You are on page 1of 13

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


BAHAGIAN A
( 30 markah )
1. Bagi melahirkan suasana pembelajaran yang berkesan, guru-guru adalah digalakkan merancang
pengajaran secara sistematik supaya alat dan media yang digunakan benar-benar memberi kesan
kepada proses pengajaran dan pembelajaran dengan berpandukan kepada reka bentuk pengajaran yang
sesuai.
a Huraikan dua perbezaan antara model reka bentuk ADDIE dan ASSURE.

Contoh hujah:
Model ASSURE dan ADDIE merupakan model reka bentuk pengajaran yang biasa
digunakan dalam proses pemilihan dan penghasilan media.

PERBEZAAN
-Definisi : Model ASSURE bertujuan menyediakan panduan merancang dan
mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media manakala model
ADDIE merupakan satu model reka bentuk pembelajaran yang sifatnya lebih
generik.
-Peringkat : Model ASSURE mengandungi enam langkah manakala model ADDIE
mengandungi lima langkah.

Hujah-hujah lain:
-Jenis Peringkat: Model ASSURE bermula dengan menganalisis ciri-ciri pelajar
menyatakan objektif pengajaran dan pembelajaran, pemilihan media dan bahan
pengajaran dan pembelajaran, penggunaan media dan bahan pengajaran dan
pembelajaran, penglibatan pelajar dalam proses pembelajaran dan menilai dan
semak semula keberkesanan penggunaan media dan bahan pengajaran dan
pembelajaran. Model ADDIE pula bermula dengan analisis, bentuk, bina, laksana
dan menilai.

-Fokus: Model ASSURE berskala kecil dan lebih tertumpu kepada perancangan
pengajaran bilik darjah dan boleh dijadikan panduan untuk merancang penggunaan
media dalam pengajaran manakala model ADDIE mengandungi lima komponen
utama yang boleh digunakan untuk pengajaran yang sistematik.
5 markah

b Berpandukan kepada model reka bentuk ASSURE, bincangkan langkah-langkah serta aktiviti
yang anda perlu lakukan dalam melahirkan suasana pembelajaran yang lebih berkesan.

Contoh hujah:
Model ASSURE adalah antara model reka bentuk yang boleh digunakan bagi
memastikan pembelajaran berlaku. Dalam model ini terdapat enam langkah seperti
berikut:

Langkah 1 : Analisis pelajar


Model ASSURE bermula dengan analisis pelajar. Ciri-ciri umum pelajar termasuklah
deskripsi tentang umur pelajar, tingkatan, latarbelakang dan sebagainya. Maklumat
yang dinyatakan di atas boleh dijadikan asas dalam pemilihan media.

Langkah 2: Nyatakan objektif


Objektif pembelajaran perlu dinyatakan dengan jelas supaya guru dapat lebih fokus
kepada perkara yang sepatutnya dipelajari dan dikuasai oleh pelajar. Setiap aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang dirancang adalah untuk menyampaikan
maklumat berdasarkan objektif pembelajaran.

Langkah 3: Pilih kaedah, media dan bahan


Dalam proses pemilihan, membaiki atau mengubahsuai media, guru perlu
mengambil kira tingkat kebolehan pelajar dan objektif pembelajaran yang ingin
dicapai.

Langkah 4: Gunakan media dan bahan


Penggunaan media dan bahan dalam pengajaran adalah penting kerana hal ini
menjadi penentuan kepada keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran. Guru boleh menggunakan internet dalam proses pengajaran dan
menyediakan bahan pengajaran dalam bentuk nota dan latihan.

Langkah 5: Penglibatan pelajar dalam pembelajaran


Untuk mempastikan proses pembelajaran berlaku, pelajar perlu terlibat dalam aktiviti
pembelajaran seperti perbincangan, gerak kerja kumpulan, latihan, latih tubi dan
sebagainya.

Langkah 6 : Penilaian / semak semula bahan


Penilaian ialah proses untuk melihat keberkesanan keseluruhan proses P&P
mahupun program pendidikan yang dilaksanakan. Penilaian boleh dibuat terhadap
sesebuah program atau kursus, kesusuaian penggunaan media, pembinaan bahan
pengajaran, dan pencapaian murid mengikut keperluan.

Hujah lain:

Peringkat pertama berkaitan dengan pengetahuan dan kemahiran sedia ada


pelajar tentang tajuk dan kandungan pelajaran. Maklumat diperolehi daripada
ujian kemasukan dan juga interaksi bersama mereka.
Objektif pembelajaran berfokuskan kepada apakah pengetahuan, kemahiran dan
sikap yang baru untuk dipelajari.
Terdapat beberapa perkara yang perlu dilakukan dalam langkah setrerusnya iaitu
memilih kaedah, memilih media dan memilih bahan. Bahan sumber pengajaran
pembelajaran merujuk kepada isi pelajaran yang menjadi fokus pembelajaran.
Media dan bahan yang telah dipilih akan menyediakan persekitaran yang sesuai
untuk pembelajaran pelajar. Selain itu pemilihan bahan dan media tersebut adalah
bersesuaian dengan pengalaman pelajar, jadi akhirnya dapat mendatangkan
manfaat kepada para pelajar.
Setelah tamat pengajaran, penilaian perlu dilakukan untuk melihat kekuatan dan
keberkesanan media secara menyeluruh agar penambahbaikan dapat dilakukan
untuk mendapatkan kesan penggunaan media yang maksimum dalam
pengajaran. Penilaian ialah proses membuat pertimbangan nilai tentang sesuatu
perkara. Keputusan penilaian akan mempengaruhi keputusan yang diambil
terhadap perkara yang dinilai.

10 markah

2. Penggunaan grafik untuk menghuraikan maklumat yang sukar difahami dan bahan
sumber seperti 3D dalam pengajaran dan pembelajaran banyak memberi impak
yang positif kepada pelajar. Walau bagaimanapun terdapat juga kekangan yang dihadapi bagi
merealisasikan penggunaan bahan ini dalam bilik darjah.

a Huraikan lima prinsip grafik yang perlu diambil kira dalam menghasilkan bahan bantuan
mengajar.

Contoh hujah:

Antara lima prinsip yang perlu diambil kira dalam menghasilkan suatu grafik
adalah:

Simplisiti
Simplisiti atau kesederhanaan merupakan prinsip seni reka yang bersifat
sederhana dan tidak terlalu berat komposisinya.

Dominan
Dominan merupakan salah satu prinsip yang selalu digunakan dalam
penghasilan reka bentuk grafik. Misalnya penggunaan warna yang dominan
dalam reka bentuk kad jemputan dan juga papan iklan.

Harmoni
Harmoni wujud pada benda-benda alam dan benda buatan manusia.
Harmoni adalah sesuatu rekaan seni visual yang melibatkan susunan atau
ulangan unsur-unsur seni visual mengikut cara dan prinsip yang tersusun dan
menimbulkan kesan yang menarik.

Kontras
Kontras wujud apabila terdapat unsur-unsur seni yang mempunyai ciri-ciri
bertentangan atau bercanggahan dalam suatu gubahan.

Penegasan
Penegasan wujud pada sesuatu gubahan apabila terdapat unsur seni yang
menonjol di dalamnya.
Hujah lain:

Prinsip kesederhanaan dapat memberi ilusi yang menarik dan


mendorong audien untuk terus menghayati sesuatu karya seni tersebut
Dominan mempunyai beberapa tujuan iaitu menarik perhatian,
menhilangkan kebosanan dan member titik focus pada sesuatu karya
yang dihasilkan.
Aplikasi prinsip rekaan harmoni dapat menimbulkan gambaran yang
sempurna, teratur, seragam dan selesa pandangan mata.
Kesan kontras dapat ditimbulkan dalam kegiatan menghasilkan karya-
karya seni visual melaui pengolahan unsur-unsur seni yang berlainan,
Aplikasi prinsip rekaan penegasan dalam gubahan seni visual dapat
menimbulkan fokus atau tumpuan, menarik perhatian dan mengelakkan
kebosanan.
5 markah

b Bincangkan tentang kekuatan-kekuatan serta kekangan-kekangan


penggunaan bahan sumber 3D di dalam bilik darjah.

Contoh hujah:

Bahan 3D atau Tiga Dimensi adalah bahan-bahan yang mempunyai bentuk


serta menyerupai bahan yang sebenar. Bahan Tiga Dimensi adalah benda
yang memiliki panjang, lebar, dan tinggi.

Kelebihan Bahan 3D
Konsep yang betul dibina kerana pelajar boleh melihat benda yang
sebenar.

Pembelajaran akan berlaku dengan lebih sempurna kerana pelajar dapat


belajar daripada penggunaan bahan-bahan yang sebenar.

Pelajar dapat memahami tentang sifat, binaan serta pergerakan sesuatu


benda itu dengan lebih baik.

Memberi pengalaman tentang keadaan sebenar sesuatu bahan atau


benda itu.

Menggalakkan pelajar membuat kajian lanjut mengenai sesuatu kejadian


atau hasilan.

Kelemahan Penggunaan Bahan 3D Dalam P&P


Terdapat bahan 3D yang tidak mudah diperoleh di pasaran.

Kekangan masa untuk membina bahan 3D.


Perlu ada ruang yg luas untuk menyimpan bahan 3D.

Terdapat bahan 3D yang mudah rosak.

Kekangan kos untuk membina beberapa jenis bahan 3D.

Hujah lain:
Kelebihan Bahan 3D
Memberi lebih banyak peluang kepada pelajar berinteraksi diantara satu
sama lain.
Menimbulkan semangat ingin tahu yang akan membawa kepada konsep
pembelajaran melalui penyelidikan.
Unsur penting dalam bahan misalnya pemilihan warna, kekemasan
buatan, saiz dan sebagainya dapat menarik minat pelajar.
Menjanjikan sesi set induksi yang menarik kerana pelajar semestinya
akan berasa ingin tahu tentang tajuk apakah yang akan dipelajari apabila
terpandang akan model 3D.
Memberi impak yang besar terhadap pemahaman pelajar

Kelemahan Penggunaan Bahan 3D Dalam P&P


Penggunaannya terhad kepada matapelajaran tertentu sahaja
Kawalan penggunaannya dalam kalangan pelajar lebih mencabar
daripada penggunaan bahan 2D
Terdapat beberapa jenis yang mudah rosak
Tidak banyak yang terdapat di bilik sumber berbanding bahan 2D
Terdapat jenis bahan 3D di mana guru perlu ada kemahiran yang tinggi
untuk mengendalikannya

10 markah

3. Pendidikan di Malaysia berkembang selari dengan perkembangan teknologi yang pesat mengikut arus
perdana pendidikan dunia. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pendidikan
seperti internet telah berkembang pesat dan kini telah memasuki era cloud computing. Trenda terkini
membawa kepada pelbagai perubahan dalam pendidikan di Malaysia pada semua peringkat
a Senaraikan perubahan-perubahan dan kemajuan dimaksudkan dengan pernyataan di atas

i. E-learning
ii. M-Learning
iii. U-Learning
iv. Blended Learning
v. Web Based Learning

Hujah-hujah lain
Pembelajaran dalam bilik darjah secara bersemuka boleh digantikan dengan pembelajaran
secara blended
Pembangunan portal membolehkan pembelajaran berlaku di mana-mana
Alat-alat komunikasi seperti smart phone boleh digunakan dalam u-learning
Sumber terbuka seperti Google Drive dan aplikasi cloud membolehkan proses pengajaran dan
pembelajaran berlaku di mana-mana tempat dan sebarang waktu

[5 markah]

b Huraikan cara-cara yang sesuai untuk anda sebagai pengguna komputer dan internet boleh
lakukan bagi mempastikan keselamatan perkakasan, perisian dan keselamatan sebagai
pengguna terjamin

Rahsiakan kata laluan. Gunakan kata laluan yang kukuh melalui


gabungan nombor, huruf, tanda dan simbol (Contoh : P4s$wOrd).

Salin maklumat penting. Buat salinan dengan kerap dan simpan tempat
selamat.

Gunakan perisian anti-virus yang sah dan kemaskini perisian anti-virus.

Encrypt maklumat terperingkat. Menggunakan encryption apabila


menyimpan dan menghantar maklumat terperingkat

Berwaspada apabila memuat turun program atau fail dari Internet.

Jangan buka e-mel dari penghantar yang tidak dikenali bagi


mengelakkan virus, email spamming dan worm dan sebagainya.

Jangan biarkan komputer anda berada atas talian jika tidak digunakan.

Log off komputer anda sebelum keluar pejabat.

Penyimpanan komputer di tempat yang selamat dan terkawal.

Hujah-hujah lain:

maklumat tidak didedahkan atau dibenarkan akses tanpa kebenaran.

integriti maklumat iaitu maklumat sentiasa lengkap, tepat dan kemaskini.

Maklumat cuma boleh diubah dengan cara yang dibenarkan sahaja.

Selain itu, kebolehsediaan maklumat iaitu maklumat sentiasa boleh


diakses oleh pengguna yang sah sahaja pada bila-bila masa.

[10 markah]
BAHAGIAN B
( 20 markah )

1. Media dapat membantu guru mencapai objektif yang dirancang di dalam pengajaran dan
pembelajaran.
Dengan mengemukakan contoh-contoh pengajaran pembelajaran berkesan melalui
penggunaan media di dalam bilik darjah,nyatakan sejauhmanakah anda bersetuju
dengan pendapat di atas.

Contoh hujah:

Definisi Media - Media ialah medium yang bermaksud sesuatu saluran komunikasi
yang membawa maklumat. Maklumat daripada penyampai akan diterima oleh
penerima melalui saluran komunikasi yang disebut sebagai media, Media terdiri
daripada pelbagai jenis, antaranya radio, televisyen, rakaman audio, gambar foto,
slaid, bahan-bahan bercetak, dan komputer. Media dalam pengajaran ialah suatu
alatan yang berupaya untuk menyalurkan mesej pengirim kepada penerima mesej
sehingga mendorong dan merangsangkan pemikiran, perasaan, minat dan perhatian
penerima. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, media menjadi alat yang
digunakan oleh guru sebagai pengirim mesej untuk menyampaikan mesej dengan
berkesan kepada penerima iaitu pelajar.

Berdasarkan maksud media di atas, saya bersetuju dengan pandangan berkenaan


dengan contoh-contoh berikut;

Penggunaan media bermula dengan guru sebagai pihak utama yang mencari jalan
untuk meningkatkan minat dan pemahaman pelajar terhadap kandungan pelajaran.
Guru perlu sedar bahawa keupayaannya bukan sahaja menyampaikan kandungan
secara langsung sebaliknya kandungannya dapat diterima dengan mudah dan
berkesan sekiranya guru dibantu oleh pelbagai jenis media. Guru boleh
menggunakan media interaktif yang menunjukkan tindak balas selepas murid
memberi respon.

Penggunaan visual yang menepati isi kandungan dapat membantu pelajar


memahami maksud yang disampaikan oleh guru dengan tepat. Gabungan visual dan
audio pula akan membantu pelajar di dalam penjelasan terhadap langkah-langkah
pembelajaran dengan lebih teratur dan sistematik.Penggunaan gambar dan rajah
serta suara yang menepati visual berkenaan dengan sendirinya dapat membantu
guru dalam usaha mencapai objektif pembelajaran yang diharapkan.

Kepelbagaian media yang digunakan dapat melibatkan kepelbagaian pancaindera


ketika berinteraksi di dalam kelas iaitu daripada pendengaran kepada penglihatan
dan juga deria yang lain memberi pengalaman belajar yang sebenar dan
mewujudkan persekitaran pembelajaran yang sebenar. Guru boleh memilih jenis
media yang bersesuaian dengan tajuk yang ingin disampaikan, contohnya
penggunaan carta pie bagi menunjukkan komposisi kaum yang terdapat di sekolah
berkenaan atau bahan 3D seperti gunung berapi bagi menunjukkan strukur
permukaannya. Penggunaan kepelbagaian media ini akan mewujudkan persekitaran
pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna.

Perkembangan dalam bidang teknologi turut memungkinkan proses pengajaran dan


pembelajaran berlangsung tanpa kehadiran seorang guru. Pembelajaran kendiri
boleh berlaku sekiranya pelajar disediakan dengan media pengajaran yang berkesan
dan sesuai. Media pengajaran yang mendorong pembelajaran kendiri
berbentuk bahan-bahan media yang disediakan oleh guru sendiri atau pihak lain.
Media pengajaran ini membolehkan pelajar mengalami proses pembelajaran tanpa
kehadiran guru sebaliknya bahan-bahan media tersebut mengambil peranan guru.
Antara contoh media pengajaran yang boleh digunakan dalam pembelajaran kendiri
ialah pita video, komputer dan modul pengajaran. Dalam hal ini, guru masih
berperanan dalam menentukan hasil pembelajaran, pemilihan tajuk dan isi pelajaran,
pemilihan strategi, teknik dan kaedah pengajaran serta bentuk penilaian.

Selain media itu sendiri, tidak dinafikan penggunaan media secara berkesan untuk
mendorong minat pelajar adalah bergantung pada keupayaan dan kreativiti
seseorang guru . Oleh itu, perkara utama yang mesti ditekankan ialah
keberkesanan proses pengajaran dan bembelajaran adalah berasaskan kreativiti
guru di dalam mengaplikasikan penggunaan media sebagai bahan sokongan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan itu, pernyataan di atas disokong
bersama-sama dengan perlunya kebolehan dan kemahiran seseorang guru dalam
mengendalikan penggunaan media bagi mewujudkan pembelajaran berkesan.

Hujah Lain Yang Menyokong

Media sebagai pembantu guru


Guru merancang penggunaan media untuk digunakan semasa guru menjalankan
pengajarannya.
Media sebagai pengganti guru
Pembelajaran kendiri apabila guru tidak dapat hadir ke kelas atau ketika sesi ulangkaji di
rumah.
Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL)
Strategi pembelajaran yang dapat meningkatkan keupayaan berfikir dan latihan
menyelesaikan masalah. Dalam pendekatan ini, pelajar di diberikan kebebasan untuk
melaksanakan aktiviti atau projek dengan berbantukan media.
Media dalam Pendidikan Khas
Penggunaan media yang sesuai membantu pembelajaran kanak-kanak istimewa lebih
sempurna. Contoh komputer dengan papan kekunci Braille.
Media dalam Pendidikan Jarak Jauh
Pelajar tidak perlu bersemuka dengan pengajar sebaliknya menggunakan modul, pita
rakaman, perisian komputer, video konferens dan teknologi sumber terbuka dari internet.
Media dalam Folio Pembelajaran
Penyediaan folio adalah aktiviti pembelajaran kendiri apabila pelajar menyediakan bahan-
bahan pembelajaran mereka dan mendokumentasikannya ke dalam satu fail atau folder. Ia
mendidik pelajar bertanggungjawab terhadap perkembangan pembelajaran, melatih
pelajar dengan kemahiran multimedia dan teknologi maklumat terkini..
[20 markah]

2. Gaya pengajaran guru kini telah berubah ke arah pendekatan pengajaran berpandukan teknologi. Setiap
guru harus bersedia menguasai kemahiran pengajaran abad ke 21 dan mengamalkannya dalam tugasan
harian mereka. Antara amalan tersebut termasuklah penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran
yang menarik dan dapat meningkatkan minat murid terhadap pengajaran yang disampaikan.

Berpandukan penyataan di atas bincangkan proses penerbitan bahan video untuk


pengajaran. Berikan contoh dalam setiap proses yang dapat menyokong jawapan
anda.
[20 markah]
Contoh hujah:

Dalam menghasilkan sebuah bahan video untuk pengajaran terdapat


beberapa proses yang perlu diikuti oleh guru ketika merancang penerbitan
video tersebut. Guru seharusnya dapat menetapkan tujuan dan objektif video
pengajaran yang dibangunkan serta kumpulan sasaran yang terlibat dalam
menggunakan video berkenaan. Guru juga harus memastikan bagaimana
bahan itu akan digunakan di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
Seterusnya guru menjalankan penyelidikan dan membuat persediaan bahan-
bahan yang difikirkan perlu dan berkaitan video yang akan dibangunkan.
Antara bahan yang berkaitan termasuklah gambar pegun, audio dan video
pendik yang berkaitan. Guru harus bijak memilih bahan-bahan yang sesuai
dan berkaitan video yang akan dibangunkan. Pembangunan video
pembelajaran yang berkesan akan bermula dengan idea yang menarik dan
bersesuaian. Pada peringkat ini guru harus menyediakan penulisan skrip
pembangunan video pengajaran yang tersusun, bersesuaian dan lengkap.
Guru juga harus sentiasa bersedia membuat penggambaran dengan
menyediakan jadual pengambaran agar memudahkan setiap ahli pasukan
yang terlibat membuat persiapan dalam semua aspek yang telah
dirancangkan. Dalam usaha menghasilkan bahan video pengajaran yang baik
guru haruslah dapat menyediakan bahan grafik yang menarik dan bermakna
agar ia tidak mengganggu kelancaran penggambaran. Di samping itu guru
haruslah menyediakan bahan dan peralatan serta memastikan ianya dalam
keadaan baik dan berfungsi serta boleh digunakan. Setelah persiapan awal
dibuat, sesi pengambaran luar dan pengambaran dalam boleh dimulakan dan
guru harus bersedia dengan pelbagai kemungkinan yang akan berlaku dan
bersedia dengannya. Setelah sesi rakaman luar dan rakaman dalam telah
siap, guru haruslah membuat penyuntingan bahan rakaman dengan
menggunakan perisian yang sesuai. Proses yang seterusnya ialah
memasukkan narasyen, kesan bunyi dan muzik latar dalam video yang telah
dibina. Narasyen, kesan bunyi dan muzik latar yang digunakan haruslah
sesuai dan dapat meningkatkan keinginan belajar di kalangan pelajar. Proses
seterusnya yang harus dijalankan oleh guru ialah proses prebiu, di mana
sekumpulan kecil guru akan membuat pemerhatian terhadap video yang
telah siap dibina. Pada peringkat ini pembetulan dan penambahbaikan akan
dibuat dalam memastikan keberkesanan video yang dibangunkan.Video yang
telah siap dibangunkan akan digunakan dalam pengajaran dan ditayangkan di
hadapan pelajar. Proses terakhir yang perlu dijalankan dalam pembinaan
video pembelajaran ialah penilaian. Di peringkat ini kesesuaian bahan video
dinilai secara keseluruhan dan penambahbaikan.

Hujah lain yang menyokong

Tetapkan Tujuan dan Objektif

Pastikan anda tahu matlamat rancangan anda menghasilkan bahan video.


Siapakan kumpulan sasarannya dan bagaimana bahan itu akan digunakan
dalam pengajaran.
Buat Penyelidikan dan Sediakan Bahan

Kumpulkan bahan-bahan yang diperlukan seperti maklumat, gambar


dan sebaginya yang anda fikirkan berguna untuk penggambaran.

Pilih Bahan-Bahan yang Sesuai

Bahan yang anda kumpul mungkin terlalu banyak. Pilih bahan-bahan yang
difikirkan benar-benar perlu.

Menulis Skrip

Di sinilah anda mencurahkan idea anda secara berurutan dan berstruktur.

Bersedia Membuat Penggambaran

Sediakan jadual penggambaran. Sekiranya anda bekerja dalam pasukan,


tetapkan tugas masing-masing.

Sediakan Bahan-Bahan Grafik

Anda perlu menyediakan bahan-bahan grafik sebelum penggambaran


dimulakan. Kalau tidak ia akan mengganggu kelancaran penggambaran.

Sediakan Bahan dan Peralatan

Pastikan bahan dan peralatan bersedia dan berfungsi.

Mulakan Penggambaran

Anda mungkin akan membuat penggambaran luar


dan dalam. Fikirkan kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku dan
bersedia dengannya.

Menyunting

Setelah membuat rakaman, suntingan perlu dibuat.

Membuat Rakaman Audio

Langkah ini adalah untuk memasukkan narasyen,


Kesan bunyi dan muzik latar.

Prebiu

Rancangan perlu dipratonton oleh satu kumpulan kecil dan kemudian perbaiki
kesilapan sekiranya ada

Gunakan Dalam Pengajaran

Di sinilah anda menggunakan program video yang telah dihasilkan.


[20 markah]

3. Sebagai seorang guru yang kreatif dan inovatif anda boleh mengintegrasikan penggunaan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran melalui pelbagai mod atau cara.
Antaranya ialah tutorial, aplikasi, komunikasi dan penerokaan.
Anda dikehendaki menilai, memilih dan memutuskan perisian-perisian, bahan serta
aktiviti pembelajaran yang sesuai dalam melaksanakan setiap mod pengajaran
tersebut di dalam kelas anda. Bincangkan setiap aspek yang dinyatakan dengan
jelas dan hujah yang bernas.

Contoh hujah

Jawapan mesti menjelaskan bagaimana pelajar menilai, memilih dan


membuat keputusan dalam memilih perisian, bahan serta aktiviti yang sesuai
dalam setiap mod pengajaran menggunakan pengintegrasian TMK.
Perbincangan mesti dapat membezakan penggunaan perisian, bahan dan
aktiviti dalam keempat-empat mod pembelajaran menggunakan TMK.

Menjelaskan setiap mod pengajaran menggunakan pengintegrasian TMK berserta


contoh-contoh aktiviti dan penggunaan bahan serta perisian yang sesuai.

Melalui pengajaran dan pembelajaran tutorial, proses penyampaian kandungan


pelajaran berdasarkan urutan tertentu. Pembelajaran biasanya dimulakan dengan
menyatakan objektif yang akan dicapai, diikuti dengan penerangan langkah demi
langkah dan diakhiri dengan soalan dan kuiz untuk menguji kefahaman pelajar
terhadap tajuk tutorial yang dipersembahkan. Contoh aktiviti pembelajaran melalui
mod tutoral ialah ekspositori, demontrasi, latih tubi dan sebagainya. Antara bahan dan
perisian yang boleh digunakan ialah komputer, LCD ,perisian Power Point, CD-ROM,
laman web dan sebagainya.

Melalui pengajaran dan pembelajaran aplikasi, TMK digunakan sebagai alat untuk
membantu pelajar melaksanakan tugasan pembelajaran dan bukannya untuk
meyalurkan maklumat. Tugasan pelajar akan dapat dilakukan dengan lebih mudah,
cepat dan kemas. Contoh aktiviti yang boleh dijalankan ialah pelajar menggunakan
perisian-perisian tertentu untuk membuat laporan, pembentangan, mereka bentuk,
membuat pengiraan, menganalisis dan sebagainya. Contoh perisian yang boleh
digunakan ialah pemprosesan perkataan seperti Microsoft Word, persembahan Power
Point, pengiraan seperti Excel, mereka bentuk seperti Google Sketch Up, Paint, Adobe
Photoshop dan lain-lain.

Melalui pembelajaran komunikasi pelajar dan guru dari lokasi yang sama atau berbeza
dapat menghantar, menerima, berbincang dan berkongsi maklumat dengan pelbagi
bentuk dan format. Teknik pembelajaran boleh dilakukan secara sendirian, seorang
dengan seorang atau ramai dengan ramai. Antara aktiviti pembelajaran ialah seperti
perbincangan, forum, kolaboratif dan sebagainya. Antara perisian dan aplikasi TMK
yang boleh digunakan ialah, E-mail, forum online, sidang video, sistem pesanan
ringkas (SMS), WhatShapp dan sebagainya.

Melalui pembelajaran penerokaan pelajar akan menggunakan kemudahan TMK untuk


mencari, mengakses pelbagai maklumat daripada CD-ROM, Internet, dan sebagainya.
Pelajar diberi tugasan untuk mempelajari, mengkaji sesuatu fenomena melalui
pencarian sendiri. Pelajar akan berusaha menyelesaikan masalah yang diberikan
dengan mendapatkannya melalui pelbagai sumber TMK. Antara aktiviti pembelajaran
melalui penerokaan ialah seperti pembelajaran Inkuiri penemuan, penyelesaian
masalah, pembelajaran berasaskan projek dan sebagainya. Antara peralatan, bahan
dan perisian yang boleh digunakan ialah komputer, CD-ROM, internet, laman web,
injen pencarian seperti google, Wikipedia dan sebagainya.

Hujah-hujah lain yang boleh diterima.


Peralatan dan perisian yang sama boleh juga digunakan untuk mod
pembelajaran yang berbeza. Sebagai contoh CD Rom, internet , laman web
dan sebagainya boleh digunakan untuk mod pembelajaran tutorial,
penerokaan, aplikasi dan komunikasi bergantung kepada bagaimana ia
dibincang dan dihuraikan.

Contoh-contoh alatan/peranti lain yang mempunyai ciri-ciri TMK seperti


telifon pintar, tablet dan seumpamanya boleh juga diterima dalam menjawab
soalan ini.

Pembelajaran yang dibincangkan tidak hanya terhad di dalam bilik kelas.


Pembelajaran menggunakan aplikasi TMK juga boleh dilanjutkan di luar bilik
darjah.

[20 markah]

You might also like