You are on page 1of 20

KERTAS CADANGAN BAGI MEMOHON BANTUAN PERUNTUKAN

PERSEDIAAN PERSEKOLAHAN
BAGI PELAJAR B40 PAHANG
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

DISEDIAKAN UNTUK : DISEDIAKAN OLEH :


Kementerian Pendidikan Malaysia Persatuan Wanita Inspirasi Kuantan
KANDUNGAN
Perkara
01 Latar Belakang Persatuan Wanita Inspirasi Kuantan
• Sejarah Penubuhan
• Peranan, tujuan dan kumpulan sasaran
02 Ahli Jawatan kuasa
03 Aktiviti Yang Pernah Dilaksanakan
04 Latar Belakang Projek Yang Dipohon
05 Objektif / Tujuan Projek
06 Komponen Projek
07 Perbelanjaan Projek
08 Kesimpulan dan Harapan
Latar Belakang
PERSAT U AN W ANIT A INSPIRASI K U ANT AN

Persatuan Wanita Inspirasi Kuantan atau WINK


ditubuhkan pada 2018 adalah sebuah pertubuhan
berdaftar di bawah akta Pertubuhan (PPM-004-06-
26042019).

WINK memberi fokus kepada kebajikan golongan


rentan, pembangunan pendidikan, kesejahteraan
keluarga dan kesedaran pemeliharaan alam sekitar.
Program Kasih
Suri Parlimen Persatuan Wanita Inspirasi Kuantan memiliki anggota
Kuantan yang mempunyai latar belakang yang pelbagai;
Mempromosikan manfaat i-suri
usahawan, surirumah dan professional yang aktif
dan i-saraan kepada wanita di
dalam kumpulan B40 berinteraksi dengan ahli masyarakat dan komuniti.
Pengerusi sendiri mempunyai pengalaman lebih 10
tahun terlibat aktif dalam pelbagai persatuan bukan
kerajaan dan memimpin pelbagai projek melibatkan
semua peringkat umur; baik kanak-kanak, remaja
mahupun dewasa.
Jawatankuasa
Induk
PERSAT U AN W ANIT A INSPIRASI K U ANT AN

Pengerusi : Sridayu binti Samsuri


Timbalan Pengerusi : Rohaya binti Abu Bakar
Setiausaha : Herawati binti Hamid
Penolong Setiausaha : Rohayati binti Mohd Yusof
Bendahari : Ashida binti Hasuah

Ahli Jawatankuasa :
Maryana binti Mahmud
Nur Ain Fakhira binti Abd Ghafar
Norhanisah binti Ahmad Iskandar
Nurul Amira binti Wong Yook Kin

Persatuan Wanita Inspirasi Kuantan Page 3


Aktiviti yang pernah dijalankan 2021-2022
Tarikh Nama program Penerangan

1 Januari 2021 Jelajah Kasih Sumbangan Awal Persekolahan Melibatkan lebih 500 penerima seluruh Kuantan (kerjasama bersama
Pertubuhan Kuantan Prihatin Negeri Pahang)
2 Mac 2021 Free Market di Lorong Meranti Pak Mahat Sumbangan awal persekolahan kepada 20 anak daripada keluarga B40 dan
free market (kerjasama bersama Pertubuhan IKRAM Pahang)
3 Jun 2021 Bantuan Khas Ibu Tunggal Sumbangan pek makanan asasi kepada 400 ibu tunggal seluruh daerah
Kuantan tajaan Yayasan Taqwa
4 Disember 2021 Misi Bantuan Banjir Menyalurkan bantuan keperluan sanitari kepada mangsa banjir di Pusat
Pemindahan sementara
Menyalurkan bantuan pek aktiviti untuk kanak-kanak mangsa banjir di
Pusat Pemindahan sementara
Menyaluarkan bantuan pek makanan kepada mangsa banjir
Mac 2022 Sumbangan Back to School Menyalurkan bantuan awal persekolahan kepada 30 anak-anak daripada
keluarga B40 tajaan TNB Pahang
5 Jun - Julai 2022 Tuisyen Percuma kepada Calon SPM 2022 Kelas tuisyen percuma mingguan kepada calon SPM dari keluarga B40

6 Jun 2022 sehingga Kelas Al-Quran Percuma Kanak-kanak, remaja dan


kini dewasa
7 14 Julai 2022 Keluarga Ceria Tanpa Stress Program usahasama bersama Mamacare LPPKN untuk membantu wanita
prihatin terhadap penjagaan diri dan menangani tekanan

Page 10
Aktiviti yang pernah dijalankan 2021-2022
Tarikh Nama program Aktiviti dan penerangan

8. 7 Ogos 2022 Beach plogging Pantai Cempaka Kerjasama membersihkan pantai Cempaka bersama Lions Club dan Thrash
Hero
9. 21 Ogos 2022 Majlis Sumbangan Kasih Suri KWSP Sumbangan caruman i-Suri kepada 700 penerima oleh Ahli Parlimen
Kuantan. WINK turut serta membuka booth aktiviti kanak-kanak dan
pendaftaran Projek Pengupayaan Ibu Tunggal
10. 28 Ogos 2022 Mini Karnival Ambang Merdeka Kg Ubai Program sempena Kemerdekaan. Antara aktiviti yang dijalankan termasuk :
Pemeriksaan Kesihatan Peka B40, pertandingan mewarna kanak-kanak,
pertandingan sukan tradisional dan sepak penalti
11. 31 Ogos 2022 Program Kacau Dodol Merdeka Lrg Meranti Gotong-royong mengacau dodol untuk agihan penduduk sekitar

12. 8 Oktober 2022 Mini Karnival Prihatin Rakyat, Kg Razali Antara aktiviti yang dijalankan termasuk :
Sumbanngan prihatin kepada 40 keluarga B40
Pertandingan mewarna kanak-kanak
Pemeriksaan Kesihatan PekaB40
Sepak Penalti dan Bola Jaring
13. 15 Oktober 2022 Mini Karnival Moh Sihat, Sg Isap Murni Program sempena Bulan Kesihatan Sedunia. Antara aktiviti yang dijalankan
termasuk :
Pemeriksaan mata percuma dan subsidi cermin mata
Pemeriksaan Kesihatan Peka B40

14. 17-21 Oktober Projek Pengupayaan Ibu Tunggal : Kursus Asas Bengkel asas perniagaan kemahiran pemasaran digital kepada 15 wanita
2022 Perniagaan dan Pemasaran surirumah dan ibu tunggal di bawah APPGM-SDG dengan kerjasama Teja
Skills. Page 10
Aktiviti yang pernah dijalankan 2021-2022
Tarikh Nama program Aktiviti dan penerangan

15. 29 November Bantuan modal awal kepada usahawan ibu tunggal Menyumbangkan peralatan perniagaan dan modal awal kepada usahawan
2022 ibu tunggal terpilih
16. 17 Disember 2022 Projek Tuisyen Percuma kepada Calon SPM 2023 Tuisyen mingguan melibatkan pelajar calon SPM 2023 SMK Paya Besar dan
bersama Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains UIAM SMK Gudang Rasau yang dikendalikan oleh sukarelawan mahasiswa UIAM
Kuantan
17. 24 Disember 2022 Program Lawatan Sambil Belajar Pusat Wanita Program Asas Bakeri dan Keusahawanan melibatkan wanita ibu tunggal dan
Berdaya Selangor ke Teja Skills Kuantan ahli Pusat Wanita Berdaya
18. 21 Disember 2022 Pembukaan Teja Station sebagai platform Mengusahakan platform pemasaran dan latihan bagi membangunkan dan
keusahawanan wanita khususnya ibu tunggal dan meningkatkan ekonomi kumpulan sasaran iaitu wanita ibu tunggal dan
Wanita Ketua Isi Rumah wanita Ketua Isi Rumah

Page 10
Misi Bantuan Banjir Kuantan 2021-22

Keadaan mangsa banjir yang datang menyelamatkan diri di pejabat WINK semasa banjir besar Kuantan Disember 2021

Mengagihkan bantuan kepada mangsa banjir di Teluk Mahang,


Menerima bantuan daripada NGO dari Negeri Kuantan
Mengagihkan bantuan kepada mangsa banjir di Taman
Sembilan Seri Inderapura, Kuantan
Misi bantuan banjir 2021 - membungkus pek makanan asasi Bantuan Awal Persekolahan 2021 Pemeriksaan PekaB40 di Mini Karnival Prihatin Rakyat

Program Mini Karnival Ambang Merdeka di Kg Ubai


Page 10
Program Free Market dan Sumbangan Awal Program Keluarga Ceria Tanpa Stress bersama
Persekolahan 2021 Mamacare dan LPPKN
Beach Plogging di Pantai Cempaka Bersama team Senamrobik di Mini Karnival Moh Sihat Sg Isap

Kelas Al-Quran Percuma mingguan


Gerai penerangan di program Kasih Suri Tmn Seri Inderapura Program Kacau Dodol Merdeka di Lrg Meranti
Projek Pengupayaan Ibu Tunggal APPGM-SDG
Projek Tuisyen Percuma Calon SPM 2023
Menguruskan Lawatan Sambil
Belajar PWB Selangor ke Teja Skills
Latar belakang projek
PERMO HO NAN BANT U AN PERSED IAAN K E SEK O LAH 2 0 2 3

Peningkatan pendapatan yang tidak selari dengan kenaikan kos sara hidup menghimpit
masyarakat pada hari ini. Peningkatan harga barangan keperluan termasuk keperluan
sekolah amat membebankan keluarga B40 lebih-lebih lagi apabila mereka turut menjadi
mangsa banjir akibat Monsun timur laut.

Sehingga ke hari ini lebih 5 daerah iaitu Temerloh, Mentakab, Raub, Lipis, Bera dan Kuantan
telah dilanda banjir dan beberapa lagi lokasi berisiko tinggi banjir sepanjang musim
Monsun Timur Laut yang dijangka sehingga Februari 2023.

Persatuan Wanita Inspirasi Kuantan dalam interaksi aktif bersama ahli masyarakat
khususnya golongan B40 menerima banyak kegusaran ibubapa dalam menyiapkan
keperluan persekolahan anak-anak yang menuntut perbelanjaan yang tinggi. Kanak-kanak antara yang turut terkesan dengan
banjir besar. Sebahagian besar keluarga keluar
menyelamatkan diri sehelai sepinggang dan
Justeru, kami mencadangkan bantuan tambahan diberikan kepda kumpulan sasar ini mengalami kerugian total. (Gambar misi bantuan
untuk meringaknak beban kewangan mereka. banjir Kuantan Disember 2021)

Persatuan Wanita Inspirasi Kuantan


Tujuan
PERMO HO NAN BANT U AN PERSED IAAN K E SEK O LAH 2 0 2 3

Tujuan Kertas Kerja ini adalah untuk


mencadangkan bantuan peruntukan untuk
Persediaan Awal Persekolahan untuk pelajar-
pelajar daripada keluarga B40 khususnya yang
terlibat sebagai mangsa banjir di seluruh negeri
Pahang.

Company
Persatuan
ProfileWanita
Present
Inspirasi Kuantan
Objektif Projek
1. Meringankan beban kewangan ibu bapa keluarga B40 memenuhi
keperluan permulaan sesi baru persekolahan
2. Membantu meringkankan beban kewangan keluarga yang terlibat
banjir.
3. Memberikan keceriaan dan motivasi pelajar-pelajar B40 untuk
memulakan sesi baru persekolahan
4. Meringkankan beban ibubapa dari kumpulan B40 yang
mempunyai bilangan anak bersekolah yang ramai

Persatuan Wanita Inspirasi Kuantan


Kumpulan Sasaran
100 orang pelajar terpilih daripada keluarga B40 terpilih daripada setiap
parlimen di Pahang

Keutamaan diberikan kepada keluarga terlibat banjir tahun 2022-23

Persatuan Wanita Inspirasi Kuantan


Komponen Projek
PERMO HO NAN BANT U AN PERSED IAAN K E SEK O LAH 2 0 2 3

Pek bantuan yang dicadangkan merangkumi :


1. Sepasang seragam sekolah
2. Kasut sekolah / beg (bergantung keperluan pelajar)

Sasaran Nilai setiap bantuan

100 pelajar setiap RM100.00/pelajar


parlimen / 1400 pelajar
seluruh Pahang

Jangkaan Tarikh Kawasan capaian


Agihan
Semua 14 parlimen
Mac 2023 di dalam negeri
Pahang
Persatuan Wanita Inspirasi Kuantan
Perbelanjaan Projek
Bil Perkara Kos Jumlah
1 Bantuan Parlimen Cameron Highlands 100 x RM100 RM10,000.00
2 Bantuan Parlimen Raub 100 x RM100 RM10,000.00
3 Bantuan Parlimen Indera Mahkota 100 x RM100 RM10,000.00
4 Bantuan Parlimen Paya Besar 100 x RM100 RM10,000.00
5 Bantuan Parlimen Kuantan 100 x RM100 RM10,000.00
6 Bantuan Parlimen Maran 100 x RM100 RM10,000.00
7 Bantuan Parlimen Temerloh 100 x RM100 RM10,000.00
8 Bantuan Parlimen Bera 100 x RM100 RM10,000.00
9 Bantuan Parlimen Lipis 100 x RM100 RM10,000.00
10 Bantuan Parlimen Jerantut 100 x RM100 RM10,000.00
11 Bantuan Parlimen Pekan 100 x RM100 RM10,000.00
12 Bantuan Parlimen Kuala Krau 100 x RM100 RM10,000.00
13 Bantuan Parlimen Bentong 100 x RM100 RM10,000.00
14 Bantuan Parlimen Rompin 100 x RM100 RM10,000.00
JUMLAH RM140,000.00

Jumlah Yang Dipohon RM140,000.00 sahaja


Persatuan Wanita Inspirasi Kuantan
Kesimpulan dan Harapan
Persatuan Wanita Inspirasi Kuantan (WINK) mempunyai jaringan hubungan badan agensi kerajaan dan komuniti yang

luas. Kami yakin dapat melebarkan kerjasama di seluruh Parlimen di dalam negeri Pahang bagi melaksanakan projek ini.

Besar harapan kami agar pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dapat menyalurkan peruntukan bagi projek ini.

Peruntukan ini akan turut disalurkan ke kawasan-kawasan yang dinyatakan dengan usahasama pihak sekolah dan

agensi-agensi setempat.

Sridayu Samsuri

Pengerusi Persatuan Wanita Inspirasi Kuantan

0136454777 | wanitainspirasikuantan@gmail.com

Persatuan Wanita Inspirasi Kuantan

You might also like