You are on page 1of 3

‘Lampiran 7A’

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA


Fail Rujukan:
Pejabat Kesihatan Daerah
.
.
.
.
No. Telefon: ..
Kepada:
Nama: ..
No. Kad Pengenalan / Pasport: ....
Alamat Pusat Kuarantin / Rumah Kediaman: .

...
Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Di Pusat Kuarantin / Rumah Kediaman Bagi Jangkitan
Penyakit Virus Ebola (Ebola Virus Disease; EVD) Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan
Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)
Tuan / Puan telah dikenalpasti sebagai kontak terdekat kepada seorang yang telah disahkan
menghidapi jangkitan EVD / merupakan individu yang melaporkan kategori risiko pendedahan berstatus
tinggi bagi jangkitan EVD dan berkemungkinan Tuan/Puan telah terdedah kepada jangkitan tersebut.
Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342),
memperuntukkan kuasa kepada mana-mana pegawai yang diberikuasa untuk memerintahkan
Tuan/Puan diasingkan di Pusat Kuarantin / rumah kediaman berdasarkan kepada keperluan
epidemiologi penyakit tersebut.
2. Bagi menjalankan kuasa di bawah Seksyen 15(1) Akta 342, saya ..,
pegawai diberikuasa untuk meletakkan Tuan/Puan di bawah pengawasan dan pemerhatian di Pusat
Kuarantin / rumah kediaman seperti alamat di atas dengan syarat-syarat seperti dinyatakan di
‘Lampiran A’.
3. Sepanjang tempoh Tuan / Puan diletakkan di bawah perintah pengawasan dan pemerhatian,
Tuan/Puan adalah dikehendaki untuk mematuhi segala perintah yang ditetapkan. Di bawah Seksyen 24
Akta yang sama, kegagalan mematuhi perintah ini, jika disabitkan kesalahan boleh dihukum bagi
kesalahan pertama, dipenjara selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau didenda atau kedua-dua
sekali, berkenaan dengan kesalahan kedua atau kesalahan berikutnya boleh dipenjara tidak melebihi 5
tahun atau denda atau kedua-duanya; berkenaan dengan kesalahan berterusan, didenda selanjutnya
tidak melebihi dua ratus bagi tiap-tiap hari kesalahan ini berterusan.

Pegawai Yang Diberikuasa


Nama :
Jawatan :
Tarikh & Masa :
Pengesahan Menerima Sesalinan Perintah Oleh Kontak Yang Diletakkan Di Bawah Pengawasan
Nama :
No. Kad Pengenalan :
Tarikh & Masa :
Tandatangan :

10
‘Lampiran A’

Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Di Pusat Kuarantin / Rumah Kediaman Bagi


Jangkitan Penyakit Virus Ebola (Ebola Virus Disease; EVD) Di Bawah Seksyen 15(1)
Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)

Tindakan Yang Perlu Dilakukan Semasa Dalam Tempoh Pengawasan Dan


Pemerhatian

A. Tinggal Di Pusat Kuarantin / Rumah Kediaman Beralamat Di Atas

i. Hendaklah tinggal di Pusat Kuarantin / rumah kediaman seperti di alamat


yang dinyatakan di atas sepanjang masa bermula dari tarikh
.. hingga ..
ii. Pada setiap masa, para penghuni di Pusat Kuarantin / rumah kediaman
adalah dikehendaki untuk menjarakkan diri sekurang-kurangnya 1 meter
antara satu sama lain.
iii. Jika anda memerlukan bantuan mengenai keperluan peribadi, sila
maklumkan kepada Rapid Response Team (RRT) / Rapid Assessment
Team (RAT) yang berkenaan.
iv. Jika anda terpaksa meninggalkan Pusat Kuarantin / rumah kediaman atas
sebab-sebab kecemasan, sila dapatkan persetujuan daripada Pegawai
Kesihatan Daerah yang berkenaan.
v. Seboleh-bolehnya, elakkan daripada menerima sebarang pelawat
sepanjang tempoh berada di Pusat Kuarantin / rumah kediaman.
vi. Sekiranya saudara mara, sahabat handai datang menziarahi, anda
adalah dikehendaki untuk menjarakkan diri sekurang-kurangnya 1 meter
antara satu sama lain. Seterusnya, adalah menjadi tanggungjawab anda
untuk mencatatkan nama, nombor telefon dan tarikh kunjungan mereka.
vii. Bagi individu yang diletakkan di bawah perintah pengawasan dan
pemerhatian di rumah kediaman:
• Pasangan, anak-anak, adik beradik atau mana-mana individu lain
yang tinggal serumah tetapi TIDAK dikenakan perintah
pengawasan dan pemerhatian di rumah adalah BEBAS untuk
melakukan aktiviti seharian mereka.

B. Periksa Gejala Jangkitan

i. Sila berikan kerjasama kepada RRT/RAT yang akan menjalankan


pemeriksaan kesihatan pada setiap hari.
ii. Penutup mulut dan hidung (mask) hendaklah dipakai sepanjang masa jika
anda demam atau mengalami sebarang gejala lain sebelum anda
dipindahkan ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.

11
iii. Jika anda mengalami mana-mana gejala dan tanda seperti berikut,
SEGERA hubungi Pegawai Kesihatan Daerah di nombor telefon:
.. untuk tindakan selanjutnya:
• Demam;
• Sakit kepala;
• Sakit sendi;
• Sakit otot;
• Kelesuan;
• Muntah;
• Cirit birit;
• Ruam;
• Pendarahan.

C. Amalkan Kebersihan Diri

i. Sentiasa amalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci
tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan
(hand sanitizer).

D. Perkara-perkara Yang Dilarang

i. Menanggalkan penutup mulut dan hidung (mask) apabila dikunjungi oleh


saudara mara atau sahabat handai.
ii. Meninggalkan Pusat Kuarantin / rumah kediaman seperti beralamat di
atas tanpa memaklumkan kepada Pegawai Kesihatan Daerah terlebih
dahulu.
iii. Bagi penghuni di Pusat Kuarantin:
• Menganggu ketenteraman penghuni lain di Pusat Kuarantin
berkenaan.
• Merokok, minum minuman keras, mengambil dadah dan lain-lain
sepanjang tempoh berada di Pusat Kuarantin.

PERINGATAN

Pemeriksaan mengejut akan dilakukan bagi memastikan perintah-perintah


di atas dipatuhi dan kegagalan mematuhi perintah-perintah di atas boleh
menyebabkan tindakan mahkamah dikenakan ke atas Tuan / Puan.

12

You might also like