You are on page 1of 10

Perancangan Akademik

JTW 580/4
PROJEK
PENGURUSAN
Sidang Akademik 2018/2019

KELAS SIDANG VIDEO


SIDANG VIDEO TARIKH MASA
1 8/9/2018 4:00 – 5:00 ptg
2
3
4
5
6

- 1-
1. TUJUAN KURSUS
Kursus ini bertujan membolehkan pelajar mendalami sesuatu aspek pengurusan yang
diminati. Di samping itu kursus ini juga memberi mereka pengetahuan dan pengalaman
mengendalikan kajian ilmiah sebagai persedian untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat
sarjana atau menyediakan laporan kajian pengurusan yang lengkap. Pelajar juga akan
mempelajari penggunaan perisian statistik untuk membantu mereka menganalisa data
kajian.

2. KELAS SIDANG WEBEX


Pelajar wajib menghadiri kelas sidang video atau teletutorial webex. Kelas ini hanya
diadakan sekali sahaja. Kelas sidang video atau webex ini diadakan dalam bentuk
perbincangan dua hala antara pelajar dan pensyarah.

3. TAJUK
Setiap pelajar dikehendaki memilih tajuk kajian mengikut pengkhususan (major) yang
diambil. Untuk mendapatkan tajuk yang bersesuaian dengan pengkhususan, pelajar
digalakkan untuk membuat pembacaan atau pencarian maklumat lanjut. Pelajar perlu
membuat lintasan kesusasteraan (literature review) untuk mendapat maklumat awal tentang
tajuk yang dikaji. Pelajar boleh berhubung terus dengan bakal penyelia untuk mendapatkan
bimbingan.

4. KERTAS CADANGAN (Research Proposal)


Kertas cadangan ini dibahagi pada dua bahagian iaitu; kertas cadangan awal dan deraf
pertama kajian.
(a) Kertas cadangan awal
Pelajar dikehendaki menghantar kertas cadangan awal (5 – 10 mukasurat) yang
mengandungi perkara-perkara berikut sebelum/pada 30 Oktober 2018.

(i) Pengenalan
(ii) Objektif Kajian
(iii) Lintasan Susastera/tinjauan literatur
(iv) Kerangka teoritikal

- 2-
SILA NYATAKAN NAMA PENYELIA. Anda WAJIB mempunyai penyelia semasa
menghantar kertas cadangan anda.

(b) Deraf Pertama Kajian

Berdasarkan maklumbalas penyelia ke atas kertas cadangan, Pelajar DIWAJIBKAN


menghantar deraf pertama kajian sebelum atau pada 28 Disember 2018. Pelajar yang tidak
menghantar draf pertama mengikut jadual akan dikenakan penalti dari segi gred. Deraf
pertama kajian merupakan perincian kepada kertas cadangan awal. Perkara -perkara dalam
kertas cadangan ialah;

(i) Pengenalan
(ii) Lintasan Susastera/tinjauan literatur
(iii) Kerangka teoritikal
(iv) Metodologi
(v) Soalan kaji selidik (jika perlu)
Pelajar perlu menyiapkan soal selidik kajian (jika perlu) sebelum kursus intensif sebagai
persiapan mengikut kelas latihan perisian statistik yang akan diadakan semasa kursus
intensif.

5. PENYELIAAN

Pengerusi Rancangan Pengurusan, Dr. Meor Azli Ayub adalah Penyelaras untuk kursus
JTW 580 – Projek Pengurusan ini.

Setiap pelajar mempunyai penyelia masing-masing yang terdiri daripada semua pensyarah
bahagian pengurusan. Pelajar perlu kerap berhubung dengan penyelia masing-masing untuk
memastikan keberkesanan dan kelancaran kajian yang dijalankan.

Semua pelajar mesti sentiasa melayari portal e-pembelajaran kursus JTW 580.

6. PENILAIAN

Penilaian untuk kursus ini bergantung 100 peratus berdasarkan kepada laporan akhir pelajar.
Pelajar yang gagal menghantar laporan akhir akan mendapat gred F dan tidak boleh
BERGRADUAT.

Pelajar dikehendaki menyediakan DUA (2) salinan laporan akhir. (SATU hard copy dan
SATU soft copy) diserahkan kepada penyelia kursus masing-maing dan tidak akan
dikembalikan ATAU penyerahan laporan akhir Projek Pengurusan bergantung kepada
arahan penyelia pelajar berkenaan dari semasa ke semasa.

- 3-
Markah untuk laporan akhir pelajar akan dinilai berasaskan kepada perkara-perkara berikut:

1. Abstrak/Pengenalan
2. Ulasan kesusatera/tinjauan literatur
3. Kerangka teoritikal/ Metodologi Kajian
4. Hasil kajian
5. Perbincangan dan Kesimpulan
6. Kesinambungan idea keseluruhan teks
7. Keaslian laporan

PERINGATAN: Jika panel pemeriksa mendapati pelajar sama ada meniru, menyedut,
menciplak atau menyalin ayat dari pihak lain sama ada daripada buku, laporan, artikel,
tesis sehinggakan tiada keaslian dalam kajian pelajar, secara automatik anda akan
diberi markah gagal untuk kursus ini.

7. TARIKH AKHIR PENYERAHAN LAPORAN AKHIR PROJEK PENGURUSAN

Laporan akhir kajian Projek Pengurusan, Sidang Akademik 2018/2019 ini perlu diserahkan
kepada pusat pengajian sebelum atau pada 10 Mei 2019.

8. CADANGAN JADUAL AKTIVITI DAN KERJA PENYELIDIKAN

TARIKH AKTIVITI/KERJA YANG PERLU DILAKSANAKAN


Sept dan Okt 2018 Pemilihan tajuk dan cadangan awal kajian
 Membuat tinjauan literatur berkait dengan tajuk kajian
 Berhubung dengan penyelia untuk berbincang tentang tajuk
kajian
 Menyedia dan menghantar cadangan awal kajian kepada
PPPJJ sebelum 30 Oktober 2018.
Perbincangan dengan Penyelia diteruskan dari semasa ke semasa
 tinjauan literatur; kerangka kajian; soalan soal selidik;
merangka kerja lapangan
 Mula menulis rangka laporan mengikut bab (Bab 1, 2 dan 3)
 Menghantar deraf pertama kajian kepada penyelia (tarikh akhir
penerimaan deraf awal – 28 Disember 2018)
21 Januari 2019 – Aturkan pertemuan dengan penyelia semasa minggu intensif
15 Feb 2019 Perbincangan intensif bersama penyelia
Kelas latihan penggunaan perisian SPSS
Februari 2019 Pengutipan data

- 4-
Mac 2019 Analisis data
 Analisis data mengikut kerangka kajian
 Berbincang dengan penyelia tentang dapatan kajian
 Penulisan Bab 4 dan Bab 5
 Mendapat maklumbalas daripada penyelia
Mac – April 2019 Menyediakan laporan akhir
 Pembetulan dan ubah suai
 Kemaskini semua bab
 Serahan laporan akhir kajian sebelum atau pada 10 Mei 2019

9. FORMAT LAPORAN

(a) Untuk cetakan gunakan kertas bersaiz A4 sahaja dan ditaip atau dicetak pada sebelah
muka sahaja.

(b) Saiz huruf (font) ialah 12. Gunakan Font Arial atau Times New Roman dan langkau
dua baris.

(c) Birai (margin) yang ditetapkan ialah tepi sebelah atas 2.5cm, tepi sebelah kanan 2.5
cm, tepi sebelah kiri 3.5 cm dan tepi sebelah bawah 3.5 cm.

(d) Catatan Bibliografi mestilah mengikut gaya APA.

(e) Rujukan untuk teks, bibliografi dan apendiks hendaklah diberi nombor berurutan dalam
angka Arab.

10. GARIS PANDUAN LAPORAN AKHIR KAJIAN

Pelajar digalakkan menyediakan laporan akhir kajian dengan berpandukan garis panduan
seperti berikut: (sila rujuk pada penyelia masing-masing untuk panduan muktamad terutama
tentang isi kandungan laporan)

1. PENGENALAN
1.1 Pernyataan Masalah
1.2 Objektif Kajian
1.3 Persoalan kajian
1.4 Skop kajian
1.5 Kepentingan kajian
1.6 Ringkasan dan Aturan keseluruhan laporan

2. LINTASAN SUSASTERA/TINJAUAN LITERATUR


2.1 Ulasan literatur untuk topik dikaji
- 5-
2.2 Ringkasan

3. KERANGKA TEORITIKAL DAN METODOLOGI


3.1 Kerangka teoritikal
3.2 Pendekatan Penyelidikan
3.3 Subjek penyelidikan
3.4 Soalan kaji selidik
3.5 Kaedah Statistik yang digunakan
3.6 Ringkasan

4. HASIL KAJIAN
4.1 Gambaran keseluruhan bagaimana data dikutip
4.2 ujian hipotesis dan dapatan
4.3 Ringkasan

5. PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN


5.1 Perbincangan
5.2 Implikasi
5.3 Limitasi kajian
5.4 Cadangan untuk kajian masa hadapan
5.5 Kesimpulan

BAB 1 : PENGENALAN

PENGENALAN

 Pengenalan terhadap sabjek atau masalah dikaji

 Dalam pengenalan ini anda perlu kenalpasti perkara utama yang perlu diberi
perhatian, teori, perundangan, peraturan kerajaan, peristiwa atau perubahan sosial,
isu semasa persekitaran yang menjadikan kajian itu kritikal, berkait dan bernilai untuk
dijadikan kajian

Persoalan yang perlu dijawab;

 Apakah tajukyang hendak dikaji?


 Apakah latar belakang tajuk dikaji
 Kenapa tajuk tersebut penting dan bernilai untuk dikaji

1.1 Pernyataan Masalah

- 6-
 Pernyataan masalah ini perlu seiring dengan latar belakang kajian yang dinyatakan
dalam pengenalan
 Anda perlu nyatakan kenapa perlu mengkaji tajuk ini dengan berdasarkan daripada
tinjauan literatur
 Nyatakan dengan jelas tetapi ringkas soalan utama penyelidikan
 Apakah pernyataan untuk masalah tersebut?

1.2 Objektif Kajian

 Nyatakan objektif spesifik bagi menjawab soalan penyelidikan

1.3 Persoalan kajian

 Persoalan kajian perlu seiring dengan pernyataan masalah dan objektif kajian
 Daripada pernyataan masalah anda mungkin ingin menjawab beberapa persoalan
dalam kajian tersebut
 Persoalan kajian akan membantu anda dalam pembentukan hipotesis

1.4 Kepentingan kajian

 Nyatakan kepentingan kajian


 Kenal pasti sumbangan utama/signifikan topik penyelidikan anda

Persoalan perlu dijawab

 Nyatakan sumbangan kajian anda terhadap;


 Amalan pengurusan
 Polisi dan peraturan kerajaan
 Implikasi teoritikal dan metodologi

1.5 Ringkasan dan aturan keseluruhan laporan

 Sediakan sipnosis untuk aturan keseluruhan laporan.

BAB 2 : LINTASAN SUSASTERA/TINJAUAN LITERATUR

PENGENALAN

2.1 Ulasan literatur untuk topik dikaji

 Kenalpasti ulasan literatur untuk setiap pembolehubah dikaji


 Kenalpasti ulasan literatur yang mempunyai hubungan dengan topik kajian

- 7-
 Anda perlu membuat penilaian terhadap ulasan literatur tentang penemuan-
penemuan kajian lepas

2.2 Kesimpulan

 Ringkaskan isi kandungan bab ini.

BAB 3 : KERANGKA TEORITIKAL DAN METODOLOGI

PENGENALAN

3.1 Kerangka Teoritikal

 Kenalpasti pembolehubah yang dikaji


 Jelaskan perhubungan pembolehubah tersebut dengan rajah
 Huraikan hipotesis kajian

3.2 Pendekatan Penyelidikan

 Jelaskan pendekatan penyelidikan anda sama ada kajian deskriptif, penerokaan


atau sebab akibat.

3.3 Subjek penyelidikan

 Jelaskan tentang populasi dan sampel yang digunakan dalam kajian


 Unit analisis samada individu atau organisasi
 Jenis pensampelan yang digunakan

3.4 Soalan kaji selidik (jika kajian anda menggunakan soal selidik)
 Jelaskan soalan kaji selidik yang digunakan dalam kajian
 Jelaskan proses pembinaan soal selidik
 Jenis Skala yang digunakan
 Edaran soal selidik

3.5 Kaedah Statistik

 Jelaskan kaedah statistik yang digunakan (SPSS, AMOS, SAS)


 Ujian yang digunakan untuk menguji hipotesis

3.6 Ringkasan
 Ringkaskan isi bab ini.

- 8-
BAB 4 : HASIL KAJIAN

4.1 Gambaran keseluruhan bagaimana data dikutip

 Jelaskan secara ringkas proses kutipan data

4.2 Ujian hipotesis dan dapatan/hasil

 Nyatakan dapatan ujian hipotesis


 Nyatakan sama ada hipotesis kajian disokong atau sebaliknya
 Persembahkan data dalam bentuk jadual atau illustrasi lain yang berkaitan

4.3 Ringkasan

 Nyatakan kesimpulan daripada hasil dapatan

BAB 5 : PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Perbincangan

 Bincangkan dapatan kajian daripada bab 4 dan kaitkan dapatan anda dengan ulasan
literatur dalam bab 2
 Terangkan hasil dapatan anda iaitu signifikan atau tidak signifikan mengunakan teori
atau sumber-sumber daripada artikel

5.2 Implikasi

 Apakah implikasi dapatan kajian anda kepada;


 Literatur
 Amalan pengurusan

5.3 limitasi kajian

 Nyatakan limitasi kajian anda

5.4 cadangan untuk kajian masa hadapan

 Sediakan cadangan untuk kajian masa hadapan

5.5 Kesimpulan

 Bincangkan bagaimana objektif dan soalan penyelidikan telah dicapai dalam kajian
ini.
 Nyatakan dapatan utama kajian dan implikasi.
- 9-
- 10 -

You might also like