You are on page 1of 3

3.

0 METODOLOGI DAKWAH

Dari sudut bahasa dakwah bermaksud menyeru, memanggil dan mengajak. Dakwah
bertujuan menyeru dan mengajak manusia ke arah perkara-perkara ma’ruf dan menjauhi perkara
perkara mungkar iaitu proses mengajak manusia supaya mengamalkan ajara al-Quran dan al-
Hadith. Metodologi amatlah penting dalam berdakwah kerana metodologi membawa peranan
penting dalam untuk memastikan kejayaan sesuatu usaha dakwah. Metodologi merupakan
perkara yang penting dalam dakwah kerana metodologi merupakan perkara yang teratur dalam
penyampaian ajaran dakwah untuk mempengaruhi sasaran.

Menurut kamus dewan metodologi bermaksud sistem yang merangkumi kaedah dan prinsip yang
digunakan dalam sesuatu kegiatan atau disiplin. Selain itu metodologi juga bermaksud
kaedah,jalan,teknik,gaya,ragam,rentak,corak dan sistem. Metodologi juga membawa maksud
ilmu tentang metode atau disiplin yang digunakan semasa melakukan kajian tertentu untuk
mencapai tujuan tujuan tertentu. Dalam bahasa inggeris pula metodologi adalah method yang
bermaksud sistem aturan atau kaedah.Dari sudut Bahasa Arab pula metodologi ialah Uslub.
Uslub ialah satu perkataan Arab yang beerti jalan atau cara. Mengikut peristilahan dakwah,
Uslub dakwah ialah penyampaian kandungan atau isi dakwah dengan ibarat dan bentuk yang
tertentu. Manhaj atau Minhaj juga satu perkataan Arab yang bermkasud jalan atau cara.

Sebagai kesimpulan daripada pengertian-pengertian tersebut, metodologi dakwah beerti kajian


mengenai kaedah atau cara penyampaian islam kepada sasaran dakwah. Dalam jalan dakwah
ini,ia memerlukan kaedah-kaedah tertentu kerana jika ia disampaikan dengan cara sambil lewa
atau tidak berhikmah,dakwah seseorang itu tidak akan sampai atau tidak memberi kesan kepada
sasaran dakwah.

3.1 BIL LISAN

Dakwah melalui lisan adalah pendekatan seperti ceramah atau sebarang bentuk
komunikasi lansung antara pendakwah dan masyarakat. Metodologi secara lisan menumpukan
usaha menyampaikan mesej dakwah kepada sasaran melalui gaya retorik lisan pendakwah.
Lazimnya para pendakwah menggunakan pelbagai landasan atau platform untuk menyampaikan
mesej dakwah seperti ceramah,syarahan,diskusi dan forum,seminar dan sebagainya. Bagi
merealisasikan suatu pendekatan dakwah secara lisan,majlis-majlis tertentu diaturkan dan
masyarakat di sekitar akan dijemput.

Abdul Hadi Awang juga turut bertalaqi bersama-sama syeikh yang terkenal di Mesir dan juga
Madinah. Beliau banyak mendalami ilmu agama yang telah beliau pelajari bersama para guru di
Timu Tengah. Setelah tamat pengajian,beliau menggunakan ilmu yang telah dipelajari untuk
disebarkan kepada masyarakat di tanah air. Kuliah tafsir menjadi platform Abdul Hadi Awang
untuk berdakwah. Kelas pengajian tafsir merupakan cara pendekatan beliau dalam berdakwah.
Ilmu dan pentafsiran atar al-Quran yang dipelajari oleh beliau dikongsikan dan disampaikan
kepada orang ramai agar mereka tahu dan dapat memahami kandungan ayat al-Quran sekaligus
menjadikan al-Quran itu sebagai panduan hidup

Abdul Hadi Awang menyampaikan tafsir al-Quran menerusi kuliah pagi Jumaat di Masjid Rusila
Marang,Terengganu. Kuliah ini merupakan salah satu platform penyampaian dakwahnya.
Menurut beliau kandungan al-Quran menyentuh seluruh aspek kehidupan manusia yang perlu
digali untuk dijadikan panduan kepada masyarakat islam pada masa kini tanpa mengira lapisan
umur,taraf pemikiran,fahaman dan pegangan mereka. Perkara ini menjadi faktor pendorong
beliau mentafsirkan al-Quran. Tafsir al-Quran yang disampaikan berjaya dikhatamkan sebanyak
dua kali.

Selain kuliah tafsir beliau juga menggunakan pendekatan dakwah secara bersemuka dengan
menghadiri jemputan ceramah dan kuliah di tempat-tempat lain juga. Beliau telah memberi
kuliah atau ceramah agama dimerata tempat termasuk di luar Malaysia. Kandungan dakwah dan
ceramah beliau dapat dilihat bahawa Abdul Hadi Awang banyak memberi penekanan jemaah dan
perpaduan ummah untuk kesatuan umat islam. Ilmu yang dipelajari oleh Abdul Hadi Awang dari
pelbagai sudut sahsiah,geopolitik,tafsir,pendidikan,akidah dan syariah telah dimanfaatkan
sebaiknya oleh beliau dengan mempraktikkannya dalam berdakwah. Beliau telah berkongsi dan
menyebarkan ilmu agama tersebut secara bersemuka dalam kuliah tafsir beliau dan melalui
ceramah atau kuliah-kuliah agama. Abdul Hadi Awang menghabiskan sebahagian umur beliau di
medan dakwah berbekalkan dengan ilmu yang ada padanya yang telah dipelajari walaupun umur
makin meningkat. Kesungguhan dan tekad beliau dalam berdakwah sangat mengkagumkan dan
patut dicontohi oleh setiap muslim.

3.2 BIL KITAB

Metodologi dakwah dengan kitab menumpukan usaha menyampaikan mesej islam


melalui tulisan. Karya-karya dakwah yang dihasilkan akan disebarkan kepada khalayak massa
bagi menyalurkan kefahaman dakwah kepada pembaca. Dengan itu pembaca akan mendapat
maklumat berhubung islam,seterusnya dapat memberikan kefahaman yang jelas terhadap sesuatu
isu yang dibincangkan. Kebanyakannya tulisan bermesejkan dakwah dapat diperoleh dalam
bentuk buku,majalah,risalah,buletin dan sebagainya.
Abdul Hadi Awang turut menggunakan pendekatan dakwah dengan penulisan secara aktif.
Beliau merupakan seorang tokoh ulama dan pemimpin gerakan Islam terkemuka yang telah
menghasilkan anggaran sebanyak 108 buah karya yang telah diterbitkan dan diulang cetak.
Karya awal Abdul Hadi Awang adalah pada seawal tahun 90-an yang berkenaan tafsiran ayat al-
Quran diterbitkan dalam siri at-Tibyan.

Namun begitu dalam siri at-Tibyan itu hanyan merangkumi beberapa surah sahaja iaitu surah al-
Baqarah,al-Saff,al-Kahf,al-Hujurat,al-Hasyr,Luqman dan al-Fil. Siri at-Tibyan ini telah dicetak
dan diterbitkan oleh pelbagai terbitan serta tahun yang berbeza. Selain daripada siri at-Tibyan
yang fokus kepada tafsiran ayat al-Quran dan ilmu tafsir. Beliau juga terlibat dengan penulisan
lain berkaitan aqidah,politik islam dan politik.

Antara karya beliau selain daripada tafsir ayat al-Quran ialah, Qazaf : Mangsa Fitnah,2001,
diterbitkan oleh Jabatan Penerangan dan Penyelidikan PAS Pusat. Amanat Haji Hadi, 2002,
diterbitkan oleh Jabatan Penerangan PAS Pusat. Islam : Fikrah, Harakah dan Daulah,2005,
diterbitkan oleh Dewan Pustaka Fajar. Inilah Akidah Muslim,2007, diterbitkan oleh PTS
Publication & Distributors. Beriman Kepada Qada’ dan Qadar,2008,diterbitkan oleh PTS
Publications & Distributors. Islam, Adil Untuk Semua, 2009, diterbitkan oleh PTS Islamika.

You might also like