You are on page 1of 39

KURSUS PENGURUSAN

JENAZAH

MUQADDIMAH

Kematian adalah satu


kepastian bagi makhluk
yang bernyawa.
Redha ataupun tidak,
bersedia atau sebaliknya
ia pasti akan kita hadapi.
Ibrahim Adham (seorang
wali Allah) ketika ditanya
Apakah yang paling
hampir kepadanya? lalu
beliau menjawab ialah
kematian. Namun apabila
berlaku kematian hanya
segelintir manusia yang
mahu mengambil
pengiktibaran
daripadanya

KURSUS PENGURUSAN
JENAZAH

Objektif
Melahirkan seorang dalam setiap keluarga yang
boleh mengendalikan jenazah.
Menyelaras dan menyediakan satu garis panduan
cara-cara pengurusan jenazah mengikut Agama
Islam diseluruh Negeri Selangor.
Menghindarkan amalan-amalan khurafat dan
Bidah berkaitan pengurusan jenazah.

Melawat Orang Yang Sakit Dan


Hikmahnya
Sakit adalah datangnya dari Allah.
Penyakit yang ditimpa ke atas kita
sebenarnya mengandungi hikmah.
Antaranya ialah :
1. Memberi kesedaran dan
keinsafan kepada kita bahawa
kita ini lemah dan tidak mempunyai
kuasa dan kekuatan untuk
menyembuhkannya melainkan
Allah.
2. Allah ingin menguji sejauh mana
kesabaran kita menghadapi dugaan
Allah.
3. Allah ingin mengampunkan dosa
yang telah kita lakukan samada
secara sedar atau sebaliknya.
4

4.

Kita hendaklah bersabar dan


redha di atas dugaan yang
Allah berikan dan berusahalah
untuk menyembuhkannya. Nabi
Muhammad s.a.w. pernah
bersabda yang bermaksud
'Tiap-tiap penyakit ada ubatnya
kecuali mati'.

5. Sabda Nabi Muhammad s.a.w.


yang bermaksud :
'Menziarah/melawat orang
yang sakit pada permulaan
masa sakitnya itu adalah
Fardhu (wajib) dan kemudian
daripadanya Sunat, tidak lebih
dari 3 hari'.

6. Islam menuntut umatnya untuk


menziarahi seseorang yang
ditimpa musibah, walaupun
ianya terdiri daripada kalangan
yang berlainan agama.
5

Kriteria Seorang Pengurusan


Jenazah
1.
2.
3.
4.

Sifat berani.
Sabar.
Amanah.
Mempunyai kemahiran
dan ilmu yang
mencukupi.
6

Susunan Pengurusan
Jenazah

Seorang suami boleh


memandikan isterinya begitu juga
sebaliknya.
Rasulullah s.a.w pernah berkata
kepada isterinya Aisyah bahawa
sekiranya Aisyah yang wafat
terlebih dahulu maka Banginda
sendiri yang akan memandikan
jenazah isterinya.
Saidina Ali K.W telah
memandikan jenazah isterinya
Siti Fatimah.
7

Carta Keutamaan ( Afdhal ) Ahli Waris


Yang Utama Menguruskan Jenazah

Suami
( Si Mati )

1
Isteri dan anak-anak
Lelaki dan anak
perempuan

Adik beradik suami


yang perempuan

Ibu @ Bapa
Saudara si mati

Adik beradik
Isteri yang lelaki

5
Orang awam
( Nazir,Imam, bilal
dan lain-lain )

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB


WARIS TERDEKAT
A) DISAAT KEMATIAN
( Ketika Nazak )
1. Membersihkan dan mengemaskan
badan pesakit barang kemas- gigi
palsu-potong kuku dll.
2. Ajarkan kalimah syahadah ditelinga
kanannya.
3. Hadapkan mukanya ke arah qiblat
dengan kakinya dilunjurkan ke arah
qiblat
4. Titiskan air ke dalam mulut pesakit.
5. Peranan keluarga dalam mengiringi
pesakit dengan bacaan Al-Quran

B)

SETELAH MENINGGAL DUNIA

1.

Selimutkan dengan kain yang bersih dan


letakkan di tempat yang tinggi.

2.

Tanggalkan pakaiannya.

3.

Istinjak ( sucikan daripada najis )

4.

Senamkan sendi tangan dan kakinya


menggunakan minyak atau
seumpamanya (sunat dilakukan
sebanyak 3 kali,setelah meninggal,
sebelum dimandikan dan sebelum
dikapankan)

5.

Rapatkan kedua belah matanya, ikat


bahagian dagu dan pergelangan kaki
dan qiamkan tangannya seperti dalam
sembahyang dan dibengkungkan
bahagian perutnya untuk mengelakkan
daripada kembung.

6.

Hubungi pegawai masjid atau surau dan


khairat kematian (mohon bantuan
pengurusan)

7.

Buat laporan polis

8.

Uruskan pembelian kain kapan,


peralatan mandi / tempat mandi, papan
keranda (mengikut keadaan atau
keperluan setempat)

9.

Hubungi kereta jenazah dan penggali


kubur.
10

C) PEMBELIAN ALAT KELENGKAPAN KAPAN


1. 15 meter kain putih (bidang 60 inci ) untuk orang
dewasa mengikut keperluan jenazah.
2. 3 bantal kapas atau 2 potong kapas yang
berukuran lebar
3. 3 bungkus serbuk kapur barus / 1 botol losyen
kapur barus.
4. 1 botol air mawar (mengikut keperluan)
5. 3 bungkus serbuk kayu cendana
6. 1 botol minyak wangi
7. 5 utas tali pengikat
8. Serbuk tanah untuk tayamum bagi mayat yang uzur
atau kanak-kanak lelaki yang belum berkhatan.
11

SAMB

9.
10.
11.
12.
13.

1 botol body syampoo / mandian buih (250 ml)


Span mandi secukupnya
Gayung / getah paip
Kayu penyugi / berus gigi
Sarung tangan getah / plastik (digunakan untuk semua jenazah
umum, kritikal dan HIV / AIDS.
Lain-lain keperluan mengikut keadaan jenazah

14.

Jug untuk mengisi air


Limau nipis atau seumpamanya jika perlu
Batu nisan
Apa-apa jenis pewangi / spray / bakaran (untuk persekitaran)
Sehelai tikar berukuran sederhana

12

D) MEMOTONG KAIN KAPAN


1.
2.

Ukur panjang jenazah dan lebihkan 2 kaki


Potong kain sama panjang sebanyak 4 helai

3.
4.

3 helai kain kapan


1 helai kain mandi
Sehelai jubah dan serban untuk lelaki atau telekung untuk perempuan (boleh ditambah kain
sebagai pakaian )

Sarung tangan kain untuk istinjak


3 potong kapas mengikut ukuran jenazah

2 potong diletakkan pada belakang badan jenazah


1 potong pada atas dada jenazah
3 potong kapas berukuran 2 kaki setiap satu

Diletakkan pada bahu kanan hingga ke hujung jari


Diletakkan pada bahu kiri hingga ke hujung jari
Lilitan pada kepala
Atau

5.

Potong 4 keratan kapas mengikut ukuran badan jenazah dan susunkan


kapas tersebut secara melintang dari bahu hingga ke kaki jenazah

6.

2 helai kapas berukuran 2 kaki x 7 kaki diletakkan dibawah dan


diatas tubuh jenazah.

Atau

13

E) PERALATAN KELENGKAPAN MANDI


1. Tempat khas memandikan jenazah
2. Besen / baldi untuk takungan air yang secukupnya (jika perlu)
3. Getah paip / gayung
4. 1 botol body shampoo / mandian buih
5. Sarung tangan getah dan kain untuk meruang
6. Serbuk kayu cendana
7. Span mandi
8. Serbuk kapur barus
9. Kapas gulung mengikut keperluan
10. Gunting
11. Pewangi spray / bakaran mengikut keperluan
12. Apron
13. Tuala mandi
14. Kain batik lepas yang mencukupi
***

Tempat memandikan jenazah hendaklah tertutup, hanya wariswaris yang terdekat sahaja dibenarkan berada di dalam bilik /
tempat tersebut.
14

Sunat Membaca Doa Sepanjang


Pengurusan Jenazah

15

Mandi Jenazah Biasa / Normal


1.

Senamkan sendi tangan dan kakinya

2.

Siram dengan air mutlak sehingga rata keseluruh anggota

3.

Bersihkan jari / kuku tangan dan kaki, kedua cuping telinga, lubang hidung, sugi
giginya dan sunat disikat rambut dan janggutnya dengan NIAT mengistinjakkan
jenazah Sahaja aku mengistinjakkan mayat ini kerana Allah Taala.

4.

Duduk / sandarkan jenazah 10 -15 darjah. Tekan bahagian kiri perutnya


dengan tangan kanan dan instinjak bahagian punggung dan kemaluannya
dengan tangan kiri yang berbalut (angkat dan renggangkan kaki kiri /
kangkangkan sedikit kedua belah kakinya).

5.

Wudukkan jenazah (di awal dan di akhir). Sahaja aku mengwudukan mayat ini
kerana Allah Taala

6.

Siram dengan air mutlak dan gosok bahagian atas badannya dengan
menggunakan span mandi dan body syampoo dari kepala hingga ke kaki.

7.

Siram dan gosok bahagian rusuk kanan dan diikuti rusuk kiri.

16

8.

Mengiringkan badannya dengan rusuk kanan ke atas, siram


dan gosok ke seluruhannya dan diikuti rusuk sebelah kiri

9.

Terlentangkan badannya dan siram dengan air mutlak


(bilas).

10.

Sunat di ulangi 3 kali berturut-turut ke atas jenazah


tersebut.

11.

Siram 3 kali dari kepala hingga ke kaki dengan air mutlak


yang bercampur air kapur barus dan kayu cendana (air
sembilan) atau gunakan spray/lotion kapur barus setelah
jenazah dilap.

12.

Salinkan kain mandi dan lap hingga kering.

13.

Pakaikan lampin ( jika perlu )

14.

lapiskan plastik lut sinar (jika perlu)

***

Pengendali jenazah ( bagi semua keadaan ) disunatkan


mandi selepas menguruskannya.

17

Mengkapankan Jenazah
Biasa / Normal
1.

Bentangkan 3 helai kain kapan.

2.
3.
4.
5.
6.
7.

Bentangkan jubah dan serban untuk lelaki ,telekong dan baju untuk
perempuan.
Bentangkan kapas yang panjang mengikut ukuran jenazah dan taburkan
serbuk kayu cendana, kapur barus di atas kapas tersebut.
Letakkan jenazah di atas kapas yang disediakan dan disolek.

Bentangkan satu potong kapas yang panjang di atas dada jenazah


daripada leher hingga ke kaki ( seandainya kapas itu membujur ).
Letakkan 3 potong kapas yang pendek pada bahu kanan, bahu kiri dan
lilitan pada kepala kemudian pakaikan serban bagi lelaki / serkup kepala
bagi perempuan.
Sembur /renjiskan pewangi.
Lipatkan jubah / telekung / kain kapan pada tubuh jenazah dimulai dari
sebelah kiri ke kanan.
Ikat Jenazah dengan lima tali pengikat dan disimpulkan pada rusuk
sebelah kiri jenazah. ( atas kepala, aras dada, aras kelangkang, lutut dan
bawah telapak kaki)
Renjis dengan air mawar.
18

Solat Jenazah
i.

Hukumnya fardhu Kifayah


Dari abi Hurairah ra bahawa ia pernah
mendengar Rasulullah SAW berkata :
Siapa yang keluar bersama jenazah dari
rumahnya, kemudian ia ikut mensolatkan
dan mengiringinya sampai ke pemakaman
untuk memakamkan, baginya pahala
sebesar dua bukit. Dan siapa yang ikut
mensolatkannya kemudian ia pulang ke
rumahnya (tidak ikut ke pemakaman),
baginya pahala sebesar gunung Uhud.
(HR Muslim).

ii.

Solat jenazah dianjurkan dilakukan secara


berjamaah.
* Jika yang hadir sendirian wajib dilakukan
secara bersendirian.

19

ORANG YANG LEBIH UTAMA MENJADI


IMAM SOLAT JENAZAH
1.

2.
3.

Menurut Syafie walinya


lebih utama dari penguasa
walaupun si mayat
mewasiatkan kepada
penguasa atau orang lain.
Wasiat tidak dapat
menggugurkan hak tersebut.
Oleh kerana solat jenazah
adalah doa maka doa adalah
lebih makbul dengan ikhlas
dan penuh harapan .Hal ini
lebih banyak diperolehi dari
walinya.

20

4. Wali yang lebih utama adalah


yang lebih dekat
kekerabatannya dengan si
mayat.
5. Imam Hanafi pihak penguasa
lebih utama atau wakilnya.
6. Imam Maliki dan Hanafi lebih
utama orang yang mendapat
wasiat sekiranya tidak ada
wasiat maka walinya adalah
diutamakan kemudian barulah
mengikut urutan kekeluargaan
yang terdekat.
21

SYARAT SAH SOLAT


JENAZAH
i.

Disyaratkan seperti solat wajib:

ii.

Menutup aurat
Suci dari hadas kecil / hadas
besar.
Suci badan / tempat / pakaian.
Menghadap kiblat

Jenazah yang akan disolatkan


hendaklah terlebih dahulu
dimandikan dan dikafankan.

22

RUKUN SOLAT JENAZAH

i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.

Niat
Berdiri bagi yang kuasa
4 kali takbir termasuk takbiratul ihram
Membaca Fatihah selepas takbir pertama
Membaca selawat atas Nabi selepas takbir kedua
Doa khusus bagi mayat selepas takbir ketiga
Salam selepas takbir keempat
23

TEMPAT SOLAT JENAZAH


Jumhur ulamak
membolehkan
solat jenazah di
masjid atau di
rumah.

24

PENGKEBUMIAN JENAZAH
1.
a.
b.

c.

d.
e.

CARA CARA MEMBAWA


JENAZAH KE TANAH
PERKUBURAN
3 orang membawa pengusung,
seorang di hadapan, 2 orang di
belakang atau,
4 orang membawa pengusung,
2 di hadapan 2 di belakang
mengikut pendapat Imam
Nawawi.
Boleh dilakukan dengan
berbagai cara dan lebih afdal
orang yang mengiringi jenazah
berjalan di hadapan mengikut
pendapat Imam Syafie.
Orang yang mengiringi jenazah
berjalan di belakang mengikut
pendapat Imam Hanafi.
Sunat mengusung jenazah
didahului bahagian kepala.
25

PENGKEBUMIAN JENAZAH
f.

g.
h.
i.
j.
k.
l.

Mengusung jenazah perempuan / khunsa


dengan keadaan tertutup, haram hukumnya
menggunakan penutup jenazah dengan kain
sutera.
Sunat Muakkad orang yang mengusung jenazah
itu terdiri daripada kaum lelaki sahaja.
Sunat mengusung jenazah secara hormat dan
bersegera.
Disunatkan menghormati jenazah ketika lalu
dihadapannya.
Sunat bagi orang yang melihat jenazah
membaca doa untuknya.
Makruh membuat bising ketika mengusung
jenazah.
Dilarang percampuran lelaki dan perempuan
ketika mengiringi jenazah ke tanah perkuburan.

26

CARA MENGKEBUMIKAN JENAZAH


1.
2.
3.
4.

5.

Kubur yang telah disiapkan


mengikut keadaan setempat.
Tiga orang turun ke dalam kubur
untuk menyambutnya.
Jenazah hendaklah diturunkan
secara hormat dan diiringi doa
tertentu.
Orang yang lebih afdhal
memasukkan jenazah ke dalam
lahad adalah kerabatnya yang
terdekat dan mahramnya bagi
jenazah wanita.
Pendapat Imam Nawawi sunat
mengadang dengan kain ketika
jenazah diturunkan ke dalam
lahad terutama jenazah wanita.

27

6. Jenazah hendaklah diiringkan ke


arah kiblat dengan mukanya
dirapatkan ke dinding lahad dan
buka semua ikatannya.
7. Letakkan 3 kepal tanah di
bahagian belakang tubuh
jenazah.
8. Jenazah ditutup dengan papan
lahad dan ditimbus dengan tanah
setinggi sejengkal daripada
permukaan tanah.
9. Tandakan kubur dengan batu
nesan.
10.Siram dengan air.
28

PENGURUSAN SELEPAS
PENGKEBUMIAN

a.

TALKIN / TAZKIRAH KEMATIAN


( teks dan kaedah pembacaan talqin sewajarnya
diberikan nafas baru dalam bentuk yang lebih
menginsafkan untuk para jemaah yang hadir.)
29

PENGURUSAN SELEPAS
PENGKEBUMIAN
b.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

PENGURUSAN HARTA
SIMATI
Pembayaran hutang
piutang
Fidyah puasa
Zakat
Badal Haji
Nazar (jika diketahui)
Wasiat
Pembahagian harta
peninggalan simati
30

PENGURUSAN SELEPAS PENGKEBUMIAN


c. TAHLIL / KENDURI ARWAH
Tiada dalil yang qatie dalam AlQuran dan hadis mengenai amalan
tahlil arwah namun ia suatu perkara
yang dilakukan dengan membaca ayatayat yang tertentu dan zikir-zikir
membesarkan Allah swt.
Namun ia menjadi kesalahan
apabila ia dilakukan dengan ditentukan
harinya dan seakan berdosa apabila
meninggalkanya dan menjadikan ia
sebagai suatu perkara wajib apabila
berlakunya kematian.
Amalan ini juga sebagai suatu
cara untuk ahli keluarga memenuhi
amalan sunat untuk memberi makan
kepada orang ramai.

31

HIKMAH MENGINGATI MATI

Dengan mengingati mati akan menimbul rasa taqwa yang


mendalam untuk menjunjung perintah Allah s.w.t. dan
meninggalkan segala larangannya. Serta bersungguh-sungguh
berusaha memperbanyakkan harta kebajikan, dan pelajaran
sama ada untuk diri atau keluarganya.
Timbul rasa kasih sayang serta muhabbah sesama manusia,
khususnya keluarga, jiran dan masyarakat setempat yang kelak
disebut orang dengan kebaikan.
Lahir perasaan tanggungjawab hendak membimbing diri dan
keluarganya supaya bersungguh-sungguh beramal dan berbuat
kebajikan dalam menuntut keredhaan Allah.

32

Renungan
Apabila matinya anak
Adam maka
terputuslah segala
amalanya melainkan
3 perkara; amal yang
memberi
munafaat,sedekah
jariah dan anak-anak
soleh yang sering
mendoakan kebaikan
untuk dirinya. Maksud
Hadis
33

Doa-Doa Khusus





34



:

:

35

36


:




:



37

38

39

You might also like