You are on page 1of 18

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN OLAHRAGA KOKURIKULUM

CSP 2071
( LARI BATTON )
PENSYARAH : MUHAMMAD AFFENDY BIN MUSA
INSTRUKTOR : AHMAD NURZHARIFF BIN AZIZ
KUMPULAN
HARI
MASA

: F

: SABTU
: 8.00 10.00 PAGI

BIL

NAMA

NO MATRIK

MOHD NASHRIN BIN NOR HALIM

D20141067394

MUHAMMAD FARUQ ARIFFIN BIN SAPILLAH

D20141067418

AMIRUL REDZUAN BIN SEPINI

D20141067432

NAZREE BIN MUNIR

D20141067419

MEGAT ARIFAMIRUDIN BIN MEGAT ADNAN

D20141067401

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


Bilangan Pelajaran : 4
Tarikh

Jantina : L/P

: 16 May 2015

Hari

: Sabtu

Masa

: 8.00 10 pagi (40minit)

Minggu : 13

Bilangan Pelajar

: 35 orang

Tunjang Pembelajaran : Kemahiran (olahraga)

Tajuk Pembelajaran : LARIAN BERGANTI-GANTI


Pengetahuan Sedia Ada Pelajar

: Pelajar pernah menonton acara larian di dalam televisyen.

Objektif Pengajaran dan Pembelajaran:


Di sepanjang pengajaran dan pembelajaran ini pelajar dapat:Psikomotor

: Pelajar dapat membuat larian dengan mengikuti fasa yang betul.

Kognitif

: Pelajar dapat menyatakan kemahiran yang terdapat pada fasa larian dengan tepat.

Afektif

:Pelajar menunjukkan daya saing/ penyertaan dan disiplin yang baik semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

KBKK

: Pelajar dapat berfikir secara kreatis untuk melakukan kemahiran.

Strategi Mengajar

: stail A (ARAHAN)

Persediaan pelajar

: Pelajar berpakaian sukan yang lengkap dan sihat tubuh badan.

Persediaan guru

: Alat bantu mengajar (ABM) dan blok permulaan, skittle, bip, baton, jam randik, kon, tepung, wisel, bendera, bola,
pita pengukur, pistol pelepasa

PERKEMBANGAN P&P
(20 minit)

(- Murid dibahagi dalam 6 kumpulan kecil


- Setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang murid
- Murid akan dibahagikan kepada dua kumpulan besar.
- Murid akan didedahkan kepada fasa yang terdapat
dalam lari pecut melalui dua stesen iaitu stesen
permulaan dan stesen pertukaran baton .
BAHAGIAN /
TAJUK /
FOKUS PEMBELAJARAN
ORGANISASI /
- Aktiviti akan dilakukan serentak untuk kedua-dua
STRATEGI CATATAN
MASA
AKTIVITI
BUTIR MENGAJAR
PENGELOLAAN
kumpulan)
Pelajar dibahagikan kepada beberapa
kumpulan untuk melakukan aktiviti
Memanaskan
pemanasan badan
X X X X X X
badan
1. Murid belajar gaya-gaya permulaan.
G
PETUNJUK:
- Regangan
G - GURU
Guru
mengetuai
pelajar kedudukan
untuk
2. Murid
diajar mengenai
tangan,
X - PELAJAR
melakukan
Kemahiran fasa
kepala regangan
dan leher. otot dengan cara
yang betul
permulaan,
sedia, berlepas.
X fasa
X X X
Berlari
dengan kemahiran
kadar semasa
3. Muridsetempat
belajar mengenai
sederhana
(Langkah 1)
sedia. dalam kawasan yang
XXXXXX
ditetapkan.
XXXXXX
4. Murid diajar mengenai fasa berlepas.
PERMULAAN
( 5 MINIT )

KEMUNCAK
(10 MINIT)

Pengenalan
Pertandingan
mengenai lari
(laripecut
pecutdan
4x50
lari
meter)
berganti-ganti,
pemilihan
pemain dan
sebagainya.

X X X X
1. Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan.
Blok permulaan,
Guru memberikan penerangan tentang
X X X X
wisel, pistol
sejarah
dan ahli
latar belakang
2. Setiap
kumpulan sukan
harus
berjaya
X X
pelepasan, bendera,
padang
olahraga(larilarian.
pecut) serta faktor
menghabiskan
baton, jam randik, pita
XXXXXX
larian berpandukan ABM.
pengukur.
XXXXXX G
3. Ahli kumpulan yang berjaya menamatkan
larian
XXXXXX
dalam masa yang singkat adalah pemenang.
G

Kemahiran fasa
pecutan,
pertukaran
baton, penamat

1. Murid belajar cara membuat pecutan semasa larian.


2. Murid diajar cara- cara pertukaran baton.
3. Murid belajar bagaimana cara untuk menamatkan

X X X X X X
G

Blok
permulaan,
skitel kecil
dan besar.

Sesi cooling
down

Guru mengetuai pelajar untuk aktiviti cooling down.


1. Guru

menyuruh pelajar supaya


melakukan aktiviti cooling down.

duduk

selepas

PENUTUP
(5 MINIT)

XXXXXX
XXXXXX
XXXXXX
G

Refleksi

1. Dua wakil pelajar diminta untuk memberikan refleksi

pembelajaran hari ini.

PERMULAAN
PEMANASAN BADAN ATAU WARM UP
SEJARAH LARI BERGANTI-GANTI
-Berasal dari Amerika Syarikat
-Punca-punca lahirnya acara ini :

PETUNJUK:
G - GURU
X - PELAJAR

Perjalanan kereta kuda jarak jauh (pony ekspress) di mana surat-surat atau berita-berita disampaikan dari satu tempat ke tempat lain
Perlumbaan dimulakan dengan seorang pelari membawa bendera & menyampaikan kepada pelari lain yang menanti di hadapan (dimulai di
Universiti Pensylvania, Amerika Syarikat).
Permainan pasukan ahli bomba. Ahli daripada satu pasukan bomba akan berlari dengan pantas & menyentuh kereta bomba. Ini sebagai isyarat
kepada ahli lain dalam pasukan untuk bersedia.
-Percubaan pertama dilakukan pada tahun 1893, di mana pasukan dipertandingkan dengan setiap pelari berlari sejauh suku batu.

PENGENALAN
1. Apakah itu lari berganti-ganti atau larian batton???
2. Membawa baton dari tempat permulaan sehingga tempat penamat menerusi 4 orang peserta secepat mungkin.
3. Jenis acara dalam kebanyakan perjumpaan olahraga pelbagai peringkat :

4 x 100 meter

4 x 200 meter

4 x 400 meter

4 x 1600 meter
4. Acara yang paling diminati & paling mendapat sambutan di kalangan pelari dan penonton ialah 4x400 meter.
5. Faktor utama penentu kejayaan ialah persefahaman di antara pelari dalam pasukan

PEMILIHAN PEMAIN
A. Pelari pertama
:- pendorong penting kepada pasukan jika pelari pertama berkemampuan berlari dengan baik

:- 3 aspek penting
I.
Harus mempunyai permulaan yang baik sambal tangan memegang baton
II.
Berkeupayaan berlari di selekoh
III.
Pelari kedua terbaik dalam satu pasukan
B. Pelari kedua
:- mesti bijak daripada segi menerima dan menghantar baton (selalunya jika pelari pertama membawa baton pada tangan kanan, pelari kedua
hendaklah cuba menerima baton pada tangan kiri).
:- Aspek penting : berkeupayaan berlari pantas pada garis lurus.
C. Pelari ketiga
:- Berkebolehan & berkemampuan berlari di selekoh & menerima baton menggunakan tangan kanan jika pelari kedua memberikannya
menggunakan tangan kiri, atau sebaliknya.
:- Aspek penting : pelari ketiga terpantas dalam pasukan.
D. Pelari akhir
:- pelari terpantas dalam pasukan kerana keputusan yang bakal tercapai oleh sesebuah pasukan terletak di atas bahunya.
:- Harus berkebolehan berlari di garis lurus walaupun jarak larian terpendek namun daripada segi kepantasan & kelajuan ia amat penting

CARA MEMEGANG BATON


-Baton boleh memegang dalam beberapa cara mengikut keselesaan pelari berkenaan.
-Bagi pelari pertama yang memulakan larian, cara memegang adalah seperti Rajah 1 :-

Rajah 1 : Cara-cara memegang baton oleh pelari pertama


TEKNIK HANTARAN BATON

Gaya popular menghantar baton ialah gaya selang-seli iaitu ditukar di antara tangan kanan dan tangan kiri oleh keempat-empat pelari dalam satu
pasukan.

GAYA DAN TEKNIK HANTARAN BATON


1)Teknik hantaran bawah-atas

1. Pelari dengan baton menghayun baton ke atas tangan penerima yang terbuka dalam bentuk
V yang dibentukkan dengan ibu jari dan jari telunjuk penerima.
2. Penerima memegang bahagian hujung baton yang berhampiran dengan tangan pelari
penghantar.
3. Penerima mengambil alih baton daripada pelari yang masuk

2) Teknik hantaran atas-bawah.

1. Pelari dengan baton menghayun baton ke bawah untuk memukul tapak tangan penerima
yang terbuka.
2. Penerima memegang hujung baton semasa menerimanya.

TEKNIK MENERIMA HANTARAN BATON

Menerima dari atas

1. Pelari yang akan menerima akan berlari apabila pelari yang membawa baton melepasi garisan zon penukaran .
2. Pelari yang membawa baton masuk zon penukaran zon melaungkan keluar apabila hampir dengan penerima baton.
3. Sambil berlari, ketika melihat ke hadapan,penerima baton akan menghulurkan sebelah tangan ke belakang dengan tapak tangannya terbuka
(menadah) ke atas dalam bentuk V yang dibentukkan dengan ibu jari dan jari telunjuk penerima untuk menerima baton.Sentiasa luruskan
tangan dan jangan cuba mengoyang-goyangkannya.
4. Penghantar baton akan menghayun baton ke atas tangan penerima.
5. Penerima memegang bahagian hujung baton yang berhampiran dengan tangan pelari
penghantar.Tetapi pelari yang membawa baton jangan pula melepaskan baton serta merta.
6. Pelari yang memberikan baton membiarkan baton ditarik daripada tangannya, dan
mengawal kelajuan sendiri.Penerima mengambil alih baton daripada pelari yang masuk.

Menerima dari bawah

1. Pelari yang akan menerima akan berlari apabila pelari yang membawa baton melepasi garisan zon penukaran .
2. Pelari yang membawa baton masuk zon penukaran zon melaungkan keluar apabila hampir dengan penerima baton.
3. Sambil berlari, ketika melihat ke hadapan,penerima baton akan menghulurkan sebelah tangan ke belakang dengan tapak tangannya terbuka
(menadah) ke bawah dalam bentuk V yang dibentukkan dengan ibu jari dan jari telunjuk penerima untuk menerima baton.Sentiasa luruskan
tangan dan jangan cuba mengoyang-goyangkannya.
4. Penghantar baton akan menghayun baton dari bawah ke atas tangan penerima.
5. Penerima memegang bahagian hujung baton yang berhampiran dengan tangan pelari penghantar.Tetapi pelari yang membawa baton jangan
pula melepaskan baton serta merta.
6. Pelari yang memberikan baton membiarkan baton ditarik daripada tangannya, dan mengawal kelajuan sendiri.Penerima mengambil alih baton
daripada pelari yang masuk.

Gaya Selang-seli Tanpa Pandang

Biasanya diamalkan dalam acara berganti-ganti 4 x 100 m


Pelari pertama & ketiga dikehendaki membawa baton dengan tangan kiri, pelari kedua dan keempat membawa dengan tangan kanan.
Pelari tidak toleh ke belakang semasa menerima baton
Pelari yang membawa baton akan memberi isyarat kepada pelari di hadapannya supaya menghulurkan tangan ke belakang untuk
menerima baton.
Pelari yang menerima baton, ketika melihat ke hadapan menghulurkan tangan kanannya ke belakang.
Jari-jari dalam kedudukan rapat dengan ibu jari terbuka serta membentuk huruf V. Sentiasa luruskan tangan dan jangan
menggoyangkannya.
Pelari yang memberikan baton akan menggenggam baton itu antara ibu jari dengan jari kirinya sambil menghulur ke depan.
Pelari yang membawa baton meletakkannya pada tangan pelari yang menerima. Tetapi pelari yang membawa baton jangan melepaskan
baton serta-merta.
Pelari yang memberikan baton membiarkan baton itu ditarik kepada tangannya, dan mengawal kelajuan sendiri untuk berhenti.

Gaya Selang-seli Cara Pandang

Semasa pertukaran baton dilakukan, pelari yang menerima baton itu akan menoleh ke belakang dan memerhatikan pemberian baton
kepadanya. Pada masa yang sama, isyarat akan diberikan, dan serentak kedua-dua mereka akan memandang baton.
- Cara pertukaran baton selalunya dilakukan dengan pergerakan ke bawah
- Kurang sesuai untuk 4 x 100m tetapi sesuai untuk 4 x 400m
- Pelari yang akan menerima baton memusingkan kepala dan bahunya ke arah baton. Hulurkan tangan kanan ke belakang. Biarkan tangan lurus
dan tidak bergerak.
- Tapak tangan hendaklah menghala ke atas dalam kedudukan terbuka.
- Pelari yang memberikan baton menggenggam baton antara ibu jari dan jari-jarinya yang sebelah lagi.
- Pelari yang memberi baton menurunkannya lalu meletakkan pada tapak tangan pelari yang menerima, tetapi jangan melepaskan baton serta
merta, sehingga penerima menggenggam baton itu.
- Penerima menarik baton daripada pemberi, memusingkan kepala dan bahu ke depan, lalu meneruskan lariannya.
- Perlakuan diulangi oleh pelari kedua, ketiga dan keempat.

Gerakan menghantar dan menerima baton dalam acara 4 x 100 meter (dengan memandang)

Gerakan menghantar dan menerima baton dalam acara 4 x 100 meter


ZON PERTUKARAN BATON
1) Pertukaran baton mesti dilakukan di dalam zon penukaran baton yang panjangnnya 20 meter.
2) Dalam acara 4 x 100 meter, zon pemecutan sepanjang 10 meter dibenarkan dan mendahului zon penukaran baton.
3) Zon pemecutan digunakan untuk pelari memulakan larian bila pembawa baton menghampiri titik tanda.

Zon Pertukaran Baton untuk Acara 4 x 100 meter

Perkara-perkara penting
1. Setiap peserta mesti berlari pada lorong masing-masing.
2. Baton hendaklah sentiasa berada pada tangan pelari. Jika ia terjatuh, larian pasukan itu dibatalkan.
3. Jika pelari tidak berjaya membuat pertukaran baton dalam zon pertukaran, larian pasukannya akan dibatalkan.

Pertukaran baton yang betul dan yang salah

PERATURAN LARIAN
Aturan Umum
Lari ikut lorong yang ditetapkan
Buat pertukaran baton dalam zon yang ditetapkan
Buat pertukaran baton yang bersih
Kekalkan baton dalam tangan pelari dari awal hingga akhir larian

Gaya Dekam & Permulaan


Pelari Pertama
Hanya pelari pertama yang terlibat dalam kedudukan permulaan
Permulaan gaya sama dengan permulaan 100 m. Bezanya hanya pelari membawa baton pada tangan kanan. Oleh itu, kedudukanya
bersesuaian dengan baton.
Dalam permulaan dekam, kaki kanan dibawa ke hadapan. Lutut berada di bawah tapak kaki & tangan dalam keadaan longgar. Siku
hendaklah lurus, ibu jari & jari telunjuk selari dengan garisan permulaan.
Berat badan terletak pada tangan & kaki hadapan. Tangan dibuka luas untuk menyokong berat badan & keselesaan kaki.
Kepala direndahkan dengan memandangkan ke garisan permulaan atau diangkat sedikit agar pandangan ditumpu pada jarak antara 3m
hingga 5m. Permulaan menggunakan blok permulaan.
Berlari sebaik sahaja isyarat (pistol) dibunyikan oleh pelepas
Berlari pada seekoh pertama (pantas di selekoh)

Pelari Kedua
Bersedia dan mula berlari dalam bentuk berdiri
Berlari dalam lorong lurus (terpantas larian di bahagian lurus) dan lorong sendiri.

Terima baton dalam zon pertukaran (cekap terima & beri baton dengan tangan kiri
Pelari Ketiga
Bersedia dan mula berlari dalam bentuk berdiri
Lari dalam lorong sendiri pada selekoh kedua (pantas larian bahagian selekoh).
Bawa baton pada tangan kanan (cekap penerimaan baton dengan tangan kanan).
Lari di sebelah dalam lorong sendiri.
Pelari Keempat
Bersedia dalam mula berlari dalam bentuk berdiri.
Pantas berlari dalam lorong lurus dan lorong sendiri.
Tamatkan larian di garisan penamat.
Pelari yang penuh keazaman & tenang.

You might also like