You are on page 1of 7

KERTAS KERJA

BULAN DAKWAH
PERINGKAT SEKOLAH
2017

( 3 SEPT – 3 OKT 2017 )


KARNIVAL DAKWAH

1.0 PENDAHULUAN
Penghayatan terhadap Al-Quran sebagai panduan umat Islam adalah amat
penting untuk diterjemahkan dalam pelbagai bentuk amalan seharian.
Karnival Dakwah ini merupakan salah satu aktiviti melibatkan acara Tilawah
Al-Quran, hafazan, syarahan agama, nasyid kontemporari, kalimatussobah,
kuiz pengajian Islam, hiwar dan tulisan khat. Kepelbagaian aktiviti ini diharap
dapat mencapai matlamat untuk membentuk dan melahirkan insan beriman
yang mampu mengaplikasikannya dalam pelbagai aspek terutama sebagai
penyatuan ummah,agar keamanan,keharmonian dan silaturrahim yang
dikecapi hari ini akan berterusan.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Menanam minat membaca, menghayati dan mengamalkan isi


kandungan Al-Quran.

2.2 Memantapkan sebutan dan bacaan serta kemahiran pengajaran Tilawah


dan hafazan Al-Quran.

2.3 Menanam minat dan cinta akan tulisan jawi serta mahir dalam bacaan
dan penulisan khat.

2.4 Mengukuhkan dan memperkasakan mata pelajaran dan penguasaan


Bahasa Arab dalam kalangan pelajar.

2.5 Memperkembangkan potensi, bakat dan kebolehan murid dalam aktiviti


keagamaan.

2.6 Mengeratkan silaturrahim dalam kalangan guru-guru, pelajar dan warga


pendidik.

3.0 TARIKH PELAKSANAAN

Tarikh : 3 September hingga 3 Oktober 2017


Tempoh : Sebulan
Masa : 2:30 hingga 5:00 petang
4.0 TEMPAT

4.1 Dewan Sri Gemilang

4.2 Bilik Darjah

4.3 Bilik-bilik Khas

5.0 KUMPULAN SASARAN

5.1 Semua Pelajar Islam

6.0 PENGISIAN PROGRAM

6.1 Tilawah Al-Quran ( Lelaki/ perempuan)

6.2 Hafazan ( Lelaki/ Perempuan )

6.3 Syarahan Agama ( Lelaki/ perempuan)

6.4 Kalimatussobah (terbuka)

6.5 Tulisan Khat (terbuka)

6.6 Nasyid (terbuka)

6.7 Hiwar (terbuka)

6.8 Da’ie (terbuka)

7.0 JADUAL PROGRAM

Bil. Acara Tarikh Tempat Masa

1 Syarahan Agama (L/P) 7/ 9/ 2017 Pusat Sumber 7:30 pg


2 Tilawah Al-Quran (L/P) 8/ 9/ 2017 Surau Nurul Hidayah 2:30 ptg

3 Hafazan (L/P) 8/ 9/ 2017 Wadah Informasi 2:30 ptg

4 Kalimatussobah 9/ 9/ 2017 Bilik Mesyuarat Intelek8:00 pg

5 Tulisan Khat 9/ 9/ 2017 Bilik Al-Khawarizmi 8:00 pg

6 Hiwar 14/ 9/ 2017 Bilik wawasan 7:30 pg

7 Da’ie 15/ 9/ 2017 Bilik Ujana Ilmu 8:00 pg

8. Nasyid 16/ 9/ 2017 Dewan Sri Gemilang 8:00 pg

* Tertakluk kepada perubahan

8.0 SUMBER KEWANGAN

8.1 Dana Aktiviti Pendidikan Islam


8.2 Yuran penyertaan

9. 0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Bi Perbelanjaan Perkara Jumlah
l.
1. Sijil 180 orang X RM2 RM360.00
2. Hadiah Pertama ( RM15 X 8 acara ) RM120.00
Kedua ( RM10 X 8 acara ) RM80.00
Ketiga ( RM 5 X 8 acara ) RM40.00
Saguhati ( RM2 X 80 orang) RM160.00
Jumlah RM400.00
3 Alat tulis A4 Paper One 500’s RM54.50
Majong paper RM60.00
Magnetic RM 7.00
B4 PVC Bag RM14.00
Faber Castell Tack-it RM13.20
Stick Note RM12.00
A Star Thumb Tacks RM 1.40
Max Staples 1208F RM10.45
Max Guntecker RM34.00
CP A4 Exam Sheet RM22.85
Jumlah RM235.00
JUMLAH KESELURUHAN Rm995.00

10.0 AHLI JAWATANKUASA

Pengerusi : Pn hajah Zainuriah binti Aman


( GPK Pentadbiran SMK Dato’ Penggawa Barat )
Naib Pengerusi : Tn. Hj.d. Azmi bin Markam
( GPK Hem SMK Dato’ Penggawa Barat )
Naib Pengerusi 1 : En. Mohd. Hamzah bin Hassan
( GPK Kokurikulum SMK Dato’ Penggawa Barat )
Setiausaha : Tn. Hj. Abd. Shukor bin Talib
( Penyelaras Dakwah SMK Dato’ Penggawa Barat )

Bendahari : Pn Wan Anida binti Wan Ibrahim

AHLI JAWATANKUASA

Tajaan dan Sponsor


Tn. Hj. Abd. Shukor bin Talib
En. Sharunnizam bin Bunjamin
En. Ramli bin Sulaiman
Pn Hjh Zainab binti Watak

Pendaftaran
Pn. Hjh. sadiah binti Ali
Pn. Hjh. Norani binti basri
Pn. Zabilin binti Harjin

Persiapan Tempat dan Pengurusan Pertandingan

i) Tilawah Lelaki/ Perempuan ( Surau Nurul Hidayah )


Tn. Hj. Abd. Shukor bin Talib
ii) Hafazan Lelaki/ Perempuan ( wadah Informasi )
Pn Hjh Sadian binti Ali

iii) Syarahan Agama (Pusat Sumber)


Pn Rashidah binti Hassan

iv) Tulisan Khat ( Bilik Al-Khawarizmi )


En. Zaid bin Man

Vi) Kalimatussobah ( Bilik Mesyuarat Intelek)


Pn Malida binti Abdul Majid

vii) Hiwar (Bilik Wawasan )


Pn Hjh Hamidah binti Aris

Viii ) Da’ie ( Dewan Sri Gemilang )


En Haris bin Mustafa

Ix ) Nasyid ( Dewan Sri Gemilang )


Pn Wan Anida binti Wan Ibrahim
En Azman bin Abd Aziz@ Nong

Buku Program
Cik Norhasnita binti Abd Malik
Cik Marlia binti Awang

Hadiah dan Cenderamata


Pn Siti Rahmah binti Abd. Rahman
Pn Hjh Zanariah binti Othman

Fotografi dan rakaman


En. Anuar bin Salleh
Tn Hj Shairul Azman bin Bahari

PA Sistem Dewan Sri Gemilanhg


En Mohd Amin bin Kasbin
En razlan bin Hamidon

Sijil Peserta / Hakim


Pn. Norhidayati bin Jamari
Pn Afzan binti Othman

11.0 Penutup
Mudah-mudahan bulan dakwah ini akan berupaya memantapkan sahsiah
dan seterusnya dapat mencungkil bakat dan ketrampilan diri pelajar ke tahap
yang maksima. Namun segala usaha ini diharapkan mendapat kerjasama yang
sewajarnya daripada seluruh warga sekolah agar matlamat dan objektif yang
telah digariskan dapat dicapai dengan jayanya.
Adalah di harapkan program ini akan mencapai kejayaan dan mampu
menerapkan nilai-nilai murni melalui pertandingan yang dijalankan sebagai
amalan secara berterusan. Ia juga diharapkan dapat menanam rasa keinsafan,
kesyukuran dan kecintaan murid-murid kepada Allah dan Rasullullah serta
tuntutan agama Islam sebagai panduan hidup muslim yang sempurna.

,Disediakan oleh ,Disahkan oleh

........................................ ........................................
(ABD. SHUKOR BIN TALIB) (HJ.HASHIM BIN MOHD. DOM)
,Penyelaras Dakwah ,Pengetua
.SMK Dato’ Penggawa Barat .SMK Dato’ Penggawa Barat

You might also like