You are on page 1of 1

Tuan,

RAYUAN PERLANJUTAN TEMPOH PENGOSONGAN KUARTERS


Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara diatas.
2. Saya seperti penama di atas, telah menduduki kuarters di Kompleks Perumahan
Polis Seksyen 20 bermula dari November 2014.
3. Untuk pengetahuan pihak tuan, pada 16 Mac 2020 saya telah berpindah ke
Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi. Sebelum ini saya
berkhidmat di Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam. Oleh kerana
kerajaan telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18
Mac 2020, urusan pengosongan kuarters masih belum dapat saya selesaikan dan
permohonan kuarters di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi juga tidak dapat
dilakukan. Sehubungan itu, saya memohon pertimbangan pihak tuan untuk
perlanjutan tarikh pengosongan kuarters.
4. Saya memohon perlanjutan sehingga bulan Ogos untuk mengosongkan kuarters
tersebut. Diharap pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan saya ini dan
kerjasama daripada pihak tuan amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

You might also like