You are on page 1of 18

ISI KANDUNGAN

BAB TAJUK MUKA SURAT


1.0 PENGENALAN
2.0 DEFINISI TAMADUN
3.0 LATAR BELAKANG KERAJAAN BANI ABBASIYAH
4.0 KHALIFAH-KHALIFAH YANG TERKENAL
5.0 PENYEBARAN ISLAM
5.1 FAKTOR PENYEBARAN ISLAM
5.2 KESAN PENYEBARAN ISLAM
6.0 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN
6.1 FAKTOR PERKEMBANGAN PENDIDIKAN
6.2
8
9
KERAJAAN BANI ABBASIYAH

1.0 PENGENALAN

Tamadun Islam bermula apabila berlaku peristiwa penerimaan wahyu yang pertama oleh Nabi

Muhammad s.a.w daripada Allah s.w.t. melalui malaikat Jibrail (a.s.) pada bulan Ramadan tahun 610 Masihi,

ketika baginda berusia 40 tahun. Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Arab menganut pelbagai kepercayaan

dan agama. Agama yang dianut terdiri daripada agama samawi iaitu Kristian dan Yahudi, ajaran Nabi Isa dan

Musa (a.s.) serta agama hanif (ajaran Nabi Ibrahim (a.s.), manakala kepercayaan-kepercayaan yang diamalkan

adalah seperti menyembah berhala, api, matahari dan sebagainya yang dipanggil sebagai amalan Jahiliah.

Perkataan "Jahiliah" berasal daripada kata kerja bahasa Arab "jahila" yang bermaksud jahil, bodoh dan tidak

berilmu pengetahuan. Masyarakat Arab sebelum Islam jahil dalam bidang akhlak dan keagamaan namun mereka

telah maju dalam bidang-bidang lain seperti pemiagaan, binaan, kesusasteraan pertanian dan sastera.

Perkembangan Tamadun Islam di dunia Arab boleh dibahagikan kepada empat peringkat, iaitu zaman

Rasulullah dan Khulafa al-Rashidin (610 M - 660 M), zaman Bani Umaiyah (660 M - 750 M), zaman Bani

Abbasiyah (750 M - 1261M), zaman Bani Mughuliyah (Monggols) dan zaman Bani Uthmaniah (1261 M -1924

M). Kekuatan pengaruh Tamadun Islam turut menyumbang ke arah tercetusnya pembaharuan di Eropah dan

seterusnya perluasan sehingga ke Kepulauan Melayu. Zaman Rasulullah S.A.W. dan al-Khulafa' al-Rashidin

(r.a.) merupakan zaman model Tamadun Islam.

Untuk tugasan kali ini, saya akan mengupas dengan lebih lanjut Tamadun Islam pada zaman Kerajaan

Bani Abbasiyah dimana pada zaman ini perkembangan kebudayaan, keilmuan, kegiatan ekonomi dan politik

begitu meluas dan gemilang


2.0 PENGERTIAN TAMADUN

Perkataan tamadun berasal daripada beberapa perkataan Arab seperti maddana, umran,

hadarah, maddaniah dan beberapa perkataan lain tetapi tamadun lebih popular dan meluas

digunakan di dalam dunia Islam. Ibnu Khaldun dalam kitabnya “Al-Muqaddimah” memberi erti

umran sebagai kawasan tanah yang didiami, tinggal menetap, berkembang subur dan maju

manakala hadarah pula ialah satu daerah, kota, bandar, kampung atau tanah yang diusahakan

(Abd Rahman Ibn Khaldun, 1960). Ibnu Khaldun menghuraikan maksud peradaban atau

Tamadun Islam ini sebagai pencapaian manusia yang sudah melebihi keperluan asasi kehidupan

sehingga dapat membuka jalan ke arah pemikiran dan penghasilan daya cipta yang lebih halus

dan mempunyai nilai-nilai seni.

Menurut Profesor Syed Naquib Al-Attas dalam bukunya yang bertajuk “Fahaman

Agama dan Asas Akhlak”, tamadun membawa satu takrif “Keadaan kehidupan insan

bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi

seluruh masyarakat.” (1977).

Mengikut Kamus Dewan Bahasa edisi ke-4 (2007) , tamadun membawa empat maksud

iaitu yang pertama, keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh atau didasarkan pada taraf

kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran(sosial, politik dan lain-lain) yang tinggi,

peradaban. Maksud yang kedua, negara dan penduduknya yang telah mencapai taraf kemajuan

kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik, dan lain-lain) yang tinggi,

peradaban. Maksud yang ketiga, budaya atau cara hidup orang-orang (negara, kawasan atau

sesuatu zaman) tertentu, peradaban dan maksud yang keempat, keadaan pemikiran (budaya dan

moral) yang halus, peradaban.


3.0 LATAR BELAKANG KERAJAAN BANI ABBASIYAH

Nama Kerajaan Abbasiyah diambil bersempena nama bapa saudara Rasulullah iaitu Al-

Abbas. Penubuhannya adalah untuk merialisasikan idea keturunan Bani Hasyim yang

menganggap tampuk pemerintahan Islam lebih layak disandang oleh mereka. Kerajaan ini telah

ditubuhkan secara rasmi oleh khalifah yang pertama bagi kerajaan ini iaitu Abu Al-Abbas As-

Saffah.

Kerajaan ini muncul berpunca daripada penentangan secara dalaman dan luaran dalam

kerajaan Ummaiyah iaitu penentangan daripada golongan Mawali yang mana mereka berasa

telah didiskriminasi. Mereka juga telah dikenakan cukai yang lebih berbanding orang Arab yang

lain dan mereka tidak dapat memegang jawatan yang dianggap layak bagi mereka. Kesannya,

mereka telah menyertai gerakan Abbasiyah bagi menjatuhkan kerajaan Bani Ummaiyah. Pada

masa yang sama, di akhir zaman Bani Ummaiyah, khalifah telah mengabaikan tanggungjawab

terhadap rakyat dan ajaran Islam, serta berlaku penentangan terhadap sistem warisan dalam

pemilihan khalifah. Akhirnya, mereka telah melancarkan revolusi Abbasiyah dan berjaya

menjatuhkan kerajaan Bani Ummaiyah.

Kerajaan ini mewarisi sistem khalifah secara warisan seperti juga Kerajaan Bani

Umaiyah iaitu menentukan sendiri bakal khalifah sebelum wafat. Ia dipimpin oleh 37 orang

khalifah. Kerajaan Bani Abbasiyah memerintah selama lima kurun dan berpusat di Baghdad.

Sistem politik dan pemerintahannya telah banyak dipengaruhi unsur-unsur kebudayaan Parsi

kerana ramai orang Parsi yang memeluk Islam dan menjawat jawatan penting dalam Kerajaan

Abbasiyah. Dari segi sistem pemerintahan, kerajaan Abbasiyah ini boleh dibahagikan kepada

tiga iaitu al-Khalifah, al-Wazir dan juga al-Dawawin.  Al-Khalifah ialah Ketua Negara yang
bertindak Pemimpin Tertinggi dalam Wilayah Islam, al-Wazir pula ialah Perdana Menteri yang

bertindak sebagai Ketua Pentadbir, manakala al-Dawawin ialah Jabatan-jabatan kerajaan(Polis,

Audit, Pertahanan, Kebajikan, Perhubungan) dan berada di bawah pengawasan Al-

Kutta(Sekretari /Setiausaha). Baghdad menjadi pusat kegiatan ekonomi dan intelektual dan

mencapai puncak kecemerlangannya pada zaman Khalifah Harun al-Rasyid dan anaknya al-

Mamun.
4.0 KHALIFAH-KHALIFAH KERAJAAN BANI ABBASIYAH

Perkembangan jawatan ketua negara kerajaan Abbasiyah boleh diringkaskan seperti

berikut iaitu menjalankan dasar dalam pemerintahan sebagai warisan daripada Nabi Muhammad

yang bertanggungjawab dalam menegakkan negara Islam dan dasar politiknya. Dalam struktur

kerajaan Abbasiyah, khalifah berkedudukan autokratik dan semua perintah berpunca

daripadanya. Di samping kuasa sekular, khalifah mempunyai kewibawaan spiritual ( divine

authority  ).

Khalifah pertama Abbasiyah bernama Abu Abbas Abdullah As-Saffah, memerintah

selama empat tahun sembilan bulan(750M-754M). Antara sumbangan terulung baginda ialah

mengasaskan Kerajaan Abbasiyah. Selain itu baginda juga telah menghapuskan pemberontakan

yang ada pada zaman itu.

Khalifah yang kedua pula dipimpin oleh Khalifah Abu Jaafar Al-Mansur. Baginda

merupakan saudara kandung  kepada As-Saffah iaitu pemerintah zaman kegemilangan Kerajaan

Bani Abassiyah. Baginda menjadi khalifah selama 22 tahun iaitu bermula (136H/754M -

158H/775M). Antara sumbangan baginda dalam membangunkan Bani Abbasiyyah ialah

menjadikan kota Baghdad sebagai ibu kota dan membangunkannya. Selain itu baginda juga

memperbaiki sistem cukai, membuat saliran-saliran  air di kawasan pertanian serta menyediakan

pasar  di tempat yang strategik.

Pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyyah meneruskan kegemilangannya dibawah

pemerintahan khalifah yang warak dan terkenal iaitu Khalifah Harun Ar-Rasyid. Baginda

memerintah selama 23 tahun lebih(170H/786M - 192H/809M). Antara sumbangan baginda

dalam membangunkan Kerajaan Bani Abasiyyah ini ialah memerintahkan Al-Qadhi Abu Yusuf
untuk menulis kitab tentang percukaian sehingga terhasilnya kitab Al-Kharaj. Selain itu baginda

juga turut mewujudkan jawatan baru iaitu Qadhi Al-Qudhah serta menubuhkan Baitul Hikmah

iaitu pusat ilmu pengetahuan. Pembangunan ini telah menjadikan Kota Baghdad sebagai pusat

perdagangan, ilmu pengetahuan dan kebudayaan. Baginda juga membina lebih banyak

kemudahan awam seperti hospital, institut pengajian dan farmasi.

Kerajaan Bani Abbasiyah terus dipimpin oleh Khalifah Al-Makmum atau nama sebenar

baginda Abdullah Abu Al-Abbas Al-Makmum iaitu putera kepada Harun Ar-Rasyid. Baginda

menjadi khalifah selama 20 tahun(198H/813M - 218H/833M). Antara sumbangan baginda

kepada kegemilangan  zaman Bani Abbasiyah ialah memberi biasiswa kepada pelajar-pelajar 

yang berjaya. Selain itu baginda turut menggiatkan usaha penterjemahan pelbagai bidang ilmu

pengetahuan.
5.0 FAKTOR PENYEBARAN ISLAM KERAJAAN BANI ABBASIYAH

Faktor utama penyebaran Islam ketika pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyah adalah

keinginan daripada penduduk setempat yang tertarik dengan Islam serta akhlak umatnya.

Galakan khalifah yang menyediakan peruntukan khas dari baitulmal untuk para ulamak dan

pendakwah menjalankan aktiviti dakwah juga turut menjadi faktor. Dasar politik yang

diamalkan oleh Kerajaan Bani Abbasiyah yang menyamakan kedudukan bangsa arab dengan

bukan arab

                                                iv.      Kedudukan baghdad yang menjadi tumpuan dalam bidang

keilmuan dan perdagangan

b.       Faktor luaran

                                                   i.      Pembukaan wilayah baru

                                                 ii.      Penggunaan bahasa arab secara meluas yang mendorong

kepada pemahaman al-quran dan hadis

                                                iii.      Hubungan diplomatik antara kerajaan abbasiyah dengan

negara luar

                                                iv.      Usaha para pedagang islam berdakwah menerusi aktiviti

perdagangan mereka

 
6.0 EKONOMI

Khalifah Harun al-Rasyid telah menjana kemajuan yang pesat di Baghdad pada zaman

pemerintahan Abbasiyah. Kemajuan ini dapat dilihat melalui kejayaan Baghdad sebagai pusat

pelabuhan bertaraf antarabangsa dengan menjadikan lembah Sungai Tigris sebagai pusat

pelabuhan kapal perang dan kapal pedagang antarabangsa berlabuh. Pengurusan negara yang

efisien juga telah menjadikan Baghdad sebagai pusat perdagangan yang terkenal dan saudagar

Islam yang berjaya menguasai pasaran dunia kerana barangan yang didagangkan terdiri daripada

bahan galian seperti emas, permata,intan serta bahan sutera.

Pada zaman Jaa'far al-Mansur, telah melantik seorang pegawai kewangan yang

bertanggungjawab dalam urusan kewangan dan sistem ekonomi negara. Petani dikenakan cukai

perdagangan('usyur) dengan kadar yang berpatutan mengikut hasil pendapatan mereka.

Kemantapan ekonomi adalah dibantu dengan pembinaan semula kota Baghdad seperti

menambah bangunan-bangunan pusat pentadbiran, rumah pegawai, masjid, bangunan pejabat

dan istana agar dapat menarik lebih ramai pedagang luar untuk berdagang di Baghdad.

5.2 PENDIDIKAN

Perkembangan ilmu pada zaman ini terbahagi kepada dua tahap iaitu yang pertama proses

penyerapan dan pemindahan ilmu-ilmu klasik khususnya dalam bidang sains dan falsafah bahasa

Yunani, Suryani,Parsi dan Sanskrit ke dalam bahasa Arab. Tahap ini dianggap penting kerana

menjadi tunjang pembentukan ummah yang berteraskan nilai keislaman sebenar. Yang

keduanya iaitu era kelahiran dan kebangkitan intelektual Muslim yang menyaksikan kegiatan

penterjemahan, penyaringan dan penghasilan karya-karya asli dilakukan secara sistematik. Pada
peringkat ini berlaku kegiatan penterjemahan secara giat karya- karya klasik Yunani dalam

bidang sains dan falsafah ke bahasa Arab.

Pembesaran Khizanah al-Hikmah yang kemudiannya digelar Bayt al-Hikmah oleh al-

Ma'mun membolehkan pelbagai kemudahan keilmuan diwujudkan. Bayt al-Hikmah diwujudkan

sebagai satu institusi keilmuan serba lengkap yang menggabungkan pelbagai institusi keilmuan

serba lengkap seperti penterjemahan, penyalinan manuskrip, akademi pengajian tinggi dan balai

cerap turut dilengkapi dengan kemudahan tempat tinggal untuk kakitangannya. 

Proses pembukuan ilmu pengetahuan seperti kitab al-Kharaj yang ditulis oleh Abu Yusuf, buku

dari ilmu Fiqh, tafsir, hadith, perubatanuh, fizik, falsafah, astronomi dan sastera dibukukan agar

rakyat mendalami ilmu tersebut.

Lahirnya mazhab dan karya-karya penulisan yang disusun secara sistematik seperti

mazhab Hanafi yang telah diasaskan Imam Abu Hanifah. Beliau turut menghasilkan Kitab Fiqh

al-Akbar dianggap sebagai pelopor aliran pemikiran secara ra'yi dan manthiq.

Zaman kerajaan Abbasiyah ini telah melahirkan beberapa tokoh ilmuan yang terkenal

yang telah menemukan beberapa bidang ilmu iaitu ilmu yang berteraskan wahyu dan akal serta

menjadi sumber rujukan utama pada masa kini.  Dalam bidang ilmu yang berteraskan wahyu,

Yahya bin Ziyad al-Farra’ yang terkenal dengan ilmu tafsirnya telah menghasilkan karyanya

dalam kitab  Maani al-Quran, dalam ilmu hadis yang menjadi sumber rujukan utama iaitu imam-

imam yang menghasilkan kitab hadis yang masyhur seperti sunan sittah. Ilmu fekah daripada

imam-imam terkenal seperti imam abu Hanifah, imam Malik, imam Syafie, Imam Ahmad

Hanbal, imam Al- Qadhi Abu Yusuf, Imam Mawardi, dalam ilmu Tauhid pula iaitu  ilmu

matematik,Imam Abu Hassan al-As’ari dan Imam al-Ghazali.


Tokoh dalam  Ilmu yang berteraskan akal pula seperti imam Muhammad bin Musa al-

Khawarizmi dengan karya  Hisabul Jabri wal-Muqabalah yang telah menemukan formula

Trigonometri, Algebra, Geometri, Logarithma, pengenalan kepada sistem angka dalam abjad,

pengenalan bilangan sifar (0) dalam sistem angka. Imam al- Batani dalam ilmu Falak telah

menemukan penemuan baru dalam mengukur jarak antara bumi dan matahari, membuat jadual

pegerakan bulan dan bintang, menjelaskan sistem geologi bumi serta pengaruh bulan dan

matahari terhadap pertukaran musim dan mencipta alat pengukur sudut (astrolabe). Imam Jabir

bin Hayyan dalam bidang Kimia telah menemukan asid galian seperti asid nitric, asid sulfuric,

dan asid hidroklorik dan mencipta teori penghasilan alkohol dan membaiki proses pembuatan

kaca.

Seterusnya imam al-Hassan bin Haitam menghasilkan lebih 200 karya seperti Kitabul

Manazir, Maqalatun Fi Dhau’I dan Maqalatun Fi at-Tahlil wa at-Tarkib dalam ilmu fizik dengan

mencipta teori pergerakan jirim, daya graviti dan pantulan cahaya, menjelaskan tentang lapisan

mata serta proses penglihatan, menyukat kelajuan bumi dan cahaya dan mencipta cermin mata.

Imam As-Syarif al-Idrisi menghasilkan ensiklopaedia peta Eropah dalam ilmu Geografi dengan

penemuan memberi ujaran yang tepat tentang keluasan permukaan bumi dan menghasilkan peta

dunia pertama dalam bentuk glob. Penemuan terbesar astronomi adalah tentang gerakan

cakerawala dan benda-benda di langit. Ilmuwan Islam berjaya menentukan luas atau ukuran

bumi dan berjaya menemui kedudukan garis lintang serta mengemukakan teori pergantian

malam dan siang. (nk edit mana perlu)

Ilmu pelayaran diteruskan dari zaman Umayyah ke zaman Abbasiyyah. Bani Abbasiyyah

telah mengembangkan usaha kajian terhadap maritim dan kelautan. Pelbagai panduan dan
pedoman dibangunkan bagi mengatasi masalah panduan lama menggunakan angin malam dan

bintang-bintang.

Orang Islam pada zaman ini telah membina hospital dan klinik serta sekolah-sekolah

perubatan yang lengkap dengan pusat penyelidikan. Al-Zahrawi telah memperkenalkan kaedah

penelitian ilmiah dalam ilmu kedoktoran dan pembedahan. Ibnu Sina dalam kitabnya Qanun fi

al-Tibb dalam bidang perubatan yang telah menemukan beberapa bidang perubatan seperti

menjelaskan kesan kuman dalam penyakit, menjelaskan teori jangkitan virus seperti Tibi,

menemui pelbagai penyakit seperti Rubella, alahan, cacar, dan penyakit jiwa. Beliau turut

mencipta ubat-ubatan untuk berbagai-bagai penyakit kronik dan mencipta picagari, ubat bius,

dan benang yang khusus untuk menjahit luka pembedahan.

Orang Islam telah mewujudkan ilmu ukur, bidang, lingkaran dan sistem hitungan

yang terdapat dalam matematik. Dalam perspektif Islam, matematik adalah suatu jalan yang

menghubungkan diantara sensibel dengan intelengible. Diantara ahli matematik Islam yang

terkenal ialah Al-Khawarizmi. Ilmuwan di Mesir, Syria, Iraq dan Hijaz telah memperkenalkan

alat-alat ukur yang bermanfaat daalam aktiviti pertanian. Mereka juga aktif melaksanakan kajian

dalam pertanian dan penternakan. Ahli falsafah semasa tempoh pemerintahan Abbasiyyah yakin

bahawa wujud hubungan antara al-Quran dengan akal. Mereka telah berjaya menghubungkan

diantara ajaran yang dibawa oleh al-Quran dan kefahaman berlandaskan akal fikiran.

Buku-buku sejarah yang disusun pada zaman Abbasiyah membahaskan tentang sejarah

peperangan, ekonomi, politik, sosial, suku kaum, golongan dan sebagainya. Sebagai contoh, Abu

Ismail Al-Azdi yang menghasilkan Futuh al-Syam.


Pada zaman Abbasiyah telah berkembang subur seni budaya seperti seni suara, seni

drama, seni muzik, seni pahat, ukiran, sulaman, lukisan dan hiasan bangunan.

5.3 KEMAJUAN SOSIAL

Islam tidak pernah membezakan jantina dalam memberi sumbangan terhadap usaha

memajukan negara. Ini dapat dilihat ketika pelaksanaan pembinaan tali air yang dipelopori oleh

seorang wanita Islam. Pembinaan prasarana seperti rumah sakit dan farmasi memberi

kemudahan dan menjaga kepentingan kesihatan rakyat. Pembinaan pusat-pusat pemandian

umum di beberapa tempat dalam kerajaan Abbasiyyah turut dilakukan.

6.0 FAKTOR KEGEMILANGAN KERAJAAN BANI ABBASIYAH


Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kegemilangan pada zaman kerajaan

Abbasiyah.  Antaranya ialah kestabilan politik. Khalifah yang pertama iaitu Abu Abbas Abdullah

As-Saffah memberi perhatian yang serius kepada pembasmian pemberontakan dan perbalahan

puak.

Dasar politik kerajaan Abbasiyah yang diamalkan memberi layanan yang adil kepada

golongan orang bukan Islam. Mereka menikmati kebebasan mengamalkan agama mereka

sendiri. Kerap kali mereka diambil untuk berkhidmat dalam birokrasi kerajaan. Berbanding

dengan pemerintahan Umayyah, golongan ini menikmati taraf sosial yang jauh lebih tinggi pada

zaman Abbasiyah. Orang bukan Islam juga diberi layanan baik selagi mereka tidak mengkhianati

Bangsa lain.

Kerajaan Abbasiyah juga menjalankan hubungan diplomatik yang baik dengan negara

luar bagi mengekalkan kestabilan ekonomi kerajaan. Kedudukan Baghdad yang strategik yang

berada ditengah-tengah laluan para pedagang timur dan barat menjadikannya sebagai pusat

kegiatan perdagangan dan pusat pertemuan sarjana timur dan barat.

Penghayatan konsep kerja sebagai ibadat mendorong para sarjana untuk mengkaji tentang

muamalat menurut islam. Umat islam terdorong secara aktif dalam bidang ekonomi hasil dari

cetusan idea & hukum hakam yang dihurai oleh para cendekiawan islam dalam konsep

muamalat.

7.0 FAKTOR KEJATUHAN KERAJAAN BANI ABBASIYAH


Kejatuhan kerajaan Abbasiyah pula adalah disebabkan oleh kelemahan pemerintah pada

pemerintahan Al- Wasiq yang tidak melakukan sebarang pembaharuan dan bergantung hanya

kepada pegawai-pegawai Turki untuk mentadbir negara menyebabkan politiknya telah

dipengaruhi oleh Turki dan Parsi. Saudara Al-Wasiq iaitu Al-Mutawakkil mengambil alih

pemerintahan dan cuba untuk mengembalikan kegemilangan pentadbiran khalifah tanpa campur

tangan pegawai berbangsa Turki dan Parsi. Usaha beliau tidak dapat diteruskan kerana pengaruh

Turki dan Parsi begitu kuat menguasai percaturan politik kerajaan Abbasiyah. Perebutan kuasa 

daripada putera-putera Al-Mutawakkil mengakibatkan lagi kelemahan dalam pentadbirannya.

Pemberontak dari golongan syiah & khawarij sering mengganggu pentadbiran kerajaan

Abbasiyah. Mereka berpendapat jawatan khalifah hanya layak disandang oleh pemimpin

kumpulan mereka sahaja. Keadaan ini mengganggu keamanan negara.

Kerajaan Abbasiyah di akhir zaman diserang oleh musuh-musuh dari utara ( Gorgia dan

Arminia ), barat ( tentera salib ) dan timur ( kerajaan Monggol ). Banyak kawasan-kawasan

Islam diserang serta umat islam dibunuh dengan kejam semasa serangan ini. Kawasan-kawasan

kecil yang lain ada yang menuntut kemerdekaan dari jajahan Abbasiyah. Pusat pentadbiran di

Baghdad tidak dapat memainkan peranan berikutan serangan-serangan tersebut dan ramai

pejuang-pejuang Islam yang terkorban. Rusuhan dan pemberontakan yang berlaku pada akhir

zaman Abbasiyah juga menyebabkan para pedagang tidak lagi berkunjung ke Baghdad

menyebabkan dana yang tersimpan di Baitulmal semakin merosot berbanding peruntukan yang

dikeluarkan.

  

8.0 KESIMPULAN
Tamadun adalah berkisar tentang kemajuan dan perkembangan kegiatan manusia yang

meliputi sosial, politik, ekonomi, agama dan keseluruhan kegiatan manusia. Kemajuan yang

dicapai hari ini adalah hasil daripada sumbangan umat Islam pada zaman Kerajaan

Abbasiyyah. Orang-orang barat telah memindahkan penemuan umat Islam dalam pelbagai

bidang ke negara mereka dan menterjemahkannya ke dalam bahasa mereka. Umat Islam perlu

mengembalikan semua kegemilangan Islam dengan belajar bersungguh-sungguh dan menjadi

pakar dalam semua bidang. Umat Islam juga perlu bersatu padu untuk menyelamatkan negara

dari ancaman musuh. Aliran fahaman yang berbagai membawa kepada perpecahan dan

melemahkan umat Islam. Keselamatan dan kestabilan negara adalah tanggung jawab kita

bersama.

Generasi hari ini perlulah mengambil peranan dalam mengembalikan kegemilangan

umat Islam yang pernah dicapai satu masa dahulu. Bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu

dan meningkatkan pembangunan diri dan agama. Umat Islam juga haruslah mengamalkan

akhlak yang mulia dalam kehidupan seharian dan mengamalkan cara hidup Islam yang

sempurna.
9.0 BIBLIOGRAFI

1- Abd Aziz Mohd Zin (2006). Tamadun Islam dan Tamadun Melayu.

Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya.

2- Abd Rahman Nawas, Nawawee Mohammad, Omardin Haji Ashaari, Arip Saaya

(1995). Tamadun Islam.

Batu Caves : Pustaka Haji Abd Majid

3- Ahmad Zaki Abdul Latif, Azam Hamzah, Azhar Mad Aros (2009). Buku Teks

Tamadun Islam dan Tamadun Asia.

Shah Alam : Oxford Fajar.

4- Haji Ahmad Fauzi Murad, Ahmad Tarmizi Talib (1997). Tamadun Islam.

Serdang : Penerbit UPM Serdang.

5-

You might also like