You are on page 1of 2

Jenis-jenis najis

JENIS-JENIS NAJIS
Tiga Bahagian Najis
Kebersihan adalah separuh daripada iman. Agama Islam amat mementingkan kebersihan dalam
kehidupan seharian. Sehubungan itu, setiap manusia wajib membersihkan diri, pakaian dan
tempat daripada najis.
Bersih dan suci daripada najis merupakan salah satu syarat untuk menunaikan ibadah serta
mengabdikan diri kepada Allah.
Najis adalah benda-benda yang kotor dan boleh membatalkan sembahyang. Sebagai umat Islam,
kita hendaklah sentiasa berada dalam keadaan suci dan bersih kerana ia mencerminkan
keperibadian seseorang.
Terdapat tiga bahagian najis iaitu: najis mughallazah (najis berat)
najis mukhaffafah (najis ringan).
najis mutawassitah (najis sederhana).

1. Najis mughallazah
Najis mughallazah ialah najis berat. Najis ini terdiri daripada anjing dan babi serta benda-benda
yang terjadi daripadanya. Antara contoh najis ini ialah air liur, peluh, daging, bulu dan benda
yang diperbuat daripada haiwan itu.
Cara menyucikan najis mughallazah:
Bersihkan bahagian yang terkena najis.
Basuh sebanyak tujuh kali. Sekali daripadanya mesti menggunakan tanah bersih yang dicampur
dengan air.
Gunakan air mutlak untuk membuat basuhan seterusnya (sebanyak enam kali) sehingga hilang
bau, warna dan rasa.

2. Najis mukhaffafah
Najis mukhaffafah ialah najis ringan. Contoh najis ini ialah air kencing kanak-kanak lelaki berusia
di bawah dua tahun yang tidak makan atau minum sesuatu yang lain selain susu ibu.
Cara menyucikan najis mukhaffafah:
Basuh bahagian yang terkena najis dan lap.
Percikkan air di tempat yang terkena najis.
Lap dengan kain bersih sehingga kering.

3. Najis mutawassitah
Najis mutawassitah ialah najis sederhana. Contoh najis ini ialah darah, nanah, muntah, najis
manusia dan bangkai.
Cara menyucikan najis mutawassitah:
Basuh dengan menggunakan air bersih hingga hilang warna, bau dan rasa najis tersebut.
Sebaik-baiknya basuh sehingga tiga kali dengan air mutlak.

You might also like