You are on page 1of 7

LARI BERGANTI-GANTI

Acara ini memerlukan sekumpulan peserta iaitu empat orang, berlari mengikut jarak tertentu, secara bergilir-gilir dengan sepantas-pantasnya. Faktor pertukaran baton yang cekap dan licin adalah penentu kemenangan dalam acara ini. Pertukaran baton perlu dilakukan dalam zon pertukaran baton iaitu sepanjang 20 meter.

Peraturan 170 : Lari berganti-ganti Garisan-garisan setebal 5 cm hendaklah dibuat merentasi balapan bagi menandakanjarak peringkat larian dan menentukan garisan pembahagi. Setiap zon sambut hendaklah sepanjang 20 m dengan garisan pembahagi ditengah-tengahnya. Garisan tengah zon sambut pertama 4 x 400 m ( atau zon sambut kedua 4 x 200 m) sama dengan garisan permulaan 800m. Zon sambut kedua dan terakhir 4 x 400 m ialah garisan 10m di kedua-dua belah garisan permulaan/penamat -ganti 4 x 100m dan kalau boleh 4 x 200m hendaklah dijalankan dalam lorong sepenuhnya. -pelari kecuali pelari pertama sesuatu pasukan itu boleh memulakan lariannya tidak melebihi 10m keluar daripada zon sambutnya. Satu tanda yang jelas akan diletakkan pada setiap lorong bagi menandakan had luar zon. ari 100m dalam lorong sendiri sehingga ke garisan memotong masuk lorong pertama (cut in

line) selepas itu masuk ke lorong pertama.Pelari ketiga dan keempat akan menerima baton mengikut susunan kedudukan di selekoh 200m. Peraturan ini dikuatkuasakan jika terdapat lebih daripada 4 pasukan.

penentu bukan kedudukan tubuh, kaki atau tangan peserta.

unan larian peserta-peserta dalam pasukan hendaklah diisytiharkansecara rasmi sejam sebelum masa panggilan pertama pusingan pertama. Setelah pertandingan bermula hanya dua peserta boleh digantikan.

LARI JARAK SEDERHANA dan jarak jauh


Larian jarak sederhana dan jarak jauh sama dengan lari pecut, cuma berbeza dari segi teknik dan perlakuan sahaja. Larian jarak sederhana dan jauh memerlukan daya tahan, dayatahan kelajuan dan kelajuan terutama semasa menghampiri garisan penamat. Bentuk dan pendekatan latihan lari jarak sederhana dan jarak jauh sedikit berbeza dengan lari pecut terutama dari segi jenis-jenis latihan dan juga intensiti latihan.

Larian jarak sederhana dan jarak jauh mempunyai persamaan dari segi teknik berlari. Perbezaannya cuma dari segi jarak, halangan dan peraturan larian. Larian Jarak Sederhana - 800 meter - 1500 meter

Larian Jarak Jauh - 3000 meter, 5000 meter, 10,000 meter - 2000 meter berhalangan, 3000 meter berhalagan

- Merentas desa, 10 km, separuh marathon dan marathon

Ciri-ciri Pelari Jarak Sederhana dan Jarak Jauh

Pelari yang mengambil bahagian dalam acara-acara jarak sederhana dan jauh perlu mempunyai ciri-ciri tertentu.

Antara ciri-ciri adalah seperti berikut: 1. Pelari jarak sederhana dan jarak jauh harus mempunyai keupayaan fizikal dan mental yang tinggi. 2. Pelari bijak mewujudkan pendekatan terbaik untuk lariannya tanpa banyak terpengaruh dengan larian peserta lain. 3. Pelari memerlukan taktik, strategi dan psikologi yang tinggi semasa mengambil bahagian dalam larian. 4. Mempunyai keseimbangan yang tinggi antara kelajuan, ketahanan kelajuan dan dayatahan semasa berlari.

Teknik Larian

Teknik larian bermaksud cara pelari melakukan larian dari permulaan larian sehingga ke penamat larian.

1. Permulaan Larian

Semua permulaan bagi lari jarak sederhana dan jarak jauh adalah sama iaitu dengan cara berdiri. Permulaan larian dilakukan oleh pelepas di tempat permulaan dengan arahan Ke garisan!!, dan tembakan pistol dilepaskan.

Dalam semua acara larian jarak sederhana dan jarak jauh, pelari akan berlari di permulaan mess start iaitu bermula di garisan lengkung secara berama -iramai dan terus masuk ke lorong sebelah dalam.

Bagi acara 800 meter, pelari akan bermula larian dengan dua cara iaitu: Jika peserta lebih dari 8 orang, pelari akan bermula larian dengan cara mess start iaitu bermula di garisan lengkung beramai-ramai. Jika peserta 8 orang dan kurang, pelari akan bermula di garisan permulaan satu setengah stagger dengan pelari akan berlari di lorong masing-masing sehingga selepas 100 meter barulah pelari memotong masuk ke lorong sebelah dalam.

2. Semasa Larian

Teknik-teknik larian bergantung kepada bentuk badan serta kekuatan ayunan kaki dan tangan pelari. Kombinasi keseluruhan badan akan memberi kelebihan dan kekuatan untuk bergerak dengan lebih pantas. Bagaimana pun latihan sistematik adalah penting bagi penyesuaian diri pelari tersebut dengan acara yang disertainya.

Teknik berlari dengan betul:

pelari hendaklah dalam keadaan lurus dengan kepala pada kedudukan selari dengan torso serta dalam situasi menegak dan seimbang.

kurang tiga meter di hadapannya.

3. Menamatkan Larian

Cara menamatkan larian adalah sama dengan acara-acara larian yang lain iaitu dengan menghampiri bahagian torso ke garisan penamat.

Peraturan Larian Jarak Sederhana dan Jarak Jauh Permulaan larian menggunakan gaya berdiri Bagi acara-acara sehingga dan termasuk 10km, minuman/pembasahan hendaklah disediakan, jika keadaan cuaca memerlukan ia disediakan. Pelari tidak dibenarkan mengambil minuman dari mana-mana tempat yang bukan dikhaskan

Bagi acara 800 meter dengan garis permulaan satu setengah stagger, peserta akan berlari mengikut lorong masing-masing sehingga ke 100 meter pertama dan selepas melintasi satu garisan lengkung yang ditanda dengan bendera diluar balapan, peserta bebas memasuki lorong yang dikehendaki. Perlakuan menghalang pelari lain dikira satu kesalahan dan larian pelari tersebut dibatalkan.

You might also like