You are on page 1of 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Peperiksaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN


Semester 4

PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN

NO. KOD : EDUP3063 TARIKH: MEI 2018

ANGKA GILIRAN: MASA : 2 JAM 30 MINIT

IPG KAMPUS :

ARAHAN KEPADA CALON

1. Buku soalan ini mengandungi dua bahagian:


Bahagian A : 4 soalan struktur
Bahagian B : 3 soalan esei
2. Jawab semua soalan dalam Bahagian A dan dua soalan Bahagian B.
3. Jawab soalan:
Bahagian A pada ruang yang disediakan dalam buku soalan.
Bahagian B pada kertas jawapan yang disediakan.
4. Semua kertas jawapan hendaklah diikat bersama-sama buku soalan dan diserahkan
pada akhir peperiksaan.

UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA

BAHAGIAN NO. SOALAN/ MARKAH JUMLAH

1 2 3 4
A
( 40 markah )

1 2 3
B
( 60 markah )

JUMLAH KESELURUHAN
No. Kod: EDUP3063 SP

BAHAGIAN A
( 40 markah )

Jawab semua soalan.

1. a Seorang guru perlu membuat pentaksiran bagi mendapatkan maklumat


tentang pencapaian murid di dalam bilik darjah.
Terangkan satu ciri pentaksiran untuk pembelajaran
[5 markah]

b Penyemakan satu skrip ujian yang dilakukan oleh pemeriksa yang ramai
menunjukkan bahawa beberapa pemeriksa memberikan skor yang berbeza.
Kemukakan tindakan yang boleh diambil bagi meningkatkan keobjektifan
dalam penskoran oleh pemeriksa dalam pentaksiran di bilik darjah.

[10 markah]

2. a Pentaksiran di sekolah seharus dapat menguji pencapaian dan potensi murid


dengan tepat. Oleh itu pendidikan di Malaysia menerusi Pentaksiran
Berasaskan Sekolah menekankan pentaksiran yang bersifat berterusan
seperti pentaksiran formatif.
Jelaskan satu sebab guru perlu menggunakan pentaksiran formatif.
[5 markah]

b Penjajaran konstruktif digunakan untuk merangka aktiviti pengajaran,


pembelajaran dan pentaksiran untuk mencapai hasil pembelajaran yang
dikehendaki.

Berdasarkan satu topik mata pelajaran, bina langkah-langkah penjajaran


konstruktif.

[10 markah]

3. a Item objektif sangat popular di kalangan guru sebagai satu kaedah


pentaksiran di bilik darjah. Item ini merangkumi item yang mengemukakan
respons dan memilih respons.
Terankan kelebihan guru menggubal item objektif dalam pentaksiran di bilik
darjah.
[5 markah]

b Pembinaan item ujian merupakan bahagian penting dalam mentaksir


kefahaman murid terhadap kandungan mata pelajaran dan tahap kompetensi
mereka. Ujian yang digubal dengan baik dapat memotivasikan murid dan
mengukuhkan pembelajaran mereka.

Perincikan langkah-langkah yang perlu guru beri perhatian semasa membina


item ujian.

[10 markah]

2 SULIT
No. Kod: EDUP3063 SP

Pilihan Jawapan
Kumpulan Murid
A B* C D

Tinggi 1 5 5 0

Rendah 3 2 1 0

Murid Lain 3 6 2 0

Jadual 1
4. a Jadual 1 menunjukkan respons 30 orang murid terhadap satu item objektif
termasuk pilihan jawapan murid dalam kumpulan atas dan bawah. Jawapan
yang betul ialah B.
Kirakan indeks kesukaran dan indeks diskriminasi bagi item obejktif tersebut.
[5 markah]

b Kemukakan tiga tahap analisis bagi item objektif dalam ujian tersebut.
[10 markah]

3 SULIT
No. Kod: EDUP3063 SP

BAHAGIAN B
( 60 markah )

Jawab semua soalan.

1. Pada tahun 2011, pentaksiran di Malaysia telah melalui transformasi di mana


pentaksiran autentik telah diperkenalkan melalui Pentaksiran Berasaskan Sekolah.
Langkah ini bertujuan bagi mengantikan pentaksiran tradisional yang di dapati tidak
mampu mengukur potensi sebenar murid sepenuhnya.
Nilaikan sejauh manakah pentaksiran autentik berkesan diamalkan di dalam bilik
darjah di Malaysia.
[ 20 markah]

2. Prosedur melapor dalam sistem sekolah Malaysia sedang dalam proses penambah
baik. Ini kerana amalan tradisional mempunyai kelemahan kerana maklumat yang
diberi terlalu ringkas dan tidak menunjukkan kekuatan dan kelemahan murid dalam
pembelajaran.
Cadangkan strategi untuk mengatasi masalah tersebut.
[20 markah]

3. Dalam pendidikan abad 21,pentaksiran secara formatif menjadi trend dalam dunia
pendidikan pada masa kini. Antara amalan yang digunakan dalam pentaksiran
formatif adalah penggunaan pentaksiran secara atas talian.
Bincangkan sejauh mana pentaksiran atas talian dapat dilaksanakan secara
berkesan di sekolah rendah di Malaysia.
[20 markah]

© Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2018

4 SULIT

You might also like