You are on page 1of 8

Penulisan Esei II

Tugasan 2: hurai dan banding bezakan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik dalam
pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.

1.0 Pengenalan

Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik merupakan pelbagai cara yang digunakan oleh
guru untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dengan berkesan.
Hakikatnya, keempat-empat elemen ini tidak boleh digunakan secara berasingan dalam proses
PdP sebaliknya, perlulah disepadukan bagi membantu guru mencapai objektif pembelajaran.

2.0 Definisi

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), pendekatan merujuk kepada perihal
mendekati atau mendekatkan, kaedah (cara atau langah-langkah) yang diambil bagi
memulakan dan melaksanakan tugas manakala strategi pula bermakna rancangan teratur yang
memperhitungkan pelbagai faktor untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Kaedah bermaksud
cara atau peraturan membuat sesuatu, terutamanya yang bersistem. Lebih spesifik lagi, kaedah
mengajar merupakan cara mengajar yang berdasarkan prinsip-prinsip tertentu. Teknik pula
didefinisikan sebagai kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan
lukisan.

Dalam konteks pendidikan, pendekatan merangkumi cara mendekati sesuatu. Sebagai


contoh, jika objektif pembelajaran ditentukan untuk sesuatu proses PdP, maka pendekatan
yang digunakan adalah merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajar untuk
mencapai objektif tersebut. Selain itu, strategi dalam PdP merupakan suatu kemahiran
merancang dan menguruskan kaedah dan teknik pengajaran untuk mencapai objektif
pembelajaran. Kaedah pengajaran pula ialah cara yang digunakan untuk mengelolakan dan
menggunakan teknik, isi pelajaran dan alat bantu mengajar (ABM) untuk mencapai objektif
pembelajaran manakala teknik pengajaran merupakan satu kemahiran atau cara melaksanakan
penyampaian bahan pengajaran kepada murid dari segi langkah-langkah dalam aktiviti PdP.

Menurut Shahabuddin, Rohizani & Mohd Zohir (2007), keempat-empat konsep berlaku
serentak semasa menentukan sesuatu sesi PdP. Sebagai contoh, ketika mengajar, guru
menggunakan pendekatan konsep daripada konkrit kepada abstrak. Pendekatan sebegini boleh
dikategorikan sebagai pendekatan deduktif. Semasa melaksanakan PdP berdasarkan
pendekatan yang telah dipilih, guru juga perlulah menggunakan kaedah yang sesuai digunakan
terutamanya dalam PdP bahasa Melayu. Langkah seterusnya yang perlu dilakukan oleh guru

Nur Fahimah binti Patlillah


Penulisan Esei II

ialah merancang teknik yang komplemen dengan kaedah tadi. Shahabuddin, Rohizani & Mohd
Zohir (2007) turut menambah bahawa strategi pula merupakan usaha dalam mengenal pasti
dan memilih kaedah dan teknik yang sesuai bagi memenuhi pendekatan yang telah ditentukan.

Rajah 1. Hubungkait pendekatan, strategi, kaedah dan teknik.

Rajah di atas menunjukkan bahawa pendekatan merangkumi kesemua strategi, kaedah


dan teknik yang akan digunakan oleh guru dalam sesi PdP manakala teknik pula merupakan
komponen yang paling akhir sekali dalam pelaksanaan PdP.

3.0 Pendekatan

Kamarudin Husin (1988) dalam Nur Anis Nabila, Nur Ezzatul Ameera & Siti Hawa
Saadah (2013) melihat pendekatan sebagai satu kumpulan andaian yang saling berkait tentang
hakikat bahasa, hakikat pengajaran bahasa dan hakikat pembelajaran bahasa.

Rajah 2. Contoh pendekatan PdP BM

Nur Fahimah binti Patlillah


Penulisan Esei II

Pendekatan induktif merupakan PdP yang bermula daripada sesuatu yang spesifik
kepada yang lebih umum, kebiasaannya dimulakan dengan guru memberi contoh kemudian
diikuti dengan generalisasi. Pendekatan ini sangat sesuai sekiranya objektif pembelajaran yang
ingin dicapai ialah murid dapat memahami proses sesuatu konsep itu diperoleh. Sebagai
contoh, guru mengajar murid membina ayat mudah terlebih dahulu, kemudian menerangkan
rumus ayat iaitu subjek + predikat = ayat.

Pendekatan deduktif pula adalah berlawanan dengan pendekatan induktif. Pendekatan


ini bermula dengan sesuatu yang umum kemudian bercambah menjadi perkara yang spesifik.
Pendekatan ini selari dengan prinsip ansur maju kerana penggunaan pendekatan sebegini
harus mengikut langkah demi langkah. Sekiranya ada langkah yang ditinggalkan, maka
penguasaan konsep murid-murid akan menjadi lemah kerana mereka gagal mengaitkan konsep
dengan contoh yang sesuai. Misalnya, guru menerangkan huruf vokal sebagai bunyi bersuara
dan kemudian memberikan contoh huruf ‘a’, ‘e’, dan ‘i’.

Selain itu, pendekatan yang berpusatkan murid, guru, bahan dan tema juga boleh
dilaksanakan dalam PdP bahasa Melayu. Tambahan lagi, PdP mata pelajaran Bahasa Melayu
(BM) diajar berdasarkan tema. Melalui pendekatan ini, ilmu daripada mata pelajaran dan disiplin
ilmu lain lebih mudah diserapkan dan kosa kata bertambah serta dapat dikembangkan
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2015).

4.0 Strategi

Kemahiran merancang dan menguruskan kaedah dan teknik pengajaran untuk


mencapai objektif pembelajaran dikenali sebagai strategi. Bertepatan dengan ciri-ciri
Pendidikan Abad Ke-21, strategi yang digunakan oleh guru dan murid juga sudah berubah.

Rajah 3. Contoh strategi PdP BM

Nur Fahimah binti Patlillah


Penulisan Esei II

Strategi-strategi seperti yang ditunjukkan di atas membantu guru dalam melaksanakan


PdP yang dapat menarik minat murid. Hal ini demikian kerana, kesemua strategi tersebut
mengambil kira tahap kecerdasan dan minat murid. Misalnya, strategi didik hibur dan
kecerdasan pelbagai yang menjadikan PdP lebih menyeronokkan. Dalam PdP bahasa Melayu,
didik hibur merupakan strategi yang sangat berkesan kerana murid dapat mempraktikkan
bahasa Melayu dengan tatabahasa dan seni bahasa yang tepat dalam aktiviti didik hibur.

Rajah 4. Didik Hibur

Rajah 5. Pembelajaran Koperatif

Nur Fahimah binti Patlillah


Penulisan Esei II

Rajah 6. Pembelajaran Berasaskan Projek

Rajah 7. Pembelajaran Luar Bilik Darjah

(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2016)

5.0 Kaedah

Kaedah ialah satu siri tindakan yang sistematik dengan tujuan mencapai objektif
pembelajaran. Sehubungan itu, kaedah lebih bersifat jangka pendek dan menyokong
pendekatan yang telah dipilih. Kaedah yang digunakan juga berbeza mengikut mata pelajaran
yang diajar. Contohnya, kaedah PdP bahasa Melayu seperti kaedah tatabahasa terjemahan
tidak sesuai digunakan dalam PdP mata pelajaran Matematik.

Nur Fahimah binti Patlillah


Penulisan Esei II

Rajah 8. Contoh kaedah PdP BM

6.0 Teknik

Teknik ialah satu muslihat atau taktik yang digunakan oleh guru untuk mencapai hasil
segera yang maksima pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu (Kamaruddin
Husin, 1986).

Rajah 9. Contoh teknik PdP BM

Susan (2012) mencadangkan beberapa aktiviti yang boleh dilaksanakan berdasarkan


teknik bercerita seperti ‘beg cerita’, ‘cerita kumpulan’ dan ‘berbual dengan boneka’.
Bagaimanapun, cara seseorang guru memanfaatkan teknik PdP BM itu sebenarnya bergantung
kepada kreativiti guru dan kemampuan murid untuk melaksanakan sesuatu aktiviti.

7.0 Banding beza

Secara keseluruhannya, pendekatan, strategi, kaedah dan teknik merupakan keempat-


empat komponen yang sama penting kedudukannya dalam sesuatu pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu. Namun begitu, terdapat perbezaan yang ketara antara kesemua
komponen ini.

Nur Fahimah binti Patlillah


Penulisan Esei II

Dari segi konsep, pendekatan merupakan cara mencapai sesuatu objektif pembelajaran,
strategi merujuk kepada langkah untuk mencapai objektif tersebut manakala kaedah pula ialah
cara yang teratur, kemas dan sistematik dalam mendekati objektif pelajaran. Pada masa yang
sama, teknik bergantung kepada kemahiran guru untuk mengendalikan kaedah PdP.
Penerangan yang lebih terperinci boleh dilihat daripada rajah di bawah:

Rajah 10. Perbezaan pendekatan, strategi, kaedah & teknik

Di samping itu, contoh-contoh bagi setiap pendekatan, strategi, kaedah dan teknik juga
adalah berbeza. Pendekatan termasuklah induktif, deduktif dan elektik manakala strategi
terbahagi kepada beberapa kemahiran seperti kemahiran berfikir, kemahiran belajar cara
belajar dan pembelajaran koperatif. Aplikasi kaedah dalam PdP BM pula ialah kaedah terus,
ajuk hafaz dan kod-kognitif manakala teknik tertumpu kepada latih tubi, bercerita, tunjuk cara
dan drama.

Jaringan Ilmu Pendidikan Maktab Perguruan Tawau Sabah (MPTS) (t.t) telah
memberikan satu analogi yang sangat menarik untuk memudahkan pemahaman guru
mengenai konsep pendekatan, strategi, kaedah dan teknik ini. Mari kita andaikan kesemua

Nur Fahimah binti Patlillah


Penulisan Esei II

konsep PdP ini dalam satu sesi memasak. Sebagai contoh, pendekatan-pendekatan memasak
ikan yang kita boleh gunakan ialah seperti pendekatan Timur atau pendekatan Barat.
Pendekatan Barat mengutamakan nilai kalori, nilai makanan dari segi zat dan ciri-ciri makanan
seimbang manakala pendekatan Timur pula lebih kepada rasa seperti rupa makanan. Begitu
juga dengan konsep strategi. Sekiranya kita ingin memasak seekor ikan yang agak besar,
strategi memasak perlu dirancang supaya faedah dapat diperoleh dengan menggunakan masa,
tenaga serta sumber yang paling minimum. Dalam hal ini kita perlu merancangkan kaedah dan
teknik yang boleh digunakan untuk memasak ikan tersebut.

Jika kaedah dalam PdP adalah seperti kaedah bahasa komuniti dan kaedah tatabahasa
terjemahan, maka kaedah dalam masakan dapat disamakan dengan kaedah menggoreng,
merebus atau memanggang. Untuk menggoreng ikan, beberaapa kemahiran khusus perlulah
dikuasai supaya ikan yang dapat digoreng dengan betul. Kemahiran itulah yang disebut sebagai
teknik. Sehubungan itu, kaedah sebenarnya mempunyai teknik-teknik yang tertentu yang perlu
diikut secara tertib. Maka, setiap teknik adalah berbeza untuk setiap kaedah yang berlainan.

8.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, terdapat pelbagai komponen dalam pelaksanaan PdP. Malah, dalam


setiap komponen itu juga terdapat beberapa contoh yang pelbagai. Guru haruslah memahami
dengan lebih mendalam tentang setiap komponen supaya kesemua komponen tersebut dapat
digunakan dengan bijak dalam memastikan kelancaran proses PdP.

Nur Fahimah binti Patlillah

You might also like