You are on page 1of 4

Huruf hamzah (‫ )ء‬dalam kelompok C yang berada di tengah perkataan ditulis di sebelah atas

“rumah” yang disediakan sebagai penyambung antara huruf yang sebelumnya dengan yang
selepasnya. Contohnya:

Ejaan Jawi Padanan Jawi


‫ديئت‬ Diet
‫ݢالسيئر‬ Glasier
‫مسئله‬ Masalah
‫اوريئينتاسي‬ Orientasi
‫تهنيئه‬ Tahniah

Huruf hamzah (‫ )ء‬ditulis pada kedudukan separas dengan huruf lain sebagai pemisah anatara dua
bunyi vokal, iaitu:

-[ai] -[ao] -[au]

-[ui] -[oi] -[ué] -[ue]


Contohnya:
Ejaan Jawi Padanan Rumi
‫اءير‬ Air
‫باءيق‬ Baik
‫تاءوءيسمى‬ Taoisme
‫اءور‬ Aur
‫باءو‬ Bau
‫باءوکسيت‬ Bauksit
‫بوءيه‬ Buih
‫کروءيڠ‬ Keruing
‫کوءيني‬ Kuini
‫ڤوءيسي‬ Puisi
‫الکالوءيد‬ Alkaloid
‫استروءيد‬ Asteroid
‫فيبروءيد‬ Fibroid
‫کوءير‬ Koir
‫بنڠکوءت‬ Bankuet
‫دوءيت‬ Duet
‫ايفلوءنزا‬ Influenza
‫کونستيتوءن‬ Konstituen
‫کونسيکوان‬ Konsekuen
‫فريکوءنسي‬ Frekuensi
Catatan : huruf hamzah (‫ )ء‬tidak digunakan dalam deretan vokal

-[ia] -[iu] -[io] -[ua] -[ea] -[oa]

Ejaan Jawi Padanan Rumi


‫بياسا‬ Biasa
‫ݢليات‬ Geliat
‫ڤريا‬ Peria
‫سياڤ‬ Siap
‫ترياق‬ Teriak
‫ميلينيوم‬ Milenium
‫ڤريۏيو‬ Previu
‫ڤريميوم‬ Premium
‫تيوڤ‬ Tiup
‫سليوه‬ Seliuh
‫بيوال‬ Biola
‫بواه‬ Buah
‫کتوات‬ Ketuat
‫تواال‬ Tuala
‫بيا‬ Bea
‫کواال‬ Koala

Huruf hamzah (‫ )ء‬ditulis tanpa “rumah” pada kedudukan separas dengan huruf lain apabila diapit
oleh huruf alif (‫ )ا‬dengan huruf ya (‫ )ي‬bagi diftong [ai] atau huruf huruf alif (‫ )ا‬dengan huruf wau (‫)و‬
bagi diftong [au] di awal kata.

Cntohnya:

Ejaan Jawi Padanan Rumi


‫اءيلرون‬ Aileron
‫اءسيڠ‬ Aising
‫اءوديت‬ Audit
‫اءوتوماتيک‬ Automotik

Huruf hamzah (‫ )ء‬di tengah atau diakhir kata ditulis seperti kedudukannya dalam bahasa Arab bagi
istilah keislaman.

Contohnya:

Ejaan Jawi Padanan Rumi


‫انبياء‬ Ambia
‫داراألخرة‬ Darulakhirat
‫مؤذن‬ Muazin
‫مؤمين‬ Mukmin
‫مأموم‬ Makmum
‫قارية‬ Qariah
‫قراءن‬ Quran
‫وضوء‬ Wuduk
‫يأجوج و مأجوج‬ Yakjuj wa Makjuj

Huruf hamzah (‫ )ء‬tanpa ”rumah” pada kata serapan daripada bahasa arab hendaklah pada
kedudukan separas dengan huruf lain.

Contohnya:

Ejaan Jawi Padanan Rumi


‫داءيره‬ Daerah
‫دعاء‬ Doa
‫فاءيده‬ Faedah
‫امالء‬ imlak
‫مندعاكن‬ Mendoakan
‫مڠعلماءكن‬ Mengulamakan
‫سوءال‬ Soal
‫علماء‬ Ulama
‫وباء‬ Wabak

Huruf hamzah (‫ )ء‬yang berada di atas atau dibawah huruf alif (‫ )ا‬digunakan untuk mengeja nama “e”,
dan membezakan pasangan homograf, iaitu pasangan kata yang mempunyai ejaan yang sama tetapi
mempunyai sebutan dan makna yang berbeza. Contohnya:

Ejaan jawi Padanan Rumi


‫إي‬ ”e” (nama huruf)
‫ميل‬-‫إي‬ e-mel
‫داݢڠ‬-‫إي‬ e-dagang

Ejaan bagi membezakan pasangan hemograf

Ejaan Jawi Padanan Rumi Pasangan Homograf Padanan Rumi


‫ايه‬ Eh ‫ايه‬ Ayah
‫اين‬ Inn ‫اين‬ Ini
‫اڠ‬ Ang ‫اڠ‬ Ng
‫اوڠ‬ ong ‫اوڠ‬ awang

Huruf hamzah (‫ )ء‬digunakan sebagai pengganti sebagai huruf alif (‫ )ا‬yang kedua apabila terdapat
urutan bunyi yang didahului oleh vokal [a] dan diikuti oleh vokal yang lain di tengah kata.

Contohnya :

Ejaan jawi Padanan Rumi


‫ياءيت‬ Iaitu
‫کاراءوکي‬ Karaoke
D‫ستياءوسها‬ Setiausaha

Huruf hamzah (‫ )ء‬digunakan sebagai pengganti huruf alif (‫ )ا‬awal kata dasar, khusus kata dasar yang
bermula dengan vokal selain [a], apabila menerima imbuhan awalan asing. Contohnya :

Ejaan Jawi Padanan Ejaan


‫ڤراءوسول‬ Prausul
‫سوبئيديتور‬ Subeditor
‫سوڤرءودينت‬ Superodinat
‫اولتراءوڠو‬ ultraungu
‫ڤرااڠݢڤ‬ Praanggap
‫ڤرااخير‬ Praakhir
‫سوبأسيد‬ Subasid

Penggunaan hamzah (‫ )ء‬tunggal di tengah garisan atau pada kedudukan tiga suku daripada
ketinggian huruf alif (‫ )ا‬tidak dianggap sebagai bentuk baku, tetapi masih lagi boleh digunakan untuk
sementara waktu

You might also like