You are on page 1of 14

ADAT ISTIADAT

ORANG ASLI .
PENGENALAN :-

• Masyarakat ini boleh dikategorikan kepada tiga kumpulan utama iaitu


Melayu Proto, Senoi dan Negrito serta terdapat enam suku Orang Asli bagi
setiap kumpulan utama berkenaan.
• Suku berkenaan adalah Mendriq, Lanoh, Kensiu, Bateq, Kintaq, Orang
Kanaq, Orang Seletar, Temuan, Semelai, Orang Laut, Jahai, Jakun, Jah Hut,
Temiar, Mah Meri, Semai, Che Wong dan Semoq Beri.
ADAT DALAM PERKAHWINAN :

Perkahwinan di antara saudara sepupu dilarang sama sekali


Pengantin harus berbeza dari kawasan berlainan
I. MERISIK

• Sekiranya lelaki dan perempuan menunjukkan minat di antara satu sama lain,
si lelaki akan memberitahu keluarganya.
• Kemudian, ibu bapa lelaki tersebut akan mencari ibu bapa perempuan (atau
waris kedim) untuk merisik gadis tersebut.
• Tujuan merisik adalah untuk menyiasat sama ada gadis yang dihajati itu
sudah bersuami ataupun belum.
II. BERTUNANG

• Apabila sampai hari pertunangan, pihak lelaki akan menyediakan “barang ganda” atau
hantaran.
• Contoh hantaran ialah barangan keperluan wanita dari hujung rambut hingga ke hujung
kaki seperti sepit rambut, minyak rambut, sikat, alat solek (bedak, minyak wangi, pewarna
kuku), pengetip kuku, cermin muka, benang, jarum, gunting, kain ela, kasut edan duit.
• Pihak perempuan pula akan membalas dengan tikar dan bantal. Jika adik berkahwin dulu
dari kakak (langkah bendul), si kakak berhak mendapatkan ‘hantaran' sebagaimana yang
diterima oleh adiknya.
III. PERNIKAHAN

• Apabila sampai tarikh perkahwinan (pernikahan), ibu bapa akan mencari saudara mara, waris
kedim sebelah mak.
• Kesemuanya dijemput dengan bujam penjemput dan bujam penerang. Perbilangannya
berbunyi :-

Cicir nak dipungit, hilang nak dicari


Yang jauh nak dilaung, yang dekat nak dirapat
Yang jauh nak mencari waris, yang dekat nak mencari pakat
IV. ADAT NIKAH YANG TELAH DITETAPKAN
OLEH LEMBAGA ADAT IALAH :-

• Sirih Sebujam (mengandungi daun sirih, pinang, kapur, gambir, daun rokok,
tembakau, mancis atau pemetik api) – Adat 20
• Duit RM14 (anak buah pusako), RM7.30 (anak buah biasa)
• Kain putih panjang 10 (10 kaki atau tiga meter)
V. SAMBUT MENANTU

• Selang seminggu dari hari pernikahan, pasangan suami isteri bersama kaum
keluarga pengantin perempuan akan pergi ke rumah atau kampung suami.
• Biasanya akan diadakan majlis makan secara kecil-kecilan bagi
memperkenalkan si isteri kepada saudara mara sebelah pengantin lelaki.
ADAT DALAM KEMATIAN

• Istilah kata lain bagi berita kematian “dah lalu”


• Orang kampung akan berkumpul di rumah si mati.
• Orang lelaki pula akan menggali kubur.
I. SEMASA MENUNGGU JENAZAH

• Pasang pelita di kaki kiri & kanan


• Jari tangan si mati akan dipancak silang dan diletakkan di atas dada
• Kepala mayat diletakkan ke arah matahari mati
• Jika si mati adalah Lembaga adat, ia akan ditutup dengan kain hitam
• Mayat mesti dijaga rapi supaya tidak dilangkah oleh kucing kerana
dipercayai akan menjadi hantu
II . SEMASA MENGUSUNG JENAZAH

• Sekiranya orang lain/warisnya yang mengusung jenazah, mereka perlu


dibayar. Nilai bagi sebelah kepala RM7.00,begitu juga bahagian kaki
RM7.00 ataupun boleh juga diberikan lembing untuk bahagian kak dan keris
untuk bahagian kepala.
• Sekiranya Lembaga adat, keranda perlu ditutup dengan kain hitam dan
dipayungkan dengan payung hitam. Ketia hendak keluar dari rumah, tiga das
tembakan senapang atau meriam dilepaskan
III. SEMASA DI KUBUR

• Kalau perempuan atau lelaki yang belum berkahwin akan diletakkan batang pisang
• Kalau budak kecil pula akan diletakkan jantung pisang sebagai ganti botol susu
• Mayat akan dimandikan dengan batang pisang, biar sejuk
• Di tapak tangan mayat dicalitkan dengan tanda ‘x’ menunjukkan penghabisan hidup
• Dikapankan dengan lain berwarna putih
• Buat ‘perengi’ atau ancak tempat bagi makan roh si mati
IV. KEADAAN KUBUR

• Kalau perempuan menyereng dan buat bilik. Mayat akan diletakkan di dalam bilik
• Kepala diletakkan ke arah matahari mati
• Kalau lelaki mayatnya akan diletakkan secara telajuk
• Ukuran kubur : dalam 7 kaki, lebar 3 kaki dan panjang mengikut saiz mayat
• Disusun di atasnya denga tujuh batang kayu
• Di atas kubur akan diletakkan dengan tiang dakak(batu nisan)
• Tanah badan diletakkan semula ketika kubur disimen pada hari ketujuh
V. SEBELUM MENINGGALKAN KUBUR

• Beri makan roh si mati dan kemiyan akan dibakar


• Bunyikan loceng 7 kali atau hentak kaki 7 kali dan sebut nama si mati, suruh roh si mati
bangun makan. (bagi makan 3 kali – hari ke 3, hari ke 7 dan hari ke 100)
• Semasa di dalam perjalanan pulang ada orang yang akan taburkan beras basuh (tepung
tawar) supaya hantu tak ikut balik
• Pihak keluarga si mati akan membasuh tangan orang yang pergi ke kubur dengan isi
limau, beras dan daun serai. Air akan disembur menggunakan daun serai meghilir sungai.
Tujuannya ialah untuk membayar hutang kemalik.

You might also like