You are on page 1of 3

GARIS PANDUAN TEMU DUGA HADIAH LATIHAN PERSEKUTUSAN (HLP) /

HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN SEPARUH MASA / SAMBILAN (HLPS) /


CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH TANPA BIASISWA (CBBPTB)
BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP)
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) AMBILAN SESI 2021

(A) Panduan menulis kertas cadangan penyelidikan (Sarjana dan Kedoktoran


secara penyelidikan penuh)
Guideline to writing research proposal (Masters and Ph.D by research)

1. Muka hadapan kertas cadangan penyelidikan mengandungi maklumat


nama penuh, no. kad pengenalan, tajuk cadangan penyelidikan dan
maklumat 3 universiti awam (dalam negara) / nama universiti (luar negara)
yang dipohon.

CONTOH:

NURJAMALIAH BINTI ABU


870110011100

TAJUK KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN:


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

CADANGAN UNIVERSITI YANG DIPOHON:

JUMLAH KESELURUHAN
NAMA UNIVERSITI NAMA KURSUS
BIL. JAM KREDIT YANG
YANG DIPILIH / PROGRAM
DITAWARKAN

1. UPSI SARJANA SAINS 40 JAM


2.
3.

2. Calon dikehendaki mengemukakan kertas cadangan penyelidikan (calon


Sarjana dan Kedoktoran secara penyelidikan penuh). Kertas Cadangan
tersebut haruslah mengandungi elemen berikut:
Applicants are required to submit a research proposal (Masters & Ph.D by
research). The research proposal should comprise the following elements:

(i) Nama Penuh, No. Kad Pengenalan, Program, Bidang Pengkhususan


Penyelidikan dan Negara Pengajian Dipohon (pengajian Luar
Negara)(Sila letakkan di penjuru atas kanan setiap muka surat)
Name, I/C Number, Field of Research, Proposed Country of Study
(Please write as a header of every page)

(ii) Latar belakang atau kajian ringkas mengenai bidang kajian


Background or a brief literature review on the research topic

(iii) Objektif kajian / Penyataan masalah


Objective of study / Problem statement
Jelaskan apakah objektif / penyataan masalah yang mendorong tajuk
ini dikaji
Explain the objective(s) / problem statement that influence the research
(iv) Skop kajian / Rangka kajian
Scope of study / Theoretical framework

(v) Kepentingan dan sumbangan cadangan kajian dalam meningkatkan


kualiti pendidikan, penyampaian perkhidmatan awam dan
pembangunan negara.
Impact and contribution of proposed research in improving the quality
of education, public service delivery and the development of the country.

(vi) Metodologi kajian


Methodological research
Jelaskan kaedah-kaedah yang akan digunakan dalam membuat kajian
seperti perpustakaan, kerja makmal, kajian luar, dokumentari
persejarahan, wawancara / soal selidik, penafsiran dan analisis dan
sebagainya.
Explain the methods used in the research such as library research, lab
work, field work, historical documentary, interview, survey, evaluation
and analysis, etc.

(vii) Bibliografi ringkas


Brief bibliography

(viii) Rangka jadual kerja


Work schedule

3. Kertas cadangan penyelidikan ini hendaklah tidak kurang daripada


10 muka surat (Kedoktoran) dan 5 muka surat (Sarjana) ditulis dalam
Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
The research proposal should not be less than 10 pages (Ph.D) or 5 pages
(Masters), written in Bahasa Melayu or English.

4. Bagi permohonan pengajian di LUAR NEGARA, cadangan penyelidikan


adalah WAJIB disediakan di dalam Bahasa Inggeris.
The research proposal for study application abroad shall be written in English .

(B) Panduan Penyediaan Slaid Pembentangan (Calon Kedoktoran sahaja)

1. Calon dikehendaki menyediakan slaid pembentangan cadangan penyelidikan


(power point sahaja) tidak melebihi daripada 5 slaid yang menjelaskan
secara ringkas kertas cadangan penyelidikan yang telah disediakan.

2. Calon WAJIB membawa softcopy dan tiga (3) salinan slaid pembentangan
dicetak depan belakang pada sesi temu duga.

3. Softcopy dibawa bersama-sama calon semasa hadir temu duga dalam


pendrive (pendrive yang bersih daripada virus) dan disimpan dalam format
power point (*.ppt / *.ppptx) atau *.pdf dan fail dinamakan seperti berikut:

Contoh:

HLP PHD - NURJAMALIAH BINTI ABU - 870110011100


HLPS SARJANA - NURJAMALIAH BINTI ABU - 870110011100

2/3
(C) Panduan penyediaan folder kertas cadangan penyelidikan

1. Kertas cadangan penyelidikan yang telah dicetak disediakan dan diserahkan


kepada dalam fail lutsinar jenis A4 Slide Binder File / Report File.

2. Kulit hadapan fail hendaklah dilengkapkan dengan maklumat berikut (dalam


HURUF BESAR):

(i) Nama Penuh


(ii) No. Kad Pengenalan
(iii) Peringkat Pengajian
(iv) Kluster
(v) Bidang
(vi) Pengkhususan

(D) Kaedah pelaksaan temu duga

1. Temu duga akan dilaksanakan melalui kaedah berikut:

(i) Calon Sarjana


a. secara berkumpulan (2 – 3 orang);
b. 10 minit bagi setiap calon untuk sesi soal jawab dan temu duga
oleh Panel Penilai.

(ii) Calon Kedoktoran


a. secara individu;
b. 15 minit sesi pembentangan; dan
c. 15 minit untuk sesi soal jawab dan temu duga oleh Panel Penilai

(E) Etika pemakaian temu duga

Calon dinasihatkan untuk memakai pakaian yang bersesuaian, kemas, sopan,


tidak ketat dan menutup aurat. Untuk kasut, anda disarankan untuk memakai kasut
bertutup dan berwarna hitam semasa sesi temu duga.

Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan


Kementerian Pendidikan Malaysia
Mac 2021

3/3

You might also like