You are on page 1of 6

TERHAD

PENGURUSAN JENAZAH DI MEDAN

PENDAHULUAN

1. Jenazah anggota yang beragama Islam perlu diurus mengikut tatacara syariah
Islam bagi menunaikan Fardhu Kifayah yang telah dipertanggungjawabkan kepada
masyarakat Islam. Bagi memenuhi kehendak syariah Islam, semua pasukan hendaklah
merujuk kepada pejabat agama masing-masing untuk urusan pengurusan jenazah.
Begitu juga jenazah yang bukan beragama Islam diuruskan juga oleh pegawai dan
anggota KAGAT disetiap formasi.

TINDAKAN SEMASA MENERIMA MAKLUMAT KEMATIAN

1. Memastikan perkara-perkara berikut:

a. Nama Si mati.

b. Tarikh, masa dan punca kematian.

c. Jantina si mati.

d. Status si mati (Islam/Non- Muslim)

e. Tempat pengurusan jenazah.

f. Maklumat waris si mati.

2. Menghubungi Pegawai/Staf KAGAT Formasi dan pasukan.

3. Menyediakan peralatan jenazah.

4. Pegawai Agama terkanan hendaklah membuat pembahagian tugas seperti


berikut:

a. Kumpulan persiapan kain kapan khususnya yang beragama Islam.


Penyediaan beg mayat bagi non muslim.

b. Kumpulan mandi.

c. Kumpulan sembahyang dan menghantar jenazah ke tanah perkuburan.

4-1
TERHAD
TERHAD

5. Pegawai Agama terkanan hendaklah melantik seorang ketua yang


bertanggungjawab agar urusan mandi jenazah bagi yang beragama Islam dan non
muslim dilakukan dengan baik.

TATACARA MEMANDIKAN JENAZAH (ISLAM)

1. Jenazah yang hendak dimandikan mestilah mengikut syarat-syarat berikut:

a. Hendaklah mayat orang Islam.

b. Cukup anggota atau sebahagian badannya.

c. Berumur enam bulan atau kurang, tetapi telah lengkap anggotanya.

d. Jenazah itu bukan mati syahid.

2. Tempat Mandi.

a. Dilaksanakan ditempat yang tertutup.

b. Jenazah itu diletakkan di atas tempat yang tinggi sedikit.

c. Aurat jenazah wajib ditutup dengan kain supaya tidak kelihatan warna
kulit.

d. Disunatkan menutup mukanya, (juga ketika dibawa ke tempat mandi), di


letakkan terlentang di atas papan mandi dan menghadap arah kiblat.

e. Membakar sedikit bau-bauan seperti gaharu atau kemenyan.

f. Dilarang orang yang tidak berkenaan dengan urusan mandi mengintai-


intai ketika jenazah dimandikan.

3. Tertib Mandi.

a. Menjirus dan menggosok jenazah dengan tertib dan lemah lembut,


jangan gopoh dan kasar.

b. Jangan sengaja hendak melihat aurat mayat. Semasa memandikan


jenazah hendaklah menutup badannya supaya auratnya terlindung*. Elok
demikian dalam sehelai kain sarung yang nipis supaya air meresap masuk dan
mudah pula bagi orang yang memandikan memasukkan tangan untuk
membersihkan mana-mana bahagian mayat yang perlu dibersihkan.

4-2
TERHAD
TERHAD

c. Mayat lelaki dimandikan oleh orang lelaki, mayat perempuan, dimandikan


oleh orang perempuan.

d. Orang yang memandikan mayat dan penolongnya hendaklah orang yang


amanah - supaya mereka dapat menjalankan tugas dengan sempurna dan dapat
menyimpan rahsia keaiban yang ada pada jenazah.

e. Tempat mandi hendaklah terlindung dari pandangan ramai. Hanya tukang


mandi dan penolong-penolongnya saja yang boleh hadir. Dalam pada itu,
dibolehkan bagi salah seorang kerabat si mati yang terdekat untuk turut hadir
walau tidak mengambil bahagian memandikan mayat.

f. Tidak membuat bising.

g. Tidak makan, minum atau merokok ketika melaksanakan urusan tersebut.

h. Wajib memakai sarung tangan sewaktu menyuci kemaluan atau mengurus


mayat yang uzur.

4. Memandikan Jenazah.

a. Sebelum Mandi.

(1) Dibersihkan najis mayat (meruang) dan membersihkan segala


kekotoran atau getah, kesan tembakan dan sebagainya yang terlekat
pada badan atau kuku mayat.

(2) Memastikan perut jenazah tiada najis lagi terlebih dahulu semasa
mandi supaya tidak ada najis yang keluar lagi sesudah dimandi dan
dikafankan. Caranya adalah dengan dudukkan mayat (di atas papan
mandi) dalam keadaan condong sedikit ke belakang, dan menahan
belakangnya dengan lutut kanan sambil memegang belikatnya dengan
tangan kanan (dengan meletak ibu jari di tengah-tengah tengkuknya
supaya kepalanya tegak), dan urut perutnya perlahan-lahan dengan
tangan kiri.

(3) Siram air secukupnya untuk membersihkan benda-benda yang


keluar.

(4) Setelah dikosongkan perut hendaklah ditelentangkan semula


mayat itu di atas papan mandi dan orang yang memandikannya
hendaklah membersihkan kemaluan dan celah-celahnya (menggunakan
sarung tangan).

4-3
TERHAD
TERHAD

(5) Orang yang memandikan jenazah hendaklah membersihkan gigi


mayat, lubang hidunganya, lubang telinga dan celah-celah kukunya
menggunakan sarung tangan yang bersih. Kemudian diwudhu'kan dengan
sempurna (meliputi yang fardhu dan sunat). Setelah itu baru dimandikan
dari bahagian kepala hingga ke hujung kaki meliputi seluruh tubuhnya.

b. Cara Mandi.

(1) Basuh seluruh kepala, muka dan lehernya 3 kali.

(2) Basuh sebelah kanan (lambung kanan) meliputi bahu, ketiak,


tangan kanan, dada, rusuk, perut, kemaluan, celah-celah kelangkang dan
paha kanan hingga ke hujung kaki kanan 3 kali.

(3) Basuh sebelah kiri (lambung kiri) meliputi bahu, ketiak, tangan kiri,
dada, rusuk, perut, kemaluan, celah-celah kelangkang dan paha kiri
hingga ke hujung kaki kiri 3 kali.

(4) Kemudian diiringkan rusuk kanan ke atas dan basuh lambung


kanannya bahagian belakang meliputi bahu, belakang badan, rusuk,
punggung, peha kanan dan terus ke hujung kaki kanannya 3 kali.

(5) Kemudian diiringkan rusuk kiri ke atas dan basuh lambung kirinya
bahagian belakang meliputi bahu, belakang badan, rusuk, punggung,
peha kiri dan terus ke hujung kaki kirinya 3 kali.

(6) Mandian pertama dengan menggunakan air sabun. Kemudian


diikuti dengan mandian kedua dengan air yang bersih.

(7) Setelah bersih, diwudhu'kan dengan niat,

" Sahaja aku wudhukan mayat ini kerana Allah"

Lafaz niat bagi lelaki:

"Nawaitul wudhu 'an hazal maiti lillahi ta'ala"

Lafaz niat bagi perempuan:

"Nawaitul wudhu' 'an hazihil maitati lillahi ta'ala"

(8) Kemudian mandi dengan air bercampur kapur barus. Caranya air
bersih dicampur sedikit air kapur barus yang sekira-kiranya tidak
mengubah hukum air mutlak, kemudian dijirus sunat diniatkan:

4-4
TERHAD
TERHAD

" Sahaja aku mandi mayat ini kerana Allah Taala"

Lafaz niat bagi lelaki:

"Nawaitul ghusla ala hazal maiti lillahi ta'ala"

Lafaz niat bagi perempuan:

"Nawaitul ghusla ala hazihil maitati lillahi ta'ala"

(9) Proses mandi ini sama juga seperti mandi dengan air sabun dan air
bersih yang lalu. Kemudian ulang 2 kali dengan menambah kapur barus
lebih tua sedikit supaya baunya lebih keras. Semasa menjirus, sunat
membaca:

"Ghufranaka rabbana rahman wa ilaikal masir"

c. Rumusan. Jumlah mandi mayat kesemuanya lima kali iaitu :

(1) Satu kali mandi dengan air sabun.


.
(2) Satu kali mandi dengan air bersih.
.
(3) Tiga kali mandi dengan air kapur barus.

MENGKAFANKAN JENAZAH

1. Menurut huraian ulama, 'kafan' yang wajib bagi mayat ialah sehelai kain yang
dapat menutup aurat dan membalut tubuhnya.

2. Boleh digunakan sebarang kain yang biasa atau uniform yang dipakai oleh si
mati semasa hidupnya tetapi yang afdhal ialah kain putih.
3. Kain kafan, sungguhpun yang wajibnya ialah selapis, namun 'mayat lelaki' sunat
dikafankan dalam tiga lapisan (tiga potongan kain), tiap-tiap satu dapat menutup
seluruh badannya - dari hujung rambut hingga ke hujung kakinya.

4. Mayat lelaki tidak harus dikafankan dalam kain sutera kerana haram bagi lelaki
memakainya semasa hidup.

5. Mayat perempuan boleh dikafan dalam kain sutera. Ia halal dipakai oleh
perempuan.

4-5
TERHAD
TERHAD

6. Setengah ulama pula mengatakan makruh hukumnya jika mayat perempuan


dikafankan dengan kain sutera kerana perbuatan yang demikian adalah membazir dan
kain yang mahal lebih layak dipakai oleh orang yang hidup.

7. Jika sukar mendapat sebarang kain (kerana keadaan darurat), maka mayat
boleh dikafankan dengan sebarang benda yang boleh membalut badan - seperti tikar,
daun-daun pokok tanaman dan sebagainya.

8. Mayat lelaki juga harus dikafankan dalam lima lapis, iaitu tiga lapis tersebut tadi,
ditambah dengan baju dan serban.

9. Mayat perempuan pula sunat dikafankan dengan lima lapis, iaitu kain yang
membalut bahagian badannya; antara pusat dan lututnya; kemudian baju kurung;
kemudian telekung yang menutup kepala; kemudian dua lapis kain lebar yang dapat
membalut seluruh tubuhnya, dari hujung rambut hingga ke hujung kakinya. Mayat
khunsa demikian juga.

Peringatan. Perbuatan membasuh mayat dengan air bercampur sabun


kemudian membilasnya, tidak dikira. Itu hanya seperti membersihkan badannya.Yang
diambil kira ialah mandi yang akhir, iaitu memandikan mayat dengan air yang
dicampurkan sedikit kapur barus. Sekiranya keadaan di medan perang tidak
mengizinkan untuk pelaksanaan urusan jenazah maka jenazah tersebut tidak perlu
dimandikan dan dikapankan, cukuplah sekadar jenazah tersebut diletakkan di dalam
beg plastik mayat dan ditanam di tanah pekuburan sementara dan kubur tersebut perlu
ditanda. Dan sekiranya keadaan sudah kembali pulih maka jenazah tersebut perlu
diuruskan seperti biasa.

4-6
TERHAD

You might also like