerika Syarikat oleh 2
peminat olahraga dari Universiti Pennsylvania iaitu Frank Ellis dan Lausset Geyelin. Mereka
memulakan larian untuk jarak metric dengan 1 pasukan terdiri daripada 4 orang pelari.
Seorang pelari akan berlari sejauh ( 402.34 samaan suku batu ). Dengan membawa baton
untuk diterima oleh rakannya. Pelari kedua, ketiga dan keempat berlari pada jarak yang
sama. 2 pasukan telah menyertai pertandingan pada tahun 1983 itu. Pada 1895 pula,

Pennyylvania Relay Carnival diadakan, yang merupakan acara tahunan di Amerika


Syarikat. Matlamat acara lari berganti ganti ialah berlari sambil membawa baton dari
seorang pelari sehingga semua pelari mendapat giliran masing masing. Pelari akhir akan
membawa baton sehingga ke garisan penamat. Persefahaman amat penting dalam acara
ini, memberi dan menerima baton dianggap perkara yang penting bagi menentukan
kejayaaan. Acara ini juga merupakan acara larian pecut.

PERATURAN DAN UNDANG UNDANG


I. 4 pelari diperlukan dalam membentuk pasukan dan 1 orang pelari simpanan bagi
setiap pasukan.
II. Kedudukan pelari ditentukan sebelum perlumbaan, biasanya oleh jurulatih.
III. Semua pelari akan berlari dalam laluan yang telah diundi sebelum perlumbaan.
IV. Pelari pertama akan memulakan larian dengan membawa baton dan pertukaran
kepada pelari kedua dan seterusnya hendaklah dilakukan di dalam petak atau kawasan
yang telah ditetapkan. Jika tidak penyertaan pasukan akan terbatal.
V. Semua pelari hendaklah memegang baton dari pelari pertama kepada yang terakhir.
VI. Pelari hendaklah berlari dengan mematuhi peraturan dan undang undang yang
ditetapkan. Tindakan , perbuatan atau lakuan yang boleh menghalang atau menggangu
perjalanan acara ini boleh menyebabkan acara larian dibatalkan.
VII. Semua pelari hendaklah memakai pakaian yang sesuai dengan baju yang bernombor
dan berlambang serta warna pasukan masing masing.
VIII. Larian hanya boleh dimulakan pelari pertama setelah isyarat diberikan oleh pegawai
pelepas.

IX. Sebarang pertukaran pelari hendaklah dibuat sebelum perlumbaan dimulakan.


Pasukan berkenaan hendaklah memaklumkan kepada pegawai perlumbaan tentang
pertukaran ini.
PEMILIHAN PELARI
Ujian khas perlu diadakan bagi menentukan kelayakan pelari sebagaimana yang dilakukan
oleh sesebuah pasukan negeri atau negara. Acara saringan boleh diadakan untuk menguji.
Golongan Pelari yang melakukan masa paling pantas boleh dipilih untuk menyertai acara ini.
CIRI CIRI PELARI
A ) Pelari Pertama
I. Mesti mempunyai permulaan yang baik sambil memegang baton.
II. Berkeupayaan berlari di selekoh.
III. Biasanya pelari pertama adalah pelari terbaik atau kedua terbaik pasukan
diletakkan kerana ia merupakan pendorong kepada pelari lain untuk berlari dengan
baik.
B ) Pelari Kedua
i.

Berkeupayaan berlari dengan baik dilorong yang lurus.

ii.

Berkeupayaan menerima dan menghantar baton dengan baik daripada pelari


pertama kepada pelari ketiga. ( Biasanya jika pelari pertama berlari

membawa baton dengan tangan kanan, pelari kedua akan


tangan kiri dan pelari ini pula akan memberikannya
menerima dengan tangan kanan dan

dengan

menerimanya

dengan

kepada pelari ketiga yang

akan

begitulah seterusnya . )

C ) Pelari Ketiga
I. Berkeupayaan menerima dan menghantar baton.
II. Berkebolehan berlari pada selekoh harus dijadikan kriteria utama pada jurulatih
III. Biasanya pelari ketiga terpantas memikul tanggungjawab ini.

D ) Pelari Keempat
i.

Biasanya pelari terpantas pasukan diletakkan sebagai pelari terakhir atau


achorman kerana pelari ini akan membawa baton sehingga melepasi garisan

penamat.
ii.

Berkeupayaan berlari pantas di lorong yang lurus serta mempunyai


yang baik.

finishing

E ) Pelari Simpanan
Ini penting sebagai persediaan jika berlaku kecemasan atau sesuatu yang tidak diduga
kepada salah seorang pelari atau sekiranya prestasi yang ditunjukkan oleh pelari utama
merosot. Ia juga merupakan strategi perlumbaan bagi pasukan yang telah biasa.
PANDUAN LARIAN
i.

Jarak Larian

Umum mungkin menggangap jarak yang dilakukan oleh pelari adalah sama. Hakikatnya
adalah berbeza beza. Jika pertukaran baton dilakukan selepas atau diluar zon
pertengahan pertukaran baton, setiap pelari berlari pada jarak berikut :
JARAK LARIAN SETIAP PESERTA DALAM ACARA 4x100

Pelari
1
2
3
4
ii.

Jarak larian

Jarak larian biasa (

Jarak larian

maksimum
106m
126m
126m
120m

purata )
101.5m
121.5m
121.5m
120m

dengan baton
101.5
99.0
99.0
97.5m

Pertukaran Baton

Kemahiran yang tinggi amat diperlukan dalam menerima dan memberi baton, terutama pelari
kedua dan ketiga. Pelari pertama dan terakhir juga perlu mahir dalam perlakuan ini.
iii.

Pemilihan Mengikut Keupayaan Berlari

Keupayaan berlari mengikut kedudukan dan keperluan pelari hendaklah diberikan


keutamaan dalam membuat pemilihan ke atas pelari. Kepantasan berlari adalah amat
penting dalam menentukan kejayaan.
iv.

Semangat Berpasukan

Persefahaman dan semangat kerjasama yang tinggi dalam pasukan adalah amat penting.
Latihan yang konsisten dan intensif merupakan cara yang terbaik dalam acara ini.

PEMEGANGAN & PERTUKARAN BATON


Memegang baton dalam acara ini amat penting. Baton perlu dipastikan dipegang dengan
kemas, selesa dan tidak menghalang larian serta dapat dihantar kepada rakan dengan baik
dan cekap.

Memberi dan Menerima Baton


Setiap pelari akan membawa baton dari satu jarak ke satu jarak tertentu sehingga
keseluruhan larian. Setiap pertukaran hendaklah dilakukan di dalam kawasan atau petak
yang disediakan. Jika tidak, Ia dianggap batal. Terdapat beberapa cara pertukaran baton
diantara seorang pelari dengan pelari yang lain :
i) Hantaran dari atas ke bawah
Cara ini adalah paling pantas dan sering digunakan. Tetap mempunyai risiko
terjatuh jika tidak diberi dengan tepat dan betul. Jika pelari

mudah

pertama yang membawa

baton dengan tangan kanan dan apabila tiba ke kawasan pertukaran, pelari kedua mula
memecut dari sebelah kanan lorongnya. Sambil berlari dia akan bersedia mengangkat
tangan kirinya

sambil membuka tapak tangannya atau menadah untuk menerima

baton. Pelari pertama hendaklah memberi isyarat untuk pelari kedua mengangkat dan
membuka tangannya.
Pelari pertama akan memberi baton dengan pergerakan tangan dari atas
bawah atau memukul tapak tangan pelari kedua. Pelari kedua akan
dengan tangan kiri dan memberi kepada pelari ketiga
atas ke bawah. Pelari ketiga yang

membawa

ke
baton

dengan tangan kanan juga dari

membawa baton kepada tangan kanan akan memberi

kepada pelari terakhir yang akan menerima baton itu pada tangan kiri untuk memecut ke
garisan penamat.

Ii )

Hantaran dari bawah ke atas.

Cara ini kurang berisiko tetapi persefahaman yang baik antara penghantar dan penerima
menjadikan hantaran menarik dan pantas. Jika pelari pertama membawa baton pada tangan
kanan , dia akan memberi kepada pelari kedua yang menerimanya dengan tangan kiri.
Apabila pelari pertama hamper dengan kawasan pertukaran baton, pelar
kedua akan mula memecut. Pelari pertama akan memberi baton dengan
pergerakkan tangan dari bawah ke atas. Pelari kedua yang mendapat
bersedia daripada pelari pertama akan menghulurkan tangan
tapak tangan dengan menghala ke bawah. Pelari ini
memegang dengan selesa untuk berlari

akan

krinya
menerima

isyarat

sambil
baton

membuka
itu

lalu

ke pelari ketiga dan seterusnya pula dengan

kaedah yang sama.

CARA MEMBAWA BATON

2 cara atau teknik yang digunakan dan dianggap paling selesa dan sesuai ialah :
i.

Teknik Selang Seli tanpa pandang

Mengikut teknik ini, pelari pertama dan ketiga berlari sambil membawa baton dengan tangan
yang sama sementara pelari kedua dan keempat berlari dengan membawa baton dengan
tangan yang sama juga. Jelasnya kiri kanan kiri kanan atau kanan kiri kanan kiri.
Semasa pertukaran, setiap pelari yang menerima baton akan berlari terus tanpa menoleh
kebelakang untuk melihat baton. Ini bermakna hanya tangan yang bergerak untuk menerima
hantaran baton daripada pelari sebelumnya.

ii.

Teknik Selang Seli dengan pandang

Kedudukan pelari adalah sama seperti teknik pertama iaitu kanan kiri kanan kiri atau
kiri kanan kiri kanan. Pelari berlari seperti biasa Cuma yang berbeza adalah teknik
pertukaran

baton.

Pelari

yang

akan

menerima

akan

memandang

ke

belakang.

Sememangnya cara ini lebih tepat dan berisiko rendah tetapi disebabkan penerima baton
terpaksa menoleh, masa yang diambil agak lewat. Kemungkinan juga dia akan menerima
baton diluar kawasan yang dibenarkan kerana terlalu menumpukan perhatian kepada baton.

Perbezaan Antara Teknik Dengan Pandang & Teknik Tanpa Pandang


1. Hantaran dan penerimaan tanpa pandang
i ) Penerima hanya menghulurkan tangannya ke belakang , selepas isyarat diterima
sambil pandangan dihadapan.
ii ) Pelari hendaklah merapatkan jari dengan ibu jari terbuka serta

membentuk huruf V

Tangan hendaklah sentiasa diluruskan tanpa cuba mengoyang goyangkannya.


iii ) Pelari yang memberi baton hendaklah mengenggamnya di atara ibu jari dengan
jari kirinya sambil menghulurkan ke hadapan.
iv ) Baton hendaklah diberi kepada pelari yang menerima dengan tapak tangannya
tetapi pelari yang memberi baton tidak boleh melepaskan dengan serta merta.
v ) Sebaiknya pelari yang memberi baton hendaklah membiarkan baton ditarik dari
tangannya oleh penerima. Selepas itu dia hendaklah mengawal dirinya dengan terus
berlari sambil memperlahankan kelajuan.
2. Hantaran dan penerimaan dengan pandang
i ) Pelari yang akan menerima baton hendaklah dengan pantas menoleh

ke belakang

arah pelari yang membawa baton. Sambil berlari , penerima hendaklah menghulur
tangan ke belakang secara lurus.
ii ) tangan pelari yang akan menerima baton hendaklah menghala ke atas dalam
kedudukan terbuka.
iii )Pelari yang akan memberi baton akan menggenggam baton di antara

ibu jari

dengan jari jarinya yang sebelah lagi.


iv )Pelari yang memberi baton menurunkan baton lalu lalu meletakkan baton pada
tapak tangan pelari yang menerima. Baton tidak boleh terus dilepaskan tetapi
penerima hendaklah mengenggam baton.
v ) Penerima hendaklah menarik baton daripada pemberi , berpaling ke hadapan lalu
meneruskan larian.
v ) Perlakuan yang sama hendaklah dilakukan kepada pelari seterusnya.

ZON PERTUKARAN BATON


Setiap pelari akan berlari dalam lorong-lorong diatas belapan bulat berukuran 400
meter yang mengandungi lapan lorong.Pelari pertama dalam setiap pasukan memulakan
perlumbaan daripada setiap pasukan memulakan perlumbaan daripada garisan permulaan
yang diatur secara berganjak.Dia berlari diselekoh dan menghantar baton kepada pelari
kedua dalam pasukannya . Prosedur ini dilakukan daripada pelari kedua kepada pelari ketiga
dan akhirnya kepada pelari keempat yang akan mengakhiri perlumbaan.

rajah 10 : Zon pertukaran baton


Pada tanda 100 meter , 200 meter dan 300 meter di balapan 400 meter ditandakan
tiga zon penukaran baton. Setiap zon berukuran 20 meter panjang . baton mestilah
bertukar tangan diantara dua pelari didalam zon tersebut
Satu tanda lagi yang dipanggil zon pemecutan ditandakan pada 10 meter di
belakang zon penukaran baton.Pelari yang akan menerima baton boleh mula berlari
dalam zon pemecutan, tetapi baton mesti diterima di dalam zon pertukaran baton.
LANGKAH-LANGKAH ANSUR MAJU
Beberapa lngkah ansur maju perlu dititikberatkan dalam acara lari berganti-ganti . dibawah
ini beberapa aktiviti diikuti langkah ansur maju yang perlu dijalankan untuk atlit beraksi lebih
cemerlang :
1

Gaya Memegang baton

Gaya permulaan Larian

Cara Menukar Baton

Zon Pertukaran Baton

Aktiviti : Gaya memegang Baton


Genggaman

Ansur maju
1.Genggaman bebas

Rajah 11 :Genggaman baton secara bebas


Butir-butir mengajar
i

Gunakan jari-jari untuk menggeggam

ii

Genggaman di hujung di tengah dan di pangkal baton

2.Genggaman dengan cara yang betul


Butiran mengajar
i

Rapatkan jari-jari kecuali ibu jari membentuk V menghala kebawah

ii

Letakan baton di antara bentuk V

iii

Genggam baton dibahagian hujung.

Rajah 12 :Genggaman baton yang betul


Aktiviti : gaya permulaan larian
Ansur majU
1

Lompat ketinting (menentukan kaki yang kuat)

Butiran mengajar
i

Kaki sebelah di bengkokkan sebelah lagi lurus

ii

Lompat guna bebola kaki

iii

Ulang beberapa kali

Rajah 13 :Lompat ketinting


2

Duduk dekam (tanpa Blok)


a.) Cara menempatkan tapak kaki
Butiran mengajar:
i

Hujung jari kaki hadapan betul-betul di belakang garisan

ii

Gunakan kaki yang kuat dihadapan

iii

Hujung jari kaki yang kuat selari di belakang tumit

iv

Angkat kaki depan, letak betul-betul diluruh perut tapak kaki yang kuat.

Angkat kaki yang kuat, letak hujung jari selari dengan belakang tumit
kaki tidak kuat

Rajah 14 : Cara menempatkan tapak kaki tanpa blok


b) gaya kegarisan
Butiran mengajar
i

letakkan kaki yang tidak dominan di hadapan

ii

kaki yang dominan letakan di belakang

iii

lakukan (i) dan (ii) seperti aktiviti di 2 (a).

iv

Bengkokkan lutut , bwa berat badan kehadapan

Lutut selri dengan hujung jari kaki di hadapan

vi

Jarak lutut dan kaki dihadapan ialah satu tapak tangan

vii

Tangan di buka seluas bahu

viii

Buka jari dan mencecah bumi

ix

Genggam baton tanpa menyentuh tanah

Kepala relek , mata tumpu ke satu titik sejarak satu meter kehadapan

Rajah 15 :Gaya kegarisan tanpa blok


c)

Gaya sedia.

Butiran mengajar:
i

Kepala menunduk angkat punggung

ii

Kedua-dua tangan lurus dan masih seluas bahu

iii

Pinggang dan punggung lebih tinggi dripada paras kepala dan bahu

iv

Sudut lutut di kaki hadapan dalam 90 darjah

Sudut lutut dikaki belakang dalam 100 darjah

vi

Tangan sebagai sokongan

Rajah 16 :Gaya sedia tanpa blok

Gaya Berlepas

Butiran mengajar:
i

Hanyunan tangan kencang dan pantas

ii

Tekanan kaki sama berat dan serentak.

iii

Rerus meluru ke hadapan

iv

Badan condong ke hadapan , lutut di angkat tinggi.

Rajah 17 :Gaya berlepas tanpa blok


3

Duduk dekam dengan blok


a

Cara menempatkan blok

Butiran mengajar :
i

Jarak hadapan bahagian blok dengan garisan antara 30 cm hingga


50 cm

ii

Jarak bahagian belakang blok dengan bahagian hadapan bergantung


kepada gaya dekam seseorang atlit .

iii

Pasang blok dengan ketat .

Rajah 18 : Cara menempatkan blok permulaan Kedudukan ke garisan

Butir mengajar:
i

Letakkan kaki yang kuat di belakang dan sebelah lagi di hadapan

ii

Kaki di hadapan selaras dengan lutut kaki di belakang

iii

Luruskan kedua-dua tangan semasa menyokong berat badan

iv

Buka tangan seluas bahu

Letakan kedua-dua tangan di belakang garisan

vi

Buka jari tangan bebas

vii

Genggam baton tanpa menyentuh tanah , tetapi jari masih menyokong

viii

Mata pandang satu titik yang jaraknya satu meter kehadapan.

Rajah 19 : Kedudukan kegarisan dengan blok Kedudukan sedia


Butiran mengajar :
i

Kedudukan lutut kaki di hadapan lebih kurang 90 darjah dari aras bumi , lutut
kaki belakang lebih kurang 120 darjah dari aras bumi.

ii

Pinggang lebih tinggi dari bahu

iii

Bahu lebih tinggi daripada kepala

iv

Tangan diluruskan

Kepala masih kedudukan seperti dalam aktiviti ke garisan

vi

Tekan kedua-dua kaki dengan kuat pada blok permulaan

vii

Kedudukan mata sama seperti dalam kedudukan ke garisan

Rajah 20 : Kedudukan sedia dengan blok


d)

Kedudukan berlepas

Butiran mengajar:
i)

Tolak blok permulaan dengan kuat dan pantas dengan kedua-dua kaki

ii)

Bergerak lurus ke hadapan

iii)

Condongkan badan , mata masih ada titik tumpuan

iv)

Hayunan tangan sekuat yang boleh untuk membantu pelepasan

v)

Jarak langkah pertama secara sederhana

Rajah 21 :Kedudukan berlepas


1.

Hayunan tangan semasa berlari


Ansur-ansur maju :
a) Menghayun tangan dengan kedudukan berlunjur (tanpa baton)
Butiran mengajar :
i)

Bengkokkan siku 90 darjah , tangan disisi badan

ii)

Hayun tangan ,jari-jari tangan tidak menyentuh lantai

iii)

Badan condong kehadapan

iv)

Bawa siku jauh ke belakang

Rajah 22 : Aktiviti menghayun tangan


d)

Kedudukan berlepas

Butiran mengajar:
i)

Tolak blok permukaan dengan kuat dan pantas dengan kedua-dua kaki

ii)

Bergerak lurus ke hadapan

iii)

Condongkan badan , mata masih ada titik tumpuan.

iv)

Hayunan tangan sekuat yang boleh untuk membantu perlepasan

v)

Jarak langkah pertama secara sederhana

2.

Hayunan tangan semasa berlari


Ansur-ansur maju :
Menghayun tangan dengan kedudukan berlunjur ( tanpa baton
Butiran mengajar :
i)

Bengkokkan siku 90 darjah , tangan di sisi badan

ii)

Hayunkan tangan , jari-jari tangan tidak menyentuh lantai.

iii)

Badan condong ke hadapan

iv)

Bawa siku jauh ke belakang


a) Menghayun tangan dengan baton sambil berdiri (statik)

Butiran mengajar :
i)

Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan dan sebelah lagi di belakang.

ii)

Badan condong kehadapan sedikit

iii)

Bengkok siku 90 darjah , tangan di sisi badan

iv)

Hayunkan tangan , jari tidak melepasi bahu

v)

Tolak siku ke belakang sejauh yang mungkin

Rajah 23 : Menghayun tangan dengan memegang baton.


3.

Ketinggian lutut semasa berlari


Ansur-ansur maju :
a)

Lari setempat.

Butiran mengajar :
i)

Lompat berselang seli , lutut diangkat setinggi yang boleh

ii)

Mulakan dengan perlahan-lahan diikuti dengan pantas

ii)

Lakukan berulang-ulang

Rajah 24 :Larian Setempat


Lari Skip
Butiran Mengajar :
i)

Melonjak dengan bebola kaki dibelakang , jangkau menggunakan kaki di


hadapan sejauh mungkin

ii)

Lutut kaki dibelakang dikuncikan semasa melonjak ,lutut kaki dihadapan


diangkat setinggi boleh

iii)

Kuatkan hayunan tangan semasa melonjak .

Rajah 25 :larian Skip

c) Menglangkah dengan melepasi halangan 0.5 meter


Butiran mengajar :
i)

Angkat lutut setinggi yang bolehdan jangkau ke hadapan sejauh yang boleh .

ii)

Hayunkan tangan dengan kuat

Rajah 26 :Melangkah dengan melepasi halangan


Aktiviti :Cara Menukarkan Baton ( dari bawah ke atas )
Ansur-ansur maju :
a)

Menghantar tanpa baton (statik)

Butiran mengajar :
i)

Hayun kaki sepantas yang boleh.

ii)

Semasa tangan lurus disisi badan ,hulurkan tangan ke hadapan

iii)

Separas pinggang (45 darjah) sepantas yang boleh.

iv)

Condongkan badan sedikit.

v)

Sebelah kaki dibelakang dan sebelah lagi dihadapan.

Rajah 27 : menghantar tanpa baton (static)


b)

Menerima tanpa baton (statik)

Butiran mengajar:
i)

hayun tangan sepantas yang boleh

ii)

kemudian luruskan siku ,jari-jari menhala ke bawah

iii)

Ketika tangan disisi badan,hayunkan tangan ke belakang

iv)

Sepantas yang boleh separas pinggang

v)

Tapak tangan dibuka dan menghala ke bawah

vi)

Rapatkan jari-jari kecuali ibu jari untuk membenyuk huruf V

vii)

Ibujari menghala ke arah badan

viii)

Tangan sentiasa lurus dan tidak di goyang-goyangkan

Rajah 28 :menerima tanpa baton (statik)


c)

Menghantar dan menerima tanpa baton (berpasangan) secara


statik.

Butiran mengajar :

i)

A berdiri di hadapan kanan B di belakang kiri dalam jarak satu meter,

ii)

Berdiri dengan sebelah kaki dihadapan dan sebelah kaki di belakang.

iii)

Condong badan sedikit.

iv)

Hayun tangan sepantas yang boleh

v)

A segera meluruskan tangan kiri dan menghulurkan ke belakang

vi)

Separas pinggang apabila mendapat isyarat up daripada B

vii)

Jari-jari A dirapatkan kecuali ibujari yang membentuk V

viii)

Menghala kebawah.Ibujari menghala kebadan

ix)

B dengan segera meluruskan tangan kanan dan menghulur kehadapan lalu


memukul tapak tangan A dari bawah ke atas.

x)

Kaki di belakang B ikut lajak

Rajah 29 : Menghantar dan menerima baton (dengan alat)


secara statik
Peringatan:
1.

Lakukan beberapa kali dan ubah kedudukan B sebagai penerima dan A


sebagai penghantar

1.

Bagi aktiviti menghantar dan menerima tanpa baton secara dinamik


a)

Ulang butir-butir mengajar di atas

b)

Satu kumpulan empat orang.

d)

Pelari pertama dan ketiga mengunakan tangan kanan manakala


Pelari kedua dan keempat menggunakan tangan kiri

e)

Berlari perlahan-lahan, setiap pelari akan bergilir-gilir memukul


Tapak tangan pelari di hadapannya

f)

Pelari pertama akan memukul tangan pelari kedua , kemudian


Pelari pertama akan berlari ke hadapan pelari keempat

g)

Seterusnya pelari kedua memukul tapak tangan pelari ketiga dan


pelari kedua akan berlari kehadapan pelari pertama tadi.

h)

Lakukan aktiviti itu berulang-ulang sehingga tamat dalam jarak 20


meter.

Rajah 30 :Menghantar dan menerima tanpa baton


d)

Menghantar dan menerima baton (dengan alat) secara


statik
berpasangan

Butiran mengajar
i)

Hayun tangan sepantas yang boleh ,penerima berdiri dihadapan


Kanan dan pemberi berdiri di belakang kiri atau sebaliknya.

iv)

ii)

Badan condong ke hadapan

iii)

Pemberi memberi isyarat up kepada penerima

Penerima meluruskan tangan dan menghulurkan ke belakang


separas pinggang tanpa melihat tanpa melihat .

v)

Jari-jari penerima di rapatkan kecuali ibu jari ,untuk membentuk V


Menghala ke bawah

vi)

Pemberi meluruskan tangan dan menghulurkan baton dari bawah


Sehingga memasuki bentuk V (diantara ibu jari dan jari telunjuk)
Penerima

vii)

Penerima memegang baton yang berhampiran pegangan pemberi


menggunakan jari telunjuk dan ibu jari kemudian di Bantu jari-jari
yang lain .

viii)

Pemberi lepaskan baton setelah baton itu ditarik oleh penerima

ix)

Pastikan kedua-dua pelari menggunakan tangan yang berbeza.

x)

Kaki di belakang pemberi ikut lajak

Rajah 31 :Menghantar dan menerima baton (static)


Perhatian:
1.

Lakukan aktiviti di atas berulang-ulang dimana kedua-dua pelari bergilirgilir kedudukan

2.

Aktiviti menghantar dan menerima baton (dengan alat) secara dinamik :


a) Secara empat orang, berdiri dalam jarak satu meter bagi setiap pelari .
b) Ulang butir-butir mengajar di atas (d)
c) Lari perlahan-lahan, setiap pelari bergilir-gilir menghantar dan menerima
baton
Larian beberapa langkah mesti dilakukan kepada pelari seterusnya.
a

Pelari keempat akan meletakan baton diatas tanah setelah menerima


baton ,perlari pertama akan mengutip baton semula dan mengulangi
aktiviti menghantar dan menerima baton.

Lakukan aktiviti ini dalam jarak 30 meter.

Rajah 32 :menghantar dan menerima baton (dinamik)


2

Aktiviti berlari dalam jarak 20 meter bagi setiap perserta.


a

Ulang butir-butir mengajar di atas.

Rajah 33 :Berlari dalam jarak 20 meter


Aktiviti :Larian di selekoh
Ansur-ansur maju:
1.Berjalan laju dalam jarak 20 meter.
Butiran mengajar :
i

Berjalan sedekat mungkin dengan garisan dalam lorong yang


digunakan.

ii

Hayun tangan kanan laju ,manakala tangan kiri di hayun dengan


perlahan

iii

Panjangkan langkah kanan ,pendekkan langkah kaki kiri

iv

Angkat lutut setinggi yang boleh

Condongkan badan

vi

Mata pandang 3 hingga 5 meter kehadapan.

Rajah 34 :Berjalan laju di selekoh 20 meter


Peringatan:
1.

Ulang aktiviti di atas beberapa kali

Aktiviti-aktiviti lain:
a

berlari pecut (20 hingga 30 meter)

Ulang butir-buir diatas (1)

ii

Lakukan beberapa kali.

Rajah 35 : Berlari pecut di selekoh


b

Berlari biasa jarak 20 meter diikuti lari pecut 30-50 meter


i

Ulang butir-butir mengajar (1)

ii

Lakukan beberapa kali.

Rajah 36 :Berlari dalam jarak 20 meter dan diikuti lari


Pecut

Berlari sambil mengejar pasangan dan cuba cuit sebelum sampai ke


tandaan 30 meter:
i

Ulang butir-butir mengajar di atas (1)

ii

Lakukan beberapa kali

Rajah 37 : Berlari sambil mencuit pasangan


Perhatian :
1.

Ansur-ansur maju di atas boleh juga di gunakan untuk larian di lorong


lurus.Butir-butir mengajarnya seperti di bawah :
i

Hayunkan tangan sepantas yang boleh.

ii)

Melangkah dengan kaki di belakang menolak,angkat lutut kaki


dihadapan setinggi yang boleh dan jangkau sejauh yang dapat

iii)

Condongkan badan

iv)

mata pandang pada satu titik tumpuan dalam jarak dua hingga tiga
meter kehadapan.

Rajah 38 :Larian dilorong lurus

Aktiviti :Zon pertukaran Baton


Ansur-ansur maju :
1.

Tanda zon permulaan.

Butiran mengajar :
i

Gunakan tapak kaki untuk membuat jarak pada garisan permulaan.

Rajah 39 :Zon pertukaran baton


Peringatan:
2.

Menghantar dan menerima baton di dalam zon pertukaran.


a)

Setiap pelari yang menunggu baton ,perlu mengukur jarak dengan


tapak kaki masing-masing

Setiap jarak yang dilakukan semasa menunggu adalah berbeza bagi


setiap pelari mengikut kepantasan masing-masing.

Jarak yang di buat lebih kurang 13 hingga 25 tapak

Lakukan aktiviti ini sehingga pertukaran di dalam zon dilakukan


dengan lancar dan pantas.

Pelari yang menerima baton haruslah bersedia dan memecut apabila


pelari yang dating sampai ke tempat yang di tandakan.

Rajah 40 :Menghantar dan menerima baton di dalam


zon pertukaran
Di atas adalah beberapa aktiviti dalam acara lari berganti-ganti 4X 100 meter.Setiap
aktiviti telah dicadangkan beberapa langkah-langkah ansur-maju dengan butir-butir
mengajar supaya dapat membantu atlit terlibat menguasai kemahiran-kemahiran
dalam acara tersebut.

You might also like