You are on page 1of 12

1 PENGENALAN Mad bermaksud lanjut atau lebih.

Dari segi istilah ulama tajwid dan ahli bacaan, mad bermaksud memanjangkan suara dengan lanjutan menurut kedudukan salah satu dari huruf mad. Terdapat dua bahagian mad iaiatu mad asli dan mad far'ie. Terdapat tiga huruf mad iaitu alif, wau, dan ya' dan huruf tersebut haruslah berbaris mati atau saktah. Kepanjangan bacaan mad diukur dengan menggunakan harakat.

HUKUM MAD Hukum Mad terbahagi kepada 2: i. Mad Asli ii. Mad Farie/

PERTAMA: MAD ASLI Mad Asli ialah Mad yang terjadi dengan sebab Huruf Mad. Ia juga dikenali dengan Mad Tabi'ie. Mad Asli terjadi apabila: a. b. c. Huruf Alif yang didahului dengan huruf yang berbaris atas.

Huruf Wau sukun yang didahului dengan huruf yang berbaris hadapan. Huruf Ya' sukun yang didahului dengan huruf yang berbaris bawah.

Perhatian: Dalam riwayat Hafs terdapat tujuh kalimah yang diakhiri dengan Alif dan dibaca panjang dengan kadar 2 harakat ketika waqaf sahaja sedangkan ketika wasal kalimah-kalimah ini dibaca dengan pendek tidak bermad.

KEDUA: MAD FAR'IE MadFarie itu terjadi dengan sebab lafzi dan ada juga berlaku dengan sebab maknawi. Sebab lafzi bagi berlakunya sesuatu mad itu ialah apabila huruf mad atau lin bertemu dengan hamzah atau sukun dalam satu ayat atau perkataan. Hamzah menjadi sebab kepada pemanjangan beberapa jenis mad apbila huruf mad yang tiga itu bertemu dengannya. Ada hamzah yang ditemui sebelum huruf mad iaitu pada Mad Badan dan ada juga ditemui selepas huruf mad iaitu bagi Mad Munfasil, Muttasil dan Silah Kubra Mad Far'ie terbahagi kepada 14 jenis iaitu:

1. Mad 'Aridh Lil Sukun

Dinamakan Mad 'Aridh Lil Sukun kerana terdapat sukun yang mendatang selepas huruf Mad ketika waqaf. Dibaca 2 harakat kerana pada asalnya ia adalah Mad Asli, dibaca 4 harakat (iaitu martabat pertengahan bagi kadar Mad) kerana seumpama berhimpun

3 dua huruf sukun serta meraikan keadaan asal dan dibaca 6 harakat kerana menyerupai Mad Lazim.

2.

Mad Badal

Mad Badal ialah huruf Hamzah berada sebelum huruf Mad di dalam satu kalimah dan tidak terdapat huruf Hamzah atau Sukun selepas huruf Mad. Ia dinamakan dengan Mad Badal kerana Huruf Mad tersebut adalah gantian daripada Hamzah. Huruf Hamzah kedua ditukar kepada huruf Mad mengikut baris huruf Hamzah pertama untuk meringankan bacaan. Mad Badal terjadi dalam 4 keadaan: a. Mad Badal yang terjadi ketika permulaan dan wasal. b. Mad Badal yang terjadi ketika wasal sahaja. c. Mad Badal yang terjadi ketika waqaf sahaja. d. Mad Badal yang terjadi ketika memulakan bacaan dengannya sahaja (ibtida'). Kadar bacaannya adalah 2 harakat.

3. Mad 'Iwad

Berlaku ketika wakaf pada akhir kalimah yang berbaris dua di atas kecuali pada huruf Ta' Marbutah. Ia wajib dibaca dengan kadar 2 harakat kerana ia adalah Mad Tabi'ie yang terjadi kerana waqaf.

5 4. Mad Jaiz Munfashil

Mad Jaiz Munfashil terjadi apabila Huruf Mad bertemu Hamzah dalam dua kalimah iaitu ketika wasal sahaja. Dinamakan Mad Jaiz Munfashil kerana sebahagian daripada Imam-imam Qiraat membolehkan ianya dibaca lebih daripada kadar Mad Asli dan dinamakan Munfashil kerana Huruf Mad dan Hamzah berada di dalam dua kalimah yang berasingan. Kadar harakatnya harus dibaca 4 atau 5 harakat. Mad Jaiz Munfashil ada dua keadaan dalam al-Quran berdasarkan kepada kaedah Resam al-Quran: 1. Mad Jaiz Munfashil Haqiqi iaitu kelihatan jelas terpisah antara Huruf Mad dan Hamzah dalam dua kalimah yang berpisah antara keduanya. 2. Mad Jaiz Munfashil Hukmi iaitu tidak kelihatan secara jelas Huruf Mad dan Hamzah berpisah dalam dua kalimah. Ia seolah-olah dalam satu kalimah. Keadaan ini berlaku pada dua situasi: a. Ya' al-Nida' (kata seruan) apabila selepasnya ada kalimah yang dimulai dengan Hamzah. b. Ha' Lil Tanbih apabila selepasnya terdapat Isim Isyara.

6 5. Mad Liin Mad Liin terjadi apabila Huruf Liin bertemu dengan sukun yang mendatang ketika waqaf sahaja. Ia boleh dibaca dengan kadar harakat 2, 4 dan 6. Dinamakan Mad Liin kerana ia terjadi pada Huruf Lin dan boleh dibaca dengan kadar 2, 4 dan 6 kerana ia sebahagian daripada Mad 'Aridh Lil Sukun

6.

Mad Silah Qasirah

Mad silah ialah Mad yang terdapat pada Ha' Dhomir. Cara mengenalnya ialah apabila terdapat Ha' Dhomir pada akhir kalimah, sebelumnya terdapat huruf yang berbaris dan selepasnya juga terdapat huruf yang berbaris. Mad Silah Qasirah ialah mad yang terdapat pada ha' dhomir iaitu selepas ha' tidak ada hamzah qat'ie.

7.

Mad Silah Towilah

Mad silah ialah Mad yang terdapat pada Ha' Dhomir. Cara mengenalnya ialah apabila terdapat Ha' Dhomir pada akhir kalimah, sebelumnya terdapat huruf yang berbaris dan selepasnya juga terdapat huruf yang berbaris. Untuk mengenali Mad Silah Towilah, kita cuma perlu memerhatikan selepas ha' terdapat Hamzah Qat'ie

8 8. Mad Tamkin

Mad Tamkin berlaku apabila berhimpun dua Ya' pada satu kalimah. Ya' yang pertama mesti berbaris di bawah serta bertasydid dan Ya' yang kedua sukun.

9. Mad Farq Apabila Mad Badal bertemu dengan huruf yang bertasydid sabdu dan untuk membezakan antara kalimat istifham (pertanyaan) dengan sebutan/berita. Dibaca dengan panjang 6 harakat

10. Mad Wajib Muttasil Ialah Huruf Mad yang bertemu dengan huruf Hamzah dalam kalimah yang sama. Ia dinamakan Mad Muttasil kerana huruf Mad bertemu dengan huruf Hamzah di dalam satu kalimah. Mad Muttasil ialah Mad wajib dan kadar bacaannya adalah empat harakat, lima harakat atau enam harakat ketika berhenti.

Apabila huruf Madd bertemu dengan huruf hamzah ( ) di dalam satu perkataan. Kadar bacaanya 4 atau 5 harakat. Contoh Bahagian Madd Muttasil Muttasil Muttasil Huruf Madd

11. Mad Lazim Harfi Muthaqqal Ialah huruf Mad yang disusuli dengan Sukun asli pada salah satu huruf hijaiah dengan syarat ia bertasydid. Ia dinamakan Harfi ialah kerana terdapat Sukun asli pada salah satu huruf hijaiah yang berada selepas huruf Mad di permulaan surah. Ia dinamakan Muthaqqal ialah kerana terlalu berat untuk menyebutnya disebabkan terdapat Tasydid pada Sukunnya.

Hukumnya adalah wajib dibaca secara Mad enam harakat seperti huruf Lam di dalam kalimah(

.)

12. Mad Lazim Harfi Mukhaffaf Iaitu selepas huruf Mad terdapat Sukun asli pada salah satu huruf hijaiah yang tidak bertasydid. Ia dinamakan Mukhaffaf kerana sebutannya terlalu

10 ringan disebabkan ia tidak bertasydid dan tidak berdengung seperti huruf Mim di dalam(

.) ) dan

Perhatian penting: Huruf hijaiah yang terletak di permulaan surah terdiri dari empat belas huruf terkumpul di dalam bait syair( ia terbahagi kepada empat bahagian: Pertama: Ejaannya terbentuk dari tiga huruf di mana terdapat huruf Mad di pertengahannya. Ia terdiri dari tujuh huruf yang terkumpul di dalam bait syair(

) kecuali huruf 'Ain. Bahagian ini dibaca enam harakat

dengan sempurna. Kedua: Ejaannya terbentuk dari tiga huruf di mana huruf Lin terdapat di pertengahannya iaitu huruf 'Ain. Huruf ini harus disempurnakan dengan bacaan enam harakat dan bacaan pertengahan empat harakat. Ketiga: Ejaannya terbentuk dari dua huruf di mana huruf keduanya ialah huruf Mad dan huruf-hurufnya adalah sebanyak lima huruf yang terhimpun dalam bait syair(

).Bahagian ini dibaca secara Mad Tabi'i dengan

kadar dua harakat. Keempat: Ejaannya terbentuk dari tiga huruf di mana tidak terdapat satupun huruf Mad di pertengahannya. Ia terdiri dari satu huruf iaitu Alif dan tidak terdapat padanya huruf Mad.

11

13. Mad Lazim Kalimi Muthaqqal Iaitu selepas huruf Mad terdapat huruf bertasydid di dalam satu kalimah, hukumnya ia dibaca dengan enam harakat. Ia dinamakan Muthaqqal kerana berat atau susah untuk menyebutnya disebabkan terdapat tasydid pada Sukunnya.

Contohnya Alif di dalam kalimah(

,)dari firman Allah s.w.t.


14. Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf Iaitu selepas huruf Mad terdapat huruf Sukun yang tidak bertasydid di dalam satu kalimah. Hukumnya wajib dibaca dengan enam harakat. Ia dinamakan dengan Kalimi kerana terdapat Sukun asli selepas huruf Mad di dalam satu kalimah. Ia dinamakan Mukhaffaf kerana ringan atau mudah menyebutnya disebabkan keadaannya yang tidak bertasydid dan tidak berdengung.

Contohnya di dalam kalimah(

)di dalam dua tempat surah Yunus

ayat lima puluh satu dan sembilan puluh satu malah tidak terdapat di dalam al-Quran selain dari dua tempat tersebut.

BIBLIOGRAFI:

12 al-Quran al-Karim Surur Shihabuddin Hassan An-Nadawi al-Hafiz, Ilmu Tajwid, Jld 1 dan 2. 2006 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Abu Ya la Kurnaedi, Lc dan Nizar bin Sa ad Jabal. Metode As-Syafie(Ilmu Tajwid Praktis). 2001Pustaka as-Syafie. Rahim Jusoh. Tajwid Al-Huruf dan Mengenal Wakaf.2012.Pustaka al-Khadim al-Mushaf. Selangor Darul Ekhsan.

You might also like