You are on page 1of 2

Tulis semula petikan di bawah dalam tulisan jawi

Kita wajib berbuat baik dengan memberi sepenuh perhatian kepada percakapan, suruhan serta larangan
ibu bapa yang tidak bertentangan dengan prinsip akidah dan syariat Islam.

( 6 markah )

Tulis semula petikan di bawah dalam tulisan jawi


Kaum Thamud dianugerahkan kekayaan dan kemewahan hidup, tetapi mereka angkuh dan menuduh
Nabi Soleh a.s pendusta. Mereka dibinasakan dengan halilintar yang kuat dan gempa bumi yang
dahsyat. .
( 6 markah )

Tulis semula petikan di bawah dalam tulisan jawi


Salah satu sebab doa seseorang tidak dimakbulkan Allah SWT adalah berpunca daripada pengambilan
makanan dan minuman yang haram dan memakai pakaian yang tidak menutup aurat.
( 6 markah )

Tulis semula petikan di bawah dalam tulisan jawi


Sisa bahan buangan kilang seperti sisa toksid yang dibuang ke dalam sungai oleh pihak yang tidak
betanggongjawab. Pembuangan sampah,minyak dan najis yang dibuang ke dalam air.
( 6 markah )

Tulis semula petikan di bawah dalam tulisan jawi


Unsur-unsur maksiat dan khurafat hendaklah dijauhi dalam majlis walimatul-urus seperti mengadakan
upacara tepung tawar dan percampuran bukan mahram tanpa batasan yang diamalkan oleh kebanyakan
masyarakat Islam.
( 6 markah )

Tulis semula petikan di bawah dalam tulisan jawi


Hamka seumpama sebutir permata yang amat berharga kepada umat Islam di seluruh alam Melayu.
Kesabaran dan keazaman Hamka menuntut Ilmu serta mengamalkannya adalah rahsia utama
kejayaannya. .
( 6 markah )

Tulis semula petikan di bawah dalam tulisan jawi


Penglibatan dalam ajaran sesat menjadikan diri seseorang itu tidak pro - aktif dan membuang masa.
Perkara ini akan menjejaskan prestasi ekonomi negara yang bergantung sumbangan setiap individu.
( 6 markah )

Tulis semula petikan di bawah dalam tulisan jawi


Orang mukmin berkewajipan menginfakkan sebahagian harta yang disayangi untuk jalan Allah SWT
seperti membantu fakir miskin dan mendermakannya kepada pertubuhan yang melaksanakan program
dakwah Islamiah.
( 6 markah )

Tulis semula petikan di bawah dalam tulisan jawi


Banyak melakukan ibadat sunat seperti Qiamulail dan tilawah al-Quran kerana ibadat-ibadat tersebut
akan melembutkan hati dan menambahkan keimanan serta kecintaan kepada Allah SWT dan rasulNya
(6 markah )

Tuliskan semula petikan di bawah dengan tulisan jawi.


Hutang hendaklah dibayar dengan segera kecuali apabila orang yang berhutang meminta pihak lain
membayar bagi dirinya. Jika tidak berdaya maka hendaklah berunding dengan orang yang
memberi hutang.

Tulis semula petikan berikut dengan tulisan jawi.

Kita hendaklah berazam dan merancang untuk menunaikan ibadat haji dalam usia yang muda.
Dengan itu, seseorang perlu berkerja keras untuk meningkatkan pendapatan, berjimat cermat dan
menyimpan wang untuk menunaikan fardu haji. Perbuatan berhutang atau bergadai harta dengan
tujuan untuk menunaikan fardu haji adalah tidak menepati kehendak syariat.
[ 6 markah ]

Tulis semula petikan berikut dengan tulisan jawi.

Kita hendaklah berterima kasih kepada ibu bapa yang sanggup berkorban untuk membesarkan dan
mendidik kita. Guru-guru juga merupakan insan yang patut kita berterima kasih kerana sumbangan
mereka banyak mencurahkan ilmu pengetahuan dan kemahiran. Begitu juga kepada pemimpin yang
jujur dan sentiasa berusaha memajukan negara supaya rakyat hidup aman dan makmur.

Tulis semula petikan berikut dengan tulisan jawi.

( i ) Allah SWT menggunakan akal kepada manusia supaya mereka menjadi makhluk yang istimewa
berbanding makhluk-makhluk yang lain.
( ii ) Melalui akal manusia berfikir berusaha dan mereka cipta sesuatu yang boleh meningkatkan taraf hidupnya.
( iii ) Kita disuruh menuntut ilmu bagi mempertingkatkan daya fikir, melakukan perubahan dan meningkatkan
taraf ekonomi dan sosial'

You might also like