You are on page 1of 3

PENGENALAN

Perbadanan korporat merupakan suatu bentuk perniagaan yang ditubuhkan dibawah

kuasa undang-undang (Akta Syarikat) dan didaftarkan melalui Pendaftar Syarikat. Ini

bermakna perbadanan korporat yang berdaftar boleh menjalankan aktiviti-aktiviti

perniagaan, memiliki atau menjual harta, meminjam wang, mengambil dan diambil

tindakan oleh mahkamah dan membuat sebarang perjanjian dengan sebarang organisasi

(Zumilah Zainalaludin, 1999).

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), pengkorporatan ditakrifkan

sebagai proses mengkorporatkan sesebuah organisasi atau menukar sesebuah agensi

kerajaan menjadi perbadanan atau syarikat. Badan korporat lazimnya terletak di bawah

Akta Syarikat 1965. Misi dan visi sesebuah badan korporat akan lebih jelas kerana ianya

bersendikan kecekapan, 242515 KUMPULAN C PUSAT UUM KL GMGA 3023

PENTADBIRAN AWAM KORPORAT 10 keberkesanan, produktiviti yang tinggi,

bermatlamat keuntungan, agresif, berorientasikan pelanggan, pengurusan yang cekap

dan sebagainya untuk terus kekal bersaing dalam pasaran tempatan dan global.

Pelaksanaan pengkorporatan dan penswastaan di Malaysia dibuat secara serentak.

Penswastaan bermaksud memindahkan perkhidmatan dan fungsi daripada sektor awam

kepada sektor swasta. Manakala pengkorporatan pula melibatkan pemindahan aset,

tanggungjawab, hak dan obligasi sesuatu badan berkanun kepada sesebuah organisasi

yang diwujudkan di bawah Akta Syarikat 1965, tetapi masih dimiliki oleh pihak

kerajaan. Contoh penswastaan yang telah dilakukan

Perbadanan Awam ditubuhkan untuk membantu kelancaran pentadbiran kerajaan

dengan memberikan sedikit autonomi atau kuasa ke atas beberapa perkara.


Ianya diperbadankan melalui undang-undang atau di bawah Akta Syarikat. Konsepnya

adalah separa kerajaan. Perbadanan menjalankan kegiatan berunsurkan perniagaan.

Kerajaan mempunyai ekuit (saham) di dalamnya.

Perbadanan awam juga dikenali sebagai Government Linked Companies (GLC).

Fungsi:

Melibatkan kerajaan dalam bidang sosioekonomi yang tidak diceburi oleh sektor awam

Melibatkan kerajaan dalam sektor yang tidak mampu diceburi oleh sektor swasta

Modal tinggi

Pulangan untung yang marginal

Kerajaan menyediakan perkhidmatan awam

Menambahkan penglibatan bumiputera dalam bidang ekonomi

Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri mempunyai perbadanan awam masing-

masing. Perbadanan Awam terbahagi kepada dua:

Badan Berkanun

Badan Tidak Berkanun


RUJUKAN

TEKS & RUJUKAN LWNGKAP PENGAJIAN AM KERTAS 1, DAVID CHONG,

HK HWANG 2008 . ARAH PENDIDIKAN SDN BHD, SHAH ALAM.

You might also like