You are on page 1of 3

Jenis-jenis Hamzah

HURUF hamzah sering menjadi perhatian kepada pencinta tulisan jawi kerana memerlukan
kefahaman untuk menentukan jenis hamzah yang perlu ditulis dalam perkataan. Jenis dan
kedudukan hamzah dalam tulisan jawi mesti mengikut kaedah yang telah ditentukan. Yang
berikut ialah jenis hamzah yang digunakan dalam tulisan jawi:
1. Hamzah di atas huruf alif
2. Hamzah di bawah huruf alif
3. Hamzah ¾
4. Hamzah setara
5. Hamzah berumah
 
1. Hamzah di atas huruf alif ( ‫أ‬ )
Hamzah jenis ini ditulis kerana kehadiran imbuhan awalan se, ke dan di pada ejaan kata yang
bermula dengan huruf alif. Contoh hamzah di atas huruf alif boleh dilihat pada jadual di bawah:

agama ‫ا ݢام‬ seagama ‫سأ ݢام‬

imbang ‫ايمبڠ‬ seimbang ‫سأيمبڠ‬

atas ‫اتس‬ ke atas ‫کأتس‬

udara ‫اودارا‬ ke udara ‫کأودارا‬

isi ‫ايسي‬ diisi ‫دأيسي‬

angkat ‫اڠکت‬ diangkat ‫دأڠکت‬

2. Hamzah di bawah huruf alif ( ‫إ‬ ) 


Hamzah di bawah huruf alif hanya ada pada tiga ejaan perkataan sahaja iaitu Islam, e dan eh.

keislaman ‫کإسالمن‬

Islam ‫إسالم‬ diislamkan ‫دإسالمکن‬

e-operasi ‫اوڤراسي‬-‫إي‬

e-dagang ‫داݢڠ‬-‫إي‬

e ‫إي‬ e-mail ‫ميل‬-‫إي‬

eh ‫إيه‬

3. Hamzah ¾
Hamzah ¾ digunakan pada ejaan kata bukan daripada bahasa Arab. Kadar ketinggian hamzah
jenis ini adalah ¾ huruf alif. Saiznya sama dengan huruf lain. Ada beberapa panduan untuk
menulis hamzah ¾ . Iaitu:
lauk ‫الءوق‬

au prausul ‫ڤرا‌‌ءوصول‬

vokal berganding ai baik ‫باءيق‬

  ui kuih ‫کوءيه‬

an selepas vokal [a] keadaan ‫کأداءن‬

i selepas vokal [u] melalui ‫ماللوءي‬

Imbuhan akhiran i selepas vokal [a] rasai ‫راساءي‬

ong ‫ءوڠ‬
Ejaan nama kaum
Tionghoa   ng ‫‌ٴڠ‬

Diftong au audit ‫اءوديت‬

(vokal bergabung) ai aising ‫اءيسيڠ‬

4. Hamzah setara
Kata pinjaman bahasa Arab selalunya menggunakan hamzah setara. Hamzah ini juga disebut
sebagai hamzah selari. Kedudukan hamzah setara selari di atas garisan dengan huruf lain.
Contoh kata yang menggunakan hamzah setara ialah:

Al- Quran ‫القرءان‬

Isyak ‫عشاء‬

Wuduk ‫وضوء‬

Ikhfak ‫اخفاء‬

Anbia ‫انبياء‬

5. Hamzah berumah
Hamzah berumah biasanya digunakan pada kata pinjaman bahasa Arab. Ada juga hamzah
berumah yang digunakan pada ejaan bukan bahasa Arab, iaitu sebagai lambang e pepet dalam
pola suku kata tertutup. Contoh kata yang menggunakan hamzah berumah ialah:

Malaikat ‫مالئکت‬

Masalah ‫مسئله‬

Tahniah ‫تهنيئه‬

Mukmin ‫مؤمن‬

Frekuensi ‫فريکوئنسي‬

Nutrien ‫نوتريئن‬

Efisien ‫ايفيسيئن‬
Kesimpulannya, kedudukan hamzah merupakan satu pengkaedahan yang wajib kita tahu dan
mahir apabila menulis jawi. Kesalahan meletakkan hamzah pada kedudukan sebenar akan
menyebabkan kesalahan sewaktu menyebut perkataan tersebut.

You might also like