You are on page 1of 5

PANITIA SAINS SMKSI

PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK (PBL)


SMK SAUJANA IMPIAN
KM 22 JALAN CHERAS KAJANG SELANGOR
SAINS TINGKATAN 2 TAHUN 2020

PANDUAN :
1. Semua murid wajib melengkapkan dua projek sains bagi tahun 2020.
2. Murid dikehendaki memilih dua tajuk Projek Sains daripada senarai tajuk yang telah disenaraikan sahaja.
3. Murid dikehendaki melaksanakan Projek Sains secara kolaborasi/berkumpulan (2-6 orang / kumpulan)
4. Markah Peperiksaan Akhir Tahun 2020 bagi mata pelajaran Sains adalah mengikut ketetapan berikut:

20% MARKAH PROJEK SAINS + 80% MARKAH UJIAN BERTULIS


5. Tarikh Akhir Serahan Hasil Projek: (a) Projek 1 : 30 APRIL 2020
(b) Projek 2 : 30 SEPTEMBER 2020

FORMAT PENULISAN FOLIO / BUKU SKRAP :

Bi Perkara Catatan
l
1 Kulit Folio/ Buku Skrap a. Nama sekolah d. Nama ahli kumpulan
(cover) b. Tajuk Projek e. Nama Guru Sains
c. Kelas
2 Isi Kandungan (content) Senaraikan isi kandungan folio dan muka surat
3 Penghargaan Menyatakan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang
membantu dalam menjayakan pelaksanaan projek Sains
4 Laporan Proses Kerja Mencatat dengan lengkap semua tarikh dan maklumat aktiviti/
perbincangan berkumpulan yang dilaksanakan sepanjang tempoh
pelaksanaan projek.
5 Laporan Projek Sains A. Pengenalan Projek Sains:
i. Tajuk projek iii. Kaedah pelaksanaan projek
ii. Tujuan pelaksanaan projek iv. Alat/Bahan yang digunakan

B. Hasil Projek:
i. Lakaran gambar model/produk (label dengan lengkap)
atau
ii. Borang kajian soal selidik yang telah dilengkapkan dan
analisis data

C. Masalah /Rintangan Pelaksanaan Projek


D. Cadangan penambahbaikan
E. Kesimpulan : Menyatakan impak dan penerapan nilai yang
diperoleh sepanjang pelaksanaan projek Sains
6 Rujukan Senaraikan semua bahan rujukan
7 Lampiran Gambar, borang, risalah dan lain-lain dokumen yang berkaitan
FORMAT PENULISAN LAPORAN PROSES KERJA :

LAPORAN PROSES KERJA


Tarikh Aktiviti
11 Februari 2020 1. Murid menerima soalan projek Sains daripada guru Sains
2. Murid mendengar taklimat perlaksanaan projek Sains daripada guru Sains

CONTOH BORANG KAJIAN SOAL SELIDIK :

PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK (PBL) - SAINS TINGKATAN 2


PROJEK WAJIB : KAJIAN SOAL SELIDIK

MAKLUMAT PESERTA KAJIAN SOAL SELIDIK:


1. Nama Peserta: ……………………………………………… 2. Tarikh Kajian: ….…..…..
3. Kelas: ………………………………. 4. Kategori: Murid / Guru
____________________________________________________________________________________________________________________________

ARAHAN: Jawab semua soalan berikut:

FAKTOR A: Maklumat asas penularan penyakit selsema


Jawapan
Bil. Soalan
YA TIDAK
1 Penyakit selsema adalah sejenis penyakit berjangkit
2 Penyakit selsema adalah disebabkan oleh jangkitan virus pada badan
3 Penyakit selsema hanya menjangkiti bayi dan kanak-kanak sahaja
4 Orang dewasa tidak boleh dijangkiti selsema daripada kanak-kanak yang telah dijangkiti selsema.
5 Individu yang sihat hanya akan dijangkiti selsema jika bersentuh kulit dengan pesakit yang telah dijangkiti
selsema.
6 Individu yang telah mengambil suntikan vaksin influenza tidak akan dijangkiti selsema sepanjang hidupnya

FAKTOR B : Maklumat asas langkah-langkah pencegahan penularan penyakit selsema


Jika rakan anda yang telah dijangkiti selsema hadir ke sekolah, cadangkan langkah-langkah yang perlu anda ambil supaya tidak dijangkiti selsema daripadanya.
Cadangan:
1. ………………………………………………………………………………………………………..
2. ……………………………………………………………………………..…………………………
3. ………………………………………………………………………………………………………..
Tandatangan peserta:
………………………………
PROJEK A: MODEL PERANGKAP TIKUS
Tema : 1. Penyenggaraan dan Kesinambungan Hidup
Bidang Pembelajaran : 4.0 Kesihatan Manusia
Standard Kandungan : 4.1 Penyakit Berjangkit dan Penyakit Tidak Berjangkit
Standard Pembelajaran : 4.1.2 Menerangkan bagaimana penyakit berjangkit disebarkan
4.1.3 Mencerakinkan penyebab dan penularan penyakit berjangkit
4.1.4 Menjana idea mekanisme menghalang penularan penyakit berjangkit

INFO Leptospirosis atau penyakit kencing tikus adalah penyakit berjangkit yang disebarkan oleh vektor
tikus. Peningkatan populasi tikus di kawasan perumahan dan tempat rekreasi adalah akibat
perbuatan tidak bertanggungjawab masyarakat yang tidak menjaga kebersihan kawasan persekitaran
mereka.

ARAHAN 1. (a) Hasilkan satu inovasi reka bentuk model perangkap tikus yang boleh berfungsi untuk
memerangkap tikus dan membantu mengurangkan populasi tikus di kediaman anda.
(b) Wajib menggunakan bahan kitar semula yang bersesuaian untuk membina model ini.
2. Hasilkan satu folio yang lengkap mengikut format yang telah ditetapkan.
3. Hantar dan bentangkan hasil projek Sains (model dan folio) kepada Guru Sains

PROJEK B: MODEL PENAPIS AIR


Tema : 2. Penerokaan Unsur Dalam Alam
Bidang Pembelajaran : 5.0 Air dan Larutan
Standard Kandungan : 5.3 Pembersihan dan Pembekalan Air
Standard Pembelajaran : 5.3.1 Menunjukkan cara kaedah pembersihan air
5.3.2 Menyelesaikan masalah mendapatkan bekalan air bagi kegunaan harian

INFO Air bersih adalah satu keperluan dalam kehidupan manusia. Mengitar semula air bersih yang telah
digunakan untuk aktiviti harian dapat membantu meningkatkan penggunaan air secara optimum dan
lestari.

ARAHAN 1.(a) Hasilkan satu inovasi reka bentuk model penapis air yang boleh digunakan untuk mengitar
semula air bersih yang telah digunakan dalam aktiviti harian.
(b) Wajib menggunakan bahan kitar semula yang bersesuaian untuk membina model ini.
2. Hasilkan satu folio yang lengkap mengikut format yang telah ditetapkan.
3. Hantar dan bentangkan hasil projek Sains (model dan folio) kepada Guru Sains
PROJEK C: RISALAH KESIHATAN DAN FOLIO
Tema : 1. Penyenggaraan dan Kesinambungan Hidup
Bidang Pembelajaran : 4.0 Kesihatan Manusia
Standard Kandungan : 4.1 Penyakit Berjangkit dan Penyakit Tidak Berjangkit
Standard Pembelajaran : 4.1.2 Menerangkan bagaimana penyakit berjangkit disebarkan
4.1.3 Mencerakinkan penyebab dan penularan penyakit berjangkit
4.1.4 Menjana idea mekanisme menghalang penularan penyakit berjangkit

INFO Penyakit berjangkit seperti selsema, Influenza A dan Influenza B sangat mudah merebak.
Untuk mewujudkan masyarakat yang sihat, kita perlu mendapatkan maklumat yang tepat mengenai
penyakit berjangkit ini supaya kita dapat membantu menghalang penularan penyakit-penyakit ini di
kalangan masyarakat.

ARAHAN 1.(a) Lakukan satu kajian soal selidik ke atas masyarakat tentang penyakit-penyakit berikut:
Sila pilih satu sahaja: (a) Influenza A
(b) Novel Coronavirus (2019-nCov)
(c) Selsema
(b) Sediakan satu Borang Soal Selidik secara bertulis atau di atas talian yang mampu
menunjukkan tahap pengetahuan masyarakat terhadap perkara-perkara berikut:
(i) Isu-isu semasa tentang kewujudan penyakit di kalangan masyarakat
(ii) Punca-punca penyakit
(iii) Cara penularan penyakit di kalangan masyarakat
(iv) Kaedah pencegahan penularan penyakit
(v) Lain-lain maklumat jika perlu

2. Berdasarkan hasil Kajian Soal Selidik , hasilkan satu Risalah Kesihatan yang asli dan
kreatif bersaiz A4.
3. Hasilkan satu folio yang lengkap mengikut format yang telah ditetapkan.
4. Hantar folio/buku skrap kepada Guru Sains.

You might also like