You are on page 1of 13

Pentadbiran Awam Korporat

i
ii
GMGA3023

Pentadbiran
Awam Korporat
Ahmad Atory Hussain
Malike Brahim

Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE)


Universiti Utara Malaysia
Sintok • 2007

iii
ISBN 983-3282-09-8

Cetakan Pertama, 2006


Cetakan Kedua, 2007
© Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE)

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana bahagian artikel,
ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa
jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain
sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah, Pusat Pendidikan
Profesional dan Lanjutan (PACE), Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM
Sintok, Kedah Darul Aman.

Siri Modul Kendiri merupakan bentuk bahan pengajaran dan pembelajaran


kendiri di bawah Program Pengajian Luar Kampus, Universiti Utara Malaysia.
Siri Modul Kendiri ini diterbitkan tanpa melalui proses penilaian. Mutu Siri
Modul Kendiri ini diperbaiki dari semasa ke semasa berdasarkan maklum balas
daripada aktiviti pengajaran. Edaran buku ini terhad dalam kawasan Universiti
Utara Malaysia sahaja.

iv
KANDUNGAN

Prakata ix
Kata Kunci xi
Matlamat dan Objektif Kursus xiii

BAB 1 PENDAHULUAN

Objektif Bab 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Definisi Pentadbiran Awam 3
1.3 Konsep Tadbir Urus 6
1.4 Konsep Tadbir Urus yang Baik 7
1.5 Konsep Tadbir Urus Korporat 8
1.6 Badan Pemerintah dan Sistem Pentadbiran Malaysia 9
1.6.1 Yang di-Pertuan Agong 9
1.6.2 Kabinet 10
1.6.3 Kementerian 10
1.6.4 Jabatan-Jabatan Kerajaan 11
1.6.5 Badan-Badan Berkanun 12
1.6.6 Kawalan Kerajaan/Agensi Pusat 14
1.7 Kesimpulan 15
Soalan Penilaian Kendiri 16
Jawapan Soalan dalam Teks 16

BAB 2 LATAR BELAKANG PENTADBIRAN AWAM


DI MALAYSIA

Objektif Bab 19
2.1 Pengenalan 19
2.2 Latar Belakang Pentadbiran Awam di Malaysia 20
2.3 Pengaruh Asing dalam Pentadbiran Awam
di Tanah Melayu 22
2.3.1 Penjajahan Portugis (1511-1641) 23
2.3.2 Penjajahan Belanda (1641-1824) 24
2.3.3 Penjajahan British (1824-1941 dan 1945-1957) 24
2.3.4 Campur Tangan British di Tanah Melayu 25
2.3.5 Pentadbiran Negeri-Negeri Selat (1826-1867) 26
2.3.6 Sistem Residen 27
2.3.7 Pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
(NMB) 27
2.3.8 Pentadbiran Negeri-Negeri Melayu
Tidak Bersekutu (NMTB) 29
2.3.9 Desentralisasi 29
2.3.10 Penubuhan Malayan Union 30

v
2.3.11 Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 32
2.3.12 Kesan Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 32
2.4 Kesimpulan 33
Soalan Penilaian Kendiri 33
Jawapan Soalan dalam Teks 34

BAB 3 PENERAPAN BUDAYA KORPORAT DALAM


SEKTOR AWAM

Objektif Bab 37
3.1 Pengenalan 37
3.2 Definisi Budaya Korporat 38
3.3 Definisi Budaya Organisasi 39
3.4 Pelaksanaan Budaya Korporat dalam Sektor Awam 41
3.5 Peningkatan Kualiti dalam Perkhidmatan Awam 43
3.6 Program-Program Peningkatan Kualiti 44
3.7 Budaya Kerja Korporat dalam Organisasi 47
3.8 Tujuan Budaya Korporat dalam Organisasi 48
3.9 Kesimpulan 49
Soalan Penilaian Kendiri 50
Jawapan Soalan dalam Teks 50

BAB 4 PERANAN PENTADBIRAN AWAM


DI MALAYSIA

Objektif Bab 53
4.1 Pengenalan 53
4.2 “Maintain Law and Order” 54
4.3 Peranan dan Struktur Pentadbiran dalam Sistem
Ekonomi Bebas (1957-1970) 55
4.4 Pembangunan Negara Berasaskan “Planned Economy”
(1957-1970) 58
4.5 Kesimpulan 62
Soalan Penilaian Kendiri 63
Jawapan Soalan dalam Teks 63

BAB 5 PERANAN DAN STRUKTUR ORGANISASI


BADAN BERKANUN

Objektif Bab 65
5.1 Pengenalan 65
5.2 Jenis-Jenis Perbadanan Awam 67
5.3 Sebab Diwujudkan Perbadanan Awam 68
5.4 Badan Berkanun di Malaysia 70
5.5 Pegawai Tadbir dan Susunan Organisasi 73
5.6 Kawalan Kerajaan atau Agensi Pusat 73
vi
5.7 Penilaian Prestasi Badan Berkanun 74
5.8 Kegagalan Badan Berkanun 76
5.9 Penswastaan Jabatan Kerajaan/Badan Berkanun 78
5.10 Kesimpulan 79
Soalan Penilaian Kendiri 80
Jawapan Soalan dalam Teks 80

BAB 6 GERAKAN KE ARAH PENGKORPORATAN


DAN PENSWASTAAN DI MALAYSIA

Objektif Bab 83
6.1 Pengenalan 83
6.2 Konsep Persyarikatan Malaysia 84
6.3 Pelaksanaan Konsep Persyarikatan 86
6.4 Penilaian Terhadap Konsep Persyarikatan 87
6.5 Kesimpulan 91
Soalan Penilaian Kendiri 92
Jawapan Soalan dalam Teks 92

BAB 7 PELAKSANAAN PENSWASTAAN


DI MALAYSIA

Objektif Bab 95
7.1 Pengenalan 95
7.2 Objektif-Objektif Penswastaan 96
7.3 Faktor-Faktor Perlunya Penswastaan di Malaysia 98
7.4 Pelaksanaan Penswastaan 101
7.5 Rekod Penswastaan 103
7.6 Beberapa Jenis Definisi Penswastaan 107
7.7 Impak Penswastaan 109
7.7.1 Kelegaan Beban Kewangan dan Pentadbiran
Kerajaan 109
7.7.2 Mengurangkan Saiz Sektor Awam 110
7.7.3 Melengkapkan Dasar Ekonomi Baru 111
7.8 Kesimpulan 111
Soalan Penilaian Kendiri 112
Jawapan Soalan dalam Teks 112

BAB 8 PELAKSANAAN PENGKORPORATAN


DI MALAYSIA

Objektif Bab 115


8.1 Pengenalan 115
8.2 Pengertian Korporat dan Pengkorporatan 116
8.3 Kategori-Kategori Korporatisme 118
8.4 Bentuk Tradisi 119
vii
8.5 Sistem yang Berorientasikan Pembangunan 120
8.6 Campur Tangan Besar-Besaran oleh Pemerintah 121
8.7 Kemunculan Golongan Birokrat atau Birokrat
Profesional 122
8.8 Ke Arah Perindustrian 123
8.9 Nilai-Nilai Korporatisme dalam Pembangunan
Masyarakat 123
8.10 Kebaikan dan Keburukan Korporatisme 124
8.11 Kesimpulan 126
Soalan Penilaian Kendiri 126
Jawapan Soalan dalam Teks 127

BAB 9 ASPEK DAN PRINSIP DALAM


PENGKORPORATAN DAN PENSWASTAAN
DI MALAYSIA

Objektif Bab 129


9.1 Pengenalan 129
9.2 Pelaksanaan Pengkorporatan dan Penswastaan 130
9.3 Keperluan Matlamat Dasar Ekonomi Baru 133
9.4 Aspek Ekuiti dalam Pengkorporatan dan
Penswastaan 135
9.5 Aspek Perundangan 136
9.6 Aspek Penilaian dan Penentuan Harga 140
9.7 Aspek Staf dan Perkhidmatan 142
9.8 Rancangan Penswastaan 144
9.9 Kesimpulan 147
Soalan Penilaian Kendiri 147
Jawapan Soalan dalam Teks 148

BAB 10 IMPAK PENGKORPORATAN DAN


PENSWASTAAN DI MALAYSIA

Objektif Bab 149


10.1 Pengenalan 149
10.2 Impak ke Atas Sektor Awam dan Sistem Birokrasi 150
10.3 Impak ke Atas Pekerja 152
10.4 Impak ke Atas Masyarakat 155
10.5 Kesimpulan 156
Soalan Penilaian Kendiri 157
Jawapan Soalan dalam Teks 157

BIBLIOGRAFI 159

LAMPIRAN : Jawapan Soalan Penilaian Kendiri 163

viii
PRAKATA

Modul Pentadbiran Awam Korporat bertujuan untuk mendedahkan


kepada pelajar asas ilmu berkaitan dengan konsep korporatisme,
pengkorporatan dan seterusnya penswastaan dalam sistem pentabiran di
Malaysia yang secara tidak langsung menyentuh mengenai peranan tadbir
urus (yang baik) dalam perkhidmatan awam. Dalam modul ini,
perbincangan menjurus kepada usaha pembaharuan dalam sistem
pentadbiran yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk memulihkan semula
pembangunan sosioekonomi ekoran kegagalan perbadanan awam atau
entiti milik kerajaan mencapai objektif penubuhannya. Melalui
pendedahan ini pelajar boleh memahami dan mempelajari kenapa dan
bagaimana pihak kerajaan menyelesaikan masalah kegagalan agensi-
agensi kerajaan seperti perbadanan awam atau syarikat kerajaan dalam
usaha kerajaan mencapai matlamat negara maju menjelang tahun 2020
kelak.

Dalam pada itu, fokus perbincangan adalah kepada pelaksanaan


pengkorporatan dan penswastaan terhadap entiti milik kerajaan (EMK)
yang telah dikenal pasti. Konsep pengkorporatan dan penswastaan
seringkali mengelirukan, tetapi kedua-dua konsep ini turut dibincangkan
dalam modul ini untuk memberikan kefahaman kepada pelajar.
Pelaksanaan pengkorporatan mahupun penswastaan terhadap EMK
adalah untuk mencapai dan meningkatkan kecekapan, keberkesanan dan
produktiviti serta kualiti perkhidmatan yang sebelumnya dikatakan sangat
lembap dan banyak karenah birokrasi.

Justeru itu, dua dasar iaitu Dasar Persyarikatan Malaysia dan Dasar
Penswastaan telah diperkenalkan sebagai instrumen ke arah pemulihan
dan pembangunan negara oleh Dr. Mahathir Mohamad bagi
mempertingkatkan pencapaian dan pertumbuhan ekonomi negara. Usaha
pembaharuan melalui dua dasar ini adalah untuk mengurangkan beban
kewangan dan pentadbiran kerajaan serta mengecilkan saiz sektor awam.
Kedua-dua program ini dilaksanakan dengan penuh ketelitian bagi
mengelak sebarang bentuk kerugian dan membebankan pihak kerajaan
serta masyarakat. Apabila konsep ini telah dilaksanakan, maka satu lagi
pihak yang bertanggungjawab bersama dalam membangunkan ekonomi
negara ialah sektor swasta. Bagaimanakah peranan yang dimainkan oleh
sektor swasta dan kawalan kerajaan terhadapnya?

Para pelajar harus mengambil ingatan bahawa modul ini sekadar panduan
asas untuk memahami kursus di atas. Untuk menambahkan lagi
pengetahuan, para pelajar perlu membaca dan mengkaji topik-topik yang

ix
dibincangkan daripada pelbagai sumber yang ada untuk menjadi seorang
mahasiswa yang berkualiti tinggi.

Selamat belajar dan maju jaya selalu. Tiada kejayaan tanpa usaha.

Ahmad Atory Hussain


Malike Brahim

x
KATA KUNCI

Terdapat beberapa lambang yang akan anda lihat di dalam modul ini.
Lambang tersebut memberi maksud tertentu seperti yang dinyatakan di
bawah. Lambang ini disediakan bagi membimbing dan melengkapkan
proses pengajaran dan pembelajaran anda.

Soalan Dalam Teks (SDT) atau soalan latihan yang


merujuk kepada perbincangan dalam teks yang dipelajari.
Contoh jawapan disediakan di akhir setiap bab.

Soalan Penilaian Kendiri (SPK) atau soalan ulang kaji


merujuk kepada perbincangan keseluruhan bab. Skema
jawapan disediakan di akhir modul kursus.

Anda boleh menyemak jawapan latihan anda dengan


contoh/skema jawapan yang disediakan di akhir bab atau
modul kursus. Anda dinasihatkan membuat latihan
terlebih dahulu sebelum menyemak jawapan tersebut.

Anda dikehendaki berfikir sejenak tentang situasi di


sekeliling anda atau mengimbas kembali bab yang lepas.
Pelbagai soalan yang berkaitan dengan bab tersebut akan
dikemukakan.

xi
xii
MATLAMAT DAN OBJEKTIF KURSUS
MATLAMAT

Kursus ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar


tentang konsep pengkorporatan dan penswastaan yang dilaksanakan
sebagai usaha pembaharuan dalam sistem pentadbiran awam di negara
ini. Hasrat ini diterjemahkan dalam dua dasar awam iaitu Dasar
Persyarikatan Malaysia dan Dasar Penswastaan. Dalam kedua-dua dasar
ini, suatu bentuk kerjasama dan usaha sama antara sektor awam dan
sektor swasta diwujudkan untuk membangun dan memulihkan
pencapaian ekonomi negara.

Sesungguhnya pentadbiran dan pengurusan organisasi awam di Malaysia


telah mengalami beberapa perubahan paradigma semenjak negara
mencapai kemerdekaan hingga kini. Untuk tujuan ini, kursus ini akan
membincangkan peranan organisasi awam dalam meningkatkan
kecekapan, keberkesanan, produktiviti serta kualiti perkhidmatannya
serta persaingan yang sihat melalui konsep pengkorporatan dan
penswastaan dengan syarikat atau sektor swasta.

Peranan agensi-agensi kerajaan seperti perbadanan awam bukan lagi


bersifat monopoli apabila kerajaan melaksanakan pengkorporatan dan
penswastaan, sebaliknya mewujudkan suatu bentuk kerjasama dan usaha
sama dengan sektor swasta dalam aktiviti-aktiviti berbentuk ekonomi di
Malaysia. Oleh sebab itu, lahirlah konsep korporat dan korporatisme
dalam sistem pentadbiran awam.

OBJEKTIF KURSUS

Selepas mengikuti kursus ini, pelajar seharusnya dapat:

1. Memahami paradigma pentadbiran di sektor awam semenjak


merdeka hingga kini.
2. Membincangkan konsep-konsep dan prinsip-prinsip dalam
pelaksanaan pengkorporatan dan penswastaan terhadap entiti
milik kerajaan.

3. Mengenal pasti aspek penting terutamanya dari segi


perundangan dan peraturan baru yang membabitkan pemindahan
pengurusan entiti milik kerajaan kepada sektor swasta.
4. Mendalami proses pelaksanaan pengkorporatan dan
penswastaan terhadap agensi-agensi kerajaan yang telah
diswastakan dengan melihat kepada prestasinya dalam
meningkatkan kecekapan, keberkesanan dan produktiviti.
xiii

You might also like