You are on page 1of 9

ADAT KEMATIAN

Mengikut ajaran Islam, mayat perlu dimuliakan dan dihormati daripada jasad yang hidup. Dalam masyarakat Melayu yang rataratanya beragama Islam, kewajiban menguruskan mayat saudara sesama Islam adalah fardu kifayah.

Perkara pertaman yang perlu dibuat oleh keluarga si mati ialah memberitahu kepada tok imam. Mayat diletakkan di ruang tengah rumah dan dibaringkan serta ditutup dari kepala hingga ke kaki dengan sehelai kain. Kepala dihadapkan ke arah kiblat dan kedua-dua tangannya dikiamkan. Orang yang menziarah si mati akan menyedekahkan ayat-ayat suci Al-Quran

Sebarang jamuan tidak akan diadakan semasa mayat masih berada di dalam rumah. Sebelum mayat dikebumikan, mayat dimandikan oleh tukang mandi dengan tertib dan cermat. Namun, mereka yang paling baik memandikan mayat ialah di kalangan ahli keluarga si mai sendiri.

Jenazah seterusnya dikapankan, iaitu dengan cara membalut badan mayat dengan kain putih. Jenazak lelaki menggunakan tiga lapisan manakala jenazah wanita pula sebanyak lima lapis berserta telekung. Jenazah dipakaikan celak dan dibubuh kapur barus. Ahli keluarga yang terdekat dan muhrim dibenarkan mengucup mayat tetapi disyaratkan air mata tidak menitis pada tubuh jenazah. Mayat seterusnya disembahyangkan sama ada di rumah atau di masjid.

Sebelum jenazah dimasukkan di ke dalam keranda, wakil si mati akan memberi ucapan ringkas dan memohon ampun dan maaf bagi pihak si mati. Sebelum keranda diusung, ahli keluarga terdekat akan lalu sebanyak 3 atau 7 kali di bawah keranda supaya tidak terasa rindu pada si mati.

Jenazah dimasukkna ke dalam keranda dan diusung ke tanah perkuburan. Kaum wanita kurang digalakkan menghantar jenazah hingga ke kubur kerana dikhuatiri akan meratapi kematian tersebut. Tangisan dan ratapan yang berlebihan terutamanya di tanah perkuburan tidak digalakkan dalam Islam.

SEMASA PENGEBUMIAN

Sebelum ditimbus, siak atau sesiapa yang hadir akan turun ke dalam kubur dan membuka papan tutup keranda itu dan mengerangkan mayat serta membukakan ikatan di kepala. Kepala mayat akan disendalkan dengan tanah yang dikepal-kepal Seleas diazakan di telinganya, barulah keranda ditutup dan tanah ditimbus.

Kenduri arwah dan doa selamat akan diadakan. Kenduri diadakan pada hari pertama, ketiga, ketujuh, keempat puluh empat atau keseratus hari. Tujuannya adalah untuk mendoakan kesejahteraan si mati yang berada di alam barzakh.

SELEPAS KEMATIAN

You might also like