You are on page 1of 15

940421125371

Muka Surat
1.

Pengenalan

2.

Fokus Kajian

3.

Objektif Kajian

4.

Kaedah Kajian

5.

Pernyataan Masalah berasaskan tema

6-7

6.

Penentuan konsep, fungsi, lokasi, dan susun atur

8-9

7.

Pernyataan aspek formal, elemen, bahan dan teknik

8.

Pernyataan kepentingan projek

9.

Sumber dan rujukan

10.

Lakaran Konsep

10-11
12
13-14
15

ISI KANDUNGAN

1.

PENGENALAN

940421125371

Sebuah syarikat lebuh raya telah mempelawa saya untuk mereka bentuk sebuah landskap
tempat beriadah dan isitirahat di salah sebuah perhentian rehat dan rawat (R&R). Untuk
pengetahuan umum, kawasan rehat dan rawat merupakan satu kemudahan awam di tepi lebuh
raya di mana pengguna lebuh raya boleh berhenti sambil berehat, makan, ataupun mengisi
minyak. Kemudahan yang terdapat di kawasan rehat dan rawat termasuklah tempat meletak
kenderaan, stesen minyak, tandas, restoran serta gerai makanan. Kawasan rehat yang mempunyai
kemudahan yang terhad kepada tempat meletak kenderaan serta tandas dipanggil hentian
sebelah. Kebanyakan R&R menawarkan kemudahan lebih daripada sekadar tempat berhenti
untuk orang ramai
Kawasan Rehat dan Rawat atau lebih dikenali sebagai R&R dilengkapi dengan
kemudahan untuk pengguna lebuh raya. Terletak di setiap 80-100 kilometer, kemudahan ini
dijaga dengan baik untuk memastikan setiap pengguna lebuh raya menikmati perjalanan lebuh
raya yang selesa dan lebih selamat. R&R sentiasa dinaik taraf dengan tumpuan khusus diberikan
terhadap kebersihan keseluruhan terutama kebersihan tandas dan gerai makan.
Berdasarkan tema yang diberikan ingin saya perjelaskan secara terperinci maksud
landskap menurut Kamus Dewan Edisi 3 landskap ialah pemandangan alam sesuatu kawasan
yang mengandungi unsur-unsur seperti bukit-bukau, sungai dan tumbuh-tumbuhan, terutamanya
pemandangan pedesaan. Manakala riadah pula ialah segala kegiatan yang dilakukan pada waktu
lapang untuk menyihatkan badan dan fikiran.
Menurut Kamus Dewan lagi istirahat ialah berhenti daripada melakukan sesuatu untuk
menghilangkan penat lelah. Tradisi tempatan pula membawa maksud sesuatu kebiasaan iaitu
adat, kepercayaan, dan lain-lain yang kekal turun-temurun dan menjadi amalan yang sudah sebati
dengan sesuatu masyarakat seperti satu golongan, kumpulan, dan sebagainya.

2.

FOKUS KAJIAN

940421125371

Fokus kajian saya ialah mereka bentuk sebuah landskap sebagai tempat beriadah dan
beristirahat di salah sebuah perhentian rehat dan rawat (R&R). Saya memfokuskan kajian ini di
Taman Awam Teluk Likas, Tanjung Lipat yang merupakan tumpuan orang ramai pada hujung
minggu. Taman Awam Teluk Likas ini menjadi pilihan saya kerana tempatnya yang strategik dan
berdekatan dengan Kompleks Sukan Likas terus menghala ke Sepanggar dan merupakan jalan
singkat untuk ke Bandaraya Kota Kinabalu. Kawasan kajian ini yang berdekatan dengan pantai
mampu menjadi pilihan orang ramai untuk menenangkan dan meluangkan masa bersama
keluarga. Berkaitan dengan tema yang telah diberi iaitu tradisi tempatan, saya mengetengahkan
tema suku kaum Kadazandusun.

Kawasan yang dipilih dari pandangan atas menerusi Google Earth.

Gambar kawasan yang menjadi pilihan saya.


3.

OBJEKTIF KAJIAN

940421125371

Terdapat dua objektif dalam menjalankan kajian ini dan kajian yang dibuat adalah berlandaskan
kepada objektif yang telah disusun.
i.
ii.

4.

Mereka bentuk landskap yang boleh digunakan sebagai tempat rehat dan riadah.
Mengetengahkan ciri-ciri tradisi tempatan dalam reka bentuk landskap.

KAEDAH KAJIAN

Saya menggunakan beberapa kaedah dalam kajian ini seperti yang tercatat di bawah :

940421125371

a) Kajian Lapangan
Lawatan ke tempat kajian dilakukan bertujuan untuk mengumpul maklumat. Melalui kaedah ini
saya lebih mudah untuk mengenali tempat tersebut yang menjadi pilihan saya untuk mereka
bentuk sebuah landskap. Saya melawat ke tempat kajian bagi mencari ilham dan melakukan
pengamatan yang jelas supaya dapat memudahkan kerja.

Gambar kawasan yang dipilih.


b) Kajian perpustakaan
Kaedah ini dijalankan dengan cara merujuk buku rujukan di perpustakaan untuk mendapatkan
maklumat tambahan mengenai landskap yang bertemakan tradisi tempatan. Di samping itu,
internet juga dijadikan sebagai rujukan utama dalam kajian ini. Kaedah rujukan ini menjadi
kaedah tambahan kepada kajian yang dilakukan.
c) Pengambilan foto di tempat kajian
Foto dapat dijadikan sebagai bahan bukti dalam kajian ini. Melalui kaedah pengambilan foto di
tempat kajian, saya dapat menjadikan foto yang berkenaan sebagai contoh untuk saya mereka
bentuk sebuah landskap.

5.

PERNYATAAN MASALAH BERASASKAN TEMA (SEMASA)

5.1 Landskap sebagai tempat


beriadah dankawasan
beristirahat
Gambar-gambar
di tempat kajian

940421125371

Taman Awam Teluk Likas merupakan tempat tumpuan orang ramai. Tidak kira pelancong
ataupun orang tempatan, taman ini akan dipenuhi oleh orang ramai dari awal pagi hingga ke
petang. Mereka yang datang ke taman ini untuk berisitirahat dan beraktiviti sering menghadapi
masalah tiada tempat untuk duduk bersantai. Pondok ataupun dikenali sebagai gazebo di sana
begitu terhad dan hanya mampu menampung beberapa ahli keluarga. Keluarga yang lain terpaksa
untuk duduk di atas tanah dengan berlapiskan tikar mengkuang. Jika ada ahli keluarga yang ingin
membuat sambutan hari lahir, ia akan mengganggu aktiviti mereka. Kerana berada di atas tanah
boleh mencemarkan makanan dengan pasir yang ditiup oleh angin. Menyedari akan hal ini, saya
bercadang untuk menambahkan beberapa lagi

gazebo di sana yang boleh menampung

sebilangan keluarga. Gazebo yang akan saya cuba hasilkan ini berkonsepkan bambu.
Selain itu, masalah kanak-kanak yang dibawa oleh ahli keluarga atau pelancong asing
tidak dapat bermain taman permainan. Bagi anak-anak yang sukar untuk dikawal dan nakal
disebabkan tidak dapat bermain boleh mengganggu emosi ibu bapa atau penjaga mereka. Hal ini
kerana, Taman Awam Teluk Likas hanya menyediakan satu taman permainan sahaja.
Memandangkan taman tersebut begitu besar kawasannya, saya akan membina sebuah lagi taman
permainan berbentuk kayu dan bambu berdekatan gazebo. Taman permainan ini akan
dititikberatkan keselamatan kanak-kanak. Lantai tapak permainan kanak-kanak ini dibina dengan
menggunakan bahan sintetik iaitu getah agar kanak-kanak yang jatuh tidak mudah cedera.
Seterusnya, orang Muslim juga menghadapi masalah tidak dapat menunaikan solat
semasa berada di sana. Walaupun Taman Awam Teluk Likas berdekatan dengan Masjid
Bandaraya, jarak yang jauh menjadi alasan dalam permasalahan ini. Oleh itu, saya berhasrat
untuk membina sebuah surau yang berasaskan corak kayu dan bambu. Surau tersebut akan
dihadapkan terus menghala ke kiblat. Ia akan berhadapan taman permainan dan gazebo.
Sehubungan itu, pemandu yang sering menghadapi masalah tiada tempat untuk berehat
semasa memandu semasa berjalan jauh boleh menjadikan surau tersebut sebagai tempat
persinggahan untuk berehat. Bagi yang berkeinginan untuk merokok pula, saya akan
menyediakan gazebo khas berhampiran tepi pantai agar tidak mengganggu orang lain.

5.2 Tradisi Tempatan

940421125371

Dalam era yang maju ini, etnik-etnik atau budaya sesuatu suku kaum itu kian dilupakan
dan semakin tenggelam ditelan arus zaman. Pengunjung yang datang melawat ke taman tersebut
tidak lagi mengamalkan amalan kaum masing-masing. Budaya kini tercemar dengan pengaruh
budaya luar. Menyedari akan hal ini, saya akan membina sebuah landskap dan mengetengahkan
konsep kebudayaan suku kaum kadazandusun. Gazebo yang saya cuba hasilkan adalah
beratapkan mengikut ukiran dan gaya kaum rumah Dusun. Bangku yang disediakn di setiap
pejalan kaki adalah bercorakkan bambu dan kayu. Manakala, surau pula yang berimejkan rumah
kayu akan ditambah serba sedikit imej rumah kaum Dusun. Bagi mewujudkan tradisi tempatan
dalam taman permainan kanak-kanak, saya akan mengambil beberapa haiwan yang terdapat di
sabah seperti kerbau, lembu, kuda dan beberapa spesis burung dan ikan untuk di gunakan dalam
taman permainan kanak-kanak.

6.

PENENTUAN KONSEP, FUNGSI, LOKASI DAN SUSUN ATUR

6.1

Malaysia sememangnya mempunyai penduduk pelbagai bangsa, agama dan budaya.

Melayu, Cina dan India merupakan kaum terbesar yang terdapat di Malaysia. Penduduk pribumi
dari keturunan Minang, Jawa, Aceh, Bugis, Mandailing, dll, yang bertutur dalam bahasa Melayu,

940421125371

beragama Islam dan mengikuti adat istiadat Melayu, semuanya dianggap sebagai orang Melayu.
Bagi orang Melayu yang tinggal di desa, majoritinya menjalankan aktiviti pertanian dan
menangkap ikan. Orang India di Malaysia ialah satu kaum yang berketurunan daripada mereka
yang berhijrah dari India Selatan semasa pemerintahan British di Tanah Melayu. Kebanyakan
orang India bekerja sebagai buruh ladang, terutamanya di ladang getah, walaupun sebahagian
kecil juga bertugas di jabatan-jabatan perkhidmatan awam. Orang Cina Malaysia ialah orang
Cina luar negara yang menjadi warganegara atau penduduk tetap di Malaysia. Kaum Cina di
Malaysia mengekalkan identiti komuniti yang amat ketara bezanya dengan kaum lain serta
jarang berkahwin campur dengan orang Melayu atas sebab agama dan budaya. Ini adalah kerana
kebanyakan orang Melayu beragama Islam.
Di negeri Sabah, penduduknya terdiri daripada pelbagai suku kaum. Etnik terbesar di Sabah
adalah Kadazan Dusun, Bajau dan Murut. Perbezaan di antara berbagai-bagai suku kaum
tersebut adalah ketara terutama sekali dari segi bahasa, agama, adat istiadat dan pegangan hidup
termasuklah pakaian tradisi mereka. Walaupun berlainan agama, mereka tetap menjalin
hubungan yang baik kerana masih berada di rumpun yang sama iaitu etnik suku kaum Dusun
iaitu antara etnik paling terkenal di Sabah. Oleh hal yang demikian, saya memilih tradisi kaum
kadazandusun untuk diketengahkan dalam landskap saya dengan menggunakan peralatanperalatan muzik tradisional, ciri-ciri rumah tradisional, corak dan baju tradisi bagi kaum tersebut.
6.2

Konsep tradisional dalam landskap ini berfungsi untuk kegunaan kepada orang ramai. Ia

dapat mewujudkan suasana tradisional seperti suasana kampung atau desa. Cadangan landskap
saya seperti gazebo, surau, taman permainan, tong sampah, siar kaki, pokok dan pergola
semuanya akan diterapkan unsur-unsur estetika agar dapat memeriahkan suasana. Ia juga boleh
menjadi satu perhiasan yang menarik di samping pengunjung dapat menilai keindahannya. Selain
itu, landskap ini berfungsi sebagai teduhan daripada cuaca alam baik panas mahupun hujan. Saya
juga menitikberatkan keselesaan kepada pengguna dalam hasil landskap ini. Secara tidak
langsung, pengguna akan rasa berpuas hati lalu akan sentiasa menjaga landskap ini dengan baik.
6.3

Lokasi kajian saya ini adalah terletak di Taman Awam Teluk Likas. Taman ini merupakan

kawasan tumpuan orang ramai. Lebih-lebih lagi pada waktu cuti persekolahan dan cuti umum.
Kawasannya yang strategik seperti kawasan sekitarnya yang menarik dan berdekatan lebuh raya
menjadi faktor utama untuk saya memilih tempat tersebut. Lebuh raya pula menghubungkan

940421125371

laluan dari Sepanggar terus menuju ke Bandaraya Kota Kinabalu. Selain itu, pengunjung yang
datang terdiri daripada pelbagai ragam manusia tidak kira tradisi, budaya dan kaum. Hal ini
mampu menjadikan masyarakat di sana dapat bersosial dengan baik.
6.4

Landskap ini akan disusun atur dengan sistematik untuk membentuk ruang dan sempadan

sesuatu kawasan setempat. Malahan, susun aturnya yang ringkas juga tidak akan memberikan
tekanan kepada pengguna ataupun pengunjung. Saya akan meletakkan surau adalah sebagai
simbolik utama kepada landskap ini. Untuk melalui ke surau ini, pergola disediakan agar
pengunjung tidak sesuka hati untuk memijak rumput sekaligus dapat menarik minat mereka. Di
samping berjalan, siar kaki tersebut juga akan berbagai corak permukaan. Berhadapan surau
adalah taman permainan kanak-kanak dan tiga buah gazebo untuk berehat. Di setiap siar kaki,
akan ada tong sampah jenis rumbia dan juga bangku kayu bersebelahannya. Pengunjung dapat
menjaga kebersihan serta berehat di bangku yang disediakan. Taman permainan jenis bambu dan
kayu akan berada di antara tengah-tengah tiga gazebo tersebut. Tambahan lagi, gazebo khas iaitu
jeti yang akan berada di atas laut dekat pantai merupakan satu tarikan untuk pengunjung. Untuk
ke sana, mereka akan melalui jambatan kayu. Susun atur yang menarik dan lebih beraneka dapat
mengelakkan pengunjung berasa bosan. Contoh pelan lantai seperti lakaran di bawah.
Surau
Pergola
Siar kaki
Gazebo
Taman permainan
Tong sampah
Bangku
Jeti

7.

PENENENTUAN ASPEK FORMAL, ELEMEN, BAHAN DAN TEKNIK

7.1

Aspek Formal Contoh pelan lantai

940421125371

Dalam kajian ini, unsur aspek formal pertama yang saya aplikasikan ialah ruang. Saya
membahagikan landskap ini kepada dua bahagian. Bahagian yang pertama adalah ruang untuk
surau dan pergola. Manakala, ruang yang kedua pula adalah ruang untuk kawasan tapak
permainan, gazebo dan jeti. Bagi mewujudkan lagi ruang ini, saya menggunakan kekuatan
gubahan warna, jalinan, rupa dan bentuk. Dari aspek warna, saya menggunakan tiga kumpulan
utama warna iaitu warna asas, warna sekunder, dan warna tertier. Hal ini kerana, corak-corak
dalam suku kaum Dusun banyak menggunakan warna yang berbeza. Namun saya hanya
menekankan warna sejuk bagi mewujudkan suasana yang harmoni lalu dapat menarik minat
pengunjung. Selain itu, jalinan yang saya aplikasikan adalah jalinan sentuh pada permukaan siar
kaki. Siar kaki ini berjalinankan batu-batu refleksologi serta bata berpasir. Dengan jalinan yang
kasar ia dapat mengelakkan pengunjung daripada tergelincir. Dalam unsur seni rupa, saya
mengaplikasikan unsur rupa geometri dan organik. Golongan objek dalam rupa geometri adalah
seperti gazebo, surau, dan pergola. Manakala objek yang tergolong dalam rupa organik ialah
bangku, tong sampah, siar kaki dan taman permainan. Unsur terakhir yang digunakan ialah unsur
bentuk yang merupakan lanjutan daripada pemahaman rupa. Bentuk mempunyai keluasan,
ketinggian, jisim dan biasanya bentuk mempunyai lebih daripada satu permukaan. Sememangnya
bentuk dalam landskap ini adalah berbentuk tiga dimensi.
Prinsip rekaan terbahagi kepada tujuh bahagian namun saya hanya mengaplikasikan beberapa
prinsip sahaja. Penggunaan unsur harmoni saya terapkan adalah bertujuan untuk menarik
perhatian serta dapat menimbulkan nilai-nilai estetika. Misalnya, harmoni pada karya alam
semula jadi iaitu warna-warna pada daun pokok yang seakan menampakkan persamaan
pengulangan jenis pokok bunga. Salah satu aspek terpenting dalam prinsip-prinsip rekaan seni
adalah aspek penegasan. Saya meletakkan surau adalah sebagai penegasan dalam penghasilan
landskap ini. Di samping berfungsi sebagai surau, bentuk dan ruang permukaan surau akan
diolah seakan gaya rumah suku kaum Dusun dan Bidayuh yang merupakan rumpun di bawah
kaum Dusun. Ruang kawasannya yang besar, ketinggian dan kelebarannya ternyata akan
menampakkan perbezaan terhadap objek lain. Malahan, coraknya juga turut akan menimbulkan
kesan kontra kerana dinding surau akan dihias mengikut ukiran kaum Dusun. Lagipun kesan
kontra adalah berkait rapat dengan prinsip rekaan penegasan. Ia akan dapat menonjolkan unsur
yang diketengahkan. Imbangan juga merupakan prinsip rekaan. Saya akan mengaplikasikan
imbangan simetri dan tidak simetri di dalam landskap ini.

940421125371

7.2

Elemen Landskap

Elemen tumbuhan menjadi pilihan bagi menonjolkan suasana yang menarik serta meriah.
Tumbuh-tumbuhan seperti pokok, daun renek, rumput dan palma diletakkan mengikut jenis dan
warna. Hal ini kerana, susun atur yang menarik dapat memeriahkan lagi keadaan pokok. Selain
itu, tumbuh-tumbuhan dapat menenangkan fikiran kerana pokok menghasilkan oksigen kepada
manusia. Bagi yang mengalami tekanan, mereka boleh menghirup udara yang segar lebih-lebih
lagi apabila waktu pagi.
Dalam bahan binaan pula, saya mengelaskan objek mengikut bahannya. Misalnya, gazebo terdiri
daripada binaan kayu dan bambu. Taman permainan terdiri daripada besi, bambu, kayu dan
plastik. Manakala, binaan surau adalah daripada lantai seramik dan kayu, bumbung rumbia dan
zink, tingkap kayu, dan dinding bambu. Seterusnya, bangku dan tong sampah pula hanya
daripada kayu bambu dan serambi. Selain itu, elemen air dan pasir juga digunakan kerana binaan
jeti di atas pantai menuju ke laut. Di Taman Awam Teluk Likas ini, rupa muka buminya yang
rendah dan tidak berbukit turut diambil kira sebagai aspek keselamatan.
7.2

Bahan dan Teknik

Tapak ukuran model ini adalah 25cm tinggi, 60cm panjang dan 42cm lebar. Tapaknya akan
digunakan plywood dan beralaskan polisterine. Bahan untuk membuat gazebo adalah
menggunakan kayu dan bambu. Atap gazebo menggunakan modeling board yang berjalinan
timbul seperti zink seramik. Modeling board tersebut akan diukur dengan ukuran 7x7cm.
Manakala pergola pula dihasilkan dengan menggunakan kayu halus. Selepas itu akan ditambah
dengan beberapa bunga. Bunga akan dibuat menggunakan span yang lembut dan kasar. Span
akan dipotong mengikut saiz dan rupa bentuk pokok serta bunga. Setelah selesai, span yang telah
diwarna hijau akan digam di batang pokok yang diperbuat daripada kayu dan wayar. Sehubungan
itu, setiap objek landskap ini banyak menggunakan kayu dan bambu seperti surau, bangku dan
tong sampah. Untuk siar kaki, saya akan menggunakan beberapa batu putih kecil dan gamkan di
atas tapak model.
8.

PERNYATAAN KEPENTINGAN PROJEK

Berikut merupakan kepentingan projek landskap di Taman Awam Teluk Likas:

940421125371

8.1

Untuk berehat.
Pengguna lebuh raya yang berasa penat, lenguh dan mengantuk setelah lama memandu

boleh merehatkan badan justeru merehatkan minda sekali. Landskap ini boleh membantu
mengurangkan masalah yang selalu berlaku di lebuh raya. Malahan, pengunjung yang datang
juga boleh berehat di samping dapat merasa keindahan landskap.
8.2

Untuk beriadah.
Pengunjung boleh beriadah sesuka hati di taman landskap ini kerana siar kaki yang

direka daripada batu-batu refleksologi serta bata berpasir mampu membantu mengurangkan
tekanan. Aktiviti beriadah bersama keluarga juga boleh dilakukan.
8.3

Mengenali tradisi tempatan.


Umum mengetahui, masyarakat sekarang semakin pudar ilmu tentang kebudayaan yang

terdapat di Malaysia. Dengan mengetengahkan ciri-ciri suku kaum Kadazandusun dan


sesetengah kaum yang lain, secara tidak langsung pengetahuan pengunjung tentang tradisi kita
akan bertambah.

9.

SUMBER DAN RUJUKAN

9.1 Sumber Idea

940421125371

Contoh gambar landskap

Contoh gambar tradisi tempatan (umum)

Contoh gambar tradisi tempatan (khusus/pilihan)


Kaum Kadazan-dusun

9.2

Rujukan

Zulaini Yaacob & Azimah Abu Samah.(2008), Pendidikan Seni Visual Tingkatan 4 & 5, Shah
Alam: Oxford Fajar Sdn Bhd.[20 Jun 2013]
Marhanim A.Razak, Mohd & Shahrizal Dolah. (2011) Teks STPM Seni Visual Edisi Kedua. Shah
Alam: Oxford Fajar Sdn Bhd.[20 Jun 2013]
Laman Web Rasmi Blog Pejuang Bangsa. Sejarah Suku Kaum Kadazan Dusun

940421125371

http://blogzzpejuangbangsa.blogspot.com/sejarah-suku-kaum-kadazan-dusun-di.html
[22 Jun 2013]
Laman Web Rasmi Portal Penerangan. Etnik Sabah Dalam Kepelbagaian Kebudayaan
http://blogzzpejuangbangsa.blogspot.com/2012/03/sejarah-suku-kaum-kadazan-dusundi.html [22 Jun 2013]
Laman Web Google. 2013. http://maps.google.com [ 22 Jun 2013]

10.

LAKARAN KONSEP

940421125371

You might also like