You are on page 1of 3

GARIS PANDUAN PENYEDIAAN KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN

PROGRAM HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP),


CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH TANPA BIASISWA (CBBP TB) DAN
HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN SEPARUH MASA/SAMBILAN (HLPS)
BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP)
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) AMBILAN TAHUN 2023

(A) Panduan Penyediaan Kertas Cadangan Penyelidikan (Sarjana, Kedoktoran


Falsafah dan Kedoktoran Pendidikan)

1. Muka hadapan Kertas Cadangan Penyelidikan mengandungi


maklumat nama penuh, nombor kad pengenalan, tajuk cadangan penyelidikan
dan maklumat tiga (3) universiti awam (dalam negara) atau
nama universiti (luar negara) yang dimohon.

CONTOH:

NURJAMALIAH BINTI
ABU870110011100

TAJUK KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN:


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
xxx

CADANGAN UNIVERSITI YANG DIMOHON:

JUMLAH
BIL. NAMA NAMA KESELURUHANJAM
UNIVERSITI KURSUS/ KREDIT YANG
YANG DIPILIH PROGRAM DITAWARKAN
1. UPSI SARJANA SAINS 40 JAM
2.
3.

2. Semua calon dikehendaki mengemukakan Kertas Cadangan Penyelidikan


yang mengandungi elemen seperti yang berikut:
3.

Peringkat Pengajian

Sarjana
Bil. Perkara
Sarjana (Mod Kerja
PhD EdD (Mod Kursus &
Penyelidikan) Campuran)

i. • Nama Penuh
• No. Kad Pengenalan    
• Program
• Bidang Pengkhususan

1/3
• Negara Pengajian
Dimohon (pengajian
Luar Negara)

(Sila letakkan di penjuru


atas kanan setiap muka
surat)

ii. Pengenalan kajian


- Skop    
- Pernyataan masalah/isu
- Objektif
- Kerangka konseptual
- Impak

iii. Tinjauan literatur


- Teori    
- Kajian terdahulu

iv. Metodologi
- Reka bentuk penyelidikan    
- Populasi/ sampel
- Pengumpulan data

v. Bibliografi ringkas
   

vi. Rangka jadual pengajian


   

4. Kertas cadangan penyelidikan ini hendaklah tidak kurang daripada


10 muka surat (Kedoktoran) dan 5 muka surat (Sarjana) ditulis dalam
Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

5. Bagi permohonan pengajian di LUAR NEGARA, cadangan penyelidikan adalah


WAJIB disediakan di dalam Bahasa Inggeris.

(B) Panduan Penyediaan Slaid Pembentangan (Calon Kedoktoran dan Sarjana


Mod Penyelidikan sahaja)

1. Calon dikehendaki menyediakan slaid pembentangan cadangan penyelidikan


(power point sahaja) tidak melebihi daripada 5 slaid yang menjelaskan secara
ringkas kertas cadangan penyelidikan yang telah disediakan.

2. Calon WAJIB membawa softcopy dan tiga (3) salinan slaid pembentangan
dicetak depan belakang pada sesi temu duga.

3. Softcopy perlu dibawa bersama-sama semasa hadir temu duga dan diletakkan
di dalam pendrive (pendrive yang bersih daripada virus) dalam format power
point (*.ppt / *.pptx) atau *.pdf dan fail dinamakan seperti yang berikut:

2/3
Contoh:

HLP EdD - NURJAMALIAH BINTI ABU - 870110011100


CBBP TB PhD - NURJAMALIAH BINTI ABU - 870110011100
HLPS SARJANA - NURJAMALIAH BINTI ABU - 870110011100

(C) Panduan Penyediaan Folder Kertas Cadangan Penyelidikan

1. Kertas cadangan penyelidikan yang telah dicetak perlu diserahkankepada pihak


urus setia dalam fail lutsinar jenis A4 Slide Binder File/Report File.

2. Kulit hadapan fail hendaklah dilengkapkan dengan maklumat berikut (dalam


HURUF BESAR):

(i) NAMA PENUH


(ii) NO. KAD PENGENALAN
(iii) PERINGKAT PENGAJIAN
(iv) KLUSTER
(v) BIDANG
(vi) PENGKHUSUSAN

(D) Kaedah Pelaksaan Temu Duga

Sesi temu duga akan dilaksanakan melalui kaedah seperti yang berikut:

(i) Calon Sarjana (Mod Kerja Kursus & Campuran)


a. secara berkumpulan (2 - 3 orang); dan
b. 5-7 minit bagi setiap calon untuk sesi soal jawab oleh
Panel Penilai.

(ii) Calon Sarjana (Mod Penyelidikan)


a. secara individu;
b. 10 minit sesi pembentangan; dan
c. 10 minit untuk sesi soal jawab oleh Panel Penilai.

(iii) Calon Kedoktoran (PhD/EdD)


a. secara individu;
b. 10 minit sesi pembentangan; dan
c. 10 minit untuk sesi soal jawab oleh Panel Penilai.

(E) Etika Pemakaian Temu Duga

Calon dinasihatkan untuk memakai pakaian yang bersesuaian, kemas, sopan, tidak
ketat dan menutup aurat. Calon juga disarankan untuk memakai
kasut bertutup dan berwarna hitam semasa sesi temu duga.

Bahagian Tajaan Pendidikan


Kementerian Pendidikan Malaysia
Mac 2023
3/3

You might also like