You are on page 1of 7

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN JARAK JAUH

JKJ104: KAEDAH PENYELIDIKAN SIDANG AKADEMIK 2011/2012

TAJUK PORTAL 1 : PENGENALAN KURSUS


Pengurus Kursus: Prof. Madya Dr. Mohamad Zaini Omar

Tujuan Kursus

1. Memperkenalkan kaedah asas penyelidikan yang digunakan di dalam Sains Kemasyarakatan dan Ilmu Kemanusiaan.

2. Meningkatkan kemahiran berfikir dan menilai sesuatu isu dan fakta.

3. Membantu pelajar untuk melakukan tugasan dan penulisan akademik.

TAHNIAH

Terlebih dahulu saya ucapkan tahniah kerana berjaya mengikuti pengajian peringkat Sarjan Muda di Universiti Sains Malaysia (APEX UNIVERSITY).

Penilaian Kursus

Pencapaian anda dalam kursus ini berdasarkan:

Ujian (Peperiksaan Berterusan)

20%

-1-

Tugasan (Projek Penyelidikan) Peperiksaan Akhir

20% 60%

Ujian (Peperiksaan Berterusan) - Markah 20% - Semasa Kursus Intensif

Skop Kursus

Modul JKJ104 Bahan yang diletakkan di dalam portal . Bentuk ujian: Objektif (dan/tanpa) soalan subjektif.

Tugasan (Markah 20%)

Berbentuk projek penyelidikan. Dalam kumpulan tidak melebihi 7 orang. Minimum dalam sesuatu kumpulan 4 sahaja. Secara Individu tidak dibenarkan. Cari dan bentuk sendiri kumpulan anda. Hantar senarai ahli kumpulan dan nama ketua kumpulan kepada pensyarah sebelum 15 Oktober 2011.

Tugasan Penyelidikan

Tajuk penyelidikan adalah bebas.

Penyelidikan ialah sesuatu yang dapat penemuan baru dan menambahkan pengetahuan kita.

Pilih tajuk yang sesuai, pendek dan bermakna. Tugasan

-2-

Bertujuan untuk memberikan pendedahan awal kepada anda melakukan kerja penyelidikan yang sebenar. Tajuk Tugasan

Anda bebas memilih sebarang tajuk penyelidikan anda.

Penyelidikan anda boleh menyentuh bidang: Ekonomi Politik Pendidikan Agama Sosial Geografi Sejarah Contoh Tentang penyelidikan

Kajian keberkesanan tentang ............. program kemiskinan atau apa saja.

Penggunaan internet.

Kepuasan kerja di kalangan kakitangan awam. Tapi AWAS senang sekali saya dapat kesan sama ada hasil penyelidikan itu TULEN atau PLAGIAT.

Laporan projek penyelidikan ini mestilah mengandungi bahagian-bahagian berikut antaranya:

(i)

Pengenalan Tujuan Penyelidikan Pernyataan Masalah

-3-

(ii)

Tinjauan Karya Terpilih*

(iii)

Kaedah Penyelidikan Sumber Data dan Teknik Pengumpulan Data. Sampel Pemboleh ubah-pemboleh ubah yang digunakan.

(iv)

Hasil Penyelidikan dan Analisis

(v)

Kesimpulan.

Projek ini mesti ditaip. Tidak melebihi 60 muka surat. (Tidak termasuk Lampiran).

Tarikh terakhir laporan projek diterima di Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh ialah pada 7 Mac 2012 (lepas intensif).

* Anda mesti meninjau dan mengkaji karya-karya atau penerbitan yang ada kaitan
dengan penyelidikan anda. Anda dikehendaki memetik sekurang-kurangnya:

(a)

Tiga artikel dari jurnal-jurnal ilmiah.

(b)

Tiga buku.

Anda akan dihalang daripada mengambil peperiksaan akhir jika tidak menghantar tugasan ini. Sebarang unsur plagaiarisma akan diambil tindakan disiplin Kumpulan 7 orang perlu awas mengawasi antara satu sama lain.

Peperiksaan Akhir

Peperiksaan Akhir: 60%

-4-

Kesemua topik dalam modul, bahan yang diletakkan di dalam portal dan juga kuliah intensif serta bahan-bahan rujukan.

Bentuk Peperiksaan: Objektif

Sebarang perubahan (jika ada) terhadap format soalan akan dimaklumkan semasa kursus INTENSIF sidang 2011/2012. 4 Modul

M1: M2: M3: M4:

Rangkakerja Untuk Penyelidikan Sosial. Pembentukan Penyelidikan Pengamatan dan Pemungutan Data Penganalisaan Data

Tajuk-tajuk

4 Modul ini meliputi 9 aspek di bawah ini:

1.

Pengenalan Proses Penyelidikan Maksud Penyelidikan Objektif Penyelidikan Tahap-tahap Penyelidikan

2.

Penyelidikan Sosial dan Pendekatan Sains Andaian Pendekatan Sains Tujuan Sains Pendekatan Saintifik Dalam Penyelidikan

3.

Konsep Asas Penyelidikan Sains Sosial Kesilapan Penyukatan Kaedah Percayaan/Keandalan (Reliability) Kesahan (Validity) Kawalan

-5-

Rambang Unit Analisa

4.

Penyataan Maslaah Penyelidikan dan Hipotesis Pemilihan Tajuk Penyelidikan Hipotesis dan Jenis Hipotesis

5.

Strategi dan Rekabentuk Penyelidikan Jenis Penyelidikan Strategi Penyelidikan Jenis-jenis Rekabentuk Persampelan

6.

Persampelan Prinsip Persampelan Saiz Sampel Jenis-jenis persampelan

7.

Pemungutan Data Teknik-teknik Pemungutan Data Kandungan Soalselidik Teknik Mengolah Soalselidik Jenis-jenis Soalan Soalselidik

Tinjauan Analisis Kandungan Kajian Longitud

8.

Analisis Data Memproses Data Analisis Univariat (satu pembolehubah) Analisis dwi-variant (dua pembolehubah) Ujian Hipotesis

-6-

9.

Menulis Laporan Peranan Laporan Kandungan Laporan Pengenalan Tinjauan Karya Kaedah Penyelidikan Penemuan dan Perbincangan Kesimpulan dan Cadangan Rujukan Lampiran

Bahan Rujukan

(a)

Modul Kaedah Penyelidikan ditulis oleh Dr. Aminudin Sulaiman.

(b)

Buku Teks Utama

1.

Syed Arabi Idid (1993). Kaedah Penyelidikan Komunikasi dan Sains Sosial. Kuala Lumpur: DBP. (P91-3.A658m).

2.

Rohana Yusof. (2003). Penyelidikan Sains Sosial. PTS Publication.

MZO/fi 8/8/2011 File: JKJ104 (Modul)

-7-

You might also like