You are on page 1of 7

PENGENALAN

Dalam menongkah era dunia tanpa sempadan, pelbagai masalah timbul selaras dengan
kemajuan Malaysia di persada global. Masyarakat masih disogokkan dengan gejala merokok
yang membimbangkan. Laporan Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2000 dalam
Modul Berhenti Merokok (2001) membuktikan 20 peratus perokok di Malaysia terdiri
daripada golongan remaja dan statistik ini meningkat setiap tahun. Dianggarkan 50 hingga 60
orang remaja di Malaysia memulakan tabiat merokok setiap hari. Siapakah yang perlu
dipersalahkan apabila generasi pewaris kepimpinan negara terlibat dengan gejala merokok?
Tidak sedarkah para remaja bahawa merokok ibarat perjalanan bahaya menempah maut?
Sesungguhnya, gejala merokok yang kian kronik perlu diberi perhatian serius oleh segenap
lapisan masyarakat agar rakyat Malaysia kekal sihat dan berupaya menyumbangkan tenaga
ke arah kecemerlangan negara.
Hari Tanpa Tembakau merupakan inisiatif proaktif Pertubuhan Kesihatan Sedunia
secara global, bertujuan mengingatkan masyarakat tentang wabak tembakau yang meracuni
gaya hidup masyarakat sedunia serta membunuh empat juta penduduk dunia setiap tahun.
Angka ini dijangka meningkat kepada 10 juta orang pada tahun 2030. Statistik daripada
Sufean (2004) menunjukkan 49 peratus lelaki dewasa di Malaysia, merokok, dan jumlah ini
melebihi peratusan perokok di negara maju, iaitu 38% di Britain, 35% di Amerika Syarikat
dan 30% di Sweden. Setiap hari, antara 14,000 hingga 15,000 remaja mula menjadi penagih
tembakau di negara maju. Di negara-negara membangun dan di negara mundur, perokok
remaja meningkat antara 68,000 hingga 84,000 orang. Masyarakat perlu sedar akan bahaya
merokok agar tidak menjerumuskan diri sendiri ke lembah maut.
TUJUAN DOKUMENTARI
KESAN MEROKOK

Rokok mendatangkan kesan buruk terhadap kesihatan tubuh badan disebabkan oleh bahan
kimia yang berbahaya dalam asap rokok. Kesan tersebut boleh dibahagikan kepada dua iaitu
kesan jangka panjang dan kesan jangka pendek. Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau
mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui
kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di
sepanjang perjalanan di ruang didalam tubuh badan.

Antara kesan jangka pendek ialah mengurangkan fungsi otak disebabkan oleh
pembebasan gas karbon dioksida dan pengurangan oksigen daripada asap rokok
tersebut.Selain itu, menghisap rokok boleh mengganggu daya pendengaran dan penglihatan
kerana mengurangkan kadar pengaliran darah ke seluruh tubuh badan. Perokok selalunya
mempunyai nafas yang berbau dan mudah mendapat jangkitan mulut dan gusi serta gigi
menjadi kuning. Mereka yang merokok juga akan menghadapi kesukaran untuk bernafas dan
mudah merasa letih apabila melakukan sesuatu pekerjaan terutamanya apabila bersukan.

Dalam jangka panjang, rokok boleh membahayakan kesihatan diri kerana bahan-
bahan kimia yang dibebaskan daripada rokok yang boleh mengurangkan fungsi sekaligus
merosakkan organ dalam tubuh kita. Sebagai contoh, nikotin yang ada didalam rokok boleh
menyebabkan ketagihan sekiranya menghisap rokok secara berulang kali. Selain itu,
tembakau boleh mengakibatkan penyakit jantung dan barah. Terdapat lebih kurang enam
puluh tiga bahan kimia didalam rokok yang akan menyebabkan barah paru-paru, mulut, usus,
tekak dan payudara. Penghisap rokok tegar akan menghidap penyakit strok, penyakit mulut
dan gusi, osteoporosis, mandul dan penyakit paru-paru seperti asthma dan bronkitis
(jangkitan pada paru-paru).

Hampir satu per empat mangsa pesakit jantung adalah hasil punca dari tabiat
merokok. Di Malaysia, sakit jantung merupakan menyebab utama kematian
sementara strok adalah pembunuh yang keempat. Racun akibat merokok juga mempunyai
kesan tindak balas terhadap ubat-ubatan. Secara umum diketahui merokok boleh menjejaskan
fungsi beberapa kumpulan enzim di hati dan ada kalanyaia boleh memperhebatkan kesan
sampingan sesuatu ubat itu Perokok juga bukan hanya membahayakan kesihatan diri sendiri
malah turut memberikesan yang lebih merbahaya terhadap kesihatan orang sekeliling.
Mereka yang menghidu asap rokok tanpa merokok dari orang yang merokok dikenali sebagai
perokok pasif. Contohnya, kanak-kanak akan mudah mengidap penyakit paru-paru dan
jantung seperti,asthma, mengganggu pertumbuhan paru-paru, kecacatan pendengaran,
mempunyai IQrendah, masalah kawalan motor, keguguran dan mati dalam kandungan. Ibu
mengandung juga akan mengalami implikasi yang buruk terhadap bayi dalam kandungan
seperti melahirkan bayi yang tidak cukup bulan dan bayi kurang berat badan.

Selain membahayakan kesihatan diri, merokok juga boleh mencemarkan persekitaran.


Asap rokok akan menyebabkan pencemaran udara. Jadi, bukan hanya mereka yang merokok
yang mendapat keburukan malahan, orang sekeliling turut merasa kesukaran untuk
mendapatkan udara yang bersih dan segar. Tambahan pula, puntung rokok yang dibuang
merata-rata boleh mencemarkan alam sekitar seperti mengakibatkan longkang tersumbat
yang boleh menyebabkan pembiakan nyamuk aedes. Ini boleh menyebabkan masalah
kesihatan yang lain seperti demam denggi.Selain itu, alam sekitar akan kelihatan kotor dan
akan menyebabkan datangnya masalah pencemaran air dan lain- lain. Sebagai contoh, apabila
sistem pengairan terganggu,bencana alam boleh berlaku seperti banjir kilat. Merokok juga
menyumbang sebanyak 25% kepada kes kebakaran. Ini boleh dilihat apabila mereka yang
merokok kurang rasa tanggungjawab untuk membuang puntung rokok yang masih berbara di
merata-rata tempat. Kebakaran juga menyebabkan peningkatan kandungan karbon dioksida
dan karbon monoksida meningkat dan penghuni Bumi akan merasai kekurangan oksigen
untuk bernafas dan menaikkan suhu bumi sekaligus mengakibatkan pelbagai bencana
alam akibat perbuatan manusia sendiri.

Pertubuhan Kesihatan Dunia berpendapat bahawa merokok adalah satu aktiviti


ketagihan. Merokok secara tidak langsung akan menyebabkan seseorang itu terlibat dengan
najis dadah. Hal ini disebabkan rokok merupakan bunga kepada dadah. Keadaan ini boleh
digambarkan sebagai permulaan untuk menjinakkan diri dengan bahan- bahan yang tidak
mendatangkan sebarang manfaat seperti melepak dan penagihan dadah. Ini sekaligus, akan
meningkatkan masalah sosial dalam masyarakat. Merokok juga sering bermula pada zaman
remaja. Kaji selidik yang dilakukan oleh Global Youth Survey mendapati 20 peratus daripada
pelajar yang berumur 13 tahun hingga15 tahun adalah perokok, manakala remaja bawah 18
tahun yang merokok juga meningkat sehingga 20 peratus.

Ini kerana remaja merupakan satu fasa dimana mereka sedang mencari identiti. Oleh
itu, meraka sangat mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah terutama
daripada rakan-rakan. Para remaja juga mempunyai sikap ingin tahu dan ingin mencuba yang
tinggi. Selain itu, ibu bapa yang merokok juga akan menggalakkan anak-anak cuba untuk
merokok. Ini kerana anak-anak merasakan merokok itu tidak akan mengakibatkan apa-apa
keburukan. Dan selalunya ibu bapa merupakan contoh yang paling dekat dan merekalah yang
bertanggungjawab

Di samping itu, merokok mengundang ke arah pembaziran. Wang yang sepatutnya


digunakan ke arah kebaikan telah digunakan untuk membeli rokok iaitu satu perkara yang
tidak bermanfaat. Seharusnya wang yang diperolehi perlu dilaburkan ke arah yang lebih baik
seperti untuk pelajaran, makanan, memperbaiki taraf hidup keluarga, meningkatkan ekonomi
negara dan lain-lain lagi. Dengan ini dapat dilihat yang merokok merupakan satu pembaziran
harta. Satu kajian telah dilakukan oleh seorang sarjana Barat, C. Everentt Koop, golongan
perokok kebanyakannya mati pada usia muda berbanding dengan golongan yang tidak
merokok. Hal ini amat membimbangkan terutamanya pihak kerajaan yang terpaksa
menanggung risiko kekurangan tenaga kerja dalam pelbagai sektor apabila pekerja yang
merokok mati pada usia yang muda walaupun mati itu sesuatu yang tidak dapat dielakkan.
Merokok juga akan menyebabkan seseorang itu hilang fokus dalam melakukan pekerjaan
terutama bagi mereka yang ketagih dan akan mengurangkan prestasi kerja seseorang. Secara
tidak langsung pula, akan mengurangkan produktiviti sesebuah syarikat serta melemahkan
taraf ekonomi negara.mencorakkan anak-anak. Anak-anak akan mudah mengikuti apa yang
dilakukan oleh ibubapa mereka.
KESIMPULAN

Tabiat merokok merupakan suatu fenomena masyarakat di mana kewujudannya boleh ditafsir
dari pelbagai aspek. Antaranya adalah aspek hubungan sosial, persekitaran, risiko
kebergantungan, risiko kesihatan dan lain-lain lagi. Kita dapat melihat orang merokok di
merata tempat samada di kampung, bandar dan sebagainya. Dari aspek sosiobudaya,
masyarakat menjadikan kelakuan merokok sebagai satu cara hidup, iaitu merokok dijadikan
ukuran status kedewasaan, kematangan dan kesediaan memikul tanggungjawab khususnya di
kalangan orang lelaki. Terdapat remaja lingkungan belasan tahun yang tidak segan silu
merokok secara terbuka di tempat awam. Fenomena ini biasa kita lihat dalam pelbagai situasi
dan sesetengahnya lengkap berpakaian sekolah.

Pelbagai kempen dilakukan oleh kerajaan bagi mencegah remaja daripada terjebak
kedalam tabiat merokok. Kempen ini dijalankan samada melalui media cetak, media
elektronik serta penyebaran poster. Ini menunjukkan seriusnya masalah merokok di kalangan
remaja sekarang. Remaja juga merokok tanpa menghiraukan papan tanda larangan merokok
samada di institusi pengajian atau di tempat awam. Tabiat ini wajar dihentikan bagi
membentuk golongan remaja yang sihat demi untuk pembangunan negara pada masa akan
datang.

Faktor umur turut mempengaruhui pandangan mereka terhadap tabiat merokok. Bagi
remaja, kemungkinan mereka merokok sekadar untuk berseronok sahaja tanpa memikirkan
kasan buruk akibat tabiat merokok. Manakala orang dewasa merokok mungkin di sebabkan
faktor kebergantungan atau ketagihan. Mereka sedar tentang masalah yang sedang dan bakal
di hadapinya tetapi terpaksa meneruskan tabiat tersebut dengan pelbagai alasan.

Jika saat ini anda merokok, sebaiknya segeralah berhenti. Berhenti merokok
dapat menurunkan risiko penyakit akibat merokok dan memperpanjangkan harapan
hidup. Selain itu, berhenti merokok juga dapat memberi manfaat seperti aliran darah
lebih lancar, dan akan membaik setelah dua hingga dua belas minggu berhenti
merokok malahan badan akan merasa lebih sihat dan segar.

Untuk berhenti merokok, persiapkan diri anda secara mental mahupun


emosional. Tekadkan dalam diri anda untuk berhenti merokok, serta bayangkan
bagaimana sedihnya orang-orang yang anda sayangi jika anda sakit kerana merokok.  
Jangan berpikir sudah terlambat untuk berhenti merokok karena tidak ada kata
terlambat untuk meninggalkan kebiasaan buruk ini. Mulailah secara perlahan dan
pikirkan berbagai penyakit menyeramkan yang mengintai anda akibat merokok.
Berhenti merokok . Jika bukan untuk diri anda, lakukanlah untuk anak-anak anda.

You might also like